Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

Review :- Now You See Me (Non-Horror)

Salam,

Lama Tiera tak review mana-mana drama kan? Kali ni nak review movie omputih la pulak.
Tengok atau dengar tajuk ni rasa macam cite hantu kan? Sebenarnya bukan. Tiera perasan cite ni melalui iklan dalam Astro First. Cerita ni berkisar penyiasatan dan magic!


Review
Credit to wikipedia

Sinopsis:-

Di sekitar Amerika terdapat beberapa ahli magis jalanan yang membuat persembahan demi menaikkan nama mereka di dalam industri hiburan. Tapi kerja ini bukan sekadar suka-suka bagi mereka kerana mereka semua mempunyai satu tujuan yang sama iaitu dijemput masuk ke dalam kumpulan Magician yang super hebat, misteri dan dihormati dikenali The Eye.

 
Suatu hari empat orang ahli magik yang mempunyai kehebatan masing-masing J. Daniel Atlas (Illusionist), Henley Reeves (Escapist), Jack Wilder (Mantalist), dan Merritt McKinney (Sleight Of Hand Illusionist)  dikumpulkan setelah mendapat sekeping kad tarrot oleh orang yang tidak dikenali. Mereka di dedahkan dengan satu blue print dan setahun kemudian menjadi terkenal setelah berpakat untuk bergabung.

Mereka menggelarkan diri mereka The Four Horseman dan membuat satu persembahan kontrovesi di Las Vegas. Di dalam persembahan ini mereka menggunakan keupayaan mereka untuk merompak sebuah bank di Paris dihadapan beribu-ribu orang, tanpa meninggalkan pentas Las Vegas pun.Duit-duit hasil rompakan itu di taburkan kepada semua penonton dan polis mula menangkap ke empat-empat ahli magik ini.


Kesian agen Dylan (tengah) dan agen Alma (kanan) nih, asyik di perbodohkan je.

Agen FBI Dylan seorang yang tidak percayakan magik dan menganggak ahli magik karut dan hanya menipu orang ditugaskan menyiasat kes ini bersama-sama seorang agen Interpol Alma Dray yang tidak berpengalaman. Mereka tidak dapat membuktikan bahawa rompakan itu benar-benar dibuat oleh mereka berempat dan dilepaskan. Mereka kemudiannya menerima bantuan bekas ahli magik yang membuat duit dengan mendedahkan helah ahli-ahli magik, Thaddeus Bradley.
 
Agen Dylan dan Agen Alma akhirnya mendapati motif The Four Horseman adalah berkaitan dengan kes Lionel Shrike yang mati ketika membuat persembahan terakhirnya.


Kenapa Harus Tengok?

Cerita ni sangat exciting dan menarik dengan pelbagai helah magik. Persembahan magik dia bewarna-warni dan dengan effect yang cool. Bukan tu je, movie ni 'bijak' dan membuatkan viewers turut berfikir. Tak banyak movie macam ni sekarang.

Ada satu scene dimana dia buat magic dan suruh penonton pilih kad so Tiera pun ikut pilih jugak. Bila dia teka dan pamerkan kad tu di sebuah menara, kena dengan apa yang Tiera teka! Tapi Tiera rasa org lain akan pilih kad tu jgak sebab kad tu yang paling jelas sekali masa dia flip kad tu laju-laju. Ia hanya helah!

Korang takkan percaya dan menyangka siapa sebenarnya orang yang hantar kad tarrot dan mewujudkan kumpulan The Four Horseman tu.

p/s : Nanti keluar Now You See Me 2 pulak 2014! Expecting it!

 

Saturday, April 28, 2012

1st Segmen: Jom Review Blog Kami Part 4

Salam,

Review blog part 4. Enjoy~
Maaflah lambat but still, Tiera takkan buat-buat lupa~ TQ sebab sudi tunggu and follow~

16th Blog :- Blog Budak Sekolah


~ Blog ni ada status update tentang pemilik blog dia, so korang bley tahu mood dsbg.
~ blog ni lebih kepada diary tuan punya blog
~ penulisan dia macam penceritaan sikit
~ anyway keep it up
~ blaja rerajin jg lupa solat hehe~

17th Blog :- Solehah


~ Ok, ni header lama blog ni, y baru lagi comel so check it out!
~ She is a new blogger, so keep on supporting
~ sorry la lmbat load sikit blog @ my broadband y lambat tp post awk tak load2 so tak leh review banyak
~ Anyway try visit her ok?

