Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, January 30, 2012

49 Days

Salam,

Entri kali ni Tiera akan riview tentang drama korea 2011 iaitu ------->  49 Days



Sinopsis:-

Drama ni bawa genre yang agak berlainan sikit and ada paranormal yang sangat normal..hehe.

Begini ceritanya Ji Hyun ni anak orang kaya (*siyes kiut gila mcm barbie doll). Dia ni memang manja-manja gitu dan memang anak kesayangan dalam famliy dia. Waktu mula-mula ni dia dah nak bertunang dengan kekasih dia Min Ho. Tapi pada masa yang sama Han Kang ni minat kat Ji Hyun dari sekolah lagi so dia memang tak suka la Ji Hyun nak bertunang.

Suatu hari ni, Min Ho terkantoi dengan Ji Hyun bila dia main kayu tiga dengan rakan baik Ji Hyun sendiri, In Jung. So dalam blur-blur lagi tetiba Ji Hyun yang tengah frust ni eksiden. Bila In Jung tersedar dia terkejut la bila tengok body dia dalam kereta berlumuran darah, dia sendiri adalah roh. Pada masa tu cuma seorang je yang nampak dia, kononnya dia ni grim reaper, Ji Hyn panggil dia Scheduler.

Rupanya, Ji Hyun belum patut mati lagi waktu tu dan utk membetulkan kesilapan dia dibenarkan tumpang badan seorang perempuan untuk tempoh 49 bagi mengumpul 3 air mata yang betul-betul menangis sebab sayangkan dia. Syaratnya orang yang menangis tu tak ada kena mengena dengan dia. So bermulalah perjalanan In Jung menumpang badan orang lain dan buat orang lain menangis. Dalam pada masa yang sama dia kena selesaikan masalah tunang dia yang curang dan juga mencari buah hatinya yang sebenar iaitu Han Kang. Han Kang la yang selalu tolong dia sebab beberapa hari yang terakhir tu, dia tahu semua rahsia Ji Hyu.


Scheduler dan Ji Hyun (mcm patung kan?)

Song Yi Kyung, dia ni cuma pikir nak bunuh diri je~ emo,emo

Han Kang
In Jung, tak suka kawan yang tikam belakang, dia sgt jahat wekkkss~
Ni pun sama, si Min Ho. Subahat ngan In Jung >_<
Diaorang sebenarnya ada hubungan rahsia~

~ Bagi Tiera, best jugak cite ni sebab style dia lain sikit. Tiera x ada bangkang apa-apa sebab memang patut Ji Hyun suk kat Han Kang sebab Han Kang memang sayang dengan Ji Hyun dr sulu gak. Tiera belaja yang kita jangan terlalu percaya sangat kat orang dan jangan la baik sangat kan?
ENJOYSS~~

Giveaway 1st Cik Violet

Salam, hari ni first time join giveaway nih, harap-harap dapat la gamaknye.






Kalau nak Join boleh klik banner ni.

Baca Syarat-syaratnya kat sana key?  Huhu ^^

Saya tag ------------>si gadis pelik

--------------------->ciMa CimatoO

--------------------->nurpiska

Keputusan AJL 26- 2012

Salam,

Walaupun Tiera tak sempat nak tengok AJL-26 semalam tapi nak post jugak keputusannya. TV kat asrama ni tak ada suara, bisu plak tu. Boleh je nak travel blok sebelah tapi malas punya pasal lak. Enjoy~





Anugerah Mobile: Sedetik lebih (Jacklyn Victor)

Best Performances – Kisah Hati (Alyah)
Best vocal – Awan Nano (Hafiz)
3rd Place – Karma (Faizal Tahir)
2nd Place – Beribu Sesalan (Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah)

And the winner is...jeng-jeng-jeng ------> Awan Nano by Hafizzz~


Kesian Cinta Muka Buku tak menang, ingatkan Wanita Seluruh Dunia dr projek Pistol akan ikut jejak langkah Estranged, Itu Kamu (Fave Song!!!) ^^


Buh-bye!


Sunday, January 29, 2012

Pemuzik Terhebat!!!

Salam,

Benci!!!!!!

Haha, ni semua pasal kelas hari ni lah!

Tiera ni kan amek coz muzik so hari ni ada kelas muzik, tajuk hari ni ye murid-murid adalah permainan alat perkusi~

En. Khir suruh la kami bertiga ke hadapan, main alat muzik Snare Drum dan Tamborin..Wahh kelas gitu. Jeng, jeng, jeng orang yang ketiga perlulah jadi VOKALIS sebentar dan saya sangat elergic dengan perkataan tu sbb Tiera x pandai nyanyi *artis dlm shower room je*

So kitorang semua dah panas punggung dah, dok kira-kira nak berebut je alat muzik tu, so nasib la kan sapa y kena nyanyi.

Sampai giliran Tiera, semua orang tak nak bangun lagi, rupanya diorang dah choopp awal-awal dah, tamborin semua ada kat tangan dh. TAK ACIII!!!!

