Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Sunday, January 15, 2012

Tips untuk Temuduga IPG

Salam,

Terutamanya kepada adik-adik lepasan SPM ataupun STPM. Oleh kerana sekarang ni mesti semua berdebar-debar nak apply ke IPT kan? So kat sini nak bagi la tips sikit kepada sesiapa yang berminat nak apply ke Institut Pendidikan Guru. Tak tahulah kalau bentuk temuduga dah ditukar atau tak tapi Tiera akan beri tips melalui pengalaman.

Credits
Oleh kerana my parents are both teachers tambahan ayah Tiera so memang dasat jugak la hari tu.

1. Dokumen wajib pastikan disediakan dahulu dan tersusun

Semasa temuduga, pihak penemuduga akan minta sijil, gambar dan juga salinan kad pengenalan dan banyak lagi benda alah lain. So pastikan anda susun semua salinan ni didalam sebuah file 'clear folder' yang ada poket-poket plastik. Senang diaorang nak view tanpa keluarkan kertas-kertas yang banyak tu tambah kalau korang ni jenis banyak sangat sijil Gambar jangan lupa, Tiera lupa gambar, tak pasal-pasal kena datang balik esoknya.

2. Dokumen perlu disahkan

Ini penting, pastikan sijil anda dan juga salinan fotostes dah disahkan oleh pegawai yang berkenaan. Contohnya pensyarah, penolong kanan, pengetua, ketua kampung dll. yang sesuai.

3. Study!

Jangan kata nak temuduga korang pergi serah diri terus kat penemuduga tu. Rajin-rajin la tanya kakak/abang yang belajar IPG tu. Pastu study jugak karangan yang korang buat untuk temuduga tu, adakan dia suruh buat, nanti dia akan suruh explain balik. Study pasal pendidikan kat negara, falsafah dsg.

4. Pakaian

Kalau korang nak penemuduga kagum dengan korang, first impression sangat penting, dan tentulah pakaian akan menceritakan segalanya. Bagi perempuan Islam, pakai baju kurung, berkasut/ high heels dan bertudung. Lelaki pulak berkemeja lengan panjang, seluar slack hitam/gelap, berkasut hitam dan bertali leher. Perempuan bukan islam, kemeja lengan pendek/panjang, berkasut/high heels dan berskirt bawah dari lutut!

Kalau nak mencontohi admin ni, Tiera pakai baju kurung lengkap dengan tudung, berkasut hitam yang ada heels, berblezer dan bertanda nama. (Memang penemuduga takkan lepas pandang punyalah, Tiera sorang je kot pakai macam tu masa tu)

Warning:- Selipar jamban dan penampilan selekeh/seksi akan direject awal lagi.


Contoh berpakai bagi pekerja kerajaan. (labuhkan tudung ye ^_^)

5. Ramah

Masa tengah menunggu untuk ditemuduga jangan gelabah, sembang-sembang la dengan kawan-kawan lain mana tahu boleh dapat ilmu ke. Tak pun sangkut sorang ke...kih, kih, kih. Mintak nombor telefon kot-kot boleh tanya lepas ni 'ko dapat tak masuk IPG?' Mana tahu nanti jadi kawan sekelas ke..kan?

6. Jawab sampai habis

Masa diberi ujian objektif, jangan tinggal walau satu pun soalan. Tak tahu? Hentam saja, mana tahu bertuah betul. Jawab ikut logik jangan merapu pulak.

7. Pandai curi peluang

Macam group discussion, pastikan anda pandai curi peluang untuk jawap soalan atau beri pendapat. Kalau habis korang tak tahu nak cakap apa pun, korang cakap je ' ya, saya setuju dengan jawapan si polan tadi tu..bla..bla'. Setuju je orang lain cakap pe yang penting korang ada bercakap.

8. Suara

Nak jadi cikgu ni memang menguji vokal tau. Pastikan suara anda tegas, lantang dan kuat. Maksudnya orang boleh dengar la bukan macam berbisik je. Macam mana anak murid nak dengar nanti kan?

9. Emosi

Masa ditemuduga secara individu, kawal emosi. Jangan gelabah. Tiera gelabah sampai penemuduga suruh ambik masa tenangkan diri dulu..arghh malu gila. Jawab dengan tenang dan pandang mata penemuduga tu. Mereka-mereka ni bakal pensyarah korang jugak nanti. Pastu sebelum duduk, tunggu diaorang duduk atau pelawa korang duduk dulu. Jangan macam korang pulak yang nak temuduga diaorang.

10. Tawakal

Last sekali semua dah selesai kita serahkan yang selebihnya pada Allah. Usaha dan jalan, Allah je yang akan tentukan korang layak tak jadi cikgu nanti. Banyakkan doa dan mintak parents pun doakan korang. Pastu jangan mengharap sangat sampai tak apply tempat lain nanti melepas la pulak.


Good Luck ye.

Saat check keputusan kemasukkan ke IPG masih segar dalam ingatan lagi, memang kenangan manis sangat. Tak pernah tengok parents Tiera segembira tu, alhamdulillah~

Harap korang pun akan alami saat-saat tu.