18th Blog :- Donia Belog


~ Like her widget yang post gerak2 kat atas tu, senang nk review post menarik
~ Blog ni dh terima 3 award
~ post dia ringkas dan menarik
~ Blog dia pun tak serabut-serabut
~ Visit her..haha
19th Blog :- Yumida



~ Suka stail cartoon dia, menarik. Tengok jelah header dia
~ Post dia menarik dan ringkas
~ Banyak gambar memang layang lah g2
~ Rajin dia join segmen and stuff
~ Visit her~

20th Blog :- Lolipop Cinta


~ Tuannya beru umur 18 tahun
~ Mcm dh lama tak buat post baru, keep on writing
~ Minta maaf la tp kurang suka ejaan 'lew', 'pew' tolong baiki ye, susah nak baca.
~ Rajin join contest and segmen
~ Anyway keep it up k.


Maaf la kalau Tiera tegur pasal blog korang, kita sesama baiki cara penulisan kan? Anyway thanks for supporting!



~

Monday, January 30, 2012

49 Days

Salam,

Entri kali ni Tiera akan riview tentang drama korea 2011 iaitu ------->  49 Days



Sinopsis:-

Drama ni bawa genre yang agak berlainan sikit and ada paranormal yang sangat normal..hehe.

Begini ceritanya Ji Hyun ni anak orang kaya (*siyes kiut gila mcm barbie doll). Dia ni memang manja-manja gitu dan memang anak kesayangan dalam famliy dia. Waktu mula-mula ni dia dah nak bertunang dengan kekasih dia Min Ho. Tapi pada masa yang sama Han Kang ni minat kat Ji Hyun dari sekolah lagi so dia memang tak suka la Ji Hyun nak bertunang.

Suatu hari ni, Min Ho terkantoi dengan Ji Hyun bila dia main kayu tiga dengan rakan baik Ji Hyun sendiri, In Jung. So dalam blur-blur lagi tetiba Ji Hyun yang tengah frust ni eksiden. Bila In Jung tersedar dia terkejut la bila tengok body dia dalam kereta berlumuran darah, dia sendiri adalah roh. Pada masa tu cuma seorang je yang nampak dia, kononnya dia ni grim reaper, Ji Hyn panggil dia Scheduler.

Rupanya, Ji Hyun belum patut mati lagi waktu tu dan utk membetulkan kesilapan dia dibenarkan tumpang badan seorang perempuan untuk tempoh 49 bagi mengumpul 3 air mata yang betul-betul menangis sebab sayangkan dia. Syaratnya orang yang menangis tu tak ada kena mengena dengan dia. So bermulalah perjalanan In Jung menumpang badan orang lain dan buat orang lain menangis. Dalam pada masa yang sama dia kena selesaikan masalah tunang dia yang curang dan juga mencari buah hatinya yang sebenar iaitu Han Kang. Han Kang la yang selalu tolong dia sebab beberapa hari yang terakhir tu, dia tahu semua rahsia Ji Hyu.


Scheduler dan Ji Hyun (mcm patung kan?)

Song Yi Kyung, dia ni cuma pikir nak bunuh diri je~ emo,emo

Han Kang
In Jung, tak suka kawan yang tikam belakang, dia sgt jahat wekkkss~
Ni pun sama, si Min Ho. Subahat ngan In Jung >_<
Diaorang sebenarnya ada hubungan rahsia~

~ Bagi Tiera, best jugak cite ni sebab style dia lain sikit. Tiera x ada bangkang apa-apa sebab memang patut Ji Hyun suk kat Han Kang sebab Han Kang memang sayang dengan Ji Hyun dr sulu gak. Tiera belaja yang kita jangan terlalu percaya sangat kat orang dan jangan la baik sangat kan?
ENJOYSS~~

