Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Thursday, October 31, 2013

Tutorial :- Center Header

Salam,
 
Hari Tiera nak ajarkan macam mana nak bagi header blog anda berada di tengah-tengah. Header Tiera dulu memang selalu berada di tepi. Malas nak cari macam mana nak edit bagi di center.

 
Tak perlu edit HTML bagai, susah dan kadang-kadang memeningkan. Jadi ini cara yang terbukti dan memudahkan anda terutamanya blogger baru.
 
 

1. Pergi kepada Dashboard anda

2. Klik 'Template'

3. Klik 'Customize'

4.Klik 'Advance'

4.Scroll ke bawah dan anda akan lihat 'Add CSS'

5. Klik dan akan ada tempat kosong kan?

6.Copy past code ini:-

 #header-inner img {margin-left: auto;
margin-right: auto;
}

 
 






ATAU
 
 
  
  #header-inner {
margin-left: auto;
margin-right:auto;

 
 
7. Anda akan lihat di preview yang header akan ke tengah dan adjust kepada blog anda.
 
8. Save setting dan End~!
 
Selamat Mencuba...
 
 

Wednesday, October 30, 2013

Review :- Now You See Me (Non-Horror)

Salam,

Lama Tiera tak review mana-mana drama kan? Kali ni nak review movie omputih la pulak.
Tengok atau dengar tajuk ni rasa macam cite hantu kan? Sebenarnya bukan. Tiera perasan cite ni melalui iklan dalam Astro First. Cerita ni berkisar penyiasatan dan magic!


Review
Credit to wikipedia

Sinopsis:-

Di sekitar Amerika terdapat beberapa ahli magis jalanan yang membuat persembahan demi menaikkan nama mereka di dalam industri hiburan. Tapi kerja ini bukan sekadar suka-suka bagi mereka kerana mereka semua mempunyai satu tujuan yang sama iaitu dijemput masuk ke dalam kumpulan Magician yang super hebat, misteri dan dihormati dikenali The Eye.

 
Suatu hari empat orang ahli magik yang mempunyai kehebatan masing-masing J. Daniel Atlas (Illusionist), Henley Reeves (Escapist), Jack Wilder (Mantalist), dan Merritt McKinney (Sleight Of Hand Illusionist)  dikumpulkan setelah mendapat sekeping kad tarrot oleh orang yang tidak dikenali. Mereka di dedahkan dengan satu blue print dan setahun kemudian menjadi terkenal setelah berpakat untuk bergabung.

Mereka menggelarkan diri mereka The Four Horseman dan membuat satu persembahan kontrovesi di Las Vegas. Di dalam persembahan ini mereka menggunakan keupayaan mereka untuk merompak sebuah bank di Paris dihadapan beribu-ribu orang, tanpa meninggalkan pentas Las Vegas pun.Duit-duit hasil rompakan itu di taburkan kepada semua penonton dan polis mula menangkap ke empat-empat ahli magik ini.


Kesian agen Dylan (tengah) dan agen Alma (kanan) nih, asyik di perbodohkan je.

Agen FBI Dylan seorang yang tidak percayakan magik dan menganggak ahli magik karut dan hanya menipu orang ditugaskan menyiasat kes ini bersama-sama seorang agen Interpol Alma Dray yang tidak berpengalaman. Mereka tidak dapat membuktikan bahawa rompakan itu benar-benar dibuat oleh mereka berempat dan dilepaskan. Mereka kemudiannya menerima bantuan bekas ahli magik yang membuat duit dengan mendedahkan helah ahli-ahli magik, Thaddeus Bradley.
 
Agen Dylan dan Agen Alma akhirnya mendapati motif The Four Horseman adalah berkaitan dengan kes Lionel Shrike yang mati ketika membuat persembahan terakhirnya.


Kenapa Harus Tengok?

Cerita ni sangat exciting dan menarik dengan pelbagai helah magik. Persembahan magik dia bewarna-warni dan dengan effect yang cool. Bukan tu je, movie ni 'bijak' dan membuatkan viewers turut berfikir. Tak banyak movie macam ni sekarang.

Ada satu scene dimana dia buat magic dan suruh penonton pilih kad so Tiera pun ikut pilih jugak. Bila dia teka dan pamerkan kad tu di sebuah menara, kena dengan apa yang Tiera teka! Tapi Tiera rasa org lain akan pilih kad tu jgak sebab kad tu yang paling jelas sekali masa dia flip kad tu laju-laju. Ia hanya helah!

Korang takkan percaya dan menyangka siapa sebenarnya orang yang hantar kad tarrot dan mewujudkan kumpulan The Four Horseman tu.

p/s : Nanti keluar Now You See Me 2 pulak 2014! Expecting it!

 

Tuesday, October 29, 2013

Segmen:- FOLLOW MENGFOLLOW & BLOGLIST

Salam,
 
 
Join Segmen lagi~
 
Klik di Banner.
 
 
 
 

Sunday, October 27, 2013

Tutorial:- Blog Header

Salam,

Lama rasanya Tiera tak buat tutorial. Kali ni nak ajar macam mana buat simple blog header guna  PicMonkey.
Tiera baru belajar tapi kalau nak tengok hasilnya boleh la feast your eyes pada header saya ok?

