Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, March 8, 2010

New Korean Drama for 2010

Untuk memulakan demam Korea pd tahun 2010 nih, Tira akan suggest korang tengok citer ni best punya!

Creating Destiny

Dia punya poster jer dah nampak menarik kan?

Tira terjumpa citer ni kat MySoju je, rasenye citer ni kuar 2009 kot tp x tayang lg kat TV so sesapa nak tengo sila la lawat MySoju. BEst sume citer Korea, Jepun, Taiwan ada kat sana, click saje.

Apa pun citer Creating Destiny ni menarik sebab teraju utama dia Eugene...lakonan dia memang bagus sebelum ni so tak hairan la kalu drama kali ni pun dia best. Pelakon lelaki pulak muka-muka baru tak begitu popular la kat Malaysia ni tp satu Tira cakap...hensemmmm...

Eugene sebagai Sang Eun

Ki Tae Young sebagai Yeo Joon

Ok, kat sini Tira cite pasal sinopsis dia la..

Cite ni bermula dengan San Eun yang dah lama menetap kat Australia sejak ibu dia meninggal masa dia kecik-kecik. Ayah dia pulak memang kuat memegang tradisi Korea. Ayah dia lebih tak tahan bila Sang Eun bawak balik teman lelaki mat saleh ke rumah dan cakap dia nak kawin dengan lelaki tu. Ayah dan atuk dia ligat fikir cam mana nak halang hubungan pasangan tu dan ayah dia teringat pasal janji yang di abuat ngan kawan lama dia untuk jodohkan anak diaorang. Ayah Sang Eun pun paksa la dia balik korea untuk berjumpa dengan bakal tunang dia Yeo Joon seorang doktor pakar kat hospital. Yeo Joon ni tak dak girlfriend sebab sibuk je memanjang sampai orang kata dia gay. Dia jua terlalu pembersih, terlalu kemas dan suka bekerja. Bila keluarga dia suruh dia kawin ngan Sang Eun dia membantah keras dan diaorang pun memang sama-sama tak suka. Tapi lepas kena paksa n lepas timbul isu Yeo Joon gay ke tak, Yeo Jun dan Sang Eun pun pakat-pakat mengalah tp bersyarat. Sang Eun terpaksa bertahan satu tahun dengan Yeo Jun pastu semuanya akan selesai. Tp masa membuatkan dia jatuh cinta dengan doktor tu. Tp hadir pulak orang ketiga dalam hidup masing-masing. Sang Eun jumpa dengan kawan sekolah lama dia yang jatuh cinta dengan dia. Yeo Joon lak jumpa dengan ex-girlfriend dia balik. So macam mana?

How Sweet...

Port Lepak Hujung Minggu...

Salam...

Untuk melepaskan tension, Tira n my best friend Cik Da membuat keputusan menyerang Kuala Besut...errr...ehhh? Ohhh silap,silap Kota Bharu la, al-maklumlah singkatannya sama, KB. Huhuhu~~~

Posing sebelum bertolak..chewaah..

So apa lagi, pada hari Jumaat yang mulia itu kami berbekalkan driver kami Cik Shaha from Science klas membawa MyVi hitamnya menuju ke KB. The best ride ever, just the three of us, x de muatan lebih tau...hua3. Lapang ase...

Kami tiba kat KB tepat pkul 10.15 tak silap la so KB Mall adalah destinasi pertama kami. Shaha meninggalkan kami kat sana  dan dia g mana tah, jumpa 'saing' die...heheh. Jangan marah ekk??

So apa lagi kami memulakan serangan, port pertama dituju ialah kedai kasut dan kedai baju la... Dapatla cari kasut untuk driving class, same design aku amek warna hitam n Cik Da amek warna hijau, Rm39.90. Ok la kowt kan? So Tira nak cari blouse cam spupu Tira pakai mase kenduri kawin dulu, baju dia lawa sangat2 tp mlgnya design baju kali ni x best so lupakan saja...

Pergi body shop beli set pembersih muka dia, pembersih muka, toner n morturizer, mangaiii mahai laaa...abis Rm125..hhuhu nangis x berlagu la tp muka nye pasal yang nk lawanya aku gkkk.

Produk Body Shop untuk kulit berminyak

Kami melawat tempat2 y x pernah aku melangkah masuk, the bowling center kat sana, malu nak main tp next time mesti maen..

Pusat Bowling KB Mall...sekadar tengok2 je..

Lepas keluar dr Pusat Bowling tuh kami singgah PC store beli sarung lapto n alat bersih laptop habis la Rm37.00 ringgit Malaysia.

Perut dah menjerit-jerit mintak makan, mse tu orang laki2 g semayang jumaat so x der la orang lelaki sangat...ye ke? emmma ada je, bukn semua g smyang kan, mereka melakukan devian dlm agama...acece...aplikasi sosiologi tuh. Aiihh apa nak jadi nh, x g smyang jumaat x malu ker ngan kami para perempuan..

Ada badut wat persembahan, tp cina ngn India je tgk, melayu x de pon...

Lepas tu kamu menuju ke Tesco untuk membeli almari, offer jadi Rm20 jer tapi maklum lah nme pon offer...habis. Kempunan kami berdua..huhu. So tempat pertama adalah The Chicken Rice Shop, first time makan kat sana tapi tumb up la..sedap gk untuk lg dari set snack plate from KFC. Mati2 Cik Da nak makan KFC gk sblm tu, kalu Tira makan gak alamaknya muntah la I, dh muak tgk KFC kt jerteh tuh! Try laen pulak nah Cik Da..akhirnya Cik Da yang melantak lebih2 haha...lwk jerr...Rm16.90.

Amacam terliur x? Mase kami melantak nih..

Cik Da...sedap ke dessert tuhh???

Tp beli gk barang makanan habis Rm 30.00 kowt. So kami g ronda2 lu, masuk keluar kedai, Watson, Gift Shop, kedai kasut(lagi?!) dan Secret Recipe. Fuh best giler tgk kek dia akhirnya Tira membuang duit sebanyak Rm6.80 untuk sepotong kek Hazel Cheese tp puas hati la. (Gmbr x dk, dh masuk lam perot)

Last sekali kamu pergi tempat wajib setiap kali sampai Tesco, The Big Apple...beli tiga biji sorang. Tira ingat nk beli 6 beji sekali gus, tp nafsu2 (kata Cik Da).

Mse balik posing lu kt kereta MyVi Shaha...serabut dh mse nih...aihh~~

LEpas solat maghrib, lepak2 kat food court dia lu pastu dlm pkul 8 mlm kami bertolak balik. Sakit giler kepala boleh gk landing kat belakang pastu mesej si dia tp emm g2 la. Aiihh kena repeat setahun...Sampai kat IPG pukul 9.30 malam...nasib baik pak guard x demam g tutup pagar awal ke...best punya..hehe

Secara kesimpulannya duit Tira habis sebanyak Rm250.....waaaa~~~