Wednesday, January 25, 2012

Jalan-jalan Cari Makan

Salam,

Lama dah dok peram cita ni, dua tiga hari lepas lagi. Kami pergi berjalan-jalan lagi ke Rhu Muda (kot)  mencari kedai nasi dagang kegemaran abah. Sebelum ni selalu je makan tapi mimpi apa tah kali ni. So kami bertolak la kononnya nak sarapan tapi keluar rumah pun dah pkul 9, lambat dah....hehe

Rupanya abah ingat kedai tu kat Chendering, rupanya jauh lagi jalan ke Dungun nuh~

So, tanpa hesitate abah pecut je ke Rhu Muda (kot). Sampai lah ke kedai yang tak tahu nama gapo ni tapi korang kena spot la signboard ni, tak pun cari je kereta banyak-banyak kumpul situ. Kedai makan ni dekat dengan Pasaraya A.W.A.K @ Abdul Wahab.

So dah terlambat, nasi pun kami last customer yang habiskan nasi dagang tu. Sedap walaupun dah sejuk.




Kuah dia letak asing dalam mangkuk lain~


Nyum~!


Sempat lagi diorang beach walking kat belakang kedai ni, tak leh mandi ye~

Dlm tgh pokai sempat lagi noh~ kain ni memang meggoda kalbu ^_^
hadiah utk hari pertama praktikum nanti..yea!

Yeaaa, Makan Lagi~ Gemuk Lagi~!!!! T_T

Wednesday, January 11, 2012

Japan Anime :- Howl's Moving Castle

Salam,

Baru je selesai tengok satu lagi karya Hayao Miyazaki iaitu Howl's Moving Castle.

Macam mana ye nak gambarkan perasaan ni? Puas, terharu, macam jatuh cinta pun ada jugak? Ade ke? Haha...

Memang tumbs up la, kelas gitu. Memang rasa nak jadi Sofie pulak dalam cerita tu dan Howl memang handsome walaupun dia hanya kartun.

Walaupun cerita ni dah lama tapi tak pernah lapuk dek hujan macam cerita Ponyo.


Howl's Moving Castle ni mengisahkan tentang Sofie yang menguruskan kedai topi ayahnya. Sofie ni tanpa tak sengaja terjumpa dengan Howl lepas dia kena kacau dengan askar. Tanpa disangka dia terlibat dalam kejar mengejar antara Howl dengan anak buah Solomon. Howl ni agak terkenal sebagai ahli sihir yang hebat tapi suka berfoya-foya. Suatu hari ada seorang ahli sihir jahat yang berdendam dengan Howl sihirkan Sofie supaya jadi tua dan cuma Howl boleh musnahkan sihir tu. So Sofie pun pergilah cari rumah Howl yang dipanggil Moving Castle. Lepas jumpa castle tu dia pun bekerja sebagai pembantu rumah dan dia tak boleh bagi tahu yang dia disihir. Howl ni memang dah tahu dah jadi dia cuba bantu Sofie tapi pada masa yang sama dia ada masalah dia sendiri sebab dia bermusuh dengan Solomon. Howl makin hilang kemanusiaan dia dan cuma Sofie saja yang boleh membantu dia mencari hatinya yang hilang dulu.

Masa pertama kali berjumpa

Ni La Howl's Moving Castle

Sofie and Calsifer a.k.a Howl's heart

Versi Serabut : Hensem tak?

Versi Kemas : Kiut,kiut~

Hmmph, Markel, Turnip y sbnrnya seorang putera
Penat dgr Hmmph menyalak, tak bunyi macam anjing menyalak, bunyi macam org tengah penat/asma je, dgr je pun dah penat.
Kualiti cerita dia memang hebat lah cuma kapal-kapal terbang dia agak menakutkan sikit. Tp pemandangan dia memang indah. Macam teringin hidup dalam dunia tu. Howl pulak kadang-kadang macam budak-budak tapi macho dan cool!

