Salam,
Lama rasanya Tiera tak buat tutorial. Kali ni nak ajar macam mana buat simple blog header guna PicMonkey.
Tiera baru belajar tapi kalau nak tengok hasilnya boleh la feast your eyes pada header saya ok?
1. Klik link diatas.
2. Pilih Create a collage
3. Pilih FB cover
4. Pilih dari menu diatas EDIT
5. Di sebelah kiri skrin ada pelbagai alat untuk edit header blog anda, boleh tambah text, effect, gambar dan banyak lagi.
6. Anda juga boleh tambah gambar sendiri dengan memilih butang Your Own dari skrin sebelah kiri tu.
7. Selepas dah puas anda boleh save dalam komputer anda dan upload kedalam blog. Bahagian tu rasa nya basic, tak perlu Tiera explain tapi kalau yang tak tahu jangan segan-segan tanya.
Tiera saja try-try buat je, comel la pulak. Kalau korang rajin godek-godek program ni dan kreatif mesti lagi cantik.
Selamat mencuba!
Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^
Sunday, October 27, 2013
Aku Yang Harus Pergi 3
Scoop 3
“Hal tu, kita lupakan dulu. Apa kata dari awak buang masa untuk get rid off me. Cuba kenali saya mana tahu,untung awak jatuh cinta dengan saya…” Khairul menjeling sengaja menyucuk fikiran gadis itu.
Julia membulatkan matanya. Wahh, hebat ye kau Khairul, pandai main ayat. Agak-agak berapa orang perempuan dah cair dengan ayat kau tu. Julia mengeluh dia tak percaya dia gagal. Pentingkan diri?! Hah! Kalau aku kawin dengan kau, agaknya aku lah yang paling merana sekali, tapi sekarang melihatkan Khairul sekarang dia tidak pasti jika itu yang bakal diluahkan dihadapan jejaka itu.
“Julia,
jom? Dah nak dekat pukul 2 ni,kau tak nak balik lagi ke?” Azi yang sedang
menyusun semula meja gurunya mengejutkan lamunan Julia dihadapan laptopnya. Hari khamis sepatutnya waktu persekolahan habis awal, tapi mereka leka merumus kehadiran murid untuk minggu tersebut sehingga terlajak pukul 2
“Kenapa kau
hari ni, asyik termenung je? Haa, kau dah bagi tahu ke keputusan kau kat dia?”
“Huh? Oh tak.
Tak sempat. Semalam dia nampak macam letih so aku malas nak bangkitkan hal tu”
Julia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya dia berdebar naik kereta
dengan Khairul sampai dia terlupa perkara penting itu. Berdebar sebab lelaki tu
muncul dengan aura baru, berdebar sebab hampir excident. Julia tersenyum
sendiri memikirkan Khairul yang membawa kereta cara luar negara itu, style ye?
Azi dan Julia
berjalan menuju ke tempat parking kereta di hadapan sekolah. Beberapa orang
guru lelaki sedang bersembang tidak jauh dari sebuah pondok rehat. Di pondok
rehat itu beberapa orang murid sedang mengerumuni seseorang. “Siapa kat pondok
tu, macam tengah berjual je ngan budak-budak tu?” Azi memanjangkan lehernya.
“Eh, Cik Julia
kita. Tunang datang ambil ke?” kaunselor sekolah, Cikgu Osman mengusik. “Eh,
Cikgu Man cakap apa ni?” Julia mengerutkan dahinya. Semua guru lelaki
menundingkan tangan kearah seorang lelaki yang berada dikalangan murid-murid
tadi. Khairul yang asik melayan kerenah budak-budak itu terperasan kelibat
Julia bangun dari duduknya dengan sebelah tangan masih didalam poket seluar dia
melambai kearah Julia. “Amboi, tak lama la tu” cikgu lelaki mengusik lagi
sambil ketawa. Wajah Julia kemerah-merahan. “Biar betul, tu Khairul ke?” Azi
kagum melihat ketampanan Khairul. Ini bukan kali pertama dia berjumpa dengan
jejaka itu tetapi dia nampak ada perubahan dari segi pemakaian Khairul. Julia
menghampiri Khairul, Azi mengikut dari belakang.
