Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Thursday, November 15, 2012

K-Drama : Arang and The Magistrate Part 3

Hi,

Tiera excited nak cerita tentang episod yang paling Tiera suka dalam drama Arang and The Magistrate.

Episode 7...


Dalam episod ni, Eun Oh kembali ke tapak kejadian dimana sebuah lubang penuh dengan tulang manusia ditemui. Disana, dia mula mengumpulkan beberapa tangkal yang mengelilingi kawasan kejadian. Tangkal misteri itu bertanda utara, selatan, timur, barat, barat daya dll. Jadi, sementara Eun Oh mencari, High Shaman yang dapat  merasakan yang rahsianya selama ini akan terbongkar mula tidak senang duduk.

Di pejabat pula, 3 officer mula mencari jalan untuk menyingkirkan Eun Oh. Mereka dapat tahu Eun Oh di jurang tempat kejadian jadi mereka menuju kesana. Eun Oh akhirnya berjumpa dengan tangkal terakhir dan terikat di sebuah batang pokok di tepi jurang. Sementara Eun Oh berhati-hati meniti batang pokok untuk mengambil tangkal itu, salah seorang officer cuba menolaknya jatuh kedalam jurang.
Pegawai tu nak tolak tapi tak sempat tolak dah jatuh.

Arang yang sedang mencari Eun Oh juga bertindak menuju ke jurang dan bertemu dengan Grim Reaper.Moo Young diarahkan turun ke tempat kejadian untuk menyelesaikan kawasan yang telah didedahkan dengan bantuan Eun Oh. Arang terkejut apabila terserampak dengan Moo Young dan dia tak selesa asyik terserempak dengan Grim Reaper itu.


Arang kemudian meronda disekeliling kawasan dansampai ke jurang. Terdetik untuk melihat, dia akhirnya terjumpa Eun Oh yang tidak sedarkan diri di jurang berlumurah darah. Masa ni memang Arang betul-betul risau dan macam nak menangis tengok Eun Oh jd macam tu. Dia kembali ke kawasan pembunuhan untuk mengambil tali dan cuba meminta tolong Moo Young yang masih disitu tapi Moo Young buat dek je.

Arang segera mengikat tali dan turun ke bawah tapi dia pula yang hampir terjatuh ke dalam jurang. Eun Oh sempat menangkap tangan Arang tapi akibat bahunya yang tercedera banyak darah yang keluar. (Masa ni sgt excited, ahaha)


Selepas Arang selamat, diaorg tak tahu macam mana nak selamatkan diri dari jurang tu. Jadi Eun Oh sempat buat lawak. "Apa kata awak terjun kedalam jurang, awak takkan mati. Jadi lepas awak hidup balik pergi bagitahu orang untuk selamatkan saya disini". Arang percaya pulak tu, siap tak terjun lagi tapi Eun Oh sempat tangkap. "Tak dapat bezakan ke benda sirius dengan lawak?". Eun Oh kemudiannya pengsan lagi dan Arang terjumpa sebuah gua dan menarik Eun Oh ke dalam. Oleh kerana Eun Oh cedera parah maka mereka terpaksa bermalam didalam gua sementara Arang meronda mencari jalan keluar dari situ. Sepanjang masa mereka didalam gua, mereka bertambah rapat lagi.


Dalam masa tu sempat lagi diaorg terjumpa roh jahat yang berkeliaran. Kesian Eun Oh, walaupun cedera parah dia terpaksa berlawan dan kena belasah dengan hantu tu.Huhu. Oleh sebab tak jumpa jalan keluar mereka kembali ke jurang tempat diaorang jatuh dan nasib menyebelahi apabila Dol Swe muncul dan menarik mereka keatas. Dol Swe yang memang cemburu dengan Arang tak bagi Arang naik dulu, jadi Eun Oh naik dulu. Tali yang diturunkan tak kuat dan pada masa Arang naik, tali terputus dan Arang jatuh kedalam sungai. Eun Oh yang terkejut dengan kejadian itu dan nak turun menyelamatkan Arang tapi akibat kehilangan darah yang banyak dia pengsan sekali lagi di kaki jurang. Dol Swe mendukung Eun Oh balik ke pejabat dan mengarahkan kumpulan peronda mencari Arang.


