Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Sunday, September 15, 2013

Aku Yang Harus Pergi 1

Julia Arissa menjeling kearah sebuah jam di dinding. Lagi lima minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Dia resah, tangannya bergendang dan sesekali dia memeluk tubuhnya. Kak Na guru lama disitu tersengih dan mengusik.

“Tak sabar-sabar nak jemput cik abang la tu?” Kuat saja suaranya menyebabkan beberapa orang guru lain ketawa. Julia hanya senyum wajahnya merah sambil menjeling kepada Azi, rakan sekerja yang hampir sama umur dengannya. Azimah hanya menyambut jelingannya dengan senyuman. Pasti minah ni yang membawa mulut sehingga habis satu bilik guru tahu pasal hal ni.

“Bila dia sampai?” Azi menyusun buku latihan murid diatas meja tanpa berpaling.

“Huh? Oh, Khairul? Pukul 2 kejap lagi, dua tahun aku tak jumpa dia. Aku akan bagi tahu perkara sebenar?” Julia nekad sambil bibirnya dimuncungkan. Azi berpaling dan membulatkan matanya.

“Biar betul! Kau nak ikut idea gila aku tu?” Julia memandang kosong dan mengangguk. Loceng berbunyi, tanpa sempat Azi membalas, Julia pantas menyandang tas tangannya dan menarik beg laptop ke bahu. Selepas memberi salam dengan kuatnya di dalam bilik guru itu dia keluar. Beberapa orang murid memberi salam kepadanya turut terkedu melihat Julia berjalan pantas kearah kereta.

“Cikgu, cikgu nak kemana?” dua orang murid perempuan menghampiri kereta. Julia tidak berpaling dan terus menghidupkan enjin kereta.

“Sorry, cikgu busy.Esok ye hantar buku tu?” Murid itu menggaru kepala,lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab. Macam tulah perangai Cikgu Julia mereka, kuat sangat melayan perasaan.

Kereta Suzuki Swift hitam putih dipanju laju, dan hon pendek diberikan kepada pengawal pagar. Dia mengangkat tangan. “Cikgu Julia nak menjemput tok laki ke?” guard tua yang digelar pak cik Tam tersengih memperlihatkan barisan gigi yang tidak tersusun. Julia mengangkat tangannya sekali lagi

Sampai sahaja di lapangan terbang Julia berlari masuk ke dalam ruang ketibaan.

“Sorry, lambat sikit…lama dah tunggu…?” Julia melepaskan lelahnya tapi dia kehairanan. Ruang menunggu cuma ada beberapa orang sahaja dan ianya merupakan penumpang dari flight sebelumnya. Julia mengeluh dan wajahnya kehairanan. Dia menahan seorang peramugari.

“Cik, penerbangan dari Canada dah sampai ke belum?”

“Oh, flight pukul 2 ke? Flight tu ditangguhkan sebab cuaca buruk, jadi dalam sejam lagi sampai lah tu” Peramugari itu tersenyum. Julia mengucapkan terima kasih. Dia melemparkan tas tangannya keatas kerusi dan melabuhkan duduknya.

“Perggh, mesej suruh be on time. Flight delayed pun tak bagi tahu…dah la orang nak cakap sesuatu ni. Kena tunggu lagi 45 minit lagi la…arghh terseksa betul kena tahan benda ni!” Julia menggaru kasar rambutnya yang pendek. Pasti Khairul terkejut, dahulu bukan main nak simpan rambut panjang sekarang di potong pendek dan dilayerkan. Rambut Julia yang agak ikal itu membuatkan wajahnya yang putih kemerahan itu nampak lebih muda dan bertenaga. Kaca matanya di perbetulkan diatas hidungnya yang agak mancung.

“Hmmm, agaknya lelaki tu macam mana ye sakarang? Dah jadi doktor pun dia..elokla doktor kanak-kanak,perangai pun childish jugak hmmph!” Julia menyilangkan tangannya. Sesekali dia mengerling jam tangannya. Dia masih ingat lagi...
***
“Lia!, ambil aku kat kolej pukul 2 ni?” sms yang diterimanya membuatkan hatinya panas, bila agaknya dia nak mengambil lesen kereta. Sejak-sejak diumumkan yang mereka akan ditunangkan cepat sahaja Khairul mengambil kesempatan keatas Julia. Julia lah yang menghantar Khairul ke kelas, mengambilnya pulang tetapi….
***
“Banyak ni je kau dapat?!” En. Hamdan membentak. Sudahlah dihadapan Julia pulak tu dimarahnya Khairul. Khairul membuat muka. Dia sendiri tahu sikap malas belajarnya itu punca segalanya. Julia menendang kaki Khairul.  Khairul tersedar yang gadis itu menyuruhnya memberi respon akibat kegagalannya untuk pas final exam bagi cos medic. Tanpanya dia takkan dapat mana-mana offer dari hospital pun untuk jadi doctor pelatih.

