Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, December 7, 2013

Segmen #2: Juara Mengomen By Tiera Nordin

Salam,


Lama sudah tak anjurkan segmen nih.
Segmen ni akan dianjurkan sempena umur blog Tiera yang telah memasuki
5 tahun 5 bulan 5 hari (lepas dah)
Kali ni Tiera nak bagi hadiah la sikit.
Segmen ni mudah saja, siapa komen paling banyak maka dia akan menerima hadiah berupa....jeng, jeng, jeng...

Hadiah Misteri.




Syarat-syarat untuk sertai segmen ini mudah.

1. Follow blog ni.(Sila  Jujur) dan add dalam google circle (bg y ada)

2. Buat satu entri Segmen: Juara Mengomen by Tiera Nordin dan ambil banner diatas.
Tak perlu panjang2 just post banner diatas.

3. Link kan balik ke blog ni

3. Tag sekurang-kurangnya dua rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.

4. KOMEN sebanyak mungkin di mana-mana entri terutamanya pada bahagian novel on line Tiera

5. Tinggalkan penyertaan anda di komen ye.


Pemenang akan ditentukan bagi yang meninggalkan komen di entry (bukan di shoutbox) paling banyak.

Hadiah?
- Pemenang pertama akan terima satu hadiah misteri. Hadiah ni random ye.
- Pemenang pertama dan 3 lagi orang yang komen tertinggi akan berada dalam bloglist Tiera selama sebulan.
 
 
Bagi yang sertai, boleh jugak tambahkan follower dan traffic. Tiera akan senaraikan peserta dalam satu entri lain untuk memudahkan anda blogwalking. Selamat mengomen.
 
Tarikh Tutup :- DILANJUTKAN 7.12.2013 (8 Malam)

 UPDATE!
Tiera minta maaf sbb lambat update, tak sangka terlalu busy.
Segmen ni terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi sbb Tiera berada di luar kawasan.
Busy cari kerja.
Harap peserta faham dan bersabar, ada lagi seminggu je.
Segmen ni kurang mendapat sambutan jd..hmmmm.
Tak pe, agak2 pemenang pun dah tahu kan.
SABAR YE DAN SORRY!

Tuesday, November 5, 2013

Menarik :- 7 Sebab Kenapa Pelajar Kolej Disamakan Sebagai Seorang Tua.

Salam,

Sambil-sambil study....


Kebanyakkannya betul, terutamanya sebab 1, 4 dan 7. hehe.

Happy studying!

Thursday, October 31, 2013

Tutorial :- Center Header

Salam,
 
Hari Tiera nak ajarkan macam mana nak bagi header blog anda berada di tengah-tengah. Header Tiera dulu memang selalu berada di tepi. Malas nak cari macam mana nak edit bagi di center.

 
Tak perlu edit HTML bagai, susah dan kadang-kadang memeningkan. Jadi ini cara yang terbukti dan memudahkan anda terutamanya blogger baru.
 
 

1. Pergi kepada Dashboard anda

2. Klik 'Template'

3. Klik 'Customize'

4.Klik 'Advance'

4.Scroll ke bawah dan anda akan lihat 'Add CSS'

5. Klik dan akan ada tempat kosong kan?

6.Copy past code ini:-

 #header-inner img {margin-left: auto;
margin-right: auto;
}

 
 






ATAU
 
 
  
  #header-inner {
margin-left: auto;
margin-right:auto;

 
 
7. Anda akan lihat di preview yang header akan ke tengah dan adjust kepada blog anda.
 
8. Save setting dan End~!
 
Selamat Mencuba...
 
 

Sunday, October 27, 2013

Tutorial:- Blog Header

Salam,

Lama rasanya Tiera tak buat tutorial. Kali ni nak ajar macam mana buat simple blog header guna  PicMonkey.
Tiera baru belajar tapi kalau nak tengok hasilnya boleh la feast your eyes pada header saya ok?

1. Klik link diatas.

2. Pilih Create a collage



3. Pilih FB cover


4. Pilih dari menu diatas EDIT

5. Di sebelah kiri skrin ada pelbagai alat untuk edit header blog anda, boleh tambah text, effect, gambar dan banyak lagi.


6. Anda juga boleh tambah gambar sendiri dengan memilih butang Your Own dari skrin sebelah kiri tu.


7. Selepas dah puas anda boleh save dalam komputer anda dan upload kedalam blog. Bahagian tu rasa nya basic, tak perlu Tiera explain tapi kalau yang tak tahu jangan segan-segan tanya.

Tiera saja try-try buat je, comel la pulak. Kalau korang rajin godek-godek program ni dan kreatif mesti lagi cantik.

Selamat mencuba!


