Scoop 4
“What
we have to do now? The deal is off!” Jeritan didalam rumah itu mengejutkan dia
dari tidur. Budak lelaki itu menggosok matanya dan perlahan-lahan mengintai
dari pintu bilik. Seorang lelaki dan perempuan sedang bertengkar.
“I’m going to keep him then”
perempuan itu bertegas. Satu penampar hinggap kepipi perempuan itu sehingga dia
terjatuh kelantai. “I don’t care what you’re going to do just don’t involve me
in it” Budak lelaki itu terkejut apabila lelaki itu memandangnya dengan
pandangan yang menakutkan.
***
Khairul meraup wajahnya yang
berpeluh. Dia masih lagi termimpi-mimpi peristiwa menakutkan itu. Jam
menunjukkan sudah hampir memasuki subuh, Khairul bangun dan menuju ke tandas.
Dia mengambil wuduk dan tidak lama kemudian azan berkumandang. Lama dia
berteleku diatas sejadah, doa dipanjatkan kepada Ilahi, syukur dia tidak terus
hanyut ke dalam duniannya sendiri.
“Khai sayang, dah bangun?” Mamanya
menjenguk. Khairul berpaling dan melihat wajah wanita itu mengintai di sebalik
daun pintu. Senyuman terukir, Puan Hasni berpuas hati dengan perubahan yang
ditunjukkan Khairul sejak beberapa minggu ini. Kalau dahulu anak lelakinya itu yang terakhir sekali
bangun, kini dialah yang pertama.
Selesai mandi, dia menyarungkan
kemeja santai bewarna pink pucat dan sepasang slack kelabu. Kot nipis bewarna
sepadan di sarungkan diluar. Rambutnya disisir rapi mempamerkan sideburnnya
yang kemas. Kumisnya dipotong pendek menyerlahkan wajahnya yang bersih dan cerah. Aroma sarapan
pagi yang disediakan mamanya segera memanggil perutnya yang mula terasa lapar.
Dia mencapai beg sandangnya dan turun kebawah. Hari ini sudah hampir dua minggu
dia memulakan kerjanya di hospital dan semakin sibuk.
“Amboi sekarang ni, anak mama makin
segak. Teh ke milo sayang?” Puan Hasni menegur. “Teh je ma, biasa je saya. Sampai
hospital nanti semua sama, pakai gaun putih tu” Khairul membalas cuba melawak
walaupun dia tidak biasa lagi.
“Khai, apa cerita kamu dengan
Julia, bila nak lansung? Ayah dengan ibu dah sedia dah ni” Ayahnya yang kushuk
membaca akhbar bersuara di sebaliknya.
“Err, entah. Semua atas Julia, rasanya
dia belum sedia lagi, yelah saya pun baru lagi kerja, busy sikit. Nanti dah
lama sikit okey la”.
”Lama lagi? Jadi doctor ni Khai sampai
bila pun sibuk, ayah tahu. Pujuk-pujuk la Julia tu, cepatkan ok?” Ayahnya
melipat akhbar dan menghirup tehnya. Kairul mengangguk.
***
Sampai di pejabat dia chek in masuk ke pejabatnya, kini genap
dua minggu di wad kanak-kanak, dekor pejabatnya mula menunjukkan stailnya yang
tersendiri.
“Hello,hello?” Fahmi menjengah di
sebalik pintu pejabat Khairul. Fahmi doctor lama di situ, sudah tiga tahun
bekerja di bahagian pesakit luar namun umur mereka hampir sama. Oleh kerana Fahmi
juga pernah tinggal sebentar di Canada maka mereka cepat menjadi rakan.
“Tak ada kerja lagi ke?” spontan
sahaja dia bertanya.
“Hish, jadi doktor ni mana pernah
berhenti kerja Khai, kau amacam dah bole sesuaikan diri?” Fahmi melabuhkan
duduknya diatas kerusi empuk dihadapan meja Khairul, kerusi baru. Khairul
mengangguk sambil tersenyum.