Apa lagi I menyebai le..hehe malu I~

Masa test alat, tekun gila baca lirik~ wakaka
Sempat jugak korang snap ek?


Versi 3 jejaka kelas kami, muka excited kew?

Kesimpulannya, walaupun belaja muzik best, tapi kalau korang tak reti nak ke korang malukan diri sendiri kat depan orang lain...hahahaahahaha, dah tak betul dah~ ^^

P/s:- masa kat depan mic dok cakap dalam kepala * Semua orang adalah potato head, kentang blako~!*


Saturday, January 28, 2012

Segmen:- Jom Tambah Follower by Haris Kaito

Salam, Join lagi satu segmen, kalau sesiapa nak join gak dipersilakan. Malas nak bebel banyak-banyak, penat gelak tengok spontan. Korang bacalah syaratnya, hameekkk kau!



Syarat2nya:


1.Mesti Follow blog Haris Kaito.

2.Buat satu entri dengan tajuk JOM TAMBAH FOLLOWER!

3.Copy banner kat atas dan paste kan dalam entri JOM TAMBAH FOLLOWER!

4.Pastikan korang letak link ini dalam entri JOM TAMBAH FOLLOWER!

5.Tak perlu tag sapa2.Tapi kalau korang nak tag jugak Haris tak kisah.

6.Letak link entri korang kat bahagian komen bawah ini!





Mudah jer kan?Jadi join lah cepat-cepat!Tarikh tutup belum ditentukan.
X kena bayar pun..free jerk..kih,kih,kih

Family Day...ye ke?

Salam,

Sempena hari terakhir cuti sekolah, abah Tiera ni memang dah jadi kaki berjalan sini,sana dah. Pagi-pagi dia tanya "Kak Long, hari ni nak pi mana?"

Balqis plak "Kak long! Nak p jogging!" Kelas kau Balqis, akak kau pun malas nak berjogging. Udah la tengah mamai-mamai lagi time tu.

So, mak mesej le sepupu Tiera yang digelar Abang E....dia cakap boleh je pergi berkelah, BBQ jom?

Tapi entah macam mana pukul 3 baru kompem nak pergi ke Pantai Merang, jalan kearah Besut. Iye la hari tu hari Jumaat.  Kelam-kabut la Tiera keluar pergi beli bihun n bahan nak buat sandwich.

So ini lah hasilnye~

Ni keje kami org pue pagi tu. Buat kerepek pisang tanduk..sedap~!



Sempat lagi perahsan~

Adikku yang sengal~

Ahh candid, nasib baik sempt senyum. *pedulikan gaya tu...

Budak-budak semua pergi serbu air, no swimming ek..bahaya tau.

Abang E, mastermind segala~
Plain ikan Bakor~

staker makanan...wahaha~

Ada kerang bakar n satey lg. Balik pkul 7, gelap sudaa~

Best la jugak...lama tak kumpul dua family sebab masing-masing bz la katakan. Kami org pue tukang makan je sebab yang masaknya orang lelaki...haha tukar peranan kejap~

Enjoy...^_^

Tips:- Pilih Kasut

Salam,


Mcm comel je~

Tips hari ni....Macam mana nak pilih kasut'

~ Kasut ni bukan sahaja untuk digayakan tapi mesti pentingkan keselesaan masa dipakai. Kalau tamau kaki korang di 'plaster' sini sana so tips ni untuk korang. Tambah yang suka spend seharian window shopping..*teeetttt!*

~ Berdiri tegak dan pastikan kasut yang anda pilih itu selesa. Jalan-jalan dulu dalam kedai, jalan atas lantai simen yang rata jangan jalan atas permaidani memang kompem sedap nye.

~ Biasanya korang akan sarung sebelah je kasut sebab dia display sebelah je ka? So jangan segan mintak try dua-dua belah sebab baru la rasa macam mana keadaannya bila pakai sepasang. Lainlah kalau korang memang suka pakai kasut sebelah je

~ Pastikan tumit dan jari kaki anda tak tersebul keluar dari kasut/selipar tu. Saiz kaki ni tak sama ada yang sama-sama saiz 6/7 tapi lebar tak sama kan?

~Kalau korang biasa pakai stoking dan sarung kaki, masa try pakai la jugak stoking tu.


Perkara yang perlu dielakkan


~ Jangan beli pada waktu pagi sebab kaki belum mengembang sepenuhnya lagi

~Jangan mencuba sambil duduk dan terburu-buru

~ Jangan pilih kasut yang dirasakan ketat dengan menganggap kaki korang akan lambat laun biasa dengan saiz tu, tak pasal-pasal dua tiga jari terkelur dari kasut pastu.

~ Jangan beli kasut hanya berpandukan saiz semata. Sebab bukan semua jenama kasut pakai standart saiz yang sama. Apa-apa pun kena try gak dlu.
Harap ia membantu~!

Segmen Uprgrade Follower dari Rochelle


Salam, sekali lagi terjoin pula segmen ni, ehek. Saja nak tambah lagi follower. Walaupun dah join y adik Farah punya kali ni join y adik Rochelle ni. Kalau teringin boleh la join lambat lagi tarikh tutupnya.

