Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Saturday, December 20, 2014

K-Drama : Joo Sang Wook

Salam,
 
Lama bebenor dh x tulis blog semenjak kena kerja di Sarawak ni. Anyway,post kali ni will be simple and clean cut.
 
Tiera ni mmg lalang sekejap minat actor ni sekajap minat yang lain. Tp Tiera bole jamin actor y Tiera minat semua berlakon cite yang best2.
 
Baru-baru ni minat Lee Tae Gon, sbb dia berlakon dalam cite Good Daughter Hana. Tp lepas tengok dia dlm Running Man macam...err agak perasan bagus je dia tu.
 
Pastu tertengok Running Man 'Birth of Beauty'. Mula la google2 cari cite tu, rupa-rupanya best ooo cita dia. Apa-apa pun nak cite pasal Hero Birth Of Beauty ni...Joo Sang Wook (Joo Sang-uk).
 
Joo Sang Wook (37yrs old in 2015)
Dia nampak muda dari umur, macam baru awal 30-an.
 
First time nampak dia dalam One Mom and Three Dad.



Dia berlakon dalam Good Doctor jugak, tapi langsung tak perasan dia, mungkin dia kurang menyerlah. Ada baiknya jugak, sebab kalau Tiera minat dia dari situ, mesti tak puas hati sebab dia bukan hero.


Muka muda lg dlm One Mom Three Dad

Lepas tu, tertengok dia dalam Running Man. Lawak betul gelak dia. Siyes, dia gelak macam ni.."Ha! Ha! Ha! Ha!"

 
Lawak betul, gelak dia memang berjangkit ooo "Ha! Ha! Ha! Ha!
 
Running Man Ep. 169, cakap sorang-sorang dalam kereta pastu siap selfie x bleh blah.
 
 
Tapi watak dia dalam Birth of Beauty memang terbaiklah, lawak n berkarisma betul.
 
Cerita tentang Sara yang buat plastic surgery untuk balas dendam pada suami yang curang
di bantu oleh Tae Hee yang genius.
Watak Sara dan Tae Hee (Sang Wook) memang terbaik lah, Comel betul pasangan ni, no comment just perfect.
 
Peace, keep supporting me!
Ha! Ha! Ha! Ha!
Apalagi, marathon drama Joo Sang Wook sebelum masuk hutan, weeee!
 
 
 

Thursday, June 5, 2014

Best ke IPG?

Salam,

Alhamdulillah, 11hb June ni Tiera akan menggenggam segulung ijazah. heheheehe
Maaf pada yang tertanya-tanya kemana menghilangnya admin, ok bole tarik nafas....fuh.....
 
SARAWAK
 
Sekarang life Tiera di Sarawak, P3 lgi tuuuuu. Ok bagi yang tak tahu P3 tu apa. Sekolah di Malaysia di gredkan kepada beberapa jenis iaitu sekolah Bandar, luar Bandar, pedalaman 1 (P1) and so on... jadi paham-paham lah kan. Ok tak mahu cerita lebih2.
 
 

 
Ok, ada adik ni tya best tak ipg? Hmm susah nak jawab sebenarnya tapi Tiera akan beri pendapat sendiri la ok?
AMARAN : Ini bukan mewakili pendapat semua warga yang pernah atau sedang belajar di IPG.
 
 
Best ke IPG?
 
1. Kalau adik-adik semua set minda untuk jadi cikgu, jadi perlu bersedia untuk belajar dalam suasana sekolah.
 
2. Masuk IPG mcm masuk sekola balik, sbb pensyarah akan menjadi seperti cikgu anda semua.
 
3. Suasana IPG bergantung kepada IPG yang anda dapat.
 
4. Ada IPG yang beri kebebasan untuk anda menyewa diluar kawasan kampus dan tiada curfew, contoh semua pelajar ada d asrama sblm 11 mlm.
 
5. Sesetengah IPG mempunyai asrama y cukup untuk menampung pelajar jadi kehidupan lebih terkawal (dikawal?) hehe.
 
6. Sesetengah IPG mempunyai perhimpunan pagi macam di sekolah, ada juga yang tiap2 hari ada perhimpunan.
 
7. Pakaian? sori la tak bebas ok. Nak jadi cikgu kena pakai macam cikgu.
 
8. Alhamdulillah, semua pelajar terpilih. Jadi pelajar kebanyakkannya semua perangai baik-baik...hensem2, cantik semua.
 
9. Katanya pelajar IPG kurang terdedah dengan dunia luar berbanding pelajar university. Salah! Ia bergantung pada anda sendiri. IPG ada banyak aktiviti yang anda bole join.
 
10. Ada IPG yng buat sistem P&P kelas mcm di sekolah, ada yang macam di university (tukar2 kelas)
 
11. dulu tak boleh pilh cos minor, sekarang dah boleh. Sebb tu tk pasal-pasal Tiera kena belajar PJ padahal tak aktif langsung sukan.
 
