Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Saturday, January 21, 2012

Projek Cuti : Masak-masak

Salam semua,

Untuk hari pertama cuti ni, Tiera mulakan dengan sarapan pagi yang amat berkhasiat, segelas susu, separuh buah epal hijau (sebab separuh lagi ada org nak hehe...), dan sekeping sandwich telur + baked beans (brands ayamas).



Sebab baru-baru ni pinjam buku resepi dari pustaka, berangan la nak try masak resepi dalam tu, macam sedap je. So pagi tu try buat 'Nasi Goreng Ibunda' dari Buku Resepi Chef Sabri (Master Chef tu...).



Untuk tengah hari, try buat Ikan Bakar + Air Asam, fuhh teliur benor I.





Tapi sebab tengah giat berdiet, memang tak makan banyak la, nasi ciput, lauk ikan bakar y masak tadi, kari daging dan 'shell'. Sedap tapi I could've eaten more...huhu T_T



P/s: Ada benda pelik berlaku hari ni, memang menakjubkan la jugak, memang kuasa Allah hebat, subhanallah.~

Izwan Pilus Meninggal Dunia

Inalillah,

Dari-Nya kita datang dan akhirnya kembali kepada-Nya. Lebih kurang pukul 6.15ptg (Jumaat). Penyanyi 'Kembali Senyum' telah kembali ke peciptanya. Masih belum diktahui punca kematian tapi dipercayai jangkitan kuman dalam salur pernafasan.

Dari beberapa sumber diketahui sebulan sebelum tu Izwan Pilus dan Aril(AF) adiknya tu dimasukkn ke hospital sebab demam panas berpanjangan. Tapi lepas tu Aril sembuh dan boleh balik tapi abangnya belum sembuh jugak. Tak lama meninggal lepas sebulan bertanrung dengan penyakitnya. Tak tahu sakit gapo lagi tapi benda nak jadi. "Kun Faya Kun"


Macam Korean tak? ^_^
 Izwan Pilus antar artis yang Tiera minat jugak la, masa first impression, ala-ala korea gitu. I like. Tp dia tak menonjol sangat macam Aril. Iyelah adiknya tu masuk AF, lebih komersial kan? Tapi Tiera tetap jugak like Izwan Pilus, dia lebih humble la. Kan?


Credits, kutip dr tmpat lain gak.
Gambar terakhir semasa dirawat.

Apa pun semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

Sinopsis

PERHATIAN *ia mungkin akan berubah dr semasa ke semasa, idea tak tetap lg..hehe*

Atas Nama CIntA Ferrari~?
"Kenapalah dua tiga hari ni, asyik nampak and dengar pasal Ferrari je ni?"
Hana menggaru kepalanya disaat dia meredah kesibukan jalan di KL pada petang itu. Tiba-tiba matanya tertangkap kelibat beberapa orang didalam bas persiaran dilorong tepi hadapanya sedang menjenguk-jenguk kebawah. Dia ikut melihat, dilorong sebelah kirinya selang sebuah kereta, sebuah Ferrari hitam tersegam indah. Matanya membulat, walaupun cermin kereta tinted, jelas-jelas kelihatan pemandunya masih muda.

Fitrie mengeluh, baru sahaja balik dari luar negara terpaksa pula merekrut pekerja baru.
"Kalau tengku tolong, nanti boleh ambil untuk PA lapangan kamu, tak rugi tengku" En. Hakim tersenyum. "...boleh cari calon.." senyuman nakal bermain dibibirnya. Fitrie tersengih dengan usikan itu. "Calon dah ada, Ferrari tu la..." selamba dia membalas dan berlalu dari situ. Senyuman En. Hakim mati, balik-balik Ferrari hitam tu, kau kawin je lah dengan kereta tu, kerek betul.

"Kau tu dah 26 tahun, tak kahwin lagi, sibuk pulak" wanita itu membebel. Hana panas, dia bangun dari kerusinya, Mia dah menarik-narik suruh dia duduk semula.
"Ok, akak tengok la nanti bakal suami saya lagi kaya, alah setakat rumah banglow dua buah tingkat apa celup, dia ada Ferrari lagi tau...!"
"Wahh, ok. kat Malaysia ni cuma ada 7 buah, let me know if i know who is this 'lucky' guy..."
"Lets bet!"