Syaratnya...

1. Follow blog Rochelle
2. Wajib like fanpage
3. Letak banner dan link dalam entry
4. Buat satu entry pasal segmen ni .
5. Tag rakan-rakan sejurang-kurangnya seoarang .
6. Tinggal link dalam commen box .
7. Add Rochelle Liong dalam Facebook
 
Jon Join? tak rugi pun kot ^_^
 
Tag---------------> Hurin Nurin

Friday, January 27, 2012

Tutorial :- Cara letak lagu dalam Blog

Salam,

Entri kali ini Tiera akan ajar cara nak letak mp3 dalam blog korang.
*PERHATIAN*
Tapi ia tak digalakkan sangat, Tiera je y gatai nak bubuh. Sebab apa tak digalakkan?
Sebab Tiera sendiri serabut sebenarnya dengan blog yang masuk-masuk terus lagu berkumandang, menganggu kosenterasi membaca tau, tambah kalau nak feeling-feeling.
Tapi Tiera letak jugak sebab nak dengar lagu kalau tengah bosan buat entri.
See *yang kat atas tu*~
Kali ni autoplay tp low volume tp kalai still mengganggu please infrom in manners.
 
Menggunakan SCM Music Player ni pun boleh tingkatkan traffic blog.

Caranya...

1. Tengok kat mp3 atas tu then tekan kat SCM Music Player

2. Pastu tak payah sign in atau register, senang je kan?

3. Choose jenis skin y korang nak



4. Next, pilih Edit Playlist untuk tambah lagu


5. Nak senang bukak youtube, pastu copy link mv yang korang suka dan paste kat ruang yang disediakan di Edit Playlist

6. Next, tekan Configure Setting

7. Kalau nak autoplay tukar la *takdigalakkan*

8. Pastu nak ejas volume lagu bila ia mula-mula terpasang *Tiera buat low volume je supaya tak mengganggu*


9. Bila dah siap tekan done dan anda boleh copy html code yang disediakan.

10. Bukak Dashboard blog anda dan pergi ke bahagian Layout (tgk di tetingkap kanan anda), tekan Add Gadjet lepas tu cari Add html code > pastekan html code td > Save

11. Walaupun korang letak gadget tu kat mana-mana pun, ia tetap akan ikut setting anda tadi untuk letak kat atas atau bottom.

*Tiera letak atas sebab senang nampak*


SELAMAT MENCUBA

p/s : Ok dah betulkan step 10 dan rasanya dah cukup detail. tak tahu nak terang macam mana dah.Please keep searching and trying. peace!







Terrefied ~Kathereen ft. ZACHARY LEVI~

Salam,

Wahh, minat sangat dengan Zachary Levi and this song is a killer. Udah la ada rupa, pandai berlakon (Siri Chuck), direct film, menyanyi lagi. His talent never ends. Setakat ni Tiera ada Chuck sampai Season 5 dah. hua,hua,hua.
Berkat jasa kawan-kawan yang suka exchange cita. Enjoy la lagu ni, mood hari ni...hayatilah liriknya....hehe.



 
You, by the light
Is the greatest find
In a world full of wrong
You're the thing that's right

Finally made it through the lonely
To the other side
You set it again, my heart's in motion
Every word feels like a shooting star
I'm at the edge of my emotions
Watching the shadows burning in the dark
And I'm in love
And I'm terrified
For the first time and the last time
In my only life

And this could be good
It's already better than that
And nothing's worse
Than knowing you're holding back

I could be all that you need
If you let me try

You set it again, my heart's in motion
Every word feels like a shooting star
I'm at the edge of my emotions
Watching the shadows burning in the dark

And I'm in love
And I'm terrified
For the first time and the last time
In my only

I only said it 'cause I mean it
I only mean 'cause it's true
So don't you doubt what I've been dreaming
'Cause it fills me up and holds me close whenever I'm without you

You set it again, my heart's in motion
Every word feels like a shooting star
I'm at the edge of my emotions
Watching the shadows burning in the dark

And I'm in love
And I'm terrified
For the first time and the last time
In my only


p/s: Huhu, rasa sedeynye dgr lagu nih T_T

Thursday, January 26, 2012

Novel on Blog?

Salam,

Sebenarnya, Tiera suka gak menulis novel ni, my own version la sebab bosan kadang2. Tapi novel ni ikut mood baru jalan. So kalau Tiera pos kat blog ni ada yang sudi baca tak? angkat tangan sapa nak baca? *Ahh, tak kira nak post kan jugak*

Nanti Tiera akan buat entri pasal sinopsisnya. Pastu Tiera akan upload gambar yang ada kena mengena dengan character sebab Tiera suka pembaca imagine lelaki ni macam mana, perempuan ni macam mana. Mostly Tiera tulis, Tiera akan imagine macama mana scene tu akan jadi. So please give positif respon.

p/s: Kalau ada kawan-kawan sekelas terbaca, jangan ejek aku ek? Ejek dalam blog je tak pe...peace~ ^_^

Tutorial :- Edit Luas Post/Sidebar

Salam,

Lama la pulak dah tak buat tutorial.