1. Klik link diatas.

2. Pilih Create a collage



3. Pilih FB cover


4. Pilih dari menu diatas EDIT

5. Di sebelah kiri skrin ada pelbagai alat untuk edit header blog anda, boleh tambah text, effect, gambar dan banyak lagi.


6. Anda juga boleh tambah gambar sendiri dengan memilih butang Your Own dari skrin sebelah kiri tu.


7. Selepas dah puas anda boleh save dalam komputer anda dan upload kedalam blog. Bahagian tu rasa nya basic, tak perlu Tiera explain tapi kalau yang tak tahu jangan segan-segan tanya.

Tiera saja try-try buat je, comel la pulak. Kalau korang rajin godek-godek program ni dan kreatif mesti lagi cantik.

Selamat mencuba!


Aku Yang Harus Pergi 3

Scoop 3

Julia, jom? Dah nak dekat pukul 2 ni,kau tak nak balik lagi ke?” Azi yang sedang menyusun semula meja gurunya mengejutkan lamunan Julia dihadapan laptopnya. Hari khamis sepatutnya waktu persekolahan habis awal, tapi mereka leka merumus kehadiran murid untuk minggu tersebut sehingga terlajak pukul 2
“Kenapa kau hari ni, asyik termenung je? Haa, kau dah bagi tahu ke keputusan kau kat dia?”
“Huh? Oh tak. Tak sempat. Semalam dia nampak macam letih so aku malas nak bangkitkan hal tu” Julia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya dia berdebar naik kereta dengan Khairul sampai dia terlupa perkara penting itu. Berdebar sebab lelaki tu muncul dengan aura baru, berdebar sebab hampir excident. Julia tersenyum sendiri memikirkan Khairul yang membawa kereta cara luar negara itu, style ye?

Azi dan Julia berjalan menuju ke tempat parking kereta di hadapan sekolah. Beberapa orang guru lelaki sedang bersembang tidak jauh dari sebuah pondok rehat. Di pondok rehat itu beberapa orang murid sedang mengerumuni seseorang. “Siapa kat pondok tu, macam tengah berjual je ngan budak-budak tu?” Azi memanjangkan lehernya.

“Eh, Cik Julia kita. Tunang datang ambil ke?” kaunselor sekolah, Cikgu Osman mengusik. “Eh, Cikgu Man cakap apa ni?” Julia mengerutkan dahinya. Semua guru lelaki menundingkan tangan kearah seorang lelaki yang berada dikalangan murid-murid tadi. Khairul yang asik melayan kerenah budak-budak itu terperasan kelibat Julia bangun dari duduknya dengan sebelah tangan masih didalam poket seluar dia melambai kearah Julia. “Amboi, tak lama la tu” cikgu lelaki mengusik lagi sambil ketawa. Wajah Julia kemerah-merahan. “Biar betul, tu Khairul ke?” Azi kagum melihat ketampanan Khairul. Ini bukan kali pertama dia berjumpa dengan jejaka itu tetapi dia nampak ada perubahan dari segi pemakaian Khairul. Julia menghampiri Khairul, Azi mengikut dari belakang.

“Nasib baik cepat awak datang, hampir-hampir pokai saya dengan budak-budak ni" Khairul cuba berseloroh, tapi nampak janggal. Julia menjeling kepada kumpulan budak-budak tahun 2 dan 3 sedang membelek wang kertas RM1. Pasti Khairul melayan sangat lah budak-budak ni. Pelik juga dia sejak bila Khairul boleh melayan budak-budak kecil ni. "Dah habis kerje?” Khairul bertanya.

“Awak buat apa kat sini?” Khairul mengangkat bahunya “Like you can see, jemput awak balik kerja” senyuman terukir membawa makna yang lain. “Haih, tak pernah-pernah awak menjemput saya ni…”. ’Aku jemput kau ada la’ Julia menyambung didalam hatinya.

                Khairul mengerutkan dahinya. “Ye ke? Hmm ok saya kalah. Saya nak tumpang balik kerumah, saya keluar hari ni pakai teksi saja” Bingo! Julia dah agak masih ada sisa Khairul dulu di situ. “Oh, ermm kalau macam tu saya pun ada benda nak cakap dengan awak, kita boleh singgah mana-mana dulu nanti” Julia mengambil peluang membicarakan perkara yang bersarang dihatinya. Sambil menyelam kita pergi minum air..betul ke?.

Azi berdehem di belakang mereka. “Oh ya.  Ni Azimah, rakan sekerja. Awak dah jumpa dia dulu ingat kan? Dia tumpang saya, nanti aku hantar kau balik dulu ye?” Azi mengangguk dan tersenyum kepada Khairul. Khairul menyambut senyuman itu dengan anggukkan, dingin. Azi dapat merasakan lelaki ini tidak melayannya,lain dengan dulu bukan main tersengih-sengih dengan dia sampai dia sendiri rasa kurang selesa.

