Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Thursday, January 19, 2012

Excident?!

Salam.

Fuh, lega sangat bila dah sampai rumah semperna cuti Raya Cina walaupun melepasi dua speed trap tadi. Nasib baik admin, pemandu berhemah, berhemah sangat-sangat....hehe.

Bukan apa tadi baru je berdebar, ingat nk excident dah tadi. Macam ni ceritanya.

Tengah dok syiok drive kelisa yang 'dipinjam' dari abah, admin drive menuju ke K. Terengganu dari Besut, sampailah kat kawasan yang banyak kedai-kedai jual keropok lekor tu. So ada la kereta ni berhenti untuk belok ke kanan, so automatik admin kena la elak ke kiri kan? So naturally aku tekan break, tapi...dup...dap...awat kereta tak slow-slow ni?

Ahh, sudah. Kawan kat tepi aku pun dah berdebar nih. Aku dok kalut dah mana satu minyak, mana satu break..kot-kot la silap pulak. Pastu tengah dok terdesak sangat aku tekan break sampai habis, barulah kereta tu slow. Nasib baik!

Pelik la jugak, sebelum ni Kelisa tu memang sangat berjasa pada tuannya...ehek, siap belai-belai lagi. Tekan break sikit pun dah makan dah. Ni tak, masa tekan break macam tekan angin je. Ahh sudah, jangan buat hal pulak. Praktikum dah nak dekat ni, nanti jalan kaki la pulak.

My dear Kelisa, sembuh la cepat ye? Hehe
There was an error in this gadget