Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label kasut. Show all posts
Showing posts with label kasut. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

DIY hiasan kasut....

Salam,

Oh...baru je jumpa satu kasut y comel dan selesa and plusss murah. RM 20 je atau lebih tepat RM19.90 haha.
Baru je beli, rupanya...fail~ Cuba tengok gambar kat bawah ape yang kurang?

notice that batu satu hilang?
So, puas la fikir nak pulangkan balik ke tak ke kedai tu? Sebab jauh la pulak nak balik ke kedai tu. Salah Tiera jugak sbb tak tengok betul-betul, stail berkenan amek terus~

Tetiba teringat koleksi riben yang Tiera beli kat popular KB (duit baucer buku). Apa lagi, google cari ikatan riben yang kiut-kiut and then buat. Hasilnya...taraaaa~

Warna kegemaran, baby pink and baby blue..kiut sagt.
Lepas puas mengikat dan menjahit begitulah hasilnya seperti diatas. Lepas tu Tiera gambakan ke kasut dan berikut hasil terakhir....

Cantik tak, comel plak~
Amacam, Tiera kagum plak..haha masuk bakul angkat sendiri. Sekarang ni tengah demam kawen n bertunang. Tiera pun tetiba suka buat craft utk wedding @ tunang...hehe. Latihan, latihan~


Saturday, January 28, 2012

Tips:- Pilih Kasut

Salam,


Mcm comel je~

Tips hari ni....Macam mana nak pilih kasut'

~ Kasut ni bukan sahaja untuk digayakan tapi mesti pentingkan keselesaan masa dipakai. Kalau tamau kaki korang di 'plaster' sini sana so tips ni untuk korang. Tambah yang suka spend seharian window shopping..*teeetttt!*

~ Berdiri tegak dan pastikan kasut yang anda pilih itu selesa. Jalan-jalan dulu dalam kedai, jalan atas lantai simen yang rata jangan jalan atas permaidani memang kompem sedap nye.

~ Biasanya korang akan sarung sebelah je kasut sebab dia display sebelah je ka? So jangan segan mintak try dua-dua belah sebab baru la rasa macam mana keadaannya bila pakai sepasang. Lainlah kalau korang memang suka pakai kasut sebelah je

~ Pastikan tumit dan jari kaki anda tak tersebul keluar dari kasut/selipar tu. Saiz kaki ni tak sama ada yang sama-sama saiz 6/7 tapi lebar tak sama kan?

~Kalau korang biasa pakai stoking dan sarung kaki, masa try pakai la jugak stoking tu.


Perkara yang perlu dielakkan


~ Jangan beli pada waktu pagi sebab kaki belum mengembang sepenuhnya lagi

~Jangan mencuba sambil duduk dan terburu-buru

~ Jangan pilih kasut yang dirasakan ketat dengan menganggap kaki korang akan lambat laun biasa dengan saiz tu, tak pasal-pasal dua tiga jari terkelur dari kasut pastu.

~ Jangan beli kasut hanya berpandukan saiz semata. Sebab bukan semua jenama kasut pakai standart saiz yang sama. Apa-apa pun kena try gak dlu.
Harap ia membantu~!