Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Thursday, June 5, 2014

Best ke IPG?

Salam,

Alhamdulillah, 11hb June ni Tiera akan menggenggam segulung ijazah. heheheehe
Maaf pada yang tertanya-tanya kemana menghilangnya admin, ok bole tarik nafas....fuh.....
 
SARAWAK
 
Sekarang life Tiera di Sarawak, P3 lgi tuuuuu. Ok bagi yang tak tahu P3 tu apa. Sekolah di Malaysia di gredkan kepada beberapa jenis iaitu sekolah Bandar, luar Bandar, pedalaman 1 (P1) and so on... jadi paham-paham lah kan. Ok tak mahu cerita lebih2.
 
 

 
Ok, ada adik ni tya best tak ipg? Hmm susah nak jawab sebenarnya tapi Tiera akan beri pendapat sendiri la ok?
AMARAN : Ini bukan mewakili pendapat semua warga yang pernah atau sedang belajar di IPG.
 
 
Best ke IPG?
 
1. Kalau adik-adik semua set minda untuk jadi cikgu, jadi perlu bersedia untuk belajar dalam suasana sekolah.
 
2. Masuk IPG mcm masuk sekola balik, sbb pensyarah akan menjadi seperti cikgu anda semua.
 
3. Suasana IPG bergantung kepada IPG yang anda dapat.
 
4. Ada IPG yang beri kebebasan untuk anda menyewa diluar kawasan kampus dan tiada curfew, contoh semua pelajar ada d asrama sblm 11 mlm.
 
5. Sesetengah IPG mempunyai asrama y cukup untuk menampung pelajar jadi kehidupan lebih terkawal (dikawal?) hehe.
 
6. Sesetengah IPG mempunyai perhimpunan pagi macam di sekolah, ada juga yang tiap2 hari ada perhimpunan.
 
7. Pakaian? sori la tak bebas ok. Nak jadi cikgu kena pakai macam cikgu.
 
8. Alhamdulillah, semua pelajar terpilih. Jadi pelajar kebanyakkannya semua perangai baik-baik...hensem2, cantik semua.
 
9. Katanya pelajar IPG kurang terdedah dengan dunia luar berbanding pelajar university. Salah! Ia bergantung pada anda sendiri. IPG ada banyak aktiviti yang anda bole join.
 
10. Ada IPG yng buat sistem P&P kelas mcm di sekolah, ada yang macam di university (tukar2 kelas)
 
11. dulu tak boleh pilh cos minor, sekarang dah boleh. Sebb tu tk pasal-pasal Tiera kena belajar PJ padahal tak aktif langsung sukan.
 
12. Bergantung pada kedudukan IPG anda, kemudahan macam mall so best l boleh pergi jalan-jalan.
 
13. Bergantung pada IPG anda, kos sara hidup boleh menjejaskn dompet anda.
 
12. IPG lebih aman damai tanpa demo atau rusuhan.
 
13. Adik2 akan belajar hamper 5 thun setengah jadi, rakan sekelas anda macam adik beradik. Itu yang
best.
 
14. Mungkin elaun akan ditarik, sistem pinjaman akan diwujudkan.
 
15. Penempatan secara automatic selepas tamat belajar menjai lebih sukar.
 
16. Kemungkinan di tempatkan di Sabah, Sarawak dan P1, P2 dan lebih teruk P3....
 
 
Ok, dah tak ada idea. 3 terakhir tu mungkin menakutkan sikit.
Ex-Mizanis Pengajian Sosial ambilan Jan 2010
 
Tiera rasa sangat best berada di IPG Sultan Mizan, banyak suka n duka di sana. Sekarang di SARAWAK hahaha.
 
Pergaulan yang sihat dengan rakan-rakan yang semua bagus-bagus. Kalau diulang, errr tak kot. hehe cukuplah tapi kawan yang Tiera dapat semua best-best, rindu korang. 
 
Pada adik-adik yang akan masuk ke IPG terutamanya bakal junior d IPG Sultan Mizan, Welcome! Bertabahlah kamu semua untuk 5 tahun setengah.
 
Akak dah habis, hehehe.