Aku Yang Harus Pergi 3

Scoop 3

“Julia, jom? Dah nak dekat pukul 2 ni,kau tak nak balik lagi ke?” Azi yang sedang menyusun semula meja gurunya mengejutkan lamunan Julia dihadapan laptopnya. Hari khamis sepatutnya waktu persekolahan habis awal, tapi mereka leka merumus kehadiran murid untuk minggu tersebut sehingga terlajak pukul 2
“Kenapa kau hari ni, asyik termenung je? Haa, kau dah bagi tahu ke keputusan kau kat dia?”
“Huh? Oh tak. Tak sempat. Semalam dia nampak macam letih so aku malas nak bangkitkan hal tu” Julia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya dia berdebar naik kereta dengan Khairul sampai dia terlupa perkara penting itu. Berdebar sebab lelaki tu muncul dengan aura baru, berdebar sebab hampir excident. Julia tersenyum sendiri memikirkan Khairul yang membawa kereta cara luar negara itu, style ye?

Azi dan Julia berjalan menuju ke tempat parking kereta di hadapan sekolah. Beberapa orang guru lelaki sedang bersembang tidak jauh dari sebuah pondok rehat. Di pondok rehat itu beberapa orang murid sedang mengerumuni seseorang. “Siapa kat pondok tu, macam tengah berjual je ngan budak-budak tu?” Azi memanjangkan lehernya.

“Eh, Cik Julia kita. Tunang datang ambil ke?” kaunselor sekolah, Cikgu Osman mengusik. “Eh, Cikgu Man cakap apa ni?” Julia mengerutkan dahinya. Semua guru lelaki menundingkan tangan kearah seorang lelaki yang berada dikalangan murid-murid tadi. Khairul yang asik melayan kerenah budak-budak itu terperasan kelibat Julia bangun dari duduknya dengan sebelah tangan masih didalam poket seluar dia melambai kearah Julia. “Amboi, tak lama la tu” cikgu lelaki mengusik lagi sambil ketawa. Wajah Julia kemerah-merahan. “Biar betul, tu Khairul ke?” Azi kagum melihat ketampanan Khairul. Ini bukan kali pertama dia berjumpa dengan jejaka itu tetapi dia nampak ada perubahan dari segi pemakaian Khairul. Julia menghampiri Khairul, Azi mengikut dari belakang.

“Nasib baik cepat awak datang, hampir-hampir pokai saya dengan budak-budak ni" Khairul cuba berseloroh, tapi nampak janggal. Julia menjeling kepada kumpulan budak-budak tahun 2 dan 3 sedang membelek wang kertas RM1. Pasti Khairul melayan sangat lah budak-budak ni. Pelik juga dia sejak bila Khairul boleh melayan budak-budak kecil ni. "Dah habis kerje?” Khairul bertanya.

“Awak buat apa kat sini?” Khairul mengangkat bahunya “Like you can see, jemput awak balik kerja” senyuman terukir membawa makna yang lain. “Haih, tak pernah-pernah awak menjemput saya ni…”. ’Aku jemput kau ada la’ Julia menyambung didalam hatinya.

                Khairul mengerutkan dahinya. “Ye ke? Hmm ok saya kalah. Saya nak tumpang balik kerumah, saya keluar hari ni pakai teksi saja” Bingo! Julia dah agak masih ada sisa Khairul dulu di situ. “Oh, ermm kalau macam tu saya pun ada benda nak cakap dengan awak, kita boleh singgah mana-mana dulu nanti” Julia mengambil peluang membicarakan perkara yang bersarang dihatinya. Sambil menyelam kita pergi minum air..betul ke?.

Azi berdehem di belakang mereka. “Oh ya.  Ni Azimah, rakan sekerja. Awak dah jumpa dia dulu ingat kan? Dia tumpang saya, nanti aku hantar kau balik dulu ye?” Azi mengangguk dan tersenyum kepada Khairul. Khairul menyambut senyuman itu dengan anggukkan, dingin. Azi dapat merasakan lelaki ini tidak melayannya,lain dengan dulu bukan main tersengih-sengih dengan dia sampai dia sendiri rasa kurang selesa.

                “Khairul tak biasa lagi ye bawak kereta di Malaysia?” Azi bertanya Khairul yang berada di seat belakang. Dia ingin memulakan perbualan dengan lelaki itu. Julia membiarkan sahaja, tidak lah sunyi sangat nanti. "Tak.." Suasana kembali senyap. “Kenapa tak ambil lesen kat sini saja?” “Saja, malas” Azi tak puas hati, sepatah ditanya, sepatah dijawab. Julia hanya menjeling. “Kalu nak saya boleh ajarkan?” Soalan itu membuatkan Julia terbreak. “Sorry! Silap tekan break, nak tekan minyak sebenarnya” Hati Julia panas,minah ni apasal? tetiba saja. Seperti dia tidak kenal dengan Azi yang suka mengambil kesempatan, mentang-mentang seang mengambil hati orang jangan sampai hati yang ni pun ingin diambilnya.

