Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Sunday, February 5, 2012

The Sims 3

Salam,

Ni nak cerita sikit pasal Sims 3 yang memang menjadi all time fave Tiera. Sebenarnya dah lama dah beli game ni dan game ni satunya yang boleh buat Tiera obses sampai seharian.


Tak salah dah 3 tahun kot game ni, setia lagi melayan kerenah Tiera. Yup that right, The Sims Social kat facebook adalah follow up dari game ni sebenarnya tapi yang ni lagi best. Walaupun tak ada naik level atau tunggu power fill up tapi game plan dia still 100 time better dari y dalam facebook atau handset.

Dalam Sims 3 ni, anda boleh 'play god' sekejap. Ala bukan betul pun just korang boleh cipta orang yang ingin anda jaga samada dia comel ke atau huduh ke. Bila Tiera cakap cipta, memang korang boleh perincikan setiap bahagian terutama mukanya, style rambut, perangai, kegemaran dia dan cita-cita. Tiera habiskan sejam jugak la nak design sims yang paling cute dan paling macho.

Pastu boleh khawin kan dia, dapat anak. Suruh dia memasak makanan yang sedap-sedap. Pergi kerja, pesan pizza, macam-macam lah.


Credits~ Google Image
Korang ada full control over ur Sims

Kalau nak download memang susah, Tiera tak ada tips la kalau nak free download untuk game ni tapi korang boleh pergi cari kat kedai game. Tiera malu nak pergi cari sebab kedai game biasa penuh dengan lelaki so adik lelaki Tiera, Nash yang pergi cari sebab masa tu dia pun tengah cari game apa tah.

By the way, Sims 2 lebih best sebenarnya tapi tak available masa Tiera nak cari.

Yang best tapi pelik sikit Sims ni boleh mati dengan pelbagai cara. Pilih nak dia mati natural (tua), mati kelaparan, mati terbakar, mati kena renjatan elektrik atau mati lemas. Haha kalau Tiera bosan, macam-macam Tiera buat (hehehehe jahat I ni ek?).

Credits~ Google Image
Boleh mati sebab kebakaran.

Korang boleh dress up dia, pilih rumah, decorate rumah atau pergi socialize kat bandar tempat dia tinggal, game ni macam game perempuan kan, tapi best (tumbs up!)

Lama-lama bosan jugak tapi jangan delete sebab anda akan rasa nak main balik.

To be continue....
Tiera akan kenalkan family members Sims Tiera~

Warnig:- game ni boleh buat anda leka. Jangan sampai lupa solat