                “Khairul tak biasa lagi ye bawak kereta di Malaysia?” Azi bertanya Khairul yang berada di seat belakang. Dia ingin memulakan perbualan dengan lelaki itu. Julia membiarkan sahaja, tidak lah sunyi sangat nanti. "Tak.." Suasana kembali senyap. “Kenapa tak ambil lesen kat sini saja?” “Saja, malas” Azi tak puas hati, sepatah ditanya, sepatah dijawab. Julia hanya menjeling. “Kalu nak saya boleh ajarkan?” Soalan itu membuatkan Julia terbreak. “Sorry! Silap tekan break, nak tekan minyak sebenarnya” Hati Julia panas,minah ni apasal? tetiba saja. Seperti dia tidak kenal dengan Azi yang suka mengambil kesempatan, mentang-mentang seang mengambil hati orang jangan sampai hati yang ni pun ingin diambilnya.

“Gurau je, kitaorang la ajar Khairul. Nak?” Azi terus menyucuk.
“Ehh, kejap kenapa libatkan aku pulak?” Julia memperlahankan suara.
“Tak payah, saya ni cepat belajar, rasanya Julia sorang yang ajar saya pun tak pe. Nanti susah pulak nak kena jemput awak” Julia terkedu, nampaknya Khairul mempertahankannya. Tanpa disedari hatinya reda semula dan dia tersenyum. Azi mengangkat keningnya,kalau soalan yang sama diajukan sebelum ini pasti laju saja cadangan dia diterima. Azi akhirnya menyerah,dia kembali bersandar dan memeluk handbagnya. Muncungnya memanjang kalau saja insan berdua dihadapan itu dapat melihatnya. Suasana kembali sunyi dan merangkak kepada suasana janggal.
Selesai menghantar Azi,mereka bergerak ke sebuah restoran kopitiam di pinggir Bandar Kota Bharu, Kelantan.
                “Hmm, ada apa nak cakap ni?” Khairul memanggil waiter.
                “Pesan dulu nanti kita sembang” Julia membelek buku menu dihadapannya. Seorang pelayan perempuan menghampiri sambil meletakkan buku menu.
                “Ye encik nak pesan apa?”
                “Err, bagi saya Prawn Noodles satu dengan Teh C ye?” Julia membuat order dahulu. Gadis itu terus menatap wajah Khairul yang sedang menongkat dagu kearahnya dengan mengangkat kening.

“Awak tak dengar?”

“Ya?” Gadis itu bertanya lagi dengan wajah yang merah.
“Awak tak dengar ke tunang saya pesan apa tadi? Saya sama dengan dia” Selamba dia menjawab kearah pelayan itu membuatkan gadis itu mengangguk laju dan tersengih malu. Julia memandang tidak percaya. Khairul memandang semula kearah Julia.
“Dia tengah main mata dengan saya,  awak tak nampak ke? Nanti awak cakap saya curang pulak?”
“Hah?!” Julia mengerutkan dahinya. Perlukah? “Bukan ke teman wanita kena protect teman lelakinya dari kena goda, nasib baik saya ni pandai baca tingkahlaku orang.” Julia ketawa tidak percaya dengan kelantangan Khairul dalam mempersoalkan tindakannya tadi. Muka Khairul selamba sahaja, menjengkelkan. Adakah lelaki ini dalam mood 'perasan' sekarang ni?
“Apa-apa jelah, saya nak…”
“Cik , tambah keropok lekor untuk dua orang ye?” Khairul sibuk menyelak buku menu itu.”Awak tak habis order lagi ke?” Khairul senyap namun buku itu dibuka berkali-kali. “Lama saya tak rasa makanan belah pantai timur ni, sedap ke?” Julia pelik.”Awak ni bukan lahir kat sini ke? Dulu bukan main cakap naik muak tengok keropok,setahun, dua tak makan dah jadi macam ni?” Julia memerli.
“Amboi, awak ni kan? Nampak luar macam lurus orangnya tapi kuat jugak awak membebel” wajah Julia mulai merah. “Apa awak ni, makan jelah!” Julia menggunakan alasan makanan yang baru sampai dari terus diusik Khairul. “Hmm, apa yang awak nak cakap?” Khairul menghabiskan suapan terakhirnya dan bersandar sambil menghirup air tehnya.
“Emmm, sebenarnya dah lama saya nak cakap fasal ni…saya…” Julia resah. Bagaimana dia harus menerangkan tentang hal ini agar ia kelihatan tidak menyalahkan mana-mana pihak? Lama juga Julia berfikir sehingg Khairul sendiri bosan menunggu.
“Awak tak rasa awak ni pentingkan diri sendiri ke?” Khairul memecahkan kesunyian, sudu dan garfu ditangan diletakkan kemas diatas pinggan. Tangannya disilangkan kedada Julia terkedu dengan komen lelaki itu. “Pentingkan diri?”
“Ye, saya tahu awak nak mintak agar lupakan rancangan untuk satukan kita kan? Boleh awak bagikan saya tiga sebab?” Khairul berbicara dengan tenang. “Err..” Julia ligat berfikir.
“…biar saya bagi dulu sebab kenapa awak tak boleh nak bagi sebab kepada saya…faham? Pertama, masa depan awak, saya kan doctor. Kedua, family kita sama-sama setuju dan ketiga, saya…” Julia mengerutkan wajahnya melihat kearah Khairul yang sedang menegakkan badannya. Mata mereka bertentang.