“Gurau je, kitaorang la ajar Khairul. Nak?” Azi terus menyucuk.
“Ehh, kejap kenapa libatkan aku pulak?” Julia memperlahankan suara.
“Tak payah, saya ni cepat belajar, rasanya Julia sorang yang ajar saya pun tak pe. Nanti susah pulak nak kena jemput awak” Julia terkedu, nampaknya Khairul mempertahankannya. Tanpa disedari hatinya reda semula dan dia tersenyum. Azi mengangkat keningnya,kalau soalan yang sama diajukan sebelum ini pasti laju saja cadangan dia diterima. Azi akhirnya menyerah,dia kembali bersandar dan memeluk handbagnya. Muncungnya memanjang kalau saja insan berdua dihadapan itu dapat melihatnya. Suasana kembali sunyi dan merangkak kepada suasana janggal.
Selesai menghantar Azi,mereka bergerak ke sebuah restoran kopitiam di pinggir Bandar Kota Bharu, Kelantan.
                “Hmm, ada apa nak cakap ni?” Khairul memanggil waiter.
                “Pesan dulu nanti kita sembang” Julia membelek buku menu dihadapannya. Seorang pelayan perempuan menghampiri sambil meletakkan buku menu.
                “Ye encik nak pesan apa?”
                “Err, bagi saya Prawn Noodles satu dengan Teh C ye?” Julia membuat order dahulu. Gadis itu terus menatap wajah Khairul yang sedang menongkat dagu kearahnya dengan mengangkat kening.

“Awak tak dengar?”

“Ya?” Gadis itu bertanya lagi dengan wajah yang merah.
“Awak tak dengar ke tunang saya pesan apa tadi? Saya sama dengan dia” Selamba dia menjawab kearah pelayan itu membuatkan gadis itu mengangguk laju dan tersengih malu. Julia memandang tidak percaya. Khairul memandang semula kearah Julia.
“Dia tengah main mata dengan saya,  awak tak nampak ke? Nanti awak cakap saya curang pulak?”
“Hah?!” Julia mengerutkan dahinya. Perlukah? “Bukan ke teman wanita kena protect teman lelakinya dari kena goda, nasib baik saya ni pandai baca tingkahlaku orang.” Julia ketawa tidak percaya dengan kelantangan Khairul dalam mempersoalkan tindakannya tadi. Muka Khairul selamba sahaja, menjengkelkan. Adakah lelaki ini dalam mood 'perasan' sekarang ni?
“Apa-apa jelah, saya nak…”
“Cik , tambah keropok lekor untuk dua orang ye?” Khairul sibuk menyelak buku menu itu.”Awak tak habis order lagi ke?” Khairul senyap namun buku itu dibuka berkali-kali. “Lama saya tak rasa makanan belah pantai timur ni, sedap ke?” Julia pelik.”Awak ni bukan lahir kat sini ke? Dulu bukan main cakap naik muak tengok keropok,setahun, dua tak makan dah jadi macam ni?” Julia memerli.
“Amboi, awak ni kan? Nampak luar macam lurus orangnya tapi kuat jugak awak membebel” wajah Julia mulai merah. “Apa awak ni, makan jelah!” Julia menggunakan alasan makanan yang baru sampai dari terus diusik Khairul. “Hmm, apa yang awak nak cakap?” Khairul menghabiskan suapan terakhirnya dan bersandar sambil menghirup air tehnya.
“Emmm, sebenarnya dah lama saya nak cakap fasal ni…saya…” Julia resah. Bagaimana dia harus menerangkan tentang hal ini agar ia kelihatan tidak menyalahkan mana-mana pihak? Lama juga Julia berfikir sehingg Khairul sendiri bosan menunggu.
“Awak tak rasa awak ni pentingkan diri sendiri ke?” Khairul memecahkan kesunyian, sudu dan garfu ditangan diletakkan kemas diatas pinggan. Tangannya disilangkan kedada Julia terkedu dengan komen lelaki itu. “Pentingkan diri?”
“Ye, saya tahu awak nak mintak agar lupakan rancangan untuk satukan kita kan? Boleh awak bagikan saya tiga sebab?” Khairul berbicara dengan tenang. “Err..” Julia ligat berfikir.
“…biar saya bagi dulu sebab kenapa awak tak boleh nak bagi sebab kepada saya…faham? Pertama, masa depan awak, saya kan doctor. Kedua, family kita sama-sama setuju dan ketiga, saya…” Julia mengerutkan wajahnya melihat kearah Khairul yang sedang menegakkan badannya. Mata mereka bertentang.

