Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Friday, April 13, 2012

Tips Senang Hati Ketika Belajar

Salam,

Pernah tak korang rasa berat hati yang amat dalam perjalanan balik ke asrama atau IPT yang jauh nun disana? Kalau boleh tak mahu bercakap nak layan perasaan sendiri saja sepanjang perjalanan. Perut jadi memulas dan nak mencari tandas je?

Tiera pernah rasa masa duduk sekolah asrama dulu, tapi sebab sekolah tu undang2 sangat ketat so memang tak bebas dan bosan dan byk lagi la hal pelajaran yang membuatkan Tiera tak rela kembali untuk berdepan dengan masalah tu. Tapi sejak masuk ke IPT, lebih bebas dan Tiera boleh menyertai banyak xtiviti utk elak bosan, so tak ada la rasa tak rela sangat. So sebelum membebel lebih banyak lagi korang boleh try tips dibawah.



1. Berfikiran Positif
Bagi pelajar baru mungkin susah nak sesuaikan diri pada peringkat awal berbanding masa sekolah dulu kan? Tapi Tiera rasa lebih ok lagi sebab dekat kampus bebas sikit tak ada dah warden nak kawal kita 24 jam, warden tetap ada cuma yelah....korang dah besar pandai-pandai la. Exam, asigment mungkin akan buat anda stress tapi fikir positif dan pengurusan masa sangat penting.

2. Lakukan Perkara Yang Disukai Setiap Hari
Banyak benda boleh dilakukan di kampus memandangkan selalu dianjurkan pelbagai xtiviti, macam fotoshoot ke, jogging, atau bersukan. Ikut minat anda dan sertai xtiviti yang sepadan dengan minat anda tu, bila ada benda yang boleh buat anda enjoy so anda tak terfikir sangat nak balik rumah sebab kat rumah tak boleh buat benda yang anda suka.

3. Membuat Komitmen Yang Diyakini Mampu Dipenuhi
Contohnya anda gagal memenuhi kehendak pointer atau markah koko yang ditetapkan mesti anda frust kan? Set a small goal dan cuba penuhi sedikit demi sedikit, study lebih sikit dari biasa dan jangan terlebih enjoy. Kadang-kadang orang masuk IPT dia akan stray away dari matlamat utama dia masuk ke IPT jadi awas ye. Fikirkan komitmen utama anda dan cuba sedaya upaya penuhinya sikit-sikit.

4. Hindari Pengaruh Negetif
Hindari dari pelajar yang bersifat negetif contohnya yang suka melepak, mengumpat atau suka buat benda tak baik. Anda akan rasa bahagia ke kalau join group diorang? Silap2 anda yang terjebak dalam kancah gelap diorang, bahagia kan? So apa kata dekatkan diri dengan perkara yang positif macam sertai xtiviti rohani ke.

5. Mencari Sahabat
Sahabat memang penting untuk survive dalam kampus. Fungsinya untuk tolong dalam asignment dan banyak lagi. Macam dalam sabda Rasulullah, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi kita pun akan terpalit dengan kewangiannya tetapi kalau berkawan dengan tukang besit kita akan terbakar dan paling tidak pun akan terlekat bau besi pada pakaian kita. Faham kan? So pandai-pandai la pilih kawan-kawan yang 'wangi'.



Sumber dari : Prof Madya, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM
There was an error in this gadget