Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Thursday, November 26, 2009

Hasilnya, Aktiviti Musim Cuti!


Salam...

Sebab Pantai Timur ni sekarang dilanda musim tengkujuh jadi, alamatnya tak bolehlah keluar g jalan2 or shopping kat bandar. Berkulat aku n family kat rumah, kerjanya sidai baju je sebab baju tak kering2.

Apa lagi aku pun surf internet n masa main cafe world ada satu resepi yang menarik perhatian aku iaitu Quiche. Senang je tapi kna pandai ah pilih resepi nak buat crust dia (kulit luar). Mak I ada resepi rahsia..hehe. Isi dalam dia adalah sayur, kat sini aku letak brokoli, carrot, lada besar warna hijau n kuning. Daging kisar n hotdog kena goreng dulu dengan rempah ratus, ikut selera la. Patu susun elok2 dalam crust yang telah diletak dalam acuan pastu tunagkan campuran cecair iaitu telur, garam, n susu cair. Pastu bakar 150 'c api atas bawah n setengah jam terakhir api bawah je. Pastikan tengah dia masak sebelum bawak keluar.

(Try it!)

Monday, November 23, 2009

Berakhir Sudah PPISMP!

Alhamdulillah, syukur...

Akhirnya kami menamatkan hari-hari terakhir kami sebagai pelajar PPISMP dengan beberapa program berguna, pertama program sahsiah anjuran HEP dan idea disumbang Dayah. Selain itu juga jamuan perpisahan KS2 dan juga menyambut harijadi sahabt yang menyambut hari lahir pada bulan 11 dan 12. MAaflah tiada gambar disini sebab tak dapat nak sedut lagi dr tuan punya kamera (maklumlah tak de kamera).

STapi ada jugak yang tak boleh join kami bersama pada hari itu iaitu Asraf yang terpaksa bertolak balik awal kerana neneknya yang sakit dan juga Cik Da yang menyertai jamuan JPP. Tapi nevermind, tahun depan secara rasminya kami menjadi pelajar ijazah sem 1 PISMP dan akan pertama kali membuat SBE (School Based Experiance). Tak sabar-sabar nak pergi, rasanya dah temui matlamat sebab apa nak jadi keseronokan mengajar dan bergaul dengan anak-anak murid.

Memandangkan my mom and dad both are teacher (mak cikgu sekolah rendah, abah pensyarah IPKT) so selalu dengar diaorang bercerita pasal anak-anak murid, best sangat sebab kalau kita pandai melayan budak-budak insyaallah kita akan cepat mesra dan boleh kawal diaorang. Mak cakap kalau keluaran maktab ni memang akan hantar pergi sekolah rendah tak kiralah KPLI ke OUM ke sama je. Ada sahabat yang tak minat nak jadi cikgu but stuck at that place nak buat macam mana, kalau tak terima takdir kita we will be a worst teacher in time to came. So melalui pengalaman babysit my brother n sister (4 org, umur 17-2 tahun) rasenya boleh kot, so wish me luck, for me, my friend to get great result for next sem. 

BYE!

Friday, November 13, 2009

Air paling mahal di dunia...rasanya...???

Salam...

Aduhai elaun2, betapa aku sedar aku rundukan kamu..huhu

Bulan 11 ni elaun masuk lambat dari biasa, lewat 3 hari wehh, nasib baik aku ada backup duit dalam bank BSN tuh, lain pulak dengan nasib-nasib kengkawan aku yang lain, memang pokai habis, perompak pon tak mau rompak ekaun depa rasanya. hehe jangan marah. Tapi alhamdulillah kelmarin elau masuk, penuh balik duit dalam bank. My dear daddy, memang sangat-sangat sayangkan aku, memula aku melawak je yang aku tak dak duit (memang tak dak pun). Yelah dalam bank ada Rm 122.00. Ambil Rm100, bayar bil celcom, Rm20, beli bekalan makanan habis Rm20, beli barang kat watson habis Rm14.90, concealer saja tuh aku beli...nasib baik murah je. So tinggallah lagi lima puluh lagi campur duit sebelum ni gak y memang sedia ada dalam dompet dinginku itu. Pada pg 12 haribulan sebelum elaun masuk tu, handset motorola aku bunyi. SMs yang aku terima, Kaklong, abh dh mskkan Rm100 dalam BSn...uhuhu rasa terharu pun ada. Apalah abah ni orang tak la pokai gila2, tapi apa pun luv u dad very much.

Allah pernah berjanji jika ada seorang bapa itu membahagiakan seorang anak gadisnya insyaallah ada tempat disisinya dan juga di syurga...amin. Kaklong akan doakan tempat tu untuk abah dan kaklong akan jadi saksi untuk abah terhadap apa yang dah abah lakukan untuk kaklong, kasih sayang abah, pengorbanan abah dalam mendidik kaklong, susah payah abah layan kerenah kaklong dan segala kemudahan yang abah dah bagi pada kaklong. Kalau kaklong dilahirkan semula, kaklong pasti mahukan abah jadi abah kaklong lagi. Tak ada orang yang leboh bertuah kat dunia dapat abah macam abah, walaupun abah garang sikit (hehehe...). Kaklong tak pasti abah dah bari tak lagi kebenaran pada kaklong untuk bercouple (adoii..), tapi tak pe abah jangan risau buat masa ni pintu hati kaklong tertutup lagi pd mana2 lelaki...atas sebab2 sendiri...

Ohhh, alamak...sori

Berkenaan dengan tajuk post. Pada hari aku keluar meraikan elaun tu, aku belilah satu set makanan di restoran makanan yang agak popular di MAlaysia nikan, Ala ada dua je pun..Pastu aku belilah makanan yang ala-ala roti pita membaluti daging ayam ni. dengan air tahu tak bila aku kira2 balik air yang aku beli tu sampai Rm4!!!!

YElah yang ayam n roti pita (nama sebenar dirahsiakan) harganya dah RM 5.80. Jumlahnya dah RM10. So cuba tolak. Sudahlah risit tak bagi, memang cekik darah tul restoran makanan segera tu. Tengoklah semoga bankrupt terus je restoran tu. Sokonglah RADIX lagi bagus, yang melayu punya, halal, murah menguntungkan MAlaysia lagi. Pergi blah lah K.. tu! Lepas ni kalau jadi lagi macam ni memang nak kena marah la pekerja dia tu, nak ajak gaduh pun tak per, sudahlah hari tu lupa bagi air untuk set dia...hai rasa nak saman je...

Apa pun untuk pengguna lain, gunakan kuasa kita untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita jangan biar diri kita digunakan, pesanan untuk restoran ni, aku tak halalkan duit RM4 aku tu...mengerti!

There was an error in this gadget