“Sebab saya…sukakan awak…ye jadi sebab tulah. Awak belanja ye?” Khairul bingkas bangun meninggalkan Julia yang terpinga-pinga mendengar jawapan Khairul. Lama juga dia terpaku disitu sehinggalah pelayan tadi menghampiri mejanya.

“Cik, nak bayar ke?” “Oh,ye. Berapa ye?” Julia mengeluarkan dompetnya dan kemudian masuk kedalam kereta. Khairul sedang berbaring disisinya sambil memejamkan mata.

“Lambat... apa yang lama sangat” Ia mengambil masa beberapa saat untuk Julia menyedari yang dia baru sahaja duduk disisi Khairul. Wajahnya merona merah apabila mata mereka bertentang untuk kali kedua. Khairul membetulkan seatnya dan tersenyum melihat wajah Julia yang agak blur itu. “Kenapa?” “Awak tanya kenapa?!” Julia meninggikan suara namun apabila Khairul hanya memandangnya dengan senyuman Julia jadi serba salah,malu dia untuk membangkitkan hal tadi. Khairul menarik tali pinggang dan memasangnya. Wajahnya kembali tenang.

“Hal tu, kita lupakan dulu. Apa kata dari awak buang masa untuk get rid off me. Cuba kenali saya mana tahu,untung awak jatuh cinta dengan saya…” Khairul menjeling sengaja menyucuk fikiran gadis itu.

Julia membulatkan matanya. Wahh, hebat ye kau Khairul, pandai main ayat. Agak-agak  berapa orang perempuan dah cair dengan ayat kau tu. Julia mengeluh dia tak percaya dia gagal. Pentingkan diri?! Hah! Kalau aku kawin dengan kau, agaknya aku lah yang paling merana sekali, tapi sekarang melihatkan Khairul sekarang dia tidak pasti jika itu yang bakal diluahkan dihadapan jejaka itu.

Khairul turun dari kereta dan menjenguk kedalam. Julia masih keras diseatnya.”Jom,teman saya shopping baju baru…” Khairul memasukkan tangannya kedalam poket seperti biasa namun dia berhenti separuh jalan, Julia sedang merenung belakang Khairul.

“Are you coming or not?” Khairul bertanya. Pertanyaan itu seperti sudah selalu disebutnya sebab selalu Julia lambat memberi respon dengan ajakannya. Julia turun dari kereta dengan perlahan dan membetulkan dress labuhnya dan menggalas tas tangannya. Didalam mall, Khairul berjalan dihadapan dan Julia mengikut jauh sedikit dibelakang.

“Cik adik,mari la dekat sikit, awak tu kan tour guide saya?” Khairul memanggil dari bahunya.

Julia mencebik dan berjalan laju sehingga dia akhirnya seiringan dengan Khairul.

“Awak nak beli baju kat sini ke? Biasa kedai budle je awak pergi?” Khairul berhenti dan mengangkat keningnya. “Doktor pakai baju bundle ke? Tak kan?” Julia menggeleng laju, terkejut dia apabila Khairul berhenti mengejut,hampir-hampir dia terlanggar bahu lelaki itu.

Khairul masuk ke sebuah kedai di situ. Julia melihat sekeliling kedai itu. Memang eksklusif. Brand baju ini memang Julia pernah kenal, baju-bajunya hasil rekaan pereka fesyen tempatan terkenal tu. Setelah hampir 30 minit mencuba 10 sehelai baju akhirnya Khairul mengambil dua helai kemeja, tiga helai t-shirt dan satu set suit hitam.

                “Semuanya,RM2+++ encik. Suit tu kami akan alter dan encik boleh tinggalkan alamat untuk penghantaran esok.”

                Julia melopong mendengarkan harga yang disebut cashier itu, dia segera menarik lengan baju Khairul.”Pessst, mahal lah. Membazir betul awak ni!” Khairul tersenyum, tangannya digoncangkan agar Julia melepaskan hujung bajunya. Sekeping kad kredit diberikan dan urusan pembayaran diselesaikan. Sepanjang perjalanan pulang, Julia membebel,  lagi.

                “Apa awak nak buat dengan suit tu? Membazir betul. Kalau beli kat Parkson ke boleh murah sikit. Ni nak dekat sama banyak dengan gaji saya sebulan tahu!”

                “Shuuu!” Julia tersenyap apabila Khairul meletakkan jarinya hampir dengan bibir gadis itu. “Dulu awak juga yang cakap, bakal doctor mana boleh pakai bundle,live up to my family namelah, apalah…so?” Khairul mencelah. “Cik adik, saya ni dah berubah.Wheather you like it…or not” Julia bersetuju tapi dia tetap tak puas hati. Shopping orang lelaki mengalahkan perempuan.