Memang bertuah jadi Sofie, harap Tiera pun akan jumpa "si dia' tak lama lagi. Amin~

p/s: Howl hadiahkan satu taman untuk Sofie, kalau berkelah tiap-tiap hari pun Tiera sanggup kat situ, memang serius lawa!

p/p/s:- Tgk cerita ni menangis, terharu, ketawa...dah lama tak macam ni. I like!

Thursday, December 29, 2011

DIY :- Cara Tingkatkan Traffic Blog

Cara nya begini:
- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.


  1. mizz shizu
  2. Myself V3 Me &
  3. Blog Hanz
  4. BiMies’s WoRLd
  5. Farah Shafiqah
  6. Qila Razak
  7. CekLa
  8. Miss Yaty
  9. Magrib Menjelma
  10. Bila Luna Berkata Kata
  11. Putera30 Photographer
  12. Internet Tutorial
  13. Bandar Baru Kijal
  14. share cerita saya
  15. talkdramalove Blog

PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie…






  1. Myself V3 Me &
  2. Blog Hanz
  3. BiMies’s WoRLd
  4. Farah Shafiqah
  5. Qila Razak
  6. CekLa
  7. Miss Yaty
  8. Magrib Menjelma
  9. Bila Luna Berkata Kata
  10. Putera30 Photographer
  11. Internet Tutorial
  12. Bandar Baru Kijal
  13. share cerita saya
  14. talkdramalove Blog
  15. Blog Korang Letak Kat Sini !


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5

Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….

Selamat mencuba!!!

***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

Friday, December 16, 2011

HolidayOverSeas: Pekan Baru, Indonesia 3

Salam,
Bertemu kembali...

Haa, utk hari y kedua pagi2 kami sarapan kat lobby hotel. Makanan standart la, nasi goreng, nasi berlauk, roti2 n nasi air a.k.a bubur. Byak jenis ooo rambang mata.

Pastu, abah g sembang2 ngan pak guard depan hotel utk urus psal kenderaan kami. Akhirnya dpt gak sebuah Avanza utk ronda2 seharian. murah lagi dr y hotel nya. Berikut tgk la gambor2 nih~
Sewanya Rm140 sekali ngan minyak n driver. Drivernya cakap no time limit, boleh jalan seharian sampai penat pun tak pe. Tp kami amek sampai petang tu je, malam rehat.
Ni la keta sewa kami


Ni orang panggil Angkut, sibuk je. Bahaya naik ni byk pencopet~

Mall Pekan Baru sbrg jalan Aston Hotel, kami singgah keesokkan harinya.


Ke Muzium Pekan Baru..kami kn org Sejarah :-P

Sejarah2 O_o ????? (honestly, boring ngat~) dan menakutkan.
  
 Lepas ke Muzium PekanBaru kami lapar le. So mula2 driver kami cadangkan tempat makan y best nama apa tah pastu tutup la pulak sebb tengan buat baik pulih. Last2 dia bawak kami ke Rumah Makan Sederhana, mcm popular gak la kat situ. Tp sygnya sama ja mcm malam tu kami makan, masakan padang. So lauk pun sama jelah nothing special. Kami ckp nk tmpt makan y murah, halal dan sedap so dapat gitu jelah. Kalau korang nk spesifikkan lagi permintaan korang kat driver biar dia tahu korang nk rasa makanan y fancy2 cikit, dia akan cadangkan la.

Next, kami menuju ke Pasar Bawah y terletak di utara Pekan Baru dan berhampiran Perlabuhan Sg.Siak. Pasar Bawah ni memang tempat utk shopping la, beli cenderahati dan baju dan kain pasang dan telekung. CUMA, hati2 pandai2 la tawar menawar kadang2 jadi mahal balik tahu. Kami tawar separuh harga dulu baru up2 kan sikit kalau tidak baik balik beli kat Malaysia ja.

 
Kaum lelaki bosan sgt le tunggu kami y perempuan shopping kat Pasar Bawah. Memang syurga beli belah, ni la matlmt dtg Pekan Baru.