Mesti korang rasa semak kan bila post korang cukup-cukup makan atau nampak semak sebab blog sempit. Kat sini bagi sesiapa yang tak tahu macam mana nak luaskan saiz blog anda biar sampai boleh tulis dari hujung kiri sampai hujung kanan.

Mula-mula......

1. Bukak Dashboard anda

2. Pilih Template

3. Pilih Customize

4. Pastu di Blogger Template Designer anda pilih la Adjust Widths

5. Ada dua jenis adjust yang anda boleh buat samada nak besarkan keseluruhan blog atau besarkan sidebar sahaja


Tak ada gambar la nak tunjuk, window 7 x leh printscreen...huhu

Selamat Mencuba ^_^

Wednesday, January 25, 2012

Tutorial :- Letak Welcome Floating Icon

Salam, bertemu lagi dalam segmen blog tutorial ^_^
Korang nampak tak? Nampak tak yang kiut miut tu tengah welcome korang ke blog yang comel ni? Haha gurau je. Banyak sangat baca blog budak underage dah terpengaruh pulak, *toink*toink!

Korang rasa icon tu resemble sapa? Tiera rasa macam Prince Yul dalam Princess Hour, *yup I'm obses wif that character*....T_T

hEnsEmnYa~!


Kalau korang nak Tiera akan ajar kan tapi sebolehnya jangan amek y sama ye? hehe fall in love dengan icon tu bila sibuk cari widget~

CARANYA....

1. Korang ke laman web ni @ simply tekan je floating icon tu

2. Disana akan ada banyak kategori, like one stop widget center ada gak. Bagus la untur begginer...

3. PAstu korang klik pada Welcome to myblog, pilih la nak versi anime ke, korean ke, dll.

4. Next, pilih bahasa, ada BM, BI, dan Indon

5. Copy pastekan link yang sesuai samada nak letak as floating ataupun just di sidebar.

6. Pastu bukak Dashboard > Layout > Add Gadget > Add HTML > pastekan code yang dh di copy

7. Kalau nak ejas kedudukan icon tu, cari perkataan left and then ganti dengan right/middle

8. Save kan dan kemudian preview, taraaa~

SELAMAT MENCUBA

Jalan-jalan Cari Makan

Salam,

Lama dah dok peram cita ni, dua tiga hari lepas lagi. Kami pergi berjalan-jalan lagi ke Rhu Muda (kot)  mencari kedai nasi dagang kegemaran abah. Sebelum ni selalu je makan tapi mimpi apa tah kali ni. So kami bertolak la kononnya nak sarapan tapi keluar rumah pun dah pkul 9, lambat dah....hehe

Rupanya abah ingat kedai tu kat Chendering, rupanya jauh lagi jalan ke Dungun nuh~

So, tanpa hesitate abah pecut je ke Rhu Muda (kot). Sampai lah ke kedai yang tak tahu nama gapo ni tapi korang kena spot la signboard ni, tak pun cari je kereta banyak-banyak kumpul situ. Kedai makan ni dekat dengan Pasaraya A.W.A.K @ Abdul Wahab.

So dah terlambat, nasi pun kami last customer yang habiskan nasi dagang tu. Sedap walaupun dah sejuk.




Kuah dia letak asing dalam mangkuk lain~


Nyum~!


Sempat lagi diorang beach walking kat belakang kedai ni, tak leh mandi ye~

Dlm tgh pokai sempat lagi noh~ kain ni memang meggoda kalbu ^_^
hadiah utk hari pertama praktikum nanti..yea!

Yeaaa, Makan Lagi~ Gemuk Lagi~!!!! T_T

SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH



Hi,

Sebab tengah gigih berblog sejak akhir-akhir ni so kena la rajin-rajin naikkan traffic, yang penting buat entri bukan untuk Tiera sorang je yang baca...hehe. So adik Farah ni tengah buat segmen ni, so tak salah kalau join, tq ye Farah. Kalau nak join boleh klik sini.


My Name is Nurul Athirah Nordin

21 tahun (muda lagi ^_^)

12 June --------------------> Haa dah tahu wajib bagi hadiah, boleh hantar pos laju ye..akekeke

Berapa lama dah berblog?------> Dah lama dah sejak 2008 (4 thn) tapi dulu more like a diari, pastu stop in the middle sebab bz kekalkan pointer, pastu baru la start aktif tahun lepas.

Tiera buat entri tak tentu, depend on life experience. Kalau ada makan angin ke, something happens ke, tapi kalau tengok entri lama-lama macam tak mature lagi sekarang dah lebih berilmiah..hik,hik,hik

Harapan?

Kalau untuk blog ni------------------>At least ramai la follower and boleh buat ramai kawan,masih belajar berblog sebab dulu berhenti kejap pastu baru je start aktif tahun lepas sebab bz. Sori la kalau blog tak berapa menarik, akan dimenarikkan lagi. Insyaallah.