***
Suasana didalam kelas 4 Bestari riuh rendah, loceng akan berbunyi tidak lama lagi. Selalunya kelas Julia riuh tetapi riuh kerana sibuk belajar dan membuat aktiviti pembelajaran. Julia berada dihadapan kelas, memandang kosong hasil kerja muridnya. Fikirannya melayang pada hal kelmarin, dia masih bingung dengan kata-kata Khairul. Apa maksudnya dengan sebab ketiga itu?

“Dia suka aku ke?” mulutnya akhirnya bersuara.

“Siapa cikgu?” seorang murid bertanya menyebabkan lamunannya terhenti seketika. “Hisshh, sibuk je awak ni. Murid-murid dah hantar ke semua ni?” Julia akhirnya kembali mengawal kelas itu.
Loceng akhirnya berbunyi, Julia kembali ke bilik guru sambil membelek-belek kertas kerja murid.

“tiga, tiga…sebab ketiga…” Julia terhenti dari berjalan. Dahinya berkerut. ‘Haishh, kenapa teringat sebab ketiga tu, aku tengah check kerja budak” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 “11 darab 3 sama dengan 33..hmmm. Tiga puluh tiga sebab..sebab ketiga…arghhh Julia!!!” Julia serabut, dia tidak dapat mengeluarkan peristiwa itu dari kepala otaknya. “Kenapa? Kenapa? Why? Sebab dia suka aku so aku tak boleh putuskan pertuanangan ni? Tu masalah dia bukan masalah aku, kenapa dengan kau Julia? kau dah termakan umpan dia ke?”
Serabut dia memikirkan hal semalam. Orang yang disana pula sedang menikmati secawan kopi tiba-tiba tersenyum sendiri. Dia merasakan plannya sudah mula 'merasuk' jiwa gadis itu. Sekali lagi dia menghirup kopi panas dan hampir bersembur air itu kerana terkejut dengan tahap kepanasannya. Itulah suka sangat...
 
 

Saturday, October 26, 2013

The Longest Giveaway Ever by Ain

Salam,
 
 Jom Join?
 


Nak join? Klik Banner diatas...
 
Tarikh Tutup : 25 Dicember 2013
 
Banyak hadiah menanti.

Friday, October 25, 2013

Segmen : SUPER FOLLOWERS by YCHUN ESMAIL

Salam,
Lama dah Tiera tak join segmen, jom?


Tapi tarikh tutupnya 25/10/2013 pukul 8 malam ni.
Kalu siapa yang sempat, jemput je. Klik Banner.

Saturday, April 28, 2012

1st Segmen: Jom Review Blog Kami Part 4

Salam,

Review blog part 4. Enjoy~
Maaflah lambat but still, Tiera takkan buat-buat lupa~ TQ sebab sudi tunggu and follow~

16th Blog :- Blog Budak Sekolah


~ Blog ni ada status update tentang pemilik blog dia, so korang bley tahu mood dsbg.
~ blog ni lebih kepada diary tuan punya blog
~ penulisan dia macam penceritaan sikit
~ anyway keep it up
~ blaja rerajin jg lupa solat hehe~

17th Blog :- Solehah


~ Ok, ni header lama blog ni, y baru lagi comel so check it out!
~ She is a new blogger, so keep on supporting
~ sorry la lmbat load sikit blog @ my broadband y lambat tp post awk tak load2 so tak leh review banyak
~ Anyway try visit her ok?

18th Blog :- Donia Belog


~ Like her widget yang post gerak2 kat atas tu, senang nk review post menarik
~ Blog ni dh terima 3 award
~ post dia ringkas dan menarik
~ Blog dia pun tak serabut-serabut
~ Visit her..haha
19th Blog :- Yumida



~ Suka stail cartoon dia, menarik. Tengok jelah header dia
~ Post dia menarik dan ringkas
~ Banyak gambar memang layang lah g2
~ Rajin dia join segmen and stuff
~ Visit her~

20th Blog :- Lolipop Cinta


~ Tuannya beru umur 18 tahun
~ Mcm dh lama tak buat post baru, keep on writing
~ Minta maaf la tp kurang suka ejaan 'lew', 'pew' tolong baiki ye, susah nak baca.
~ Rajin join contest and segmen
~ Anyway keep it up k.


Maaf la kalau Tiera tegur pasal blog korang, kita sesama baiki cara penulisan kan? Anyway thanks for supporting!



~

Sunday, March 4, 2012

1st Segmen:- Jom Review Blog Kami...

