Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Thursday, September 13, 2012

Tolong Kejap boleh? Please

Salam, nak mintak tolong sekejap je.

Drama on line, insyaallah akan mula diisi.Tapi still keliru, cerita mana yang patut Tiera karang. Sekarang macam banyak idea pada Cintaku Cinta Dia. Suka ada twist sedey-sedey ckit ni..hehe. Bayangkan lah Khairul yang sengal sikit ni pasal mende remeh je dia sanggup hantar orang lain menyamar jadi bakal tunang dia,pastu Izzat ni pulak jenis cool and matang (my taste sgt) pulak sebab trauma n hampir bunuh diri mulakan hidup baru dalam hidup orang lain dan jumpa erti cinta sebenar. Tengok-tengok kena berdepan dengan realiti. Haha semangat.

Kalu rajin boleh baca dua sinopsis ni di SINI dan SINI. Pilihlah mana yang korang suka pastu Tiera akan cuba hasilkan cerita yang menarik. TQ so much. Komen "Nak y ni!" pada sinopsis yang korang suka. Kalu ada idea jalan cite nk bg pun lg best.

Tak ada hadiah pun, cuma boleh la korang baca novel ni nanti, kalu nak share kat blog korang pun boleh gak.


Aku Yang Harus Pergi

Julia seorang gadis yang sangat naif dalam hal percintaan. Dia malas memikirkan tentang hal teman lelaki dan pasangan hidup.
 
Namun bertuah baginya, keluarganya mengaturkan perkahwinannya kepada seorang pelajar drop-out medic, Khairul. Akibat perangainya yang suka bertindak tanpa berfikir maka dia termakan umpan keluarganya untuk disatukan dengan Khairul. Namun begitu, setelah mengetahui 'siapa' Khairul yang sebenarnya, dia mula berkira-kira ingin membangkang rancangan antara dua keluarga ini.
 
Baginya lelaki itu serabut, tak matang, sengal dan tak pernah memikirkan masa depan. Oleh sebab keluarga Khairul yang agak berada, dengan menggunakan kabel sikit punya besar, anak mereka itu dapat menyambung pembelajaran di luar negara. Selama dua tahun mereka tak bertemu dan Khairul kembali dengan 'wajah' yang baru. Khairul yang baru berbeza sama sekali dengan Khairul yang lama. Khairul baru lebih kemas, matang, cool dan sangat sopan.Gaya hidup, kegemaran dan cara dia melayan Julia sangat lain.
 
Rancangan Julia untuk memutuskan pertunangan mereka sekembalinya Khairul dari Canada juga terpaksa dilambatkan. Julia hampir memikirkan Khairul, bukanlah Khairul yang sebenar. Jadi siapa Khairul yang berada bersamanya sekarang? Siapa pula Izzat? Apakah rahsia yang disimpan oleh Khairul sebenarnya?
 
Genre:- Romantik komedi, drama

Scoop 1
There was an error in this gadget