Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Wednesday, October 30, 2013

Review :- Now You See Me (Non-Horror)

Salam,

Lama Tiera tak review mana-mana drama kan? Kali ni nak review movie omputih la pulak.
Tengok atau dengar tajuk ni rasa macam cite hantu kan? Sebenarnya bukan. Tiera perasan cite ni melalui iklan dalam Astro First. Cerita ni berkisar penyiasatan dan magic!


Review
Credit to wikipedia

Sinopsis:-

Di sekitar Amerika terdapat beberapa ahli magis jalanan yang membuat persembahan demi menaikkan nama mereka di dalam industri hiburan. Tapi kerja ini bukan sekadar suka-suka bagi mereka kerana mereka semua mempunyai satu tujuan yang sama iaitu dijemput masuk ke dalam kumpulan Magician yang super hebat, misteri dan dihormati dikenali The Eye.

 
Suatu hari empat orang ahli magik yang mempunyai kehebatan masing-masing J. Daniel Atlas (Illusionist), Henley Reeves (Escapist), Jack Wilder (Mantalist), dan Merritt McKinney (Sleight Of Hand Illusionist)  dikumpulkan setelah mendapat sekeping kad tarrot oleh orang yang tidak dikenali. Mereka di dedahkan dengan satu blue print dan setahun kemudian menjadi terkenal setelah berpakat untuk bergabung.

Mereka menggelarkan diri mereka The Four Horseman dan membuat satu persembahan kontrovesi di Las Vegas. Di dalam persembahan ini mereka menggunakan keupayaan mereka untuk merompak sebuah bank di Paris dihadapan beribu-ribu orang, tanpa meninggalkan pentas Las Vegas pun.Duit-duit hasil rompakan itu di taburkan kepada semua penonton dan polis mula menangkap ke empat-empat ahli magik ini.


Kesian agen Dylan (tengah) dan agen Alma (kanan) nih, asyik di perbodohkan je.

Agen FBI Dylan seorang yang tidak percayakan magik dan menganggak ahli magik karut dan hanya menipu orang ditugaskan menyiasat kes ini bersama-sama seorang agen Interpol Alma Dray yang tidak berpengalaman. Mereka tidak dapat membuktikan bahawa rompakan itu benar-benar dibuat oleh mereka berempat dan dilepaskan. Mereka kemudiannya menerima bantuan bekas ahli magik yang membuat duit dengan mendedahkan helah ahli-ahli magik, Thaddeus Bradley.
 
Agen Dylan dan Agen Alma akhirnya mendapati motif The Four Horseman adalah berkaitan dengan kes Lionel Shrike yang mati ketika membuat persembahan terakhirnya.


Kenapa Harus Tengok?

Cerita ni sangat exciting dan menarik dengan pelbagai helah magik. Persembahan magik dia bewarna-warni dan dengan effect yang cool. Bukan tu je, movie ni 'bijak' dan membuatkan viewers turut berfikir. Tak banyak movie macam ni sekarang.

Ada satu scene dimana dia buat magic dan suruh penonton pilih kad so Tiera pun ikut pilih jugak. Bila dia teka dan pamerkan kad tu di sebuah menara, kena dengan apa yang Tiera teka! Tapi Tiera rasa org lain akan pilih kad tu jgak sebab kad tu yang paling jelas sekali masa dia flip kad tu laju-laju. Ia hanya helah!

Korang takkan percaya dan menyangka siapa sebenarnya orang yang hantar kad tarrot dan mewujudkan kumpulan The Four Horseman tu.

p/s : Nanti keluar Now You See Me 2 pulak 2014! Expecting it!