“Nasib baik cepat awak datang, hampir-hampir pokai saya dengan budak-budak ni" Khairul cuba berseloroh, tapi nampak janggal. Julia menjeling kepada kumpulan budak-budak tahun 2 dan 3 sedang membelek wang kertas RM1. Pasti Khairul melayan sangat lah budak-budak ni. Pelik juga dia sejak bila Khairul boleh melayan budak-budak kecil ni. "Dah
habis kerje?” Khairul bertanya.
“Awak buat apa
kat sini?” Khairul mengangkat bahunya “Like you can see, jemput awak balik
kerja” senyuman terukir membawa makna yang lain. “Haih, tak pernah-pernah awak menjemput saya ni…”. ’Aku jemput kau ada la’ Julia menyambung didalam hatinya.
Khairul
mengerutkan dahinya. “Ye ke? Hmm ok saya kalah. Saya nak tumpang balik kerumah,
saya keluar hari ni pakai teksi saja” Bingo! Julia dah agak masih ada sisa Khairul dulu di situ. “Oh, ermm kalau
macam tu saya pun ada benda nak cakap dengan awak, kita boleh singgah mana-mana
dulu nanti” Julia mengambil peluang membicarakan perkara yang bersarang
dihatinya. Sambil menyelam kita pergi minum air..betul ke?.
Azi berdehem
di belakang mereka. “Oh ya. Ni Azimah,
rakan sekerja. Awak dah jumpa dia dulu ingat kan? Dia tumpang saya, nanti aku
hantar kau balik dulu ye?” Azi mengangguk dan tersenyum kepada Khairul. Khairul
menyambut senyuman itu dengan anggukkan, dingin. Azi dapat merasakan lelaki ini tidak
melayannya,lain dengan dulu bukan main tersengih-sengih dengan dia sampai dia
sendiri rasa kurang selesa.
“Khairul
tak biasa lagi ye bawak kereta di Malaysia?” Azi bertanya Khairul yang berada di
seat belakang. Dia ingin memulakan perbualan dengan lelaki itu. Julia
membiarkan sahaja, tidak lah sunyi sangat nanti. "Tak.." Suasana kembali senyap.
“Kenapa tak ambil lesen kat sini saja?” “Saja, malas” Azi tak puas hati,
sepatah ditanya, sepatah dijawab. Julia hanya menjeling. “Kalu nak saya boleh
ajarkan?” Soalan itu membuatkan Julia terbreak. “Sorry! Silap tekan break, nak
tekan minyak sebenarnya” Hati Julia panas,minah ni apasal? tetiba saja. Seperti
dia tidak kenal dengan Azi yang suka mengambil kesempatan, mentang-mentang
seang mengambil hati orang jangan sampai hati yang ni pun ingin diambilnya.
“Gurau je, kitaorang la ajar Khairul.
Nak?” Azi terus menyucuk.
“Ehh, kejap kenapa libatkan aku
pulak?” Julia memperlahankan suara.
“Tak payah, saya ni cepat
belajar, rasanya Julia sorang yang ajar saya pun tak pe. Nanti susah pulak nak
kena jemput awak” Julia terkedu, nampaknya Khairul mempertahankannya. Tanpa
disedari hatinya reda semula dan dia tersenyum. Azi mengangkat keningnya,kalau
soalan yang sama diajukan sebelum ini pasti laju saja cadangan dia diterima.
Azi akhirnya menyerah,dia kembali bersandar dan memeluk handbagnya. Muncungnya
memanjang kalau saja insan berdua dihadapan itu dapat melihatnya. Suasana
kembali sunyi dan merangkak kepada suasana janggal.
Selesai menghantar Azi,mereka
bergerak ke sebuah restoran kopitiam di pinggir Bandar Kota Bharu, Kelantan.
“Hmm,
ada apa nak cakap ni?” Khairul memanggil waiter.
“Pesan
dulu nanti kita sembang” Julia membelek buku menu dihadapannya. Seorang pelayan perempuan
menghampiri sambil meletakkan buku menu.
“Ye
encik nak pesan apa?”
“Err,
bagi saya Prawn Noodles satu dengan Teh C ye?” Julia membuat order dahulu.
