Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Sunday, January 22, 2012

Awek pakai tudung, tapi....

Salam,

Dah lama dah perasan trend ni, makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni. Dulu, biasanya anak gadis dalam kawasan kampung je pakai macam ni, biasa la duduk dalam kawasan diaorang buat biasa je la. Pastu sekarang melarat biarpun si gadis shopping kat bandar/mall.

Kan cantik kalau macam ni?
Haaa, ni la fenomena pakai tudung singkat pastu lengan pendek!


Contoh sahaja~
 Tolonglah kalau ye pon korang punya lengan tu putih, gebu, clean&clear ke, dapat dosa je bagi setiap mata yang memandang korang. Tak takut..haa lantaklah baik korang tak payah pakai tudungkan? Memalukan orang-orang yang usaha pakai tutup aurat. Kalau ye pun teringin sangat nak pakai t-shirt lengan pendek, disinalah berfungsinya cardigan berlengan panjang. Tiera pun pakai baju t-shirt lengan pendek tapi kalau tak bercardigan diluar pakai lah inner yang longgar sikit kat bahagian tangan tu.


Allah tak melihat hasil yang ingin kita capai tapi Allah menilai kepada tahap usaha yang kita lakukan untuk berubah. Apasalahnya pakai handsock kalau nak pakai t-shirt lengan pendek? Panas? Tak payah la pakai tudung tu, dalam neraka lagi panas!

Kelmarin masa tengah isi minyak nampak la jugak seorang lagi hamba Allah yang pakai macam tu, ingat nak snap je gambar dia dari belakang, tapi nasib baiklah handset 'mati' so melepas la. Nasib dia baik kot..hehe
Semoga kita semua mengambil iktibar, nau'zubillah~

p/s: Fesyen tak pernah berhenti bertukar. Jadi kejar lah sesuatu yang mempu memberi manfaat kepada kita di akhirat kelak. Ambirlah sebagai iktibar sesungguhnya admin pon tak perfect mana...peace~