“Err, papa kan ada hospital swasta sendiri, bagi Khai kerja situ sajelah, apa ada pada degree kan, haha…ha?”

Sepapan surat khabar dilemparkan ke kepala Khairul, Khairul menaikkan tangan dan kakinya untuk mengelak, kemudian tersengih.

“Bertuah punya budak, kau nak bankrupt kan aku ke? Mati orang ada kau nak tanggung? Kau ingat kita bukak bisness jual keropok?!” En. Hamdan menjeling tajam.

“Papa tak kira, kau pegi ke Canada, ada kawan ayah professor kat sana. Dia boleh tolong kau masuk extend kos medic sampai final exam, kalau kau tak pas jugak…jangan kau balik ke sini. Ntah-ntah Julia pun tak hingin kawin dengan kau…kan Julia?” Julia tersengih janggal, padahal dia memang tidak gemar dengan Khairul sejak awal lagi kalau bukan mulutnya yang celupar tu. Dia masih ingat….
***
Sekeping gambar ditunjukkan kepada Julia. Abah dan Umi dan beria-ia sangat dengan jejaka didalam gambar itu.

“Bakal doctor tu Julia, ayahnya berkenan sangat dengan kamu..hensem” Abahnya menjual sambil mengharap. Julia mengeluh, malas lagi dia nak memikirkan soal perkahwinan. Bukan dia tak mahu tetapi dia baru sahaja bergelar guru, dia ingin membalas jasa abah dan uminya dahulu.

“Tapi…”

“Assalammualaikum…” belum sempat dia memberi alasan kepada ayah dan uminya seorang lelaki muncul di pagar rumah mereka.

Julia membulatkan mata. Keadaan seolah-olah terhenti. Lelaki yang hadir di muka pintu pagarnya itu hanya berpakaian ringkas dengan jeans biru dipadankan dengan design t-shirt hitam putih. Wajahnya yang seperti kacukan melayu cina itu menarik pandangan sesiapapun. Tubuhnya yang tinggi dan tegap membuatkan hati Julia berdegup kencang.Dia segera melihat gambar yang ditunjukkan oleh ayahnya tadi. Itulah jejaka yang menjadi calonnya. Dengan mata yang bersinar-sinar…

“YA! Julia setuju sangat abah!” Julia separuh berbisik keriangan membuatkan uminya yang sedang menyambut kuih dari tangan Khairul hampir terlepas ketanah. Julia tersengih namun sengihan itu tidak lama. Dua hari kemudian Julia rasa seperti nak terjun bangunan. Khairul hadir ke date pertama mereka dengan pakaian yang cukup selekeh. Rupanya adegan menghantar kuih di pagar rumah cuma lakonan semata. Inilah rupa sebenar lelaki macho itu. Jeans lusuh dengan koyak di lutut. T-shirt pagoda dipadankan dengan jaket jeans dan topi Nike. Julia hanya terkedu memandang dari atas ke bawah.
***
“Awak Khairul ke? Yang datang dua hari lepas hantar kuih tu?” Lelaki itu mengangguk.

Walaupun masih mempunyai wajah tampan yang sama, penampilannya seperti seorang yang berumur 17 tahun bukannya 25 tahun. Julia menampar dahinya, kenapa dia cepat sangat setuju dengan semua ini tanpa berkenalan dengan lebih rapat lagi. Khairul pula hanya ketawa didalam hati, dia tahu taktiknya akan menjadi, tak ada lagi gadis yang tidak jatuh didalam perangkapnya. Dia memang sudah lama memerhatikan Julia, maklumlah keluarga mereka sudah berkawan lama. Tapi apa yang nak dibuat lagi, perangai kebudak-budakkannya masih berleluasa. Hidup didalam keluarga serba lengkap membuatkan dirinya lambat berfikiran matang ditambah dengan senangnya dia untuk mendapatkan gadis kesukaannya. Bagi Julia, Khairul bukan seorang yang memikirkan masa hadapan apatah lagi berupaya melindunginya, nak ke kolej pun menumpang Julia.
 

Ketibaan penerbangan dari Canada di pintu 15. Kami memohon maaf atas kelewatan penerbangan ini…”

Pengumuman itu mengejutkan Julia dari mimpi ngeri itu. Julia mengelap air liurnya yang hampir meleleh, dia tertidur rupanya. Seorang budak tersengih melihat gelagatnya sehingga Julia sendiri tersipu-sipu malu.
Julia mencapai tas tangannya dan berjalan perlahan menuju ke pintu 15 yang sudah dibanjiri orang. Dia menunggu di belakang, malas dia nak beria-ia menyambut lelaki yang dia langsung tidak cintai itu. Julia menguis sisi begnya dan tiba-tiba matanya menangkap satu pergerakan. Masa seolah-olah bergerak dengan perlahan, macam dalam iklan tu.....

Bersambung....

Aku Yang Haru Pergi 2 SINI