Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Saturday, March 31, 2012

So Sorry, Saya yang Salah~

Salam,
Aduhh, dramatik kan tajuk dia, macam Tiera dah skaitkan banyak hati manusia-manusia di luar sana. Kenapa? Mungkin secara tak langsung, hehe Tiera main teka je. Bukannya apa banyak benda yang Tiera janjikan tapi tak terbuat lagi sebab busy dengan praktikum fasa satu selama sebulan.


Nasib baik budak-budak faham Tiera mengajar tersesat bahasa utara.
Trust me, proses nak jadi cikgu ni bukannya mudah, busy gila. Bila dah kerja nanti ok la sikit. Bukan nak kata bila dah jadi cikgu lagi santai, korang still kena datang latihan sukan petang-petang, datang sekolah malam-malam untuk tuisyen budak secara free. Kalu masih bergelar guru pelatih, maknanya rajin tu kena10 kali ganda dari guru yang dah sah dilantik.

Sekarang dah dua minggu Tiera di SK. Alor Keladi. Syukur sekolah kami sangat bagus dan memahami kami sebagai guru pelatih. Selain kena belajar untuk membuat RPH dan BBM, kami kena jugak terlibat dengan aktiviti sekolah. Kena buat port folio tebal-tebal lagi, mana tahu rezeki dapat cemerlang kan?

Ni baju je yang 'fail' lain ok dah.

Dah lama kenal, budak-budak ni mula naik kepala. Amek kau hari khamis hari tu Tiera dah naik darah, bukan apa cikgu cakap kamu tak nak dengar. Cikgu dah bagi arahan, itupun dah konsider dengan korang, ikut la dulu apa yang cikgu nak. Senyap sekejap, nasib baik tak masuk bab muhasabah diri. Satu lagi tengah tension sebab kelas selepas tu kena observe dengan lecturer. Syukur, sesi P&P berjalan dengan lancar dan ikut seperti yang dirancang, banyak jugak BBM yang Tiera buat, haha tak sedar. Murid tahun 5 M semua bagus-bagus, bagus berlakon haha tapi ok la dengar juga cakap cikgu.

Banyak benda yang diceritakan sebenarnya, banyak bahan nak dibuat entri tapi sirius sibuk, balik sekolah terus membuta, penat ooo. Malam buat RPH dan BBM. Nak kena fikir aktiviti menarik lagi untuk budak-budak, kena capai objektif yang ditetapkan kalu tidak habis.

Jadi baki lagi dua minggu, kena observe sakali lagi dengan lecturer dan dua kali lagi dengan guru pembimbing dan satu sesi pengajaran dengan partner praktikum. Banyak ooo, semua kena prepare.

Jadi nak tanya, apa pendapat korang tentang dunia keguruan? Setakat yang korang tahu, susah ke senang jadi cikgu?

P/S: Soalan wajib ditanya murid kepada guru praktikum "Cikgu nikah tak lagi?" *toink, toink* "Belum lagi sayang oii"