Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Tuesday, September 3, 2013

We Got Married? Apa tu?

Salam semua...

Haa berkenaan dengan tajuk ni Tiera nak jelaskan pada yang tak tahu,sekadar perkongsian sahaja. Rasanya korang tahu kan variety show RUNNING MAN? Tiera tahu and diaorang kata best, tapi Tiera tak tengok sebab takut addicted pulak, udahla episode dia cam banyak gila.
 
Anyway, ada yang tak tahu apa tu rancangan We Got Married (WGM) yang disiarkan oleh MBC. Rancangan ni bermula pada 2008 dan berkonsepkan reality show
rasanya lagi lama dari Running Man.
 
Sumber Google
 

Info ringkas:-

1. Setiap musim atau season, tiga pasangan akan dipilih secara rawak dari kalangan artis di Korea, tak kira la pelakon, penyanyi, penari, pemain gitar asalkan dalam bidang hiburan.

2. Secara berpasangan (lelaki dan perempuan) mereka akan menjalani hidup sebagai pasangan yang berkahwin.

3. Kebanyakkan pasangan tak mengenali atau sekadar rakan sekerja sahaja

4. Selepas mereka dipasangkan kamera WGM ni akan merekodkan saat-saat mereka sebagai pasangan baru berkahwin secara candid

5. Mereka akan menjalankan tugasan yang diberikan atau melakukan sesuatu yang pasangan kekasih atau suami isteri akan lakukan.

6. Pada mulanya mungkin kekok dan hubungan mereka akan berkembang secara natural

7.  Hubungan mereka akan berterusan bergantung kepada pihak MBC dan boleh mencapai masa setahun.

8. Sehingga mereka dimaklumkan bahawa mereka akan menamatkan hubungan WGM mereka akan berpisah secara aman.

9. Setakat ini tak ada lagi pasangan WGM yang betul2 kawin, tapi ramai peminat berharap la kan.

10. Rancangan ni kadang2 mengundang kontroversi sebab ada pasangan yang kelihatan 'berlakon' sewaktu bersama pasanagn WGM mereka.


Tiera start tengok WGM masa season apa ntah, time to Jo Kwon (2PM), Young Hwa (CNBlue), Nikhun dan Victoria (fx), LeeTeuk (Suju) dan Sora). Sekarang season 4 sedang berjalan, pasangan seperti yang Tiera cerita dlm post sebelum ni.

Tapi kita tgk WGM ni jgn terbawa-bawa, agama kita melarang kita buat mcam diaorang jadi jangan memandai. Tengok sekadar hiburan tak pe sebab banyak moment y sweet, lepas kawin baru kita buat mcm diaorang.

P/S: En bakal suami, sila take note dan tgk show ni...hehe



1 comment:

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^