[ Ini adalah Sticky Post yang akan bertahan sampai 4 March, scroll ke bawah untuk entri terbaru ]

Segmen Ditutup!
Salam semua,

Hari Tiera teringin nak buat segmen PERTAMA sempena ulang tahun 100 Follower Tiera hehe (kanak-kanak Rebina, nak wat guane gak). Segmen ni ada kelebihannya, Tiera boleh tolong famous kan blog anda and thats mean win to win situation kan?



Apa yang Tiera akan lakukan, Tiera akan buat sticky post yang bertahan selama  seminggu untuk review blog korang. Setiap pos akan paparkan 5 blog (bergantung pada jumlah penyertaan)  dengan 5 kelebihan yang Tiera dapat kesan ok?

Syarat-syaratnya.

1. Wajib Follow Blog ni, tp kalau tak sudi tak pelah~ T_T
2. Copy Banner y Huduh kat atas ni dan buat satu entry bertajuk "1st Segmen:- Jom Review Blog Kami by Tiera " dan link balik ke blog ni.
3. Tag atleast seorang kawan. Ini akan membantu meningkatkan penyertaan dan ramai la y review blog korang. (tapi kalau malas apa bole buat)
4. Peserta lain boleh follow atau BW sesama korang ye. (*tak wajib)
5. Sila tinggalkan url blog kat kotak komen untuk Tiera terjah dan follow korang k?

Senang je kan? Tiera akan listkan blog korang dalam tab Exchange Link untuk peserta lain BW. ok tak?

Hadiah? Haha, follower meningkat je kot hadiahnya, ini hanya segmen, tak berdaya lagi nk buat GA.

P/S:- penyertaan bawah dari 5, automatik segmen ni batal.

Tarikh tutup:- 3 March 2012, pukul 12 tengah hari

Saturday, February 25, 2012

Segmen Tambah Follower tanpa blogwalking by MD



Jom join segmen ni, macam menarik je tau, kalau nak tau apa syaratnya boleh klik benner kat atas.
Melalui segmen ni orang tak masuk blog anda pun.. Just terus follow ja~


Tiera tag -----> http://cyunkann.blogspot.com/ 

Thursday, February 23, 2012

Attention! List Peserta Segmen: Jom Review Blog Kami by Tiera

Salam,

Maaf la lambat pulak nak listkan peserta segmen Tiera, busy plak hehe. Ok dengan adanya list ni harap-harap korang boleh blog walking dulu ye sebelum tunggu review dari Tiera. Dah siap dah 5 blog, nak tunggu publish je. Follow lah diorang kalau sudi tapi maksure follow Tiera dulu..hehe.

1. http://namaakuhanna.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
2. http://nurfarahinyusof23.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
3. http://myieracarrot92.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
4. http://lurve4chenta.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
5. http://ainpunyeceritalah.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami.html
6. http://khairunnisa-myonlinediaryii.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
7. http://eliaramissm.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
8. http://itsmetira.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
9. http://ketamketipkukukaki.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
10. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
11. http://fatin115shahira.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-riview-blog-kami-by.html
12. http://tehaalarh.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
13. http://cadburypahetdotcom.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
14. http://princessaliessa.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami.html
15. http://lieyna-story.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
16. http://cookieswootwoot.blogspot.com/
17. http://cyunkann.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html .
18. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
19. http://slumberzgurll.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
20. http://umikasum.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
21. http://mymyadecerita.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
22. http://cikharty88.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
23. http://luvlypolkadot.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
24. http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami.html
25. http://aquarestsadrenalin.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
26. http://nanakimie.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
27. http://mamaqiscontest.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html
28. http://joinsharefun.blogspot.com/2012/02/1st-segmen-jom-review-blog-kami-by.html




P/S: Kalau ada tertinggal link atau tersalah, tolong inform ye, Tiera akan update penyertaan dari semasa ke semasa. Yang terbaru tu ada yang Tiera tak follow lagi ye, kalau Tiera terlepas pandang pun sila inform balik.

[ Senarai ni akan berada di tab Exchange Link ye? kalau siapa yang tak letak lagi nama blog anda di widget atas ni sila buat demikian sebab list ni tak akan bertahan selamanya]

Friday, February 17, 2012

Tahniah Tiera 100 Follower~

Salam,

Haha tahu ni mende kecik je. alaa baru 100 follower nak kecoh-kecoh, orang lain berjuta-juta tak kate apa pun. Iyelah, kita ni baru nak aktif dalam dunio blog, susah jugak nak kumpul follower sampai 100 ni apatah lagi beribu. Tiera pun tak tahu stail penulisan apa yang Tiera pakai. Tiera banyak tulis pasal kehidupan kampus dan lain-lain benda yang Tiera rasa menarik. Blog ni bukan la hebat sangat, Tiera pun bukan la comel sangat LoL.

