Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, January 27, 2014

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL 28) 26 Januari 2014

Salam,


sumber 'en. google.

Tema AJL tahun ni 'Game On' ala-ala video game gitu.
Jadi tak mau panjang-panjang, ini senarai pemenang.


1. Anugerah Mobile - Hafiz
2. Persembahan Terbaik - Hafiz
3. Vokal Terbaik - Jac
4. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
5. Tempat Kedua - Hanya Aku (Hyper Act)
6. Juara - Of Course la....Bahagiamu Deritaku (Hafiz)


sumber: en.google



Komen:

Secara keseluruhannya AJL kali ni memang best, setiap persembahan, prop dan technical memang best.
Tak kata perfect, ok la sesuai dengan anugerah berprestij.
Suka skrin triple big kat belakang tu, lain sikit.
Tema dia pun best, 'Game On' ala-ala Wreck it Ralph gitu.

Persembahan artis pun semua kreatif dan menarik.
Suka Hazama, memang masuk tema, starting lagu bunyi macam dalam game.

Bagi Tiera persembahan terbaik kurang layak untuk Hafiz sebab terlalu biasa, cuma ada pokok, ranting dan background.
Lebih baik bagi pada orang lain yang banyak sedia prop bagai macam Kalau Aku Kaya ke..siap tabur duit lagi, duit tu muka diaorang. best!

Persembahan Khas Ziana Zain memang terkejut, gabungan lama dan baru.
Nak kata macam mana eh? WOW?
Sebab biasa dengar dia menyanyi feeling2 tapi malam tu macam ada unsur-unsur rock sikit. anyway lama tak dengan dia nyanyi, tapi tak dapat tengok dia angkat kening sebelah.

Pastu yang nak tergelak sekali masa Waris dan M. Daud Kilau nyanyi.
Ok, kerusi pastu ada orang sorong ke pentas..beres.
Pastukan..tak tahu la kalau silap tengok ke apa...M. Daud Kilau pun nyanyi lagu fames dia..ala yang 'senyumlah, senyumlah' tu.
Siap gelek2 pastu semakin dekat dengan Waris...Waris macam takut/ mengelak/ nak lari?
Hahaha. kalau betul tak silap tengok memang lawak lah.

Pemenang?
Hmm, Hafiz menang untuk kali ke-4. Sebenarnya dah bosan asik-asik muka yang sama.
Kalau ada Hafiz memang tak de peluang la orang lain. Anyway dia layak menang.

Tapi nak Hyper Act menang...kalau tak de Hafiz mesti dah menang.
Tempat kedua-dan ketiga memang layak, at least dapat kan Hyper Act?

Adakah Altimet buat sujud syukur kat bawah pentas masa diaorang menang?
Who knows, tapi excited benor dia.
Tahniah, lagu tu memang kreatif dan lucu dan sedap.


Apa pun AJL 28 terbaik, keep it up.


There was an error in this gadget