“Sebab saya…sukakan awak…ye jadi sebab tulah. Awak belanja ye?” Khairul bingkas bangun meninggalkan Julia yang terpinga-pinga mendengar jawapan Khairul. Lama juga dia terpaku disitu sehinggalah pelayan tadi menghampiri mejanya.

“Cik, nak bayar ke?” “Oh,ye. Berapa ye?” Julia mengeluarkan dompetnya dan kemudian masuk kedalam kereta. Khairul sedang berbaring disisinya sambil memejamkan mata.

“Lambat... apa yang lama sangat” Ia mengambil masa beberapa saat untuk Julia menyedari yang dia baru sahaja duduk disisi Khairul. Wajahnya merona merah apabila mata mereka bertentang untuk kali kedua. Khairul membetulkan seatnya dan tersenyum melihat wajah Julia yang agak blur itu. “Kenapa?” “Awak tanya kenapa?!” Julia meninggikan suara namun apabila Khairul hanya memandangnya dengan senyuman Julia jadi serba salah,malu dia untuk membangkitkan hal tadi. Khairul menarik tali pinggang dan memasangnya. Wajahnya kembali tenang.

“Hal tu, kita lupakan dulu. Apa kata dari awak buang masa untuk get rid off me. Cuba kenali saya mana tahu,untung awak jatuh cinta dengan saya…” Khairul menjeling sengaja menyucuk fikiran gadis itu.

Julia membulatkan matanya. Wahh, hebat ye kau Khairul, pandai main ayat. Agak-agak  berapa orang perempuan dah cair dengan ayat kau tu. Julia mengeluh dia tak percaya dia gagal. Pentingkan diri?! Hah! Kalau aku kawin dengan kau, agaknya aku lah yang paling merana sekali, tapi sekarang melihatkan Khairul sekarang dia tidak pasti jika itu yang bakal diluahkan dihadapan jejaka itu.

Khairul turun dari kereta dan menjenguk kedalam. Julia masih keras diseatnya.”Jom,teman saya shopping baju baru…” Khairul memasukkan tangannya kedalam poket seperti biasa namun dia berhenti separuh jalan, Julia sedang merenung belakang Khairul.

“Are you coming or not?” Khairul bertanya. Pertanyaan itu seperti sudah selalu disebutnya sebab selalu Julia lambat memberi respon dengan ajakannya. Julia turun dari kereta dengan perlahan dan membetulkan dress labuhnya dan menggalas tas tangannya. Didalam mall, Khairul berjalan dihadapan dan Julia mengikut jauh sedikit dibelakang.

“Cik adik,mari la dekat sikit, awak tu kan tour guide saya?” Khairul memanggil dari bahunya.

Julia mencebik dan berjalan laju sehingga dia akhirnya seiringan dengan Khairul.

“Awak nak beli baju kat sini ke? Biasa kedai budle je awak pergi?” Khairul berhenti dan mengangkat keningnya. “Doktor pakai baju bundle ke? Tak kan?” Julia menggeleng laju, terkejut dia apabila Khairul berhenti mengejut,hampir-hampir dia terlanggar bahu lelaki itu.

Khairul masuk ke sebuah kedai di situ. Julia melihat sekeliling kedai itu. Memang eksklusif. Brand baju ini memang Julia pernah kenal, baju-bajunya hasil rekaan pereka fesyen tempatan terkenal tu. Setelah hampir 30 minit mencuba 10 sehelai baju akhirnya Khairul mengambil dua helai kemeja, tiga helai t-shirt dan satu set suit hitam.

                “Semuanya,RM2+++ encik. Suit tu kami akan alter dan encik boleh tinggalkan alamat untuk penghantaran esok.”

                Julia melopong mendengarkan harga yang disebut cashier itu, dia segera menarik lengan baju Khairul.”Pessst, mahal lah. Membazir betul awak ni!” Khairul tersenyum, tangannya digoncangkan agar Julia melepaskan hujung bajunya. Sekeping kad kredit diberikan dan urusan pembayaran diselesaikan. Sepanjang perjalanan pulang, Julia membebel,  lagi.

                “Apa awak nak buat dengan suit tu? Membazir betul. Kalau beli kat Parkson ke boleh murah sikit. Ni nak dekat sama banyak dengan gaji saya sebulan tahu!”

                “Shuuu!” Julia tersenyap apabila Khairul meletakkan jarinya hampir dengan bibir gadis itu. “Dulu awak juga yang cakap, bakal doctor mana boleh pakai bundle,live up to my family namelah, apalah…so?” Khairul mencelah. “Cik adik, saya ni dah berubah.Wheather you like it…or not” Julia bersetuju tapi dia tetap tak puas hati. Shopping orang lelaki mengalahkan perempuan.

