Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Saturday, January 28, 2012

Tips:- Pilih Kasut

Salam,


Mcm comel je~

Tips hari ni....Macam mana nak pilih kasut'

~ Kasut ni bukan sahaja untuk digayakan tapi mesti pentingkan keselesaan masa dipakai. Kalau tamau kaki korang di 'plaster' sini sana so tips ni untuk korang. Tambah yang suka spend seharian window shopping..*teeetttt!*

~ Berdiri tegak dan pastikan kasut yang anda pilih itu selesa. Jalan-jalan dulu dalam kedai, jalan atas lantai simen yang rata jangan jalan atas permaidani memang kompem sedap nye.

~ Biasanya korang akan sarung sebelah je kasut sebab dia display sebelah je ka? So jangan segan mintak try dua-dua belah sebab baru la rasa macam mana keadaannya bila pakai sepasang. Lainlah kalau korang memang suka pakai kasut sebelah je

~ Pastikan tumit dan jari kaki anda tak tersebul keluar dari kasut/selipar tu. Saiz kaki ni tak sama ada yang sama-sama saiz 6/7 tapi lebar tak sama kan?

~Kalau korang biasa pakai stoking dan sarung kaki, masa try pakai la jugak stoking tu.


Perkara yang perlu dielakkan


~ Jangan beli pada waktu pagi sebab kaki belum mengembang sepenuhnya lagi

~Jangan mencuba sambil duduk dan terburu-buru

~ Jangan pilih kasut yang dirasakan ketat dengan menganggap kaki korang akan lambat laun biasa dengan saiz tu, tak pasal-pasal dua tiga jari terkelur dari kasut pastu.

~ Jangan beli kasut hanya berpandukan saiz semata. Sebab bukan semua jenama kasut pakai standart saiz yang sama. Apa-apa pun kena try gak dlu.
Harap ia membantu~!

3 comments:

  1. TQ, dear. Kalau ada permintaan nak buat tips apa-apa boleh bagi tahu~

    ReplyDelete
  2. waa.. saya baru tau jgn pilih time pagi.. hek3.. trma ksih.. saya nk minta tips?? cara pilih baju y sesuai.. kadang2.. masa pilih kat mall tu ok.. balik rumah.. hampeh.. adoii.. >.<

    ReplyDelete

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^