“Not bad, ok la bagi hospital
kerajaan, kemudahan semua ada. Kat sana swasta so problem banyak kan?” Mereka
ketawa, faham akan maksud tersirat.
“Your wife amacam?” soalan
Khairul menarik minat Fahmi. “Haaa, dia sihat. Nasib baik tak elergik sangat, dah mula mengidam dah” Fahmi teruja. Maklumlah anak sulung, baru dia
menerima berita gembira isterinya mengandung bulan lepas dan kini kandungan
memasuki bulan ke 4.
“Enough pasal aku, kau tu bukan dah
bertunang. Tunang kau kerja besar sangat ke sampai tak ada plan nak kahwin lagi
ni?” Jantung Khairul berdegup kencang. Berdebar dia soal kahwin-kahwin ni.
“Err, x de la. Dia cikgu sekolah
rendah…” “Haa, susah mana sangat. Jadi masalah apa?” Fahmi memotong.
“Tak susah, just kami ada
masalah. Dia macam tawar hati dengan aku, mungkin sebab lama sangat berpisah”
“Kayu tiga?” Khairul melemparkan
buku kepada Fahmi tanda tidak bersetuju. “Bukan eh? Habis?” Fahmi mencebik.
“Ntah, aku kena pujuk dia dulu” malas dia mereka-reka cerita kepada kawannya
itu.
“Dugaan bertunang dan dalam kes
kau ni dah lama sangat. Lelaki macam kau ni, hensem. Rugi la kalau dia tak nak
kat kau. Dia cantik ke?” Laju saja Fahmi mengomen. Khairul mengangkat bahunya
sambil tersenyum.
“Perghh macam cantik je. Dah,
nanti lunch sekali aku bawak kau pergi tempat makan baik punya” Fahmi beredar
membiarkan Khairul meneruskan tugasnya.
***
Suasana di sekolah tempat Julia bekerja kelihatan tenang, perjalan waktu pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar apabila tiada pergerakan murid di luar kelas berlaku.
“Eh, bukan awak budak yang
berhenti sekolah baru-baru ni?” kerani sekolah tekun meneliti satu surat yang
diberikan oleh seorang budak lelaki di pejabat sekolah. Kelihatan seperti pelajar sekolah menengah.
Budak itu mengangguk, mengiyakan
sahaja. Sekarang waktu sekolah tetapi dia hanya berpakaian biasa sahaja.
Selesai kerani itu membaca surat yang diberikan budak itu. Dia menarik satu
fail dan menghulurkan kepada pelajar itu.
“Cari nama kamu, nanti saya check
sijil UPSR awak tu” kerani membiarkan budak itu membelek senarai nama bagi
calon UPSR tahun 2009. Budak itu akhirnya menunjukkan namanya didalam senarai
nama tersebut. “Emmm, Ahmad Zaki Bin Aswad. Awak tingkatan 4 sekarang kan? PMR
macam mana dulu?”
“Ok, 5A…” pendek Zaki membalas,
dia segan. Kalau saja dia tidak perlukan dokumen itu, jangan harap dia akan
menjejakkan kakinya ke sekolah ini. Dia malu dengan seseorang.
“Sijil ni untuk awak kerja ni?
Muda-muda macam ni dah kena berhenti belajar” kerani itu menghulurkan sijil
keputusan UPSR kepada Zaki. Zaki tersenyum tawar, bukan dia minta semua ni.
“Haihh, apa nak jadi. Bukan Cikgu
Julia ajar awak ke? Kalau dia tahu..entah la”kerani itu mengeluh lagi. Mujur
hanya mereka berdua sahaja didalam pejabat itu, kalau tidak berair telinga Zaki
mendengar pelbagai komen-komen kakitangan sekolah yang lain.