Gadis itu terus menatap wajah Khairul yang sedang menongkat dagu kearahnya
dengan mengangkat kening.
“Awak tak dengar?”
“Ya?” Gadis itu bertanya lagi
dengan wajah yang merah.
“Awak tak dengar ke tunang saya
pesan apa tadi? Saya sama dengan dia” Selamba dia menjawab kearah pelayan itu
membuatkan gadis itu mengangguk laju dan tersengih malu. Julia memandang tidak
percaya. Khairul memandang semula kearah Julia.
“Dia tengah main mata dengan
saya, awak tak nampak ke? Nanti awak cakap
saya curang pulak?”
“Hah?!” Julia mengerutkan
dahinya. Perlukah? “Bukan ke teman
wanita kena protect teman lelakinya dari kena goda, nasib baik saya ni pandai
baca tingkahlaku orang.” Julia ketawa tidak percaya dengan kelantangan Khairul
dalam mempersoalkan tindakannya tadi. Muka Khairul selamba sahaja, menjengkelkan. Adakah lelaki ini dalam mood 'perasan' sekarang ni?
“Apa-apa jelah, saya nak…”
“Cik , tambah keropok lekor untuk
dua orang ye?” Khairul sibuk menyelak buku menu itu.”Awak tak habis order lagi
ke?” Khairul senyap namun buku itu dibuka berkali-kali. “Lama saya tak rasa
makanan belah pantai timur ni, sedap ke?” Julia pelik.”Awak ni bukan lahir kat
sini ke? Dulu bukan main cakap naik muak tengok keropok,setahun, dua tak makan
dah jadi macam ni?” Julia memerli.
“Amboi, awak ni kan? Nampak luar
macam lurus orangnya tapi kuat jugak awak membebel” wajah Julia mulai merah. “Apa awak ni, makan jelah!”
Julia menggunakan alasan makanan yang baru sampai dari terus diusik Khairul.
“Hmm, apa yang awak nak cakap?” Khairul menghabiskan suapan terakhirnya dan
bersandar sambil menghirup air tehnya.
“Emmm, sebenarnya dah lama saya
nak cakap fasal ni…saya…” Julia resah. Bagaimana dia harus menerangkan tentang
hal ini agar ia kelihatan tidak menyalahkan mana-mana pihak? Lama juga Julia
berfikir sehingg Khairul sendiri bosan menunggu.
“Awak tak rasa awak ni pentingkan
diri sendiri ke?” Khairul memecahkan kesunyian, sudu dan garfu ditangan
diletakkan kemas diatas pinggan. Tangannya disilangkan kedada Julia terkedu
dengan komen lelaki itu. “Pentingkan diri?”
“Ye, saya tahu awak nak mintak
agar lupakan rancangan untuk satukan kita kan? Boleh awak bagikan saya tiga
sebab?” Khairul berbicara dengan tenang. “Err..” Julia ligat berfikir.
“…biar saya bagi dulu sebab
kenapa awak tak boleh nak bagi sebab kepada saya…faham? Pertama, masa depan
awak, saya kan doctor. Kedua, family kita sama-sama setuju dan ketiga, saya…”
Julia mengerutkan wajahnya melihat kearah Khairul yang sedang menegakkan
badannya. Mata mereka bertentang.
“Sebab saya…sukakan awak…ye jadi
sebab tulah. Awak belanja ye?” Khairul bingkas bangun meninggalkan Julia yang
terpinga-pinga mendengar jawapan Khairul. Lama juga dia terpaku disitu
sehinggalah pelayan tadi menghampiri mejanya.
“Cik, nak bayar ke?” “Oh,ye. Berapa
ye?” Julia mengeluarkan dompetnya dan kemudian masuk kedalam kereta. Khairul
sedang berbaring disisinya sambil memejamkan mata.
“Lambat... apa yang lama sangat”
Ia mengambil masa beberapa saat untuk Julia menyedari yang dia baru sahaja
duduk disisi Khairul. Wajahnya merona merah apabila mata mereka bertentang
untuk kali kedua. Khairul membetulkan seatnya dan tersenyum melihat wajah Julia
yang agak blur itu. “Kenapa?” “Awak tanya kenapa?!” Julia meninggikan suara
namun apabila Khairul hanya memandangnya dengan senyuman Julia jadi serba
salah,malu dia untuk membangkitkan hal tadi. Khairul menarik tali pinggang dan
memasangnya. Wajahnya kembali tenang.
