Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Wednesday, January 11, 2012

Japan Anime :- Howl's Moving Castle

Salam,

Baru je selesai tengok satu lagi karya Hayao Miyazaki iaitu Howl's Moving Castle.

Macam mana ye nak gambarkan perasaan ni? Puas, terharu, macam jatuh cinta pun ada jugak? Ade ke? Haha...

Memang tumbs up la, kelas gitu. Memang rasa nak jadi Sofie pulak dalam cerita tu dan Howl memang handsome walaupun dia hanya kartun.

Walaupun cerita ni dah lama tapi tak pernah lapuk dek hujan macam cerita Ponyo.


Howl's Moving Castle ni mengisahkan tentang Sofie yang menguruskan kedai topi ayahnya. Sofie ni tanpa tak sengaja terjumpa dengan Howl lepas dia kena kacau dengan askar. Tanpa disangka dia terlibat dalam kejar mengejar antara Howl dengan anak buah Solomon. Howl ni agak terkenal sebagai ahli sihir yang hebat tapi suka berfoya-foya. Suatu hari ada seorang ahli sihir jahat yang berdendam dengan Howl sihirkan Sofie supaya jadi tua dan cuma Howl boleh musnahkan sihir tu. So Sofie pun pergilah cari rumah Howl yang dipanggil Moving Castle. Lepas jumpa castle tu dia pun bekerja sebagai pembantu rumah dan dia tak boleh bagi tahu yang dia disihir. Howl ni memang dah tahu dah jadi dia cuba bantu Sofie tapi pada masa yang sama dia ada masalah dia sendiri sebab dia bermusuh dengan Solomon. Howl makin hilang kemanusiaan dia dan cuma Sofie saja yang boleh membantu dia mencari hatinya yang hilang dulu.

Masa pertama kali berjumpa

Ni La Howl's Moving Castle

Sofie and Calsifer a.k.a Howl's heart

Versi Serabut : Hensem tak?

Versi Kemas : Kiut,kiut~

Hmmph, Markel, Turnip y sbnrnya seorang putera
Penat dgr Hmmph menyalak, tak bunyi macam anjing menyalak, bunyi macam org tengah penat/asma je, dgr je pun dah penat.
Kualiti cerita dia memang hebat lah cuma kapal-kapal terbang dia agak menakutkan sikit. Tp pemandangan dia memang indah. Macam teringin hidup dalam dunia tu. Howl pulak kadang-kadang macam budak-budak tapi macho dan cool!

Memang bertuah jadi Sofie, harap Tiera pun akan jumpa "si dia' tak lama lagi. Amin~

p/s: Howl hadiahkan satu taman untuk Sofie, kalau berkelah tiap-tiap hari pun Tiera sanggup kat situ, memang serius lawa!

p/p/s:- Tgk cerita ni menangis, terharu, ketawa...dah lama tak macam ni. I like!