Lepas kami kaum perempuan pusing2 selama 2 jam akhirnya adik2 pun bising cakap penat. Kami pun turun dari Pasar Bawah dan menuju ke Masjid Agung An Nur utk sembahyang. Masjid ni paling besar sekali kat Riau dan terletak di Jalan Hang Tuah. Kat sini gak ada Madrasah An-Nur.

Besar tak?

Mal Ciputra Seraya

Bakso ni terkenal gak la, dh di komersilkan. Bakso ala2 moden gitu
Mari makan Bakso di Mal Ciputra!

Hasil bershopping, separuh lagi ada dlm plastik...banyakkan? O_o

Teh Botol versi botol plastik. Memang fames ah kat situ, wajib try~
Malam tu tido sambil tersengih laaaa~


Bersambung next Part 4 ......


4th Holiday 2011 :- Cameron Highlands Part 2

Salam,
Bertemu kembali utk part 2..hehe. Enjoy~

Kami tinggal kat Lily homestay utk hari y pertama n Anggerik Desa Homestay utk y kedua.
Anggerik Homestay, my dad punya fave sbb dh pernah duduk sblm ni bule memasak n bilik pun ok. Ni mhal dua tiga puluh ringgit kalu x silap tp sbb kami lmbt trpaksa la sewa bilik besar rm 180 (2 katil queen, set sofa, 1 single). Homestay ni selang sebuah rumah je ngan Lily Homestay.
Terliur tak? Nyum, nyum :-3
Dekat ngan tmpt kami sewa ada YZ Agro Farm n agro Al-Mashoor. Tiap2 pagi kami serbu Strawberry farm Al-Mashoor y dkt ngan homestay kami tu n beli 6 kotak. My dad siap interview bangla kerja kat situ ( dia siap jemput g Bangladesh lg...haha). Tips ckit, kalu nk beli strawberry baik beli kat kebun dia la, murah ckit dr beli kat gerai. Rm 6 je sekotak...ke ada murah g?

 
Iman ngan kaktus2 nya~
 

Haaa, time2 cuti sekolah ni Pasar Malam tiap2 ari bukak. Kalu korang nk beli bantal2 ni korang beli la kat pak cik y bukak gerai berdekatan dgn org jual cadar2 byk2 tu. Kedai dia kena masuk lorong sebelah kiri korang. Sblh kedai cd/kaset y suka bukak lgu kuat2. Sian pak cik tu, pekak telinga dia lma2. Bukan apa, dia jual murah ooo, Tiera nye bantal rm 10 je, adik Tiera beli y bantal bentuk strawberry besar rm 15, kat tmpt lain rm 20-25. Apa salahnya majukan org Melayu gak..hik2.

Last day, Tiera beli kaktus 6 pokok rm 10 kat pasar malam....beres. Jalan sikit lg 7 pokok rm 10...jalan lg 8 pokok rm 10...korang tension tak? Tiera geram gila. Makin jalan kedpn makin murah pulak. Keychain pun sama, masin mulut Tiera sbb akhirnya jumpa 10 keychain rm 10..hahaha.


Di Bharat Tea Plantation with my mom~

o_O

Pastu kami pusing2 kat MARDI, best gak semua ada, strawberry, pokok pasu, n y menarik taman herba (Edible Farm). kat situ baru kami bule tgk poko pudina, pokok kubis, pokok jagung, pokok jintan, Kimchan ( lily bud), buah labu, basil n byk la. Menarik sgt tau. Baru thu kimchan tu rupanya bunga lily y x kembang lagi..haha goreng buat masak kicap sdp je. Nash beli dua pokok 'Gold Crest' (x suka maksud nama pokok ni) , katanya nk menanam pulak...KATANYA... :)

Pokok jagung ^_^

Labu ???
 
Basil o_O
Pastu kami beli mkanan tgah hari n berkemas utk pulang ke rumah.

Warning ek:- dulu2 mcm tak sejuk sgt tp kali ni bukan main sejuk pulak. so bwk la jaket korang..huhu nyesal Tiera x bwk jaket, cardigan je la penyelamat.