***
Suasana didalam kelas 4 Bestari riuh rendah, loceng akan berbunyi tidak lama lagi. Selalunya kelas Julia riuh tetapi riuh kerana sibuk belajar dan membuat aktiviti pembelajaran. Julia berada dihadapan kelas, memandang kosong hasil kerja muridnya. Fikirannya melayang pada hal kelmarin, dia masih bingung dengan kata-kata Khairul. Apa maksudnya dengan sebab ketiga itu?

“Dia suka aku ke?” mulutnya akhirnya bersuara.

“Siapa cikgu?” seorang murid bertanya menyebabkan lamunannya terhenti seketika. “Hisshh, sibuk je awak ni. Murid-murid dah hantar ke semua ni?” Julia akhirnya kembali mengawal kelas itu.
Loceng akhirnya berbunyi, Julia kembali ke bilik guru sambil membelek-belek kertas kerja murid.

“tiga, tiga…sebab ketiga…” Julia terhenti dari berjalan. Dahinya berkerut. ‘Haishh, kenapa teringat sebab ketiga tu, aku tengah check kerja budak” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 “11 darab 3 sama dengan 33..hmmm. Tiga puluh tiga sebab..sebab ketiga…arghhh Julia!!!” Julia serabut, dia tidak dapat mengeluarkan peristiwa itu dari kepala otaknya. “Kenapa? Kenapa? Why? Sebab dia suka aku so aku tak boleh putuskan pertuanangan ni? Tu masalah dia bukan masalah aku, kenapa dengan kau Julia? kau dah termakan umpan dia ke?”
Serabut dia memikirkan hal semalam. Orang yang disana pula sedang menikmati secawan kopi tiba-tiba tersenyum sendiri. Dia merasakan plannya sudah mula 'merasuk' jiwa gadis itu. Sekali lagi dia menghirup kopi panas dan hampir bersembur air itu kerana terkejut dengan tahap kepanasannya. Itulah suka sangat...
 
 

Aku Yang Harus Pergi 2

Scoop 2

Masa seolah-olah perlahan. Orang ramai dihadapan pintu 15 seakan-akan memberi laluan kepada seorang lelaki yang agak tinggi dan berbadan tegap. Lelaki tu berpakaian kemas dengan slack hitam dipadankan dengan kemeja santai bewarna hitam kot labuh bewarna coklat. Tie, glove dan kaca mata hitam melengkapkan pemakaiannya. Dia berjalan dengan penuh gaya dan Julia menatap lelaki itu dengan wajah yang blur. Lelaki itu menghampirinya dan kemudian berhenti disisi Julia lalu dia mengetuk kepala Julia.
 