“Hal tu, kita lupakan dulu. Apa kata dari awak buang masa untuk get rid off me. Cuba kenali saya mana tahu,untung awak jatuh cinta dengan saya…” Khairul menjeling sengaja menyucuk fikiran gadis itu.
Julia membulatkan matanya. Wahh, hebat ye kau Khairul, pandai main ayat. Agak-agak berapa orang perempuan dah cair dengan ayat kau tu. Julia mengeluh dia tak percaya dia gagal. Pentingkan diri?! Hah! Kalau aku kawin dengan kau, agaknya aku lah yang paling merana sekali, tapi sekarang melihatkan Khairul sekarang dia tidak pasti jika itu yang bakal diluahkan dihadapan jejaka itu.
Khairul
turun dari kereta dan menjenguk kedalam. Julia masih keras diseatnya.”Jom,teman
saya shopping baju baru…” Khairul memasukkan tangannya kedalam poket seperti
biasa namun dia berhenti separuh jalan, Julia sedang merenung belakang Khairul.
“Are you coming or not?” Khairul
bertanya. Pertanyaan itu seperti sudah selalu disebutnya sebab selalu Julia
lambat memberi respon dengan ajakannya. Julia turun dari kereta dengan perlahan
dan membetulkan dress labuhnya dan menggalas tas tangannya. Didalam mall, Khairul
berjalan dihadapan dan Julia mengikut jauh sedikit dibelakang.
“Cik
adik,mari la dekat sikit, awak tu kan tour guide saya?” Khairul memanggil dari
bahunya.
Julia mencebik dan berjalan laju sehingga dia akhirnya seiringan dengan Khairul.
“Awak nak beli baju kat sini ke? Biasa kedai budle je awak pergi?” Khairul berhenti dan mengangkat keningnya. “Doktor pakai baju bundle ke? Tak kan?” Julia menggeleng laju, terkejut dia apabila Khairul berhenti mengejut,hampir-hampir dia terlanggar bahu lelaki itu.
Khairul masuk ke sebuah kedai di situ. Julia melihat sekeliling kedai itu. Memang eksklusif. Brand baju ini memang Julia pernah kenal, baju-bajunya hasil rekaan pereka fesyen tempatan terkenal tu. Setelah hampir 30 minit mencuba 10 sehelai baju akhirnya Khairul mengambil dua helai kemeja, tiga helai t-shirt dan satu set suit hitam.
Julia mencebik dan berjalan laju sehingga dia akhirnya seiringan dengan Khairul.
“Awak nak beli baju kat sini ke? Biasa kedai budle je awak pergi?” Khairul berhenti dan mengangkat keningnya. “Doktor pakai baju bundle ke? Tak kan?” Julia menggeleng laju, terkejut dia apabila Khairul berhenti mengejut,hampir-hampir dia terlanggar bahu lelaki itu.
Khairul masuk ke sebuah kedai di situ. Julia melihat sekeliling kedai itu. Memang eksklusif. Brand baju ini memang Julia pernah kenal, baju-bajunya hasil rekaan pereka fesyen tempatan terkenal tu. Setelah hampir 30 minit mencuba 10 sehelai baju akhirnya Khairul mengambil dua helai kemeja, tiga helai t-shirt dan satu set suit hitam.
“Semuanya,RM2+++
encik. Suit tu kami akan alter dan
encik boleh tinggalkan alamat untuk penghantaran esok.”
Julia
melopong mendengarkan harga yang disebut cashier itu, dia segera menarik lengan baju Khairul.”Pessst, mahal lah. Membazir betul awak ni!”
Khairul tersenyum, tangannya digoncangkan agar Julia melepaskan hujung bajunya. Sekeping kad kredit diberikan dan urusan
pembayaran diselesaikan. Sepanjang perjalanan pulang, Julia membebel, lagi.
