Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Wednesday, January 25, 2012

Tutorial :- Letak Welcome Floating Icon

Salam, bertemu lagi dalam segmen blog tutorial ^_^
Korang nampak tak? Nampak tak yang kiut miut tu tengah welcome korang ke blog yang comel ni? Haha gurau je. Banyak sangat baca blog budak underage dah terpengaruh pulak, *toink*toink!

Korang rasa icon tu resemble sapa? Tiera rasa macam Prince Yul dalam Princess Hour, *yup I'm obses wif that character*....T_T

hEnsEmnYa~!


Kalau korang nak Tiera akan ajar kan tapi sebolehnya jangan amek y sama ye? hehe fall in love dengan icon tu bila sibuk cari widget~

CARANYA....

1. Korang ke laman web ni @ simply tekan je floating icon tu

2. Disana akan ada banyak kategori, like one stop widget center ada gak. Bagus la untur begginer...

3. PAstu korang klik pada Welcome to myblog, pilih la nak versi anime ke, korean ke, dll.

4. Next, pilih bahasa, ada BM, BI, dan Indon

5. Copy pastekan link yang sesuai samada nak letak as floating ataupun just di sidebar.

6. Pastu bukak Dashboard > Layout > Add Gadget > Add HTML > pastekan code yang dh di copy

7. Kalau nak ejas kedudukan icon tu, cari perkataan left and then ganti dengan right/middle

8. Save kan dan kemudian preview, taraaa~

SELAMAT MENCUBA

Jalan-jalan Cari Makan

Salam,

Lama dah dok peram cita ni, dua tiga hari lepas lagi. Kami pergi berjalan-jalan lagi ke Rhu Muda (kot)  mencari kedai nasi dagang kegemaran abah. Sebelum ni selalu je makan tapi mimpi apa tah kali ni. So kami bertolak la kononnya nak sarapan tapi keluar rumah pun dah pkul 9, lambat dah....hehe

Rupanya abah ingat kedai tu kat Chendering, rupanya jauh lagi jalan ke Dungun nuh~

So, tanpa hesitate abah pecut je ke Rhu Muda (kot). Sampai lah ke kedai yang tak tahu nama gapo ni tapi korang kena spot la signboard ni, tak pun cari je kereta banyak-banyak kumpul situ. Kedai makan ni dekat dengan Pasaraya A.W.A.K @ Abdul Wahab.

So dah terlambat, nasi pun kami last customer yang habiskan nasi dagang tu. Sedap walaupun dah sejuk.




Kuah dia letak asing dalam mangkuk lain~


Nyum~!


Sempat lagi diorang beach walking kat belakang kedai ni, tak leh mandi ye~

Dlm tgh pokai sempat lagi noh~ kain ni memang meggoda kalbu ^_^
hadiah utk hari pertama praktikum nanti..yea!

Yeaaa, Makan Lagi~ Gemuk Lagi~!!!! T_T

SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH



Hi,

Sebab tengah gigih berblog sejak akhir-akhir ni so kena la rajin-rajin naikkan traffic, yang penting buat entri bukan untuk Tiera sorang je yang baca...hehe. So adik Farah ni tengah buat segmen ni, so tak salah kalau join, tq ye Farah. Kalau nak join boleh klik sini.


My Name is Nurul Athirah Nordin

21 tahun (muda lagi ^_^)

12 June --------------------> Haa dah tahu wajib bagi hadiah, boleh hantar pos laju ye..akekeke

Berapa lama dah berblog?------> Dah lama dah sejak 2008 (4 thn) tapi dulu more like a diari, pastu stop in the middle sebab bz kekalkan pointer, pastu baru la start aktif tahun lepas.

Tiera buat entri tak tentu, depend on life experience. Kalau ada makan angin ke, something happens ke, tapi kalau tengok entri lama-lama macam tak mature lagi sekarang dah lebih berilmiah..hik,hik,hik

Harapan?

Kalau untuk blog ni------------------>At least ramai la follower and boleh buat ramai kawan,masih belajar berblog sebab dulu berhenti kejap pastu baru je start aktif tahun lepas sebab bz. Sori la kalau blog tak berapa menarik, akan dimenarikkan lagi. Insyaallah.

Kalau untuk hidup--------------------> Insyaallah nak jadi wanita yang solehah, jadi isteri, anak, kakak, kawan dan guru yang baik. Amin

Selamat Blog Walking, dan kalau rajin Follow le...TQ ^_^

Sejam Peluk Mayat Kekasih

GEORGETOWN – Perbalahan antara sepasang kekasih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Teman wanita yang berusia 22 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 17, di Flat Taman Utara, Batu Uban, di sini, kira-kira jam 1.20, awal pagi, semalam.
Mayat mangsa, Lau Kah Kah, dijumpai oleh teman lelakinya, Yeoi Khoon Xing, 21, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima flat itu.
Difahamkan, Khoon Xing bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati teman wanitanya berhasrat membunuh diri namun tidak sempat menghalang mangsa daripada mengambil tindakan drastik itu.
Khoon Xing yang berbaring di sebelah Kah Kah yang sudah tidak bernyawa terpaksa dipujuk hampir sejam oleh anggota polis selepas dia enggan melepaskan mayat teman wanitanya.
Penduduk di situ memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis setelah terdengar bunyi benda terjatuh diikuti jeritan kuat seorang lelaki.
Dalam pada itu, menurut adik si mati yang enggan dikenali, dia melihat kakaknya dalam keadaan muram ketika membalas dan SMS serta panggilan telefon daripada teman lelakinya.

Kemudian, dia melihat kelibat si mati, Lau Kah Kah yang juga pelajar kolej kelihatan keluar dari rumah dan berlegar-legar di kawasan balkoni flat rumahnya, sebelum dia dipercayai terjun dari tingkat 17, pangsapuri itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan maklumat daripada adik si mati dan teman lelakinya.

“Polis turut mengambil kira kandungan SMS yang dipercayai menjadi motif si mati bunuh diri. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk menemu ramah abang si mati di rumah mayat HPP tidak berhasil kerana dia masih trauma dan bersedih dengan kejadian menimpa adiknya.

Keterangan Gambar
-Sinar Harian-

P/S:- Nasib baek bukan Islam, hari tu kawan ada menyaksikan budak perempuan melayu nak bunuh diri kat KB Mall, ahaha femes sebentar~ *ptuih*