 3 officers terkejut dengan keadaan Eun Oh dan rasa frust ketua mereka selamat dari terjatuh dari tebing tadi.

Haishh, diaorg ni lawak tul~

Sementara itu, Ju Wal yang ternampak dan terdgr Arang jatuh ke dalam jurang pergi kesana untuk mencarinya. Apabila terjumpa Arang yang hanyut dan masih hidup di tepi sungai dia membawa Arang pulang. Sementara itu, Eun Oh yang tersedar dari pengsan bertegas untuk mencari Arang walaupun masih lemah.
Dr ep 8, Dol Swe x bg tuannya pergi cari Arang.


P/S: Tak tahu kenapa suka sangat bila hero cedera dan heroin jaga hero...hmmm



So Enjoy The Drama~ send me some feedback!

K-Drama : Arang and The Magistrate Part 2

Hi anda-anda semua!

Mesti tertanya-tanya kan siapa pelakon dan watak yang ada dalam K-Drama : Arang and The Magustrate. Enjoy...

Watak y paling Tiera suka sekali setakat ni ialah...watak Magistrate ni.

Magistrat Kim Eun Oh (Lee Jun Ki)


Dia seorang yang tidak mempedulikan hal orang lain dalam dunia ni dan lebih suka mengembara di sekitar Dinesti Joseon. Dia tak dapat kekal lama di suatu tempat dan tidak tahu pasal perempuan dan kejayaan. Sejak dari kecil dia dapat mendengar, melihat dan menyentuh hantu, jadi ia menjadi masalah apabila hantu2 asyik meminta tolongnya untuk menunaikan 'hasrat' terakhir mereka. Pada masa yang sama dia mencari ibunya yang hilang dan akhirnya sampai di daerah Miryang. Walaupun luaran dia seorang yang sinis dan keras hati tapi sebenarnya dia seorang yang berhati lembut. Dia kemudiannya diperdaya Arang untuk menjadi Magistrate di Miryang dan berdepan dengan pelbagai kejadian yang pelik.

Lee Seo-Rim / Arang (Shin Min Ah)


Dia seorang gadis yang kasar dan cergas berbeza dengan personalitinya semasa dia hidup (Lee Seo Rim) iaitu pemalu dan lemah-lembut. Wataknya berbeza dengan heroin lain dimana ia kasar, keras kepala dan suka bertindak melulu. Sebagai hantu, dia hilang memorinya ketika hidup dan cuba mencari jalan untuk mengingati kenapa dia mati. Oleh kerana terlalu terdesak dia cuba meminta tolong beberapa orang magistrate dan akhirnya berjaya meyakinkan Magistrate baru Kim Eun Oh untuk menolongnya. Dia kembali ke dunia sebagai manusia setelah membuat perjanjian dengan Jade Emperor dan diberi masa 3 purnama untuk mencari sebab kematiannya. Dia dan Eun Oh bekerjasama membongkarkan pelbagai kes tanpa menyedari mereka bakal berdepan dengan sesuatu yang mengejutkan.

Young Master Ju Wal (Yeon Woo Jin)


Dia adalah seorang anak angkat kepada seorang bangsawan yang mempunyai kuasa di Miryang. Dia seorang dingin dan kejam. Seumur hidupnya dia hidup disebalik identiti seorang lelaki muda yang digilai gadis untuk menyembunyikan identiti sebenarnya. Pada asalnya dia adalah anak jalanan yang hanya mengimpikan kehidupan yang lebih baik. High Shaman akhirnya membela dia untuk dijadikan sebagai pemburu roh yang baru sebagai balasan kepada status dan kuasa. Dia mula goyah sejak kemunculan Arang sebagai manusia dan mula membongkar semula memori lama yang menyakitkan. Dia pernah menjadi tunang kepada Lee Seo Rim namun memutuskan tunangan itu akibat tentangan dari High Shaman.