“Apa
awak nak buat dengan suit tu? Membazir betul. Kalau beli kat Parkson ke boleh
murah sikit. Ni nak dekat sama banyak dengan gaji saya sebulan tahu!”
“Shuuu!”
Julia tersenyap apabila Khairul meletakkan jarinya hampir dengan bibir gadis
itu. “Dulu awak juga yang cakap, bakal doctor mana boleh pakai bundle,live up
to my family namelah, apalah…so?” Khairul mencelah. “Cik adik, saya ni dah
berubah.Wheather you like it…or not” Julia bersetuju tapi dia tetap tak puas
hati. Shopping orang lelaki mengalahkan perempuan.
***
Suasana didalam kelas 4 Bestari
riuh rendah, loceng akan berbunyi tidak lama lagi. Selalunya kelas Julia riuh
tetapi riuh kerana sibuk belajar dan membuat aktiviti pembelajaran. Julia
berada dihadapan kelas, memandang kosong hasil kerja muridnya. Fikirannya
melayang pada hal kelmarin, dia masih bingung dengan kata-kata Khairul. Apa
maksudnya dengan sebab ketiga itu?
“Dia suka aku ke?” mulutnya
akhirnya bersuara.
“Siapa cikgu?” seorang murid
bertanya menyebabkan lamunannya terhenti seketika. “Hisshh, sibuk je awak ni.
Murid-murid dah hantar ke semua ni?” Julia akhirnya kembali mengawal kelas itu.
Loceng akhirnya berbunyi, Julia
kembali ke bilik guru sambil membelek-belek kertas kerja murid.
“tiga, tiga…sebab ketiga…” Julia terhenti dari berjalan. Dahinya berkerut. ‘Haishh, kenapa teringat sebab ketiga tu, aku tengah check kerja budak” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“tiga, tiga…sebab ketiga…” Julia terhenti dari berjalan. Dahinya berkerut. ‘Haishh, kenapa teringat sebab ketiga tu, aku tengah check kerja budak” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“11 darab 3 sama dengan 33..hmmm. Tiga puluh tiga
sebab..sebab ketiga…arghhh Julia!!!” Julia serabut, dia tidak dapat
mengeluarkan peristiwa itu dari kepala otaknya. “Kenapa? Kenapa? Why? Sebab dia
suka aku so aku tak boleh putuskan pertuanangan ni? Tu masalah dia bukan masalah
aku, kenapa dengan kau Julia? kau dah termakan umpan dia ke?”
Serabut dia memikirkan hal semalam. Orang yang disana pula sedang menikmati secawan kopi tiba-tiba tersenyum sendiri. Dia merasakan plannya sudah mula 'merasuk' jiwa gadis itu. Sekali lagi dia menghirup kopi panas dan hampir bersembur air itu kerana terkejut dengan tahap kepanasannya. Itulah suka sangat...
Aku Yang Harus Pergi 2
Scoop 2
***
Masa
seolah-olah perlahan. Orang ramai dihadapan pintu 15 seakan-akan memberi laluan
kepada seorang lelaki yang agak tinggi dan berbadan tegap. Lelaki tu berpakaian
kemas dengan slack hitam dipadankan dengan kemeja santai bewarna hitam kot
labuh bewarna coklat. Tie, glove dan kaca mata hitam melengkapkan pemakaiannya.
Dia berjalan dengan penuh gaya dan Julia menatap lelaki itu dengan wajah yang
blur. Lelaki itu menghampirinya dan kemudian berhenti disisi Julia lalu dia
mengetuk kepala Julia.
“Cik adik, dok berangan apa lagi?”
“Huh?”
“Julia?...coming or not?”
“Ermm,oh ok…ermm…Khairul Alief?”
Julia mengerutkan dahinya apabila Khairul menyerahkan bagasinya kepada Julia.
Tangan lelaki itu dimasukkan kedalam poket dan dia berjalan meninggalkan Julia.
Julia mengejar.
“Kejap,awak ni Khairul Alief Bin
Dato’ Azran ke?”
“Do I look like I’m not Khairul?
Take a look?” Khairul berhenti dan menanggalkan kaca mata hitamnya.Wajahnya
didekatkan dengan wajah Julia sehingga Julia menjauhkan sedikit tubuhnya.