Kalau untuk hidup--------------------> Insyaallah nak jadi wanita yang solehah, jadi isteri, anak, kakak, kawan dan guru yang baik. Amin

Selamat Blog Walking, dan kalau rajin Follow le...TQ ^_^

Sejam Peluk Mayat Kekasih

GEORGETOWN – Perbalahan antara sepasang kekasih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Teman wanita yang berusia 22 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 17, di Flat Taman Utara, Batu Uban, di sini, kira-kira jam 1.20, awal pagi, semalam.
Mayat mangsa, Lau Kah Kah, dijumpai oleh teman lelakinya, Yeoi Khoon Xing, 21, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima flat itu.
Difahamkan, Khoon Xing bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati teman wanitanya berhasrat membunuh diri namun tidak sempat menghalang mangsa daripada mengambil tindakan drastik itu.
Khoon Xing yang berbaring di sebelah Kah Kah yang sudah tidak bernyawa terpaksa dipujuk hampir sejam oleh anggota polis selepas dia enggan melepaskan mayat teman wanitanya.
Penduduk di situ memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis setelah terdengar bunyi benda terjatuh diikuti jeritan kuat seorang lelaki.
Dalam pada itu, menurut adik si mati yang enggan dikenali, dia melihat kakaknya dalam keadaan muram ketika membalas dan SMS serta panggilan telefon daripada teman lelakinya.

Kemudian, dia melihat kelibat si mati, Lau Kah Kah yang juga pelajar kolej kelihatan keluar dari rumah dan berlegar-legar di kawasan balkoni flat rumahnya, sebelum dia dipercayai terjun dari tingkat 17, pangsapuri itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan maklumat daripada adik si mati dan teman lelakinya.

“Polis turut mengambil kira kandungan SMS yang dipercayai menjadi motif si mati bunuh diri. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk menemu ramah abang si mati di rumah mayat HPP tidak berhasil kerana dia masih trauma dan bersedih dengan kejadian menimpa adiknya.

Keterangan Gambar
-Sinar Harian-

P/S:- Nasib baek bukan Islam, hari tu kawan ada menyaksikan budak perempuan melayu nak bunuh diri kat KB Mall, ahaha femes sebentar~ *ptuih*

Sunday, January 22, 2012

Awek pakai tudung, tapi....

Salam,

Dah lama dah perasan trend ni, makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Dulu, biasanya anak gadis dalam kawasan kampung je pakai macam ni, biasa la duduk dalam kawasan diaorang buat biasa je la. Pastu sekarang melarat biarpun si gadis shopping kat bandar/mall.

Kan cantik kalau macam ni?
Haaa, ni la fenomena pakai tudung singkat pastu lengan pendek!


Contoh sahaja~
 Tolonglah kalau ye pon korang punya lengan tu putih, gebu, clean&clear ke, dapat dosa je bagi setiap mata yang memandang korang. Tak takut..haa lantaklah baik korang tak payah pakai tudungkan? Memalukan orang-orang yang usaha pakai tutup aurat. Kalau ye pun teringin sangat nak pakai t-shirt lengan pendek, disinalah berfungsinya cardigan berlengan panjang. Tiera pun pakai baju t-shirt lengan pendek tapi kalau tak bercardigan diluar pakai lah inner yang longgar sikit kat bahagian tangan tu.


Allah tak melihat hasil yang ingin kita capai tapi Allah menilai kepada tahap usaha yang kita lakukan untuk berubah. Apasalahnya pakai handsock kalau nak pakai t-shirt lengan pendek? Panas? Tak payah la pakai tudung tu, dalam neraka lagi panas!

Kelmarin masa tengah isi minyak nampak la jugak seorang lagi hamba Allah yang pakai macam tu, ingat nak snap je gambar dia dari belakang, tapi nasib baiklah handset 'mati' so melepas la. Nasib dia baik kot..hehe
Semoga kita semua mengambil iktibar, nau'zubillah~

p/s: Fesyen tak pernah berhenti bertukar. Jadi kejar lah sesuatu yang mempu memberi manfaat kepada kita di akhirat kelak. Ambirlah sebagai iktibar sesungguhnya admin pon tak perfect mana...peace~

Saturday, January 21, 2012

Projek Cuti : Masak-masak

Salam semua,

Untuk hari pertama cuti ni, Tiera mulakan dengan sarapan pagi yang amat berkhasiat, segelas susu, separuh buah epal hijau (sebab separuh lagi ada org nak hehe...), dan sekeping sandwich telur + baked beans (brands ayamas).



Sebab baru-baru ni pinjam buku resepi dari pustaka, berangan la nak try masak resepi dalam tu, macam sedap je. So pagi tu try buat 'Nasi Goreng Ibunda' dari Buku Resepi Chef Sabri (Master Chef tu...).



Untuk tengah hari, try buat Ikan Bakar + Air Asam, fuhh teliur benor I.