Kim Ji Hoon a.k.a Khairul Alief
“Cik adik, dok berangan apa lagi?”
“Huh?”
“Julia?...coming or not?”
“Ermm,oh ok…ermm…Khairul Alief?” Julia mengerutkan dahinya apabila Khairul menyerahkan bagasinya kepada Julia. Tangan lelaki itu dimasukkan kedalam poket dan dia berjalan meninggalkan Julia. Julia mengejar.
“Kejap,awak ni Khairul Alief Bin Dato’ Azran ke?”
“Do I look like I’m not Khairul? Take a look?” Khairul berhenti dan menanggalkan kaca mata hitamnya.Wajahnya didekatkan dengan wajah Julia sehingga Julia menjauhkan sedikit tubuhnya.
“Well,saya tak pernah la tengok sedekat ni tapi..yela awak Khairul…” dalam hati ‘baru setahun duduk overseas ada hati speaking dengan aku. Nasib baik aku ni cikgu bahasa inggeris.’
“Then, tunggu apa lagi. Jom..” Khairul berjalan dan beberapa orang peramugari tersengih-sengih kearah Khairul, dia hanya menganggukkan kepala. Julia merenung dari jauh. Tak salah lagi itu Khairul, tapi ada sesuatu  yang lain, pakaian? Cara jalan? Manners? Atau auranya? Apa dengan pakaian tu?
“Are you coming or not?” Khairul mengintai kearah bahunya. Julia menarik bagasi Khairul dan membontoti lelaki itu. Khairul tersenyum, nasib baik dia tidak tersilap orang….
***
Lelaki itu merenung pesanan ringkas yang tidak terlalu ringkas di handphonenya. Panjang sms itu menerangkan bagaimana mengenalpasti orang yang perlu ditemuinya nanti. Seorang peramugari meletakkan mengutip gelas jus yang telah dihidangkan kepada penumpang itu tadi. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum.
“Ada apa-apa lagi encik?” Lelaki itu mengangkat tangannya seraya mengangguk menandakan dia ok sahaja. Peramugari itu berjalan laju menuju ke kaunter mereka dan berbisik-bisik. Sampaikan mereka mendarat beberapa pramugari yang turun dari flight yang sama masih bergosip tentang lelaki tersebut.
“Hensemnya, bergaya pulak tu. Aku dengar dia doctor..”
“Kau ni macam baru kerja kat sini. Banyak je penumpang hensem tapi aku suka la yang ni..”
Lelaki itu perasan tentang perbualan mereka namun dia tidak mempedulikan hal itu dan menjawab telefon. “Hello, dah sampai?”
“Baru mendarat, hmm so how is your girl?” Lelaki itu mencapai beg sandangnya dan berjalan keluar untuk mendapatkan bagasinya.
“Sampai saja di ruang menunggu, abang akan nampak dia. Dia akan nampak blur sikit dan mungkin akan duduk jauh dari orang lain, dia bukan suka sangat saya balik ni. Ni pun dia dah call saya banyak kali pasal flight delay…”
Izzat tersenyum. Nasib baik dia dah tengok gambar gadis yang dimaksudkan itu jadi apabila dia ternampak seorang gadis berpakaian pastel menunggu agak jauh dari pintu ketibaan dia tahu itulah Cik Julia. Betul cakap mentinya itu, gadis itu akan terpegun dengan kehadirannya sebab itu lah dia boleh bersetuju dengan perkahwinan mereka tanpa berfikir panjang.
 ***
Didalam kereta Julia hanya senyap. Sesekali dia menjeling kearah Khairul.
“Apa? Ada benda pelik ke kat muka saya?” Julia kembali melihat kehadapan. Pelik. Kali ini Khairul ingin memandu dan pemaduannya nampaknya agak janggal.
“Err,awak sure ke ni boleh bawak kereta? Bila awak ambil lesen?” Julia ragu-ragu.
“Masa kat sana, sama je kan cuma tukar lorong je…” tetapi Khairul agak tidak yakin juga. Pada mulanya okey tetapi sesekali dia tersilap ambil lorong menyebabkan Julia berpaut pada tali pinggang kereta.
“Mana jalan balik rumah?” Khairul bertanya. Julia membulatkan matanya. “Aihh, baru setahun lebih duk sana dah lupa rumah sendiri kat mana?” Julia separuh berbisik. “Err, yelah sebelum ni awak yang bawak kereta. Saya mana ingat sangat jalan, belok kiri ke?” Khairul bijak memberi alasan.
“Eh, bukan kanan la!” Julia menjerit apabila Khairul tiba-tiba menukar signal dan belok kekanan menyebabkan dia hampir bertembung dengan sebuah motorsikal. Khairul akhirnya berhenti di sisi jalan, lama mereka termenung, terkejut agaknya.
“Awak ni gila ke?  Tengok la kiri kanan dulu baru…”
“Saya tak biasa lagi. Nah ambik, awak bawak…” Khairul dengan selamba melemparkan kunci ke tangan Julia. Julia mengeluh. Selalunya Khairul akan melawan bila dia memarahi lelaki itu tapi kali ni mungkin sebab penat dia menurut sahaja.
***
Dirumah Khairul. Dato' Azran dan Pn. Husni menyambut kepulangan mereka dengan tangan yang terbuka. Umi dan Abah Julia juga tiba tidak lama kemudian.
“Haha, bagus la tu tak sia-sia hantar ke overseas dapat juga status doctor ye Khairul?”
Khairul tersenyum. Julia memerhati dari tadi, lelaki ini tidak banyak bercakap selain mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh kedua ibu bapanya. Khairul sesekali menangkap pandangan Julia, renungan itu dilarikan dan wajah Julia mula merah.
Ishh, kenapa aku malu tengok dia ni? Julia sila sedarkan diri anda!’ Julia berbicara sendirian. Tangannya mengusap pipi sendiri yang merona kemerahan.
“Eh, jemput makan-makan. Semua ni Mama yang masak untuk Khai…kegemaran Khairul, kuih bengkang...!”
“Wahh, import dari Pasar Losong sana ke?” Mereka ketawa beramai-ramai. Khairul kelihatan terkejut, namun dia mengambil sepotong kuih bengkang itu dan memasukkan kedalam mulut. Mamanya memerhati.
“Sedap?” Khairul mengunyah perlahan tapi dari riak wajahnya dia agak tidak menggemari kuih itu. Selepas menelannya dia menghirup air.