(Feel free to comment or ask any question)

Wednesday, November 30, 2011

HolidayOverSeas: Pekan Baru, Indonesia 2

Salam semua,
Bapak2 Ibu2~ :-)

Ok utk post kali ni Tiera akn cite hari pertama kami bertolak.

Hari Isnin, kami sekeluarga bertolak dari Terengganu. Percutian kali ni memang bajet terus. Ok kalu nk tips bajet lepas ni la Tiera post plak.

So kami semua bertolak ke KL, Taman Warisan dekat ngan KLIA and stay kat sana sampai hari bertolak 28/11/2011.

Pergi la awal sikit utk check in and jgn segan2 tanya kat org y kerja situ kalau x tahu macam mana nak check-in. Oleh kerana masing2 bwk beg pack and tak tempah kargo so kitaorg terus proceed tu ruang menunggu lepas selesai proses passport dan segala mcm.

Masa kat ruang tunggu tu memang ramai le. Baik korang pergi toilet siap2 sbb dalm flight 1 jam je and most of the time lampu pasang tali pinggang akan bernyala n korang tak leh suka suki je g tandas. Tup2 flight kami delay  la pulak so tak pasal2 kena tunggu 1 jam lagi bertolak lah kami pukul 5. Pasang telinga korang2 baik2 untk pengumuman flight tp kalau korang tak masuk lagi diaorg panggil nama tak ke famous sebntr?

Masa dlm airport Tiera sibuk isi borang departure and arrival y diaedarkan x sdar masa berlalu. Airport Pekan Baru kecik je, sampai2 dai check passport and boarding pass pastu scan beg dah abes, bule keluar.

Oleh sebab abah dah atur dgn Hotel Aston utk dtg ambil kami di airport, nama abah punya besar dia angkat masa kami sampai. So kami naik van la ke hotel Aston. Masa sampai memang layanan best ooo, kalah hotel Malaysia. Pak guard tolong bukak pintu van n pintu hotel. Budak lobby tolong angkat beg kami naik troli. Masa kami tunggu abah check in hotel kami dihidangkan dengan air jus..apa tah, its part of the service.

Hotel Aston ni dekat dengan Mal PekanBaru and Plaza Senapelan. Ada di Mal PekanBaru tp x igat. Mal PekanBaru ni bersetentang dgn hotel so kalu nk pergi korang kena jalan sikit smpai jumpa jejantas le.

Credit

Kami ambil dua bilik (y ada katil Queen sebuah) Rm 160 x 2.

Jus dihidangkn smntara tunggu check-in di Aston Hotel

Abah ambik dua bilik. Tiera duduk bertiga dengan adik-adik, mak ngan abah duk dgn Saiful n Balqis. Bilik dia lawa tp pemandangan kurang lawa infact bilik abah tak ada tingkap pun haha tp ok la bilik dia lawa.

So kami rehat, mandi dan sembahyang pastu lepas isyak abah n mak turun dulu untuk tanya hal pengangkutan untuk esok. Plannya nak sewa van pusing2 Pekan Baru tp mahal la pulak bila nak sewa van Aston biasa la kan. Lepas gagal dpt kata putus n harga lebih murah abah ajak p makan dulu. Kami jalan2 ja spnjang deret hotel n sampai ke Rumah Makan ...err apa tah dh lupa la.

Belum sempat kami order apa2 semua makanan dah terhidang. Berpinggan2 lauk (stack) dua bekas nasi putih, air kosong. Muka semua pakat blur belaka x paham. Rupanya kalau makan nasi campur gini la kan senang. Makan je apa y nak makan y tak mau jgn sentuh, tu gaya masakan padang. Tp best sedap tau, bergedil dia besar gila n kari ayam dia kaw2. Senang la bg org y blur lg cara nk pesan makanan kat sana, duduk je pastu semua diberesin.

Lepas kenyang makan kami pun beransur naik ke bilik balik n berehat. malam tu Tiera tido lambat gak sebab tgok tv indon depa..hehe best n lawak.

Klik...(BERSAMBUNG)...