Tapi sebab tengah giat berdiet, memang tak makan banyak la, nasi ciput, lauk ikan bakar y masak tadi, kari daging dan 'shell'. Sedap tapi I could've eaten more...huhu T_T



P/s: Ada benda pelik berlaku hari ni, memang menakjubkan la jugak, memang kuasa Allah hebat, subhanallah.~

Izwan Pilus Meninggal Dunia

Inalillah,

Dari-Nya kita datang dan akhirnya kembali kepada-Nya. Lebih kurang pukul 6.15ptg (Jumaat). Penyanyi 'Kembali Senyum' telah kembali ke peciptanya. Masih belum diktahui punca kematian tapi dipercayai jangkitan kuman dalam salur pernafasan.

Dari beberapa sumber diketahui sebulan sebelum tu Izwan Pilus dan Aril(AF) adiknya tu dimasukkn ke hospital sebab demam panas berpanjangan. Tapi lepas tu Aril sembuh dan boleh balik tapi abangnya belum sembuh jugak. Tak lama meninggal lepas sebulan bertanrung dengan penyakitnya. Tak tahu sakit gapo lagi tapi benda nak jadi. "Kun Faya Kun"


Macam Korean tak? ^_^
 Izwan Pilus antar artis yang Tiera minat jugak la, masa first impression, ala-ala korea gitu. I like. Tp dia tak menonjol sangat macam Aril. Iyelah adiknya tu masuk AF, lebih komersial kan? Tapi Tiera tetap jugak like Izwan Pilus, dia lebih humble la. Kan?


Credits, kutip dr tmpat lain gak.
Gambar terakhir semasa dirawat.

Apa pun semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

Sinopsis

PERHATIAN *ia mungkin akan berubah dr semasa ke semasa, idea tak tetap lg..hehe*

Atas Nama CIntA Ferrari~?
"Kenapalah dua tiga hari ni, asyik nampak and dengar pasal Ferrari je ni?"
Hana menggaru kepalanya disaat dia meredah kesibukan jalan di KL pada petang itu. Tiba-tiba matanya tertangkap kelibat beberapa orang didalam bas persiaran dilorong tepi hadapanya sedang menjenguk-jenguk kebawah. Dia ikut melihat, dilorong sebelah kirinya selang sebuah kereta, sebuah Ferrari hitam tersegam indah. Matanya membulat, walaupun cermin kereta tinted, jelas-jelas kelihatan pemandunya masih muda.

Fitrie mengeluh, baru sahaja balik dari luar negara terpaksa pula merekrut pekerja baru.
"Kalau tengku tolong, nanti boleh ambil untuk PA lapangan kamu, tak rugi tengku" En. Hakim tersenyum. "...boleh cari calon.." senyuman nakal bermain dibibirnya. Fitrie tersengih dengan usikan itu. "Calon dah ada, Ferrari tu la..." selamba dia membalas dan berlalu dari situ. Senyuman En. Hakim mati, balik-balik Ferrari hitam tu, kau kawin je lah dengan kereta tu, kerek betul.

"Kau tu dah 26 tahun, tak kahwin lagi, sibuk pulak" wanita itu membebel. Hana panas, dia bangun dari kerusinya, Mia dah menarik-narik suruh dia duduk semula.
"Ok, akak tengok la nanti bakal suami saya lagi kaya, alah setakat rumah banglow dua buah tingkat apa celup, dia ada Ferrari lagi tau...!"
"Wahh, ok. kat Malaysia ni cuma ada 7 buah, let me know if i know who is this 'lucky' guy..."
"Lets bet!"

Thursday, January 19, 2012

Excident?!

Salam.

Fuh, lega sangat bila dah sampai rumah semperna cuti Raya Cina walaupun melepasi dua speed trap tadi. Nasib baik admin, pemandu berhemah, berhemah sangat-sangat....hehe.

Bukan apa tadi baru je berdebar, ingat nk excident dah tadi. Macam ni ceritanya.

Tengah dok syiok drive kelisa yang 'dipinjam' dari abah, admin drive menuju ke K. Terengganu dari Besut, sampailah kat kawasan yang banyak kedai-kedai jual keropok lekor tu. So ada la kereta ni berhenti untuk belok ke kanan, so automatik admin kena la elak ke kiri kan? So naturally aku tekan break, tapi...dup...dap...awat kereta tak slow-slow ni?

Ahh, sudah. Kawan kat tepi aku pun dah berdebar nih. Aku dok kalut dah mana satu minyak, mana satu break..kot-kot la silap pulak. Pastu tengah dok terdesak sangat aku tekan break sampai habis, barulah kereta tu slow. Nasib baik!

Pelik la jugak, sebelum ni Kelisa tu memang sangat berjasa pada tuannya...ehek, siap belai-belai lagi. Tekan break sikit pun dah makan dah. Ni tak, masa tekan break macam tekan angin je. Ahh sudah, jangan buat hal pulak. Praktikum dah nak dekat ni, nanti jalan kaki la pulak.

