Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Sunday, October 27, 2013

Aku Yang Harus Pergi 3

Scoop 3

Julia, jom? Dah nak dekat pukul 2 ni,kau tak nak balik lagi ke?” Azi yang sedang menyusun semula meja gurunya mengejutkan lamunan Julia dihadapan laptopnya. Hari khamis sepatutnya waktu persekolahan habis awal, tapi mereka leka merumus kehadiran murid untuk minggu tersebut sehingga terlajak pukul 2
“Kenapa kau hari ni, asyik termenung je? Haa, kau dah bagi tahu ke keputusan kau kat dia?”
“Huh? Oh tak. Tak sempat. Semalam dia nampak macam letih so aku malas nak bangkitkan hal tu” Julia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya dia berdebar naik kereta dengan Khairul sampai dia terlupa perkara penting itu. Berdebar sebab lelaki tu muncul dengan aura baru, berdebar sebab hampir excident. Julia tersenyum sendiri memikirkan Khairul yang membawa kereta cara luar negara itu, style ye?

Azi dan Julia berjalan menuju ke tempat parking kereta di hadapan sekolah. Beberapa orang guru lelaki sedang bersembang tidak jauh dari sebuah pondok rehat. Di pondok rehat itu beberapa orang murid sedang mengerumuni seseorang. “Siapa kat pondok tu, macam tengah berjual je ngan budak-budak tu?” Azi memanjangkan lehernya.

“Eh, Cik Julia kita. Tunang datang ambil ke?” kaunselor sekolah, Cikgu Osman mengusik. “Eh, Cikgu Man cakap apa ni?” Julia mengerutkan dahinya. Semua guru lelaki menundingkan tangan kearah seorang lelaki yang berada dikalangan murid-murid tadi. Khairul yang asik melayan kerenah budak-budak itu terperasan kelibat Julia bangun dari duduknya dengan sebelah tangan masih didalam poket seluar dia melambai kearah Julia. “Amboi, tak lama la tu” cikgu lelaki mengusik lagi sambil ketawa. Wajah Julia kemerah-merahan. “Biar betul, tu Khairul ke?” Azi kagum melihat ketampanan Khairul. Ini bukan kali pertama dia berjumpa dengan jejaka itu tetapi dia nampak ada perubahan dari segi pemakaian Khairul. Julia menghampiri Khairul, Azi mengikut dari belakang.

“Nasib baik cepat awak datang, hampir-hampir pokai saya dengan budak-budak ni" Khairul cuba berseloroh, tapi nampak janggal. Julia menjeling kepada kumpulan budak-budak tahun 2 dan 3 sedang membelek wang kertas RM1. Pasti Khairul melayan sangat lah budak-budak ni. Pelik juga dia sejak bila Khairul boleh melayan budak-budak kecil ni. "Dah habis kerje?” Khairul bertanya.

“Awak buat apa kat sini?” Khairul mengangkat