Shaman Bang Wool (Hwang Bora)


Shaman atau bomoh ni tak tahu lah nak dikatakan ada kuasa atau tidak tapi dia hanya berupaya mendengar suara hantu tapi tak boleh melihat mereka. Dia mendakwa datang dari 10 generasi shaman yang terkenal di Miryang. Jadi dia akhirnya hidup susah dengan menipu orang. Dia selalu dilihat berdoa untuk diberikan kuasa dari nenek moyang dan dihantarkan semangat dari dunia lain sebagai pendamping. Dia dihantui oleh Arang dan  tidak menyukainya kerana baginya Arang bukanlah hantu yang sesuai untuk membantunya mencari makan. Dia selalu terjerat dengan pelbagai permintaan Arang dan cuba menjauhkan diri dari bertemankan hantu itu.

Dol-Swe (Kwon Oh Joong)

Dol Swe adalah pembantu peribadi Kim Eun Oh yang bersumpah akan menjaga Eun Oh buat selamanya. Dia seorang yang ringkas, kasar dan realistik.Dia suka menyindir dan kasar dengan Eun-Oh oleh kerana perangai Eun-Oh sendiri namun sebenarnya hatinya benar2 'sayang' dengan tuannya itu. Dia berasa cemburu apabila tuannya mulai rapat dengan Arang dan cuba melindungi tuan mudanya dari di'goda' Arang. Dia memang suka memerhatikan tingkah laku 3 pegawai di pejabat Magsitrate kerana mereka in ada sahaja rancangan untuk menyingkirkan Eun Oh dan dia.

Ketua Pegawai Neraka/ Grim Reaper, Moo Young (Han Jung Soo)

Pencabut Nyawa (konon) yang bernama Moo Young. Dia seorang yang tak mempunyai perasaan dan hanya tahu menerima arahan dari 'pihak atasan'. Dai seorang yang dingin dan bertindak rasional dalam pelbagai hal. Dia adalah orang kanan kepada 'Raja Neraka' namun rapat dengan 'Raja Syurga' Jade Emperor dan sedia menerima arahan darinya. Dia sebenarnya pernah hidup sebagai manusia dan mempunyai sejarah yang agak samar.

Jade emperor (Yoo Seung Ho)


Maharaja Jade ini digambarkan sebagai raja di syurga. Arang pada mulanya menyangka dia adalah 'orang tua' tetapi tiada siapa yang tahu umur sebenarnya. Dia digambarkan sebagai Maharaja Jade yang kacak dengan penampilan yang mempesonakan. Dia berminat dalam perkara seperti seni, perempuan, peach dan pertaruhan. Walaupun dia dianggap sebagai orang tua namun sikapnya adalah sangat berkarisma apabila diperlukan dan ia membuatkan peranannya sebagai penguasa dunia syurga tidak dapat dipertikaikan.

King of the underworld (Park Jun Kyu)
The King will be the one who punishes all the bad guys, but he looks like a fun person to be around although his job is super scary


Dia seorang yang ideologist dan percaya bahawa setiap yang dikatakan adalah peraturan. Jadi dia amat tidak suka kepada manusia yang tidak pengikut prinsip asal untuk ke dunia seterusnya. Oleh itu apabila Arang muncul sebagai hantu yang tidak mahu pulang ke dunia roh maka dia mula tidak senang duduk. Kegemarannya adalah semua yang berkaitan dengan pengiraan. Luaran menggambarkan dia sebagai orang tua yang sirius tapi ada yang mengatakan dia sebenarnya kembar kepada Jade Emperor. Dia mempunyai personaliti yang lucu dan suka bersaing dengan Jade Emperor. Dia rakan baik kepada Jade Emperor..atau satu-satunya rakannya.