100 sudah~

Anyway, Tiera rasa nak buat segmen la agak-agak ada yang nak join tak. alaa teringin sangat nak buat. Lepas ni Tiera akan busy dengan KK, lawatan 'Bench Marking' and praktikum. Join la ekk nanti Tiera buat.

Thanks pada Nour Adieb sebab menjadi follower yg ke 100, tahniah. Tapi, dia just follow je tak tinggal jejak kat cBox tapi nasib baik dia komen. Sila lah ke Blog dia ye?  Blog biru gitu, feeling tul muzik dia. haha.

Thursday, February 9, 2012

Tuesday, February 7, 2012

Segmen Salam PerkenaLan by Miss BaNu


Salam, Tiera nak join segmen ni sebab Miss Banu jemput. hehe Thanks...
Kalau nak join boleh tekan banner diatas ye, y'olls~


Ok, Miss Banu cakap Tiera kena buat entry alu-aluan.

Selamat Datang semua rakyat jelata, jemput la menjamu selera anda kat blog yang simpel amat ni.
Blog ni lebih kepada pengalaman hidup Tiera sebagai seorang hamba Allah, kakak, anak, dan bakal seorang guru Kajian Tempatan (SK).
Kalau da entri yang membuatkan anda terasa hati, mintak maaf awal-awal. Sebolehnya, blog ni mengamalkan penulisan berbentuk nasihat dan pengalaman, no KUTUK/MENGATA/HARSH WORD~k?

Haha, enjoy, kalau berkenan FOllOW dan komen. :)

Blog yang Kurang Best

Salam,

Dua tiga hari ni gigih dan tabah gila BW. So secara tak langsung Tiera dapat la summerize beberapa jenis blog yang agak mengecewakan. Tapi kalau tiba-tiba terkena balik kat blog Tiera harap tegur la ye??? hehe

1. Blog yang ada 'pintu masuk'

Macam mana tu? Haaa, korang pernah tak pakai service yang macam ni, tekan 1 untuk BM, tekan 2 untuk ke halaman utama...haaa. Gitu la. Bukak je blog dia mula-mula jumpa banner welcome besar kena klik dulu, pastu sampai kesudah tak boleh nak baca blog dia. Tak payah la buat macam tu, org nak baca content blog je pun, amek kau dari niat nak follow, akhirnya balik ngan tangan kosong.

2. Load lambat

Tak tahulah kenapa yang lambat sangat, keluar shoutbox dengan butang follow je. Nak kata internet Tiera lambat tak tahu la kan? Hmmm, blog ni pun lembab gak tapi sebab ada dua gedget y perbanyakkan traffic Tiera so x leh nak kata apa la kan? At least boleh bukak lagi dan tak bersawang pun.

3. Pkataan y tlalu sgkt~

See, susah tak korang nak baca? iye le tew, kite kn x pndai nk mgrang, korng pndai2 la bcew sndri...annnnnoyinggg gila baca. Tak pasal-pasal Tiera cop gedik..haha. Nak follow pun tak sanggup. Masa awal-awal dulu banyak jugak ayat sms tapi sekarang kurang sikit.

4. Orang follow dia tapi dia tak amek kesah pun

Haha, ni sorang lagi. kita BW kat blog dia, dia tak layan pun kita, follow entah kemana, nak singgah balik apatah lagi. Yelah kita tak paksa dia nak follow kita tapi dia join segmen kot, memang wajib follow pun.

5. Butang Follow and Chat Box Hilang

Ni kes nak blog tu cantik sangat la ni, edit sana sini, benda yang paling penting pulak hilang. Bg Tiera Chat box tu penting sebab kita nak bagi tahu kita dtg blog dia. Susah pulak bila butang follow pun dia edit entah ke mana. Tiera letak follower atas, sebab I syg korang semua, korang bagi Tiera backlink banyak..Hahaha.

6. Blog yang Bermuzik.

Tak salah nak letak muzik tapi set la volume rendah sikit atau jangan autoplay. Terkezut Tiera tengak syiok pakai headphone and tetiba ada bunyi bising..haha teros cari butang off kat blog dia...ok tak ada...mana ek dia letak. Takkan nak mute laptop Tiera pulak...ummhhh, pangkah teros la..Haaa tengok kan dah rugi?

7. Blog penuh dengan Iklan

Boleh kata setengah page dia tu iklan memanjang, memang la nak habaq yang dia banyak sponsor tapi orang nak baca content la sayang. Kalu ye pun sudah cukup la sikit-sikit. Pastu bila tak habis load ke atau lambat mulalah iklan duk tengah jalan, nak baca pun susah.