“Well,saya tak pernah la tengok
sedekat ni tapi..yela awak Khairul…” dalam hati ‘baru setahun duduk overseas ada hati speaking dengan aku. Nasib baik aku ni cikgu bahasa inggeris.’
“Then, tunggu apa lagi. Jom..”
Khairul berjalan dan beberapa orang peramugari tersengih-sengih kearah Khairul,
dia hanya menganggukkan kepala. Julia merenung dari jauh. Tak salah lagi itu
Khairul, tapi ada sesuatu yang lain,
pakaian? Cara jalan? Manners? Atau auranya? Apa dengan pakaian tu?
“Are you
coming or not?” Khairul mengintai kearah bahunya. Julia menarik bagasi Khairul
dan membontoti lelaki itu. Khairul tersenyum, nasib baik dia tidak tersilap
orang….
***
Lelaki itu merenung pesanan ringkas yang tidak terlalu ringkas di handphonenya. Panjang sms itu menerangkan bagaimana mengenalpasti orang yang perlu ditemuinya nanti. Seorang peramugari meletakkan mengutip gelas jus yang telah
dihidangkan kepada penumpang itu tadi. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum.
“Ada apa-apa lagi encik?” Lelaki
itu mengangkat tangannya seraya mengangguk menandakan dia ok sahaja. Peramugari itu berjalan laju menuju ke kaunter mereka dan
berbisik-bisik. Sampaikan mereka mendarat beberapa pramugari yang turun dari flight yang sama masih bergosip tentang lelaki tersebut.
“Hensemnya, bergaya pulak tu. Aku
dengar dia doctor..”
“Kau ni macam baru kerja kat sini. Banyak je penumpang hensem tapi
aku suka la yang ni..”
Lelaki itu perasan tentang
perbualan mereka namun dia tidak mempedulikan hal itu dan menjawab telefon. “Hello,
dah sampai?”
“Baru mendarat, hmm so how is
your girl?” Lelaki itu mencapai beg sandangnya dan berjalan keluar untuk
mendapatkan bagasinya.
“Sampai saja di ruang menunggu,
abang akan nampak dia. Dia akan nampak blur sikit dan mungkin akan duduk jauh
dari orang lain, dia bukan suka sangat saya balik ni. Ni pun dia dah call saya
banyak kali pasal flight delay…”
Izzat tersenyum. Nasib baik dia
dah tengok gambar gadis yang dimaksudkan itu jadi apabila dia ternampak seorang
gadis berpakaian pastel menunggu agak jauh dari pintu ketibaan dia tahu itulah
Cik Julia. Betul cakap mentinya itu, gadis itu akan terpegun dengan
kehadirannya sebab itu lah dia boleh bersetuju dengan perkahwinan mereka tanpa
berfikir panjang.
Didalam kereta Julia hanya
senyap. Sesekali dia menjeling kearah Khairul.
“Apa? Ada benda pelik ke kat muka
saya?” Julia kembali melihat kehadapan. Pelik. Kali ini Khairul ingin memandu
dan pemaduannya nampaknya agak janggal.
“Err,awak sure ke ni boleh bawak
kereta? Bila awak ambil lesen?” Julia ragu-ragu.
“Masa kat sana, sama je kan cuma
tukar lorong je…” tetapi Khairul agak tidak yakin juga. Pada mulanya okey
tetapi sesekali dia tersilap ambil lorong menyebabkan Julia berpaut pada tali
pinggang kereta.
“Mana jalan balik rumah?” Khairul
bertanya. Julia membulatkan matanya. “Aihh, baru setahun lebih duk sana dah
lupa rumah sendiri kat mana?” Julia separuh berbisik. “Err, yelah sebelum ni
awak yang bawak kereta. Saya mana ingat sangat jalan, belok kiri ke?” Khairul
bijak memberi alasan.
“Eh, bukan kanan la!” Julia
menjerit apabila Khairul tiba-tiba menukar signal dan belok kekanan menyebabkan
dia hampir bertembung dengan sebuah motorsikal. Khairul akhirnya berhenti di
sisi jalan, lama mereka termenung, terkejut agaknya.