Lord Choi (Kim Young Gun)


Seorang yang sangat berpengaruh dan membawa simbol ketamakkan. Dia seorang yang melambangkan orang yang kaya dan jahat. Dia mahukan apa yang dia boleh dapat tanpa mengira apa cara pun. Oleh kerana berada dibawah kekuasaan seorang shaman perempuan yang misteri maka dia sentiasa takut kehilangan apa yang dia ada. Dia juga terpaksa menerima Ju Wal sebagai anak angkatnya atas arahan shaman perempuan itu. Dia berasa amat tergugat sejak kedatangan Eun Oh sebagai Magistrate baru di Miryang.
High Shaman/ Eun Oh Mother



Dialah High Shaman yang menjadi pencetus kepada semua misteri di Miryang. Rupa sebenarnya bukanlah seperti ini, dia sebenarnya salah seorang bidadari yang dibuang ke bumi akibat salah laku. Dia membuat perjanjian dan merasuk kedalam badan ibu Eun Oh. Untuk memenuhi hasratnya hidup sebagai manusia, dia menjadi tamak dan kemudian ingin hidup selamanya. Oleh itu, dia mengambil Lord Choi sebagai pemburuh roh dan sebagai tukaran dia memberikan pangkat dan kuasa. Setiap malam bulan mengambang dia akan dipersembahkan dengan roh gadis yang berhati suci (konon). Apabila Lord Choi sudah tua, dia mengambil Ju Wal sebagai pemburu baru dan untuk menyembunyikan hubungan ini, Ju Wal dikatakan anak kepada Lord Choi. Dia mempunyai hubungan dengan Moo Young (Grim Reaper).
Sebagai Ibu Eun Oh, dia seorang yang penuh dengan dendam kepada Lord Choi yang dikatakan telah memfitnah seluruh keluarganya dan membunuh semua ahli keluarga ibu Eun Oh. Ibu Eun Oh terlalu obses untuk membalas dendam sehingga mengabaikan Eun Oh dan menyuruh anaknya tinggal dengan keluarga baru suaminya yang lebih berdarjat tinggi. Dia kemudian ke Miryang untuk meracun Lord Choi namun tertangkap. Apabila dijanjikan pembalasan oleh High Shaman ini maka dia bersetuju untuk membiarkan High Shaman menggunakan badannya.
Aduhh, panjang sangat...BERSAMBUNG!!!!

 

K-Drama : Arang And The Magistrate Part 1

Salam,

Lama Tiera tak post pasal drama korea kan. Kalau drama tu mcm tk berbaloi utk ditonton maka malas la nak menaip di blog ni. Anyway, sempena cuti ni Tiera dah dpt stok cita Tiera dari kawan Tiera, credit tu Cik Ungu~

Tajuk Drama  untuk kali ni ialah Arang And The Magistrate.

Drama ni adalah comeback untuk Lee Jun Ki y famous ngan cite My Girl setelah dua tahun berkhidmat dalam tentera. Drama ini juga adalah drama sejarah pertama bagi pelakon jelita Shin Min Ah.


Sinopsis:-

Drama ni mengisahkan Arang (Shin Min Ah) adalah hantu yang merayau selama 3 tahun cuba mencari identitinya sebelum mati. Selama 3 tahun, dia dikejar oleh Grim Reaper, Moo Young dan belajar untuk hidup susah. Oleh kerana dia tidak mempunyai kubur dan percaya mayatnya masih belum dijumpai maka dia tidak mendapat sebarang makanan yang dipersembahkan oleh orang lain (keluarganya). So selama 3 tahun Arang cuba nak pujuk beberapa orang Magistrate (Hakim) di sebuah daerah Miryang tapi semua mati sakit jantung terkejut tgk hantu Arang ni. Suatu hari muncul seorang lelaki  bernama Kim Eun Oh (Lee Jun Ki) anak (bangsawan) kepada bekas perdana menteri yang mengembara mencari emaknya yang hilang.
 