My dear Kelisa, sembuh la cepat ye? Hehe

Monday, January 16, 2012

Rasa macam dah tua dah~

Salam semua,

Huhu, sakitnya kaki ku ini. Sengal-sengal nak solat pon susah yang amat. Amek kau Tiera, gigih sangat nak jogging, sampai malas buat warm up. Sabor jelah lagi tiga hari je nak balik pastu nak pergi mengurut la. Kelas PJ tadi pun kena mintak excuse kat pensyarah tamau jogging lagi, kang parah pulak kaki ni. Sedebik kena, pandai ek pensyarah Tiera teka, mesti tak warm up and cool down ni.


Syiok sendiri masa Last PBS/2011, lala~
 Tiera dengar dari sorang rakan Tiera ni, IPG akan stop pengambilan pelajar baru sesi 2012 dan 2013, Dua tahun ooo berlobang tak dak student. Ntah-ntah diaorang nak rombak baik pe. Mana la tahu nanti bila start amek balik, elaun dah tak dapat dah. Tapi kalau ikut logik la kan, pegawai kerjaan boleh retire sampai umor 60 tahun. Bak kata sorang lecturer Tiera, anak murid tolak cikgu naik tangga sebab tua sangat tak larat nak panjat tangga tinggi-tinggi dah. haha

Bila umor retire makin meningkat, jawatan kosong untuk guru makin kurang. Iye la kan, orang lama tak keluar, macam mana orang baru nak masuk, bijak tak? Bijak kan? Silap-silap menganggur la, keluaran PISMP nanti. huhu.

Tiera malas dah nak memikir pasal 'teman hidup' lagi untuk masa terdekat. Yang penting kena perbaikki diri dulu, hubungan dengan Allah kena mantap dulu baru la boleh bela anak iye tak? Hehe pandai la kau. Jeles, tuhan je yang tahu bila ada kawan sebatch dan bertunang, tergugat diri ni rase, hihi. Anyway congrats la. Tiera lambat lagi la kot, tungguk grad dulu. Tp rancangan tuhan siapa yang tahu?????

Sunday, January 15, 2012

Tips untuk Temuduga IPG

Salam,

Terutamanya kepada adik-adik lepasan SPM ataupun STPM. Oleh kerana sekarang ni mesti semua berdebar-debar nak apply ke IPT kan? So kat sini nak bagi la tips sikit kepada sesiapa yang berminat nak apply ke Institut Pendidikan Guru. Tak tahulah kalau bentuk temuduga dah ditukar atau tak tapi Tiera akan beri tips melalui pengalaman.

Credits
Oleh kerana my parents are both teachers tambahan ayah Tiera so memang dasat jugak la hari tu.

1. Dokumen wajib pastikan disediakan dahulu dan tersusun

Semasa temuduga, pihak penemuduga akan minta sijil, gambar dan juga salinan kad pengenalan dan banyak lagi benda alah lain. So pastikan anda susun semua salinan ni didalam sebuah file 'clear folder' yang ada poket-poket plastik. Senang diaorang nak view tanpa keluarkan kertas-kertas yang banyak tu tambah kalau korang ni jenis banyak sangat sijil Gambar jangan lupa, Tiera lupa gambar, tak pasal-pasal kena datang balik esoknya.

2. Dokumen perlu disahkan

Ini penting, pastikan sijil anda dan juga salinan fotostes dah disahkan oleh pegawai yang berkenaan. Contohnya pensyarah, penolong kanan, pengetua, ketua kampung dll. yang sesuai.

3. Study!

Jangan kata nak temuduga korang pergi serah diri terus kat penemuduga tu. Rajin-rajin la tanya kakak/abang yang belajar IPG tu. Pastu study jugak karangan yang korang buat untuk temuduga tu, adakan dia suruh buat, nanti dia akan suruh explain balik. Study pasal pendidikan kat negara, falsafah dsg.

4. Pakaian

Kalau korang nak penemuduga kagum dengan korang, first impression sangat penting, dan tentulah pakaian akan menceritakan segalanya. Bagi perempuan Islam, pakai baju kurung, berkasut/ high heels dan bertudung. Lelaki pulak berkemeja lengan panjang, seluar slack hitam/gelap, berkasut hitam dan bertali leher. Perempuan bukan islam, kemeja lengan pendek/panjang, berkasut/high heels dan berskirt bawah dari lutut!

Kalau nak mencontohi admin ni, Tiera pakai baju kurung lengkap dengan tudung, berkasut hitam yang ada heels, berblezer dan bertanda nama. (Memang penemuduga takkan lepas pandang punyalah, Tiera sorang je kot pakai macam tu masa tu)

Warning:- Selipar jamban dan penampilan selekeh/seksi akan direject awal lagi.


Contoh berpakai bagi pekerja kerajaan. (labuhkan tudung ye ^_^)

5. Ramah

Masa tengah menunggu untuk ditemuduga jangan gelabah, sembang-sembang la dengan kawan-kawan lain mana tahu boleh dapat ilmu ke. Tak pun sangkut sorang ke...kih, kih, kih. Mintak nombor telefon kot-kot boleh tanya lepas ni 'ko dapat tak masuk IPG?' Mana tahu nanti jadi kawan sekelas ke..kan?