“Awak ni gila ke? Tengok la kiri kanan dulu baru…”
“Saya tak biasa lagi. Nah ambik,
awak bawak…” Khairul dengan selamba melemparkan kunci ke tangan Julia. Julia
mengeluh. Selalunya Khairul akan melawan bila dia memarahi lelaki itu tapi kali
ni mungkin sebab penat dia menurut sahaja.
***
Dirumah Khairul. Dato' Azran dan
Pn. Husni menyambut kepulangan mereka dengan tangan yang terbuka. Umi dan Abah
Julia juga tiba tidak lama kemudian.
“Haha, bagus la tu tak sia-sia
hantar ke overseas dapat juga status doctor ye Khairul?”
Khairul tersenyum. Julia
memerhati dari tadi, lelaki ini tidak banyak bercakap selain mengiyakan sahaja
apa yang dikatakan oleh kedua ibu bapanya. Khairul sesekali menangkap pandangan
Julia, renungan itu dilarikan dan wajah Julia mula merah.
‘Ishh, kenapa aku malu tengok dia ni? Julia sila sedarkan diri anda!’
Julia berbicara sendirian. Tangannya mengusap pipi sendiri yang merona
kemerahan.
“Eh, jemput makan-makan. Semua ni
Mama yang masak untuk Khai…kegemaran Khairul, kuih bengkang...!”
“Wahh, import dari Pasar Losong sana
ke?” Mereka ketawa beramai-ramai. Khairul kelihatan terkejut, namun dia
mengambil sepotong kuih bengkang itu dan memasukkan kedalam mulut. Mamanya
memerhati.
“Sedap?” Khairul mengunyah
perlahan tapi dari riak wajahnya dia agak tidak menggemari kuih itu. Selepas
menelannya dia menghirup air.
“Telur ke bahan dia ni?”
“Yelah, tu yang sedap tu..kan?”
Khairul tersengih dan menolak pinggan bengkang itu ketengah semula.“Lah, makan
la habis, semua untuk Khairul tu” Ibunya menghulurkan semula namun tangan
Khairul menahan.
“Err, tak pelah, Lagipun tak elok
makan banyak sangat telur ni. Koata sebiji je sehari. Khairul mintak diri naik
ke bilik dulu ye, penat. Assalamualaikum” Khairul sengaja memberi alasan
padahal semua itu hanya mitos sahaja, telur tidak membahayakan kesihatan tapi
dia sendiri yang muak dengan telur, kerana makanan itu yang dihadapnya selama
15 tahun.
Khairul berdiri dan naik ke
tingkat atas. Semua orang terdiam melihat tingkah Khairul namun ia segera
dipecahkan oleh Julia.
“haha, sejak dia balik ni memang perangai
macam doctor kan?...Kita kena makan dengan
sihat ye semua pesakit sekalian!” Julia mengajuk suara Khairul. Komen Julia
membuatkan yang lain ketawa dan bersetuju.
“Baguslah tu, bolehlah si Khairul
jaga pemakanan kamu berdua ni. Senanglah doctor ada dekat kan?”
“Haha, maaflah. Khairul letih
agaknya sebab tu tak berapa berselera. Orang kata sebab peralihan waktu...haa”
Dato' Azran mempertahankan anak lelakinya itu. Puan Husni berpuas hati. “Kalau
macam tu, bolehlah Julia bawa balik lebih sikit untuk family, nanti auntie
bungkuskan ye?”. Julia mengangguk sambil melihat wanita itu berlalu ke dapur.
Mereka ketawa
lagi namun Julia perasan ada sesuatu yang pelik, matanya tertumpu kearah bilik
dimana Khairul menghilang tadi. Di atas Khairul membuka begnya dan mengeluarkan
sekeping gambar. Gelak tawa dibawah membuatkan dia berasa kurang selesa. Dia
sentiasa berasa gementar berada di sekeliling orang yang bergelar ibu dan ayah
ini. Khairul merebahkan badannya diatas katil King di bilik yang agak besar itu.