“Telur ke bahan dia ni?”
“Yelah, tu yang sedap tu..kan?” Khairul tersengih dan menolak pinggan bengkang itu ketengah semula.“Lah, makan la habis, semua untuk Khairul tu” Ibunya menghulurkan semula namun tangan Khairul menahan.
“Err, tak pelah, Lagipun tak elok makan banyak sangat telur ni. Koata sebiji je sehari. Khairul mintak diri naik ke bilik dulu ye, penat. Assalamualaikum” Khairul sengaja memberi alasan padahal semua itu hanya mitos sahaja, telur tidak membahayakan kesihatan tapi dia sendiri yang muak dengan telur, kerana makanan itu yang dihadapnya selama 15 tahun.
Khairul berdiri dan naik ke tingkat atas. Semua orang terdiam melihat tingkah Khairul namun ia segera dipecahkan oleh Julia.
“haha, sejak dia balik ni memang perangai macam doctor kan?...Kita kena makan dengan sihat ye semua pesakit sekalian!” Julia mengajuk suara Khairul. Komen Julia membuatkan yang lain ketawa dan bersetuju.
“Baguslah tu, bolehlah si Khairul jaga pemakanan kamu berdua ni. Senanglah doctor ada dekat kan?”
“Haha, maaflah. Khairul letih agaknya sebab tu tak berapa berselera. Orang kata sebab peralihan waktu...haa” Dato' Azran mempertahankan anak lelakinya itu. Puan Husni berpuas hati. “Kalau macam tu, bolehlah Julia bawa balik lebih sikit untuk family, nanti auntie bungkuskan ye?”. Julia mengangguk sambil melihat wanita itu berlalu ke dapur.
Mereka ketawa lagi namun Julia perasan ada sesuatu yang pelik, matanya tertumpu kearah bilik dimana Khairul menghilang tadi. Di atas Khairul membuka begnya dan mengeluarkan sekeping gambar. Gelak tawa dibawah membuatkan dia berasa kurang selesa. Dia sentiasa berasa gementar berada di sekeliling orang yang bergelar ibu dan ayah ini. Khairul merebahkan badannya diatas katil King di bilik yang agak besar itu. Jadi inilah bilik Khairul ye? Memang agak keremajaan sikit dengan poster kumpulan Scorpion, almari besar dengan banyak baju t-shirt dari kemeja dan sebuah gitar akustik. Gambar tadi ditatap, kelihatan sepasang suami isteri memangku seorang budak lelaki berusia 5 tahun. Khairul tersenyum dan tanpa dia sedari dia terlelap.
Pn. Husni menyusun pinggan mangkuk diatas meja sarapan manakala En. Hamdan sedang menghirup secawan kopi sambil membaca akhbar hari ini. Khairul berjalan turun dari tingkat atas dengan penuh bersemangat.
“Selamat pagi papa,mama.” Dia mencium pipi Papa dan Mamanya. Pn. Husni terkejut. Jam di dinding menunjukkan pukul 7 pagi.
“Eh, awal kau bangun, selalu selagi tak pukul 10 kau terperuk lagi dalam bilik?” papanya menegur. Khairul menyuapkan sekeping roti bakar kedalam mulut.
“Tak elok anak jantan bangun tengah hari, lagipun saya kena pergi lapor diri di hospital” Khairul membalas. “haa, eloklah tu sedar pun anak mama ni, bila masuk kerja?” “Esok, hari ni saya nak ronda-ronda sini dulu”
“Hmm, eloklah tu.Nanti kau singgah rumah Julia. Dah lama kau tak kesana…” Khairul mengangguk dan mencapai begnya. Kot nipis disarungkan ke tubuhnya. Tanpa disedarinya papa dan mamanya sedang memerhatikan tingkahnya, dari hujung kaki sehingga ke hujung kepala. Khairul mencium tangan kedua ibu bapanya.
“Oh ye, nanti minta tolong clearkan kotak-kotak kat atas ye? Nak buang semua tu” sempat dia berpesan. Hilang saja dari pandangan Pn. Husni melabuhkan duduk di tepi suaminya dan Dato' Azran pula melipat akhbar dan diletakkan di tepi meja. Mata mereka masih memerhatikan kelibat Khairul menghilang dari pintu hadapan.
“Abang, Ani tengok anak kita ni lain macam je sejak dia balik. Khairul ke tu abang? Kenapa dengan ‘saya, saya’. Macam orang luar je”
“Hmm, ntah la, mungkin belajar luar negara dah mengubah dia kot. Tapi abang tengok dari perangai, adab haaa apa pulak dengan kot-kot tu? Mana perginya jeans lusuh ngan t-shirt dia tu?”
Mereka terdiam, memang diakui sejak ketibaan Khairul kelmarin dia mengesan ada satu perubahan yang berlaku. Khairul tak banyak bercakap malah kurang juga dia menyampuk percakapan mereka. Kira mereka mungkin Khairul letih dengan penerbangan yang berjam-jam lamanya tapi kelihatan hari ini anaknya memang begitu.
“Ibu, kotak ini ya yang En. Khairul minta dibuang?”
Pn. Husni mendongak melihat bibiknya mengeluarkan dua buah kotak yang agak berat dari bilik Khairul. “Ada apa kat dalam tu?” Dato' Azran bertanya. “Aneh pak, semuanya barang kegemaran En. Khairul. Baju t-shirt, jeansnya, ada juga buku komik. Ini kalu mahu dibuang beri saja pada saya, biar dikasi pada anak” Bibik itu tersengih namun mengharap. Pn. Husni bergegas melihat isi kotak itu. Memang benar, semua itu barang yang memang Khairul punya dan dia pantang kalau ada yang menyentuhnya. Mata Pn. Husni melihat kearah Dato' Azran dengan penuh tanda tanya, suaminya itu tidak mampu menjawab namun naik ke tingkat atas melihat bilik Khairul. Alangkah terkejutnya bilik itu kelihatan kemas dan tersusun. Kebanyakkan barang Khairul yang dulu masih ada cuma lebih kemas dari biasa.
“Aishh, anak kita ni dah membesar. Baguslah, mungkin sejak bergelar doctor ni makin sedar dia tentang tanggungjawab sebagai seorang anak” Dato' Azran menyedapkan hati isterinya namun dia masih pelik
 