6. Jawab sampai habis

Masa diberi ujian objektif, jangan tinggal walau satu pun soalan. Tak tahu? Hentam saja, mana tahu bertuah betul. Jawab ikut logik jangan merapu pulak.

7. Pandai curi peluang

Macam group discussion, pastikan anda pandai curi peluang untuk jawap soalan atau beri pendapat. Kalau habis korang tak tahu nak cakap apa pun, korang cakap je ' ya, saya setuju dengan jawapan si polan tadi tu..bla..bla'. Setuju je orang lain cakap pe yang penting korang ada bercakap.

8. Suara

Nak jadi cikgu ni memang menguji vokal tau. Pastikan suara anda tegas, lantang dan kuat. Maksudnya orang boleh dengar la bukan macam berbisik je. Macam mana anak murid nak dengar nanti kan?

9. Emosi

Masa ditemuduga secara individu, kawal emosi. Jangan gelabah. Tiera gelabah sampai penemuduga suruh ambik masa tenangkan diri dulu..arghh malu gila. Jawab dengan tenang dan pandang mata penemuduga tu. Mereka-mereka ni bakal pensyarah korang jugak nanti. Pastu sebelum duduk, tunggu diaorang duduk atau pelawa korang duduk dulu. Jangan macam korang pulak yang nak temuduga diaorang.

10. Tawakal

Last sekali semua dah selesai kita serahkan yang selebihnya pada Allah. Usaha dan jalan, Allah je yang akan tentukan korang layak tak jadi cikgu nanti. Banyakkan doa dan mintak parents pun doakan korang. Pastu jangan mengharap sangat sampai tak apply tempat lain nanti melepas la pulak.


Good Luck ye.

Saat check keputusan kemasukkan ke IPG masih segar dalam ingatan lagi, memang kenangan manis sangat. Tak pernah tengok parents Tiera segembira tu, alhamdulillah~

Harap korang pun akan alami saat-saat tu.

Wednesday, January 11, 2012

Japan Anime :- Howl's Moving Castle

Salam,

Baru je selesai tengok satu lagi karya Hayao Miyazaki iaitu Howl's Moving Castle.

Macam mana ye nak gambarkan perasaan ni? Puas, terharu, macam jatuh cinta pun ada jugak? Ade ke? Haha...

Memang tumbs up la, kelas gitu. Memang rasa nak jadi Sofie pulak dalam cerita tu dan Howl memang handsome walaupun dia hanya kartun.

Walaupun cerita ni dah lama tapi tak pernah lapuk dek hujan macam cerita Ponyo.


Howl's Moving Castle ni mengisahkan tentang Sofie yang menguruskan kedai topi ayahnya. Sofie ni tanpa tak sengaja terjumpa dengan Howl lepas dia kena kacau dengan askar. Tanpa disangka dia terlibat dalam kejar mengejar antara Howl dengan anak buah Solomon. Howl ni agak terkenal sebagai ahli sihir yang hebat tapi suka berfoya-foya. Suatu hari ada seorang ahli sihir jahat yang berdendam dengan Howl sihirkan Sofie supaya jadi tua dan cuma Howl boleh musnahkan sihir tu. So Sofie pun pergilah cari rumah Howl yang dipanggil Moving Castle. Lepas jumpa castle tu dia pun bekerja sebagai pembantu rumah dan dia tak boleh bagi tahu yang dia disihir. Howl ni memang dah tahu dah jadi dia cuba bantu Sofie tapi pada masa yang sama dia ada masalah dia sendiri sebab dia bermusuh dengan Solomon. Howl makin hilang kemanusiaan dia dan cuma Sofie saja yang boleh membantu dia mencari hatinya yang hilang dulu.

Masa pertama kali berjumpa

Ni La Howl's Moving Castle

Sofie and Calsifer a.k.a Howl's heart

Versi Serabut : Hensem tak?

Versi Kemas : Kiut,kiut~

Hmmph, Markel, Turnip y sbnrnya seorang putera
Penat dgr Hmmph menyalak, tak bunyi macam anjing menyalak, bunyi macam org tengah penat/asma je, dgr je pun dah penat.
Kualiti cerita dia memang hebat lah cuma kapal-kapal terbang dia agak menakutkan sikit. Tp pemandangan dia memang indah. Macam teringin hidup dalam dunia tu. Howl pulak kadang-kadang macam budak-budak tapi macho dan cool!

Memang bertuah jadi Sofie, harap Tiera pun akan jumpa "si dia' tak lama lagi. Amin~

p/s: Howl hadiahkan satu taman untuk Sofie, kalau berkelah tiap-tiap hari pun Tiera sanggup kat situ, memang serius lawa!

p/p/s:- Tgk cerita ni menangis, terharu, ketawa...dah lama tak macam ni. I like!