Wednesday, October 26, 2011

HolidayOverSeas: Pekanbaru, Indonesia 1

Salam,
Ni y teruja nak cerita ni.
First time aku keluar dari negara ni...ke mana...ke PEKANBARU!!!
Maybe ada y lagi tak bertuah dari aku tp syukur lah my parents ada hati nak ajak anak-anak dia berjalan jauh gak.

Weee....! Haha ketinggalan benor makcik ni~
First time jugak aku naik flight (ni pun teruja juga, darat tak?) Almaklumlah kami ni keluarga sederhana, tak la sampai sesetengah orang nak p KL dari Kedah pn tempah flight, aku bersawang dalam kereta 8 jam travel, sampai akhirnya aku dapat mabuk darat tau kalu jadi penumpang, so kena jd driver slalu lee~
Cuti Deepavali ni, my dad  bawak aku n dua adik ak y kecik2 ni pergi buat passport, siap tangkap gambar baru bagi cun2 letak dalam tu. So beres, aku buleh dah travel tinggal dua adik bawah aku ni lagi tak buat passport sebab busy dgn kelas n sekolah. Nasib badan la skrg IPG suka cuti lama-lama. Sekolah mak aku tak cuti pon..hmmm
Kami akan ke Pekanbaru, insyaallah kalu tak ada aral hujung tahun ni. Bila? Ak pn tak amek tau lg sbb tak mau loose focus utk final semester exam tak lama lagi.
Skrg nak cari info pasal Pekanbaru y aku tak berapa nk familiar sangat ni tp nampak gaya city of shopping2 gak nih. Haha abis la duit aku pas ni....

P/S:- Seronok dengar bila duit kita tukar ke rupiah.."mbak mahu berapa juta ya, saya bisa kasi...hehe"

Klik...(BERSAMBUNG)...

Wednesday, October 12, 2011

Misteri Titanic

Salam,
Haha, kali ni tetiba nak post cite misteri. Masa tengah menunggu kelas teknologi dalam pendidikan start tadi tetiba tgk discovery channel. Dlm tu tgh siar cita pasal GhostLab, ala2 Seekers la.
So bila masuk makmal, tggu apa lg Google terus la ke cerita-cerita misteri dunia. Terjumpa pulak tentang kisah Titanic y memang ironic gila.
Titanic, teringin plak nak naik cruise...


Hahaha......
Kisah dia macam ni...@_@ suspen~suspen~
Terdapat sebuah novel karya Morgan Robertson. Beliau ni menulis sebuah novel tentang sebuah kapal persiaran yang diberi nama Titan.

 
Novel ni bercerita tentang penemuan besar dunia dalam bentuk kapal "Luxury Liner" seberat 75000 ton dengan panjang sekitar 880 kaki (Titanic pulak memiliki berat 66000 ton dgn panjang 882 kaki). Berat ni lebih kurang la antara dua-dua kapal ni.

Kalau nak tahu, Titanic dilengkapi 3 penggerak berupa kipas (propeller) beserta 2 tiang layar (mast) dan berlayar pada April 1912 dari South Hampton, Inggeris. Titan, juga memiliki jumlah propeller dan tiang yang sama, dan berangkat pada bulan April.

Titanic, ada 20 Perahu Cadangan, dan dpt menampung 3000 penumpang manakala Titan, punya 23 Perahu Cadangan, dan menampung 3000 penumpang.

Pada kecepatan 22 .5 knot, Titanic eksiden dengan blok ais pada malam berkabus di perairan Atlantik utara manakala pada kecepatan 25 knot, Titan juga mengalami nasib yang sama di tempat yg sama dan juga eksiden pada sekitar tengah malam!Masa yang sama dengan kemalangan Titanic.

Lebih dari setengah penumpang Titanic (sekitar 2207 penumpang) tekorban akibat peristiwa tersebut. Sementara untuk Titan, lebih dari setengah penumpangnya (sekitar 2500 penumpang) juga tekorban.

YANG BESTNYA, NOVEL NI KELUAR 14 TAHUN SEBELUM TITANIC BERLAYAR PUN!!! PELIK TAK? KEBETULAN KOT....