8. Blog yang Disable Right Click

Ok, yang ni maybe tak salah tapi bagi Tiera susah la, kalau korang anjur segmen ke ape nak copy link susah, kena taip balik sebab Tiera tak suka yang bukak kat new window, so nak bukak kat new tab kena la right click, pastu kuar la satu box tu..haha. Tiera pun tak tahu apa yang orang nak copy dari blog korang tu, tapi ikut korang la, mana tau ada karangan bernilai ribuan ringgit takut dicetak rompak, ntah-ntah post korang tu pun ciplak dr tempat lain...toing, toing!

9. Custom Cursor

Ini terjadi di beberapa buah blog yang terlalu 'berusaha' nak jadi kiut. Kesian cursor tu, dari jadi naga, ke lolipop ke rama-rama dan last-last jadi nama admin blog...siap pusing-pusing lagi. Sian pembaca pening nengok cursoe tu la, silau sangat.

10. Blog y ada Welcome Box

Yang ni tak de lah crime yang berat sangat. Sekadar, lemas je sebab tetiba keluar box yang pesan supaya komen, follow...suka ati la nak buat apa pun. Kalau tak nak follow atau komen ada masalah ke?


Nukilan ini sebagai panduan kalau nak buat blog jd best. Blog Tiera pun bukan perfect sangat. Kalau ada yang diatas ni terkena balik kat Tiera so soriee~

Saturday, February 4, 2012

1st Giveaway By Ratu and Queen









Another GA, wahh gila GA agak nye. Saje mencuba nasib, boleh naikkan traffic gakkan?


Tag-------> Syarmimi
-------> SBK
--------> Nazreen

Mega Giveaway by Ina , Aisyah and Bella






Salam korang,

Jom Join Kontezz? Klik banner ye?



Tak payah tag sesapa tu y I like, malas nak men 'tag' org.
Haha Gud Luck to me~!




Friday, February 3, 2012

Pupel Liyana Mega Giveaway

Salam,

Sebelum beradu nak join contezz ni nampak menarikkk. Kalau nak join tenkan banner dibawah ye?



Mega Giveaway ini akan berlangsung lebih kurang sebulan iaitu dari tarikh hari ini (2 Feb 2012) dan akan tamat pada 29 Feb 2012. Hadiah pula adalah tajaan dari ramai penaja yang baik hati sudi bekerjasama untuk Pupel Liyana Mega Giveaway ni.

  • Pupel Liyana ( 2 x Ohsem Handbag Bernilai RM50 Setiap Satu)

 
Tag ---------------> Cik Siti
 
-------------------> Nurul Liyana
 
------------------> Farah


Wednesday, February 1, 2012

Tutorial:- Letak Floating Button Untuk FB, Twitter dan Feed

Salam,

 
Hari ni Tiera nak buat tutorial lah. Benda ni blaja dari blog lain jugak. Tengok kat ikon anime yang kiut kat sebelah ni..amacam teringin?
<--------------------------Kiut kan?

 
Ada yang request nak buat tutorial ni. So this is how it goes.

 
1. Dashboard > Layout > Add Gadget > HTML Java Script

 
2. Pastu copy dan pastekan code di bawah
----------------------------------------------------------------------------------------------------

<style type='text/css'>

 
a.linkopacity img {

 
filter:alpha(opacity=50);

 
-moz-opacity: 0.5;

 
opacity: 0.5;

 
-khtml-opacity: 0.5;}

 

 
a.linkopacity:hover img {

 
filter:alpha(opacity=100);

 
-moz-opacity: 1.0;

 
opacity: 1.0;

 
-khtml-opacity: 1.0; }

 
</style>

 

 
<div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'>

 

 
<a class='linkopacity' href='URL Facebook' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png&quot; /></a><br />

 

 
<a class='linkopacity' href='URL Twitter' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/432.png&quot; /></a><br />

 

 
<a class='linkopacity' href='http://www.blogger.com/home' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='feed'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png&quot; /></a><br /></div>

 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
  • warna OREN : korang bley tukar saiz atau kedudukan yg korang nak 
  • warna UNGU : url link korang.. kalo korang nk tukar pon bley.. ikot la korang nak letak link ape pn.
  • warna BIRU : korang letak url image yang korang nak. Asalnya image lain so Tiera tukar amek dari photobucket.
~ p/s:-  So pandai-pandai korang la nak letak image yang kena dengan jiwa. Hehe Tiera jiwa anime kot.

 
3. Dah siap? SAVE. Jadi tak ? Pastikan link url korang betul/

 
4. Kalau nak buat 2 button simply delete perenggan mana-mana button yang korang tak nak.

 
Kalau tak jadi leave a comment. Kalau ada masa Tiera tolong

 

 
SELAMAT MENCUBA~