Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Sunday, January 15, 2012

Tips untuk Temuduga IPG

Salam,

Terutamanya kepada adik-adik lepasan SPM ataupun STPM. Oleh kerana sekarang ni mesti semua berdebar-debar nak apply ke IPT kan? So kat sini nak bagi la tips sikit kepada sesiapa yang berminat nak apply ke Institut Pendidikan Guru. Tak tahulah kalau bentuk temuduga dah ditukar atau tak tapi Tiera akan beri tips melalui pengalaman.

Credits
Oleh kerana my parents are both teachers tambahan ayah Tiera so memang dasat jugak la hari tu.

1. Dokumen wajib pastikan disediakan dahulu dan tersusun

Semasa temuduga, pihak penemuduga akan minta sijil, gambar dan juga salinan kad pengenalan dan banyak lagi benda alah lain. So pastikan anda susun semua salinan ni didalam sebuah file 'clear folder' yang ada poket-poket plastik. Senang diaorang nak view tanpa keluarkan kertas-kertas yang banyak tu tambah kalau korang ni jenis banyak sangat sijil Gambar jangan lupa, Tiera lupa gambar, tak pasal-pasal kena datang balik esoknya.

2. Dokumen perlu disahkan

Ini penting, pastikan sijil anda dan juga salinan fotostes dah disahkan oleh pegawai yang berkenaan. Contohnya pensyarah, penolong kanan, pengetua, ketua kampung dll. yang sesuai.

3. Study!

Jangan kata nak temuduga korang pergi serah diri terus kat penemuduga tu. Rajin-rajin la tanya kakak/abang yang belajar IPG tu. Pastu study jugak karangan yang korang buat untuk temuduga tu, adakan dia suruh buat, nanti dia akan suruh explain balik. Study pasal pendidikan kat negara, falsafah dsg.

4. Pakaian

Kalau korang nak penemuduga kagum dengan korang, first impression sangat penting, dan tentulah pakaian akan menceritakan segalanya. Bagi perempuan Islam, pakai baju kurung, berkasut/ high heels dan bertudung. Lelaki pulak berkemeja lengan panjang, seluar slack hitam/gelap, berkasut hitam dan bertali leher. Perempuan bukan islam, kemeja lengan pendek/panjang, berkasut/high heels dan berskirt bawah dari lutut!

Kalau nak mencontohi admin ni, Tiera pakai baju kurung lengkap dengan tudung, berkasut hitam yang ada heels, berblezer dan bertanda nama. (Memang penemuduga takkan lepas pandang punyalah, Tiera sorang je kot pakai macam tu masa tu)

Warning:- Selipar jamban dan penampilan selekeh/seksi akan direject awal lagi.


Contoh berpakai bagi pekerja kerajaan. (labuhkan tudung ye ^_^)

5. Ramah

Masa tengah menunggu untuk ditemuduga jangan gelabah, sembang-sembang la dengan kawan-kawan lain mana tahu boleh dapat ilmu ke. Tak pun sangkut sorang ke...kih, kih, kih. Mintak nombor telefon kot-kot boleh tanya lepas ni 'ko dapat tak masuk IPG?' Mana tahu nanti jadi kawan sekelas ke..kan?

6. Jawab sampai habis

Masa diberi ujian objektif, jangan tinggal walau satu pun soalan. Tak tahu? Hentam saja, mana tahu bertuah betul. Jawab ikut logik jangan merapu pulak.

7. Pandai curi peluang

Macam group discussion, pastikan anda pandai curi peluang untuk jawap soalan atau beri pendapat. Kalau habis korang tak tahu nak cakap apa pun, korang cakap je ' ya, saya setuju dengan jawapan si polan tadi tu..bla..bla'. Setuju je orang lain cakap pe yang penting korang ada bercakap.

8. Suara

Nak jadi cikgu ni memang menguji vokal tau. Pastikan suara anda tegas, lantang dan kuat. Maksudnya orang boleh dengar la bukan macam berbisik je. Macam mana anak murid nak dengar nanti kan?

9. Emosi

Masa ditemuduga secara individu, kawal emosi. Jangan gelabah. Tiera gelabah sampai penemuduga suruh ambik masa tenangkan diri dulu..arghh malu gila. Jawab dengan tenang dan pandang mata penemuduga tu. Mereka-mereka ni bakal pensyarah korang jugak nanti. Pastu sebelum duduk, tunggu diaorang duduk atau pelawa korang duduk dulu. Jangan macam korang pulak yang nak temuduga diaorang.

10. Tawakal

Last sekali semua dah selesai kita serahkan yang selebihnya pada Allah. Usaha dan jalan, Allah je yang akan tentukan korang layak tak jadi cikgu nanti. Banyakkan doa dan mintak parents pun doakan korang. Pastu jangan mengharap sangat sampai tak apply tempat lain nanti melepas la pulak.


Good Luck ye.

Saat check keputusan kemasukkan ke IPG masih segar dalam ingatan lagi, memang kenangan manis sangat. Tak pernah tengok parents Tiera segembira tu, alhamdulillah~

Harap korang pun akan alami saat-saat tu.

30 comments:

  1. Terima kasih kak sebab sudi share tips dan pengalaman ketika temuduga. Berdebar rasanya bila dah tahu result SPM akan keluar tidak lama lagi. Harap-harap, apa yang akan saya dapat nanti cukup untuk merealisasikan impian saya . Amin! Thanks lagi ya, kak :)

    ReplyDelete
  2. Ur welkem,utk pegtahuan IPG sekrang dah x boleh apply tapi akan ditawarkan kepada yang layak sahaja. Jminan kerja juga juga tidak pasti. Jadi kalau siapa y dpt, anda bukan cikai2 orgnya. Nk jd cikgu sma mcm nk jd doktor. Jd sebelum setuju sila fikir pro n con. Anywy gudluck. Admin dh tahun akhir so x sbr2 nk abis.Tips ni bule pakai utk semua jenis temuduga, insyaallah. Tawakal itu penting.