Dia mempunyai kuasa untuk melihat hantu dan menyentuh mereka. Tapi Eun Oh seorang yang malas ambil tahu pasal masalah orang lain so dia pura-pura tak nampak hantu. Tapi akhirnya dia terjerat oleh Arang dan dipaksa menjadi Magistrate daerah tu. Pd mulanya dia tolak tawaran menjadi Magistrate disitu tp apabila dia melihat Arang memiliki cucuk sanggul yang pernah diberikan olehnya kepada ibunya dia akhirnya bersetuju untuk membantu Arang dengan harapan apabila Arang mendapat kembali memorinya dia akan teringat bagaimana dia boleh memiliki cucuk sanggul itu. Dalam proses membantu Arang, dia membongkarkan satu rahsia mistik di kampung itu selain menyelesaikan satu kes pembunuhan besar-besaran gadis daerah itu setiap kali bulan mengambang.
 
P/S:Seriously! Suka Lee Jun Ki pakai baju seragam Magistrate, smart sangat! Awww~
Banyak lagi nak cerita, kalau nak tahu siapa pelakonnya tunggu....

Saturday, November 3, 2012

We Got Married

Salam,

Hari ni bangun lambat giler, semalam jd burung pungguk.
Anyway, nak cite pasal WMG a.k.a We Got Married.
Haa, kalu peminat cite-cite korea or varierty show belah sana mesti tahu.
Sekarang WMG dah masuk season 4 dan Tiera lekat ngan rancangan rialiti ni baru je, masa season 2.

Sekilas pasal WMG:

1. Rancangan varierty @ realiti show korea
2. Memaparkan artis korea y dipasangkan utk menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri, diaorg mmg tak pernah kenal@ kenal gitu2 je sblm mula rancangan.
3. Setiap kali berjumpa, diaorg akan terima mission utk buat aktivti bersama.
4. Setiap aktiviti dirakam secara candid, mostly akn menunjukkan perangai sebenar couple ni termasuk perasaan kepada pasangan.
5. Rancangan ni kemudiannya diulas oleh beberapa host yang lawak, mmg la nk ulas perangai couple tu.
6. Ada syarat utk pasangan y nk mask WMG, antaranya selepas tamat show ni tak boleh curang dengan pasangan selama 2 tahun...kot.
7. Setakat ni tak ada lagi pasangan y kahwin slps tamat WMG mereka, harap2 ada y pecahkan tradisi ni.

Season 3 pasangan y Tiera rasa paling the best sekali...tak memang da best sepanjang masa ialah pasangan TeukSo. (LeeTeuk & Kang Sora)..Lee Teuk? Mcm penah dengar..ahaha mestilah ketua Super Junior nuh!
Sweet Couple
Tiera rasa diaorg la couple yang tak berlakon n dan menunjukkan perasaan sebenar antara satu sama lain. LeeTeuk pun dh 30 tahun so mmg patut dia rasa mcm nk kawin pun. Kang Sora pulak pendatang baru dlm bidang lakonan, umur dia kalau tak silap 23 tahun.
 
Pasangan ni selalu sibuk jadi kadang2 sampai 3@4 bulan tak jumpa. LeeTeuk sgt romatis, dia siap propose Kang Sora kat atas pentas sambil nyanyi lagu 'She" by Elvis Castello. Kang Sora sampai nangis sebab terharu, Tiera pun trharu gak.
 
So romantik~!!!!!
 
Couple ni terpaksa tamatkan WMG y baru berusia setahun sebab LeeTeuk kena masuk army selama 21 bulan. Hari ni dah 4 hari dalam army. Kang Sora mcm rindu dengan LeeTeuk melalui twitternya, dia post status yang bermaksud mcm tu. Ayah Kang Sora suka gila ngan LeeTeuk, layan mcm menantu betol kot.
 
