Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Thursday, July 19, 2012

Rutin Rambut

Salam,

Lama plak tak buat review. Memandangkan elaun dh masuk dan tak sampai seminggu tinggal separuh je elaun, haha boros giler. Tak ada lah cuma separuh lagi Tiera simpan dlm bank, buat blanja kawen nanti...lalala.

Ok, memandangkan dh ada duit ni, Tiera mula la beli macam2 benda dan drugstore paling fave sekali mestilah Watson tp syg benda y nak dicari tak dok la pulak so pergilah ke Guardian mencari dua produk, Hair Mist dan Face Mist.

Akhirnya dpt gak beli benda ni.
Lucido-L Hair Mist

Hair Mist ni best dan berdasarkan review dr blog2 lain semua bagi komen positif. Tiera baru pkai dua kali dan rasa memang ada perbezaan. Bangun pagi ni, rambut tak menggerbang macam pontianak pun. Rambut pun lembut dan kurang kusut. Bau dia pun tak kuat dan ia akan hilang lepas tu. Ia pakai bahan pelembab yang sama dengan Hada Labo..mende acid tah. So ok la kan. Serius akan beli untuk kali ke dua. Harap2 bole lah kurangkan rambut Tiera yang gugur sebab terlampau kering ni.

Sejak akhir2 ni, rambut Tiera memang rosak teruk. Tak faham gak sebab Tiera mena ada buat apa2 pn, jauh sekali luruskan rambut. Rambut Tiera dikira ikal dan bergulung, kalau pergi potong rambut mesti tukang potong tu puji cakap jenis rambut Tiera ni cantik, apa lagi bangga gila la. Pastu tetiba satu hari rambut start berbuah, macam2 ada, rambutan, ciku tunggu tak ada durian je. So potong la tp sayang , masih ada lg berbauh.

Rambut yang berbuah jadi bila korang selalu biar rambut basah lama2 dan biasa jd pd orang yang pkai tudung. Bila berbuah, rambut korang jd rapuh, gugur dan kering. Tiera cukup takut kalau sikat rambut time basah, horror gila bila tengok rambut gugur.

Jd, rutin Tiera sekarang:-

1. Basuh rambut dua/tiga hari sekali.
2. Pagi-pagi tak basahkan rambut sebab nak pakai tudung
3. Lepas cuci pakai conditioner (jgn tinggal)
4. Pakai olive oil @ hair mist Lucido-L (apa2 brand)
5. Pakai sikat yang sesuai.

Sikat ni memang penting. Tiera ada 3 jenis sikat, sikat gigi jarang, peddal comb dan sikat bulat. Kalu time rambut basah Tiera pakai sikat y gigi jarang kurang sikit gugur. Pastu kalau rambut kering pakai peddal comb sebab ia kurang menyakitkan rambut dan senang disikat. Sikat bulat tu tak pastu apa gunanya tapi sesuai untuk rambut bergulung dan nak kembalikan shape asal rambut Tiera. For now rambut tak ada lah panjang sgt, tamau potong dah nak simpan panjang2.
There was an error in this gadget