12. Bergantung pada kedudukan IPG anda, kemudahan macam mall so best l boleh pergi jalan-jalan.
 
13. Bergantung pada IPG anda, kos sara hidup boleh menjejaskn dompet anda.
 
12. IPG lebih aman damai tanpa demo atau rusuhan.
 
13. Adik2 akan belajar hamper 5 thun setengah jadi, rakan sekelas anda macam adik beradik. Itu yang
best.
 
14. Mungkin elaun akan ditarik, sistem pinjaman akan diwujudkan.
 
15. Penempatan secara automatic selepas tamat belajar menjai lebih sukar.
 
16. Kemungkinan di tempatkan di Sabah, Sarawak dan P1, P2 dan lebih teruk P3....
 
 
Ok, dah tak ada idea. 3 terakhir tu mungkin menakutkan sikit.
Ex-Mizanis Pengajian Sosial ambilan Jan 2010
 
Tiera rasa sangat best berada di IPG Sultan Mizan, banyak suka n duka di sana. Sekarang di SARAWAK hahaha.
 
Pergaulan yang sihat dengan rakan-rakan yang semua bagus-bagus. Kalau diulang, errr tak kot. hehe cukuplah tapi kawan yang Tiera dapat semua best-best, rindu korang. 
 
Pada adik-adik yang akan masuk ke IPG terutamanya bakal junior d IPG Sultan Mizan, Welcome! Bertabahlah kamu semua untuk 5 tahun setengah.
 
Akak dah habis, hehehe.
 
 
 

Sunday, February 9, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan Episode 51, featuring Me!

Salam,


Tajuk pun dah obvious sangat.
Pengambaran Jalan-jalan Cari Makan musim baru yang diacarakan oleh Naz kali ni di Terengganu.

Sebenarnya tak la terlalu follow sgt rancangan ni tapi sebab kali ni muka Tiera terpampang dalamnya..hehe kita tengok la.

blur.... y sebelah tu adik Tiera. kui3

Lokasi di Restauran Lempeng, Rusila, Terengganu.
Pengambaran masa bulan 12, time tu musim hujan.

Restauran ni dah kali kedua di kunjungi JJCM, dulu Maria Tengku Sabri kali ni Naz.
Kalau datang Rusila, cakap Retauran Lempeng mesti orang tahu, betul!

Restauran ni milik pak cik sebenarnya..hehe kantoi.
So kitaorang datang la memeriahkan, tapi memang dah ramai orang pun crowded la pulak lepas tu.

Ingatkan muka masuk sikit je, lama la pulak.
Cuak gila masa kena temuramah akak tu. 
Nasib baik tak nampak pelik sebab masa nak datang memang tak sangka yang JJCM ada kat situ, kena jemput je.
Bila tengok gelak sendiri, macam tu ek Tiera cakap? Hmmm.
Anyway ini riaksi orang tak pernah masuk TV..hehe.

Jom makan lempeng cicah Ais Krim!

Tips : Hias Bilik Tidur

Salam,


Tiera tengah tanam anggur sekarang, ingat nak part time tapi tak bersungguh pulak. hehe.

Ok, straight to the poin ye? Bagi yang nak isi masa lapang ke, nak tukar selera ke boleh la tengok pada tips Tiera untuk menghias bilik. Dulu bilik Tiera warna ungu, semua ungu, tapi sebab masa rumah ni baru buat ada kebocoran air maka cat ungu tu jadi bertompok tak sekata, huduh la.

Bila, lama sikit, ada duit dah boleh cat kaler lain. yea!

Ok, tiera akan mula dari awal ye, hias dari mula.

1. Cat, warna bilik.

Keep it minimal. Simple lebih baik. Trend sekarang, warna kosong dan ada corak di dinding. Bilik Tiera sekarang warna putih dgn corak rama-rama hijau dan ungu.
Buat sendiri, guna kaedah stencil.

2. Tema

Tema bilik macam lebih pada warna tema. Kalau macam bilik Tiera warna putih, ungu dan hijau, jadi kebanyakkan prop dalam bilik warna yang sama.

3. Tak perlu prop mahal, boleh kitar semula ikut kreativiti

Kebanyakkan orang ingat nak hias bilik cantik-cantik macam interior designer bagai, memang la mahal. So sebab sedar diri jadi kita kitar semula lagi baik. Macam Tiera, jadi cikgu ni selalu dapat hadiah hari guru dari murid, tak hari guru pun murid-murid nak bagi jugak. Hehehe, tak mintak pun, tapi itu bukti murid suka kita, betul?

So, kalau dapat hadiah, macam mug yang comel-comel ke bole la fikir-fikir kesesuaian dalam bilik.

4. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Bilik Tiera untuk sampai ke tahap yang Tiera puas hati memang lama ambil masa. Nak ikut tema tak semua boleh dapat dalam masa yang terhad. So bila jumpa bekas ke atau apa-apa barang yang warna ungu atau hijau epal, memang Tiera beli untuk haisan.

5. Karpet atau hamparan.
Tiera suka kalau bilik ada carpet tambah yang lembut gitu. nak solat atas karpet tu pun best, hehe. Lagi satu karpet tu akan buat bilik nampak cozy.
sumber en google


6. Ilusi besar

Bagi bilik yang kecil macam Tiera punya memang susah sebab kawasan minimal sangat. Jadi nak buat ilusi besar? Guna warna bilik yang cerah dan pasang cermin besar. Kalau pakai cermin yang panjang tu pun ok, murah sikit.

sumber en.google

7. Minimalkan ruang.

Bijak gunakan ruang yang kecil. Contoh banyak baju tapi tak cukup ruang dalam almari? Lipat baju anda kecil akan jimatkan ruang. Pastu boleh la buang atau derma baju yang dah tak boleh atau tak mahu pakai. Guna kotak atau bekas simpan barang untuk lebih kemas. Tak perlu guna meja solek, cukup dengan cermin dinding pastu guna almari buku untuk letak alat-alat solek.
Sengaja susun macam ni sbb atas dia boleh letak barang, jimat tak ruang? 

8. Keep It Clean

Selalu bersihkan bilik. Kalau tak jaga tak cantik jugak bilik tu. Bilik Tiera selalu bersepah bila nak keluar. Hehe biasalah, baju bersepah sebab nak pilih pakai apa.


Ok, tu je.
Selamat mencuba.


Currently watching : Jigoku Shoujo (Hell Girl)





Monday, January 27, 2014

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 28) 26 Januari 2014

Salam,


sumber 'en. google.

Tema AJL tahun ni 'Game On' ala-ala video game gitu.
Jadi tak mau panjang-panjang, ini senarai pemenang.


1. Anugerah Mobile - Hafiz
2. Persembahan Terbaik - Hafiz
3. Vokal Terbaik - Jac
4. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
5. Tempat Kedua - Hanya Aku (Hyper Act)
6. Juara - Of Course la....Bahagiamu Deritaku (Hafiz)


sumber: en.google



Komen:

Secara keseluruhannya AJL kali ni memang best, setiap persembahan, prop dan technical memang best.
Tak kata perfect, ok la sesuai dengan anugerah berprestij.
Suka skrin triple big kat belakang tu, lain sikit.
Tema dia pun best, 'Game On' ala-ala Wreck it Ralph gitu.

Persembahan artis pun semua kreatif dan menarik.
Suka Hazama, memang masuk tema, starting lagu bunyi macam dalam game.

Bagi Tiera persembahan terbaik kurang layak untuk Hafiz sebab terlalu biasa, cuma ada pokok, ranting dan background.
Lebih baik bagi pada orang lain yang banyak sedia prop bagai macam Kalau Aku Kaya ke..siap tabur duit lagi, duit tu muka diaorang. best!

Persembahan Khas Ziana Zain memang terkejut, gabungan lama dan baru.
Nak kata macam mana eh? WOW?
Sebab biasa dengar dia menyanyi feeling2 tapi malam tu macam ada unsur-unsur rock sikit. anyway lama tak dengan dia nyanyi, tapi tak dapat tengok dia angkat kening sebelah.

Pastu yang nak tergelak sekali masa Waris dan M. Daud Kilau nyanyi.
Ok, kerusi pastu ada orang sorong ke pentas..beres.
Pastukan..tak tahu la kalau silap tengok ke apa...M. Daud Kilau pun nyanyi lagu fames dia..ala yang 'senyumlah, senyumlah' tu.
Siap gelek2 pastu semakin dekat dengan Waris...Waris macam takut/ mengelak/ nak lari?
Hahaha. kalau betul tak silap tengok memang lawak lah.

Pemenang?
Hmm, Hafiz menang untuk kali ke-4. Sebenarnya dah bosan asik-asik muka yang sama.
Kalau ada Hafiz memang tak de peluang la orang lain. Anyway dia layak menang.

Tapi nak Hyper Act menang...kalau tak de Hafiz mesti dah menang.
Tempat kedua-dan ketiga memang layak, at least dapat kan Hyper Act?

Adakah Altimet buat sujud syukur kat bawah pentas masa diaorang menang?
Who knows, tapi excited benor dia.
Tahniah, lagu tu memang kreatif dan lucu dan sedap.


Apa pun AJL 28 terbaik, keep it up.


Saturday, January 4, 2014

Just...

Salam,
 
Tak tau nak post apa ni ja y mampu. Hehe.
Delulu mode.
Fighting SoGong couple!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 


There was an error in this gadget