Wedding Fotoshot (Fairytale consep)
 
Ramai peminat yang nak diaorg kawin sbb memang diaorg show tru feeling dlm show tu. Tiera rasa LeeTeuk sirius tp Sora mcm risau sbb dia kan baru lagi dlm dunia selebriti dia, so mungkin dia akan fikir banyak kali la kot.
Tgh stalker DongHae dating...ekeke~
Cumil~!

Please get married as soon as Lee Teuk finish his military service,
that would make your fan dying of happiness!!!
Last episod masa nk berpisah, dua-dua nangis and have their 1st and last kiss. Tiera sampai tak tgk last episod sebab tak sanggup.....huhu T_T




Friday, November 2, 2012

Jamuan Akhir Sem

Salam,

Pejam celik dah 4 tahun setengah bertapa di IPG KSM tercintan ni. Baru-baru ni depan maktab Tiera ni tetiba ada kes cikgu kena sembelih! Real beb! Org tengah sibuk sembelih lembu dia pergi sembelih orang. Org besut terbaik ek? Nasib baik Tiera dok kat bandar. Metaliti kurang betul.

Anyway, event wajib setiap sem, kitarorg buat jamuan sem. Oleh sebab semua sibuk dengan praktikum untuk 2 bulan, maka jamuan ni simple sesimplenya. Kami semua pergi makan kat ISMA Cafe. Semua pesan chicken chop. Tiera n Cik Da je tetiba sesat makan Megi Ketam..haha jangan marah.

Ni le Meggi Ketam, terbaik~!
1st  time kot makan benda ni. Anyway tak puas, Tiera suka makan isi je bukan suka sgt korek2 dalam ketam tu, kalau ada 'org' tolong kopekkan n suap isi tu baru best. Harga? Rm12 y ni, ketam dia sekor kot. Meggi dia bukan pakai perencah megi tau, sup dia lain. Ok la, tp Tiera tak makan dah ase, mahal.

Pelik ke Tiera pakai contact? Ekeke~
5 tahun 1/2 bersama ngan korunk, banyak kenangan suka duka, Fighting!
Praktikum mate,Cik Da. dialah y mempengaruhi org utk makan megi ketam ni, teruja lah tu~
 
 
Nape la asyik teringat kat 'org' tu sejak akhir-akhir ni? Adoiii~
Bye.

Lama ek?

Salam,

Sorry la lame Tiera x update blog, busy kot ngan praktikum dua bulan.
alhamdulillah selesai sudah, dalam 4 hari lagi selesai lah selesai 6, tinggal setahun lagi sebelum ijazah dalam tangan. huhu~ 4 tahun setengah dah bertapa di IPG KSM tercinta ni.

Isnin paper kiler, rasa dah berdarah otak stadi (stadi muvie~ekeke)
Tiera, kau sgt rajin tp pointer ciput je~
Hari Raya Haji ari tu kitaorg raye biasa-biasa je, maklumlah tak de tok n tok wan dah.
Kitaorg qurban lembu kat Losong, Terengganu. Rumah Tok Wah (tok belah mak). Tiera tak tengok, kami melepak kat tangga rumah sambil mengunyah pastu jeling2 umah sebelah sbb lembu tu Qurban sebelah umah je, sempoi tak kitaorg?
 
Nampak je 'baik' tp tucin ni bg 'hadiah' kat ak, caitt~
 
Budak SPM, gud luck for exam. Tinggi dah dia~
Adohh, watpe gini, makin bulat!
My Mummy and daddy kat belakang, sedapkn mkn terus dr pokok~ hehe
Bakal jurutera nih. Org lain geng biru dia sorang nk kuning.
lastly, wif my adik bongsu, Balqis
Tu je, cuti nk dekat. Terpikir 2 benda, Bowling di TER and Jogging di Stadium Runtuh, Ganu.
 
Bye.