Saturday, October 26, 2013

The Longest Giveaway Ever by Ain

Salam,
 
 Jom Join?
 


Nak join? Klik Banner diatas...
 
Tarikh Tutup : 25 Dicember 2013
 
Banyak hadiah menanti.

What Am I Doing Here Right Now?

Salam,
 
Hadoiii, exam akan bermula pada 6/11/2013. Mood nak baca buku pon belum mari sebab kawan-kawan tengah berguling-guling di rumah masing-masing.
 
Tiera pulak terpaksa...err terpaksa ke atau harus datang balik ke IPG sebab kena amik draf tesis dari pensyarah. Kalau lambat susah pulak nak jilid nanti. (Ni semua sebab kau tesis!)
 
So sekarang tengah menaip dan improve blog sensorang dalam bilik. Roomate? Herghhh, org balik IPG dia pulak pergi menghala ke rumah Tiera sbb nak pergi festival katanya. Huhu~
 

Budak penyibuk di belakang

 
Minggu study week, mana ada kelas. Kelas ganti ada tapi lambat lagi. So buat apa kat sini? Ntah, buat tahik mata kot. Nak p jalan-jalan duit pun tak de, harga barang naik...grrr
 
Kat umah, family sibuk renovate taman di halaman.
Haha guess what tetiba hobi Tiera adalah Gardening. Minat la jugak sampai kenal jenis-jenis tanaman. Kitaorang pergi beli pokok, pasu, tanah, kutip sabut kat  kedai-kedai jual santan (heheh).
 
Semangat ni however ada musim, contohnya 'musim mencantas' biasanya abah Tiera yang mulakan dulu, kalau ada pokok mati ke apa ke dia akan selamba buang dalam tapak pelupusan rumah kami. So secara automatic, mummy Tiera akan turun untuk menyelamatkan pokok-pokoknya.
 
'Musim renovate' time semangat + duit ada nak cantikkan taman datang 100%. Time ni semua jalan, apa yang kitaorang plan akan jadi kenyataan. So sekarang ni boleh kata macam tu la. Mummy Tiera merealisasikan projek tamannya menjadi kenyataan.
 
Nak balik, tanam rain lily Tiera, Tak sukanya bila ada benda di rumah yang berubah masa Tiera tak de. Nak terlibat jugak!


Friday, October 25, 2013

Segmen : SUPER FOLLOWERS by YCHUN ESMAIL

Salam,
Lama dah Tiera tak join segmen, jom?


Tapi tarikh tutupnya 25/10/2013 pukul 8 malam ni.
Kalu siapa yang sempat, jemput je. Klik Banner.

Kami Blogger Utagha

Salam,



Tiera kena buat entry wajib utk join satu group blogger di FB. Tiera asal dari Pendang, Kedah.Pretty please let me join in.
 
Tolong terima cheq~! makashihhh.
 
Sapa-sapa nak join bule klik SINI

Sunday, October 20, 2013

Grand Dinner 2013 and Farewell~

Salam,

Akhirnya smpai jugak 17 Oktober 2013, hari dimana y x pernah bersolek ala2 artis melaram sehabis mungkin termasuk tuan puanya belog ini.

Tanggal hari tersebut Tiera dan 10 orang rakan sekelas tlh menghadiri jamuan batch yang meraikan tamat pengajian kami PISMP sem 8 selama 5 tahun  setengah utk bergelar sbg guru. Hadoii berjangut akak tunggu grad ni tau.

Anyway, venue kami adalah di sebuah hotel 5 star iaitu Perdana Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Perghhh makanan dia punya la banya siap ada station2 lg. Station sup and ulam2. Station Nasik and lauk pauk dan tak dilupakan station dessert serta unlimited access of ice cream 6 perisa....muahaha naik la berat badan kau.

Meh kita layan posing-posing tetamu turtamanya tuan belog ni...layannnn~


Moments before sampai red carpet~
First time pkai shawl dgn yakinnya. Shawl dr Zorascarf. Baju hasil consultation mummy I, ce teka beli kat mana kalu ckap mesti terkezut..haha.

jgn main2 ada red carpet ooo, karpet warna merah.....

the venue, cantik2~

Antara makanan yang akak hamek~ hamek kau.
Ada coklat fountain bagai, so apa lg, kek, ice cream kalu bole ngan nasik2 tu nak tadah coklat.

Rakan2 seperjuangan, ada y dah bergelar puan dan bakal puan...hehe
Hanya separuh yang tinggal, separuh lagi bergolek di rumah masing2...:-P
Calon-calonnya...gud bye and will miss you guys~
Begitulah ceritanya, time org nangis2 mengenangkan akan berpisah x lama lagi, kami dua tiga orang lari keluar amek kesempatan tgkp gmbr. Masuk2 buat muka poyo je. Haha, naseb baik x tunggu kalu tidakkk~
Anyway tetap sedih cuma x tunjuk, tunjuk dalam hati je.
 
Dinner itu sgt best sbb bole melawa wif friends...haha
 
Credit gambar to my friends.