    ReplyDelete
  3. sharmeen mohammadMay 6, 2013 at 5:13 PM

    thnks akak for the tips..sy nk interview tesl 13may ni..kt ipg sultn mizan..hehe..tkot pon ade ni..
    nk tny,kalo pki black covered shoes tp xde heel xley ke time intvw 2?

    ReplyDelete
  4. Eh, yeke? Akak blajar kat situ le. Kalau ada rezki dpt kt situ cari la akak. rasenye bole je pkai kasut tak bertumit, akak p kelas pun pkai x dak tumit selesa sikit. Gud luck!

    ReplyDelete
  5. Hi nak tny , mcm mn nak apply permohonan ipg tu 2014 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sebarang info berkaitan pemohonan utk masuk IPG boleh tgk di laman web KPM.

      Delete
  6. macam-macam, x ingat dah. tp berkaitan dengan pendidikan sekolah rendah la.

    ReplyDelete
  7. Hai kak ! nak tanya , sijil tu memang kena buat salinan .. nanti dia tengok yg salinan ja laa...sijil ori dia x tengok ka ? T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau x silapa akak, sijil ori y dia akan tengok jd salinan asingkan. kepilkan satu set sijil dlm sampul.

      Delete
  8. salam, akak,tahniah sebab dah berjaya. saya 15 mei ni baru iv utk tesl. cuak kut jena speaking :/ emm,kalau salinan sijil tu kena disahkan juga eh ? pastu,best tak ipg ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. congrats, so dapat tak masuk ipg? best ke tidak. depends la. anyway check out akak punya post y terbaru. mayb akan jwp soalan adik.

      Delete
  9. salam..akak saya nak tanya kalau dapat temuduga ipg untuk bidang bi msa temuduga tu kena speaking ke?macam takod je..huhu

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak. saya baca blog2 lain ada yang kena interview in group then interview individual dan ada juga interview in group je. so I am confused.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dua individu dan group. kalau format temuduga dah tukar tak tahulah pulak. 6 tahun y lepas masih mcm tu.

      Delete
  11. Assalamualaikum.. thnks kk tiera utk info2 ni.. sya dpt interview utk 12 mei ni.. hehe.. bdg pnddikn awal knak2.. da tips x? ^^.. n sya nk tnya.. sjil bkenaan slain sjil lahir, ic, spm n bhnti skola tu means sjil apa ek? tima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm, welkem adik. Pra ke? hehe akak tak tahu nk bagi tips apa dh. Sijil berkenaan mcm sijil pencapaian kokurikulum, sukan ke.

      Delete
  12. kak, ada kena speaking dalam bi ke sepenuhnya bm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mmg akan ada slot satu soalan fia suruh kita speaking x kira kos apa kita ambil. Dia minta xplain in Bi.Relax ja hehe.

      Delete
  13. salam kak, nk tnye sikit. klu dapat subjek bhs inggeris, so interview tu memang dlm bi la eh? full english? even yang bkmpulan tu pun dlm english eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, kalau ambil test/BI, mesti dia tnya dalam bahasa inggeris. Sepenuhnya? mungkin tak tapi kalau tak ambil BI pun ada satu soalan yang dia suruh kita jawap fully English.

      Delete
  14. akak . thanx bgi tips . btw doakan saya . baru nak pergi temuduga ipg ni . yuhuuu . ada iv individu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. welkem, goodluck. mesti dah tahu result dh skrg kan? yup ada iv individu.

      Delete
  15. akak sy iv ipg 30 april ni. doakan saya. thanks for the tips. dulu ukcg kat ipg sultan mizan. nak tanya kalau lepas iv dia mmg hantar belajar ke mana mana ipg je ke?

    ReplyDelete
  16. sis.bole.tukar.tarikh.temuduga x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah call dgn bhgian y uruskan tgk mcm mna diaorg uruskn. Hehe maaf x dpt nk bntu.

      Delete
  17. assalamualaikum akak, thanks yea perkongsian ni.. wish me luck :D nervous ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah moga dipermudahkan.Relax ja, anggap pensyarah y temuduga tu cikgu2 kita msa skolah dlu, bezanya depa pakai smart ja. Hehe. Gurau2.

      Delete
  18. Salam kak tiera , saya baru sahaja habis iv baru ini .. berharap menadapat lihat detik macam kak tiera rasa melihat ibubapa gembira . Doa kan saya berjaya dalam iv dan terpilih menjadi seorang guru . InsyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah moga dipermudahkan. Detik tu hanya permulaan pf sesuatu y lebih mncbar. Apa sja y kita buat atas redha mak n ayah Insyaallah Allah akn sntiasa bantu kita. Moga berjaya.

      Delete
  19. Hello kak , maaf ganggu,.sebenarnya nak tanya apa contoh soalan yang diberikan oleh kak time interview kak? Sebab saya akan menghadiri temuduga pada 9/5 bahasa inggeris.Bab 2 bercakap ini yang merisaukan saya kerana saya jenis mudah gelabah bila berbicara inikan pula perlu bercakap bi,...dah lama sangat tak speaking, grammar dah banyak lupa..memang nampak sangat tak sesuai jadi guru .

    ReplyDelete

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^