“Kenapa? Kenapa dengan saya?” suara
itu tiba-tiba membuatkan mereka berdua berpaling dan melihat Julia berdiri
sambil membawa beberapa barang BBM, mungkin untuk digunakan semasa kelas nanti.
Julia melihat budak lelaki itu dari atas ke bawah. Budah itu tersenyum janggal
dan takut-takut. Julia melepaskan BBM nya dan jari telunjuknya ditujah kemuka
budak itu.
“Yaahhh, Ahmad Zaki!” belum
apa-apa lagi budak itu terus melarikan diri. Julia kelam kabut mengumpulkan
BBMnya ketepi dan ikut mengejar budak itu. “Berhenti! Berhenti cikgu kata,
jangan berlari waktu P&P!”
“Cikgu pun lari jugak!” sempat
lagi budak itu menjawab. Zaki tak kira, inilah
orang yang paling dia nak elak, nasib sajalah dia terserempak dengan
bekas gurunya itu. Sijil ditangannya digenggam kemas, tak berbaloi kalau
tercicir, takkan terlintas dia nak datang semula menebalkan mukanya di sekolah
ini. Zaki menghala keluar dari sekolah dengan Julia berlari di belakang. Nasib
baik hari ini dia mengajar Pendidikan Jasmani, track suitnya membantu dia
berlari dengan sopan lagi santun.
“Kenapa pulak tu?” Beberapa orang
kampung yang sibuk melepak di warung kopitiam terganggu dengan bunyi bising
itu.
“Aku dengar sekolah ni masuk
sekolah cemerlang…” yang mendengar hanya mengamgguk. Mata menjeling, tangan
menggerakkan buah dam aji di meja. Ada juga yang leka membincangkan isu-isu
semasa, tak pe kita bincang.
“Ooo, kes stress la ni kot”
pelayan kedai menyampuk sambil menghidangkan air yang di pesan. Mereka hanya
tersenyum.
***
Julia menghela nafasnya panjang,
penat dia main kejar-kejar kesana-kemari. Akhirnya, dapat jugak dia menumpaskan
budak ni. Matanya menjeling dan bertembung dengan jelingan Zaki.
“Cikgu lepaskan saya” Di kaki
Julia, Zaki terduduk dengan tangannya terikat. “Perlukah ikat-ikat macam ni,
cikgu? Salah disisi undang-undang" Zaki meronta-ronta namun dia terhenti apabila pandangan tajam Julia memanah tepat ke mukanya.
"Cikgu dah dengar...kenapa kamu berhenti?"
Pertanyaan itu membuatkan Zaki terdiam.
“Kamu
duduk dengan kakak kamu sekarang?” Julia bertanya dan Zaki mengangguk. “Hmm nak
pulak kakak kamu ambil kamu?” sengaja nadasuaranya di siniskan.
“Tapi dia kakak saya, itu memang
tanggungjawab dia”
“Tak jugak, kalau dia nak dia boleh abaikan awak. Awak pernah terfikir kenapa dia masih jaga awak?" sengaja dia membiarkan Zaki berfikir.
"Cikgu bukan suka-suka kejar awak, tapi
cikgu kesian, dan sekarang cikgu tak tahu jika cikgu patut kesian pada awk atau
kakak awak”
“Ingat, dalam dunia ni pendidikan
adalah penyelamat awak. Think about it, ok?” Julia mengebas seluarnya dan berpaling
untuk pergi. Hampir-hampir dia terlanggar tubuh seseorang.
“Adoii, siapa pulak
ni?”
“Kenapa main kejar-kejar macam
orang tak betul ni?” Julia membulatkan mata dan kakinya automatic berundur.
Terkelip-kelip matanya melihat Khairul berdiri dihadapannya.
“Siapa tu cikgu?”
soalan Zaki membuatkanya tersentak.
“My worst nightmare!” Khairul
tersenyum mendengar bisikan itu. Ada unsur sinis disitu.