Jadi inilah bilik Khairul ye? Memang agak keremajaan sikit dengan poster
kumpulan Scorpion, almari besar dengan banyak baju t-shirt dari kemeja dan
sebuah gitar akustik. Gambar tadi ditatap, kelihatan sepasang suami isteri
memangku seorang budak lelaki berusia 5 tahun. Khairul tersenyum dan tanpa dia
sedari dia terlelap.
Pn. Husni
menyusun pinggan mangkuk diatas meja sarapan manakala En. Hamdan sedang
menghirup secawan kopi sambil membaca akhbar hari ini. Khairul berjalan turun
dari tingkat atas dengan penuh bersemangat.
“Selamat pagi
papa,mama.” Dia mencium pipi Papa dan Mamanya. Pn. Husni terkejut. Jam di
dinding menunjukkan pukul 7 pagi.
“Eh, awal kau
bangun, selalu selagi tak pukul 10 kau terperuk lagi dalam bilik?” papanya
menegur. Khairul menyuapkan sekeping roti bakar kedalam mulut.
“Tak elok anak
jantan bangun tengah hari, lagipun saya kena pergi lapor diri di hospital”
Khairul membalas. “haa, eloklah tu sedar pun anak mama ni, bila masuk kerja?”
“Esok, hari ni saya nak ronda-ronda sini dulu”
“Hmm, eloklah tu.Nanti
kau singgah rumah Julia. Dah lama kau tak kesana…” Khairul mengangguk dan
mencapai begnya. Kot nipis disarungkan ke tubuhnya. Tanpa disedarinya papa dan
mamanya sedang memerhatikan tingkahnya, dari hujung kaki sehingga ke hujung
kepala. Khairul mencium tangan kedua ibu bapanya.
“Oh ye, nanti
minta tolong clearkan kotak-kotak kat atas ye? Nak buang semua tu” sempat dia
berpesan. Hilang saja dari pandangan Pn. Husni melabuhkan duduk di tepi
suaminya dan Dato' Azran pula melipat akhbar dan diletakkan di tepi meja. Mata
mereka masih memerhatikan kelibat Khairul menghilang dari pintu hadapan.
“Abang, Ani
tengok anak kita ni lain macam je sejak dia balik. Khairul ke tu abang? Kenapa
dengan ‘saya, saya’. Macam orang luar je”
“Hmm, ntah la,
mungkin belajar luar negara dah mengubah dia kot. Tapi abang tengok dari
perangai, adab haaa apa pulak dengan kot-kot tu? Mana perginya jeans lusuh ngan
t-shirt dia tu?”
Mereka
terdiam, memang diakui sejak ketibaan Khairul kelmarin dia mengesan ada satu
perubahan yang berlaku. Khairul tak banyak bercakap malah kurang juga dia
menyampuk percakapan mereka. Kira mereka mungkin Khairul letih dengan
penerbangan yang berjam-jam lamanya tapi kelihatan hari ini anaknya memang
begitu.
“Ibu, kotak
ini ya yang En. Khairul minta dibuang?”
Pn. Husni
mendongak melihat bibiknya mengeluarkan dua buah kotak yang agak berat dari
bilik Khairul. “Ada apa kat dalam tu?” Dato' Azran bertanya. “Aneh pak, semuanya
barang kegemaran En. Khairul. Baju t-shirt, jeansnya, ada juga buku komik. Ini
kalu mahu dibuang beri saja pada saya, biar dikasi pada anak” Bibik itu
tersengih namun mengharap. Pn. Husni bergegas melihat isi kotak itu. Memang
benar, semua itu barang yang memang Khairul punya dan dia pantang kalau ada
yang menyentuhnya. Mata Pn. Husni melihat kearah Dato' Azran dengan penuh tanda
tanya, suaminya itu tidak mampu menjawab namun naik ke tingkat atas melihat
bilik Khairul. Alangkah terkejutnya bilik itu kelihatan kemas dan tersusun.
Kebanyakkan barang Khairul yang dulu masih ada cuma lebih kemas dari biasa.
“Aishh, anak kita ni dah membesar. Baguslah,
mungkin sejak bergelar doctor ni makin sedar dia tentang tanggungjawab sebagai
seorang anak” Dato' Azran menyedapkan hati isterinya namun dia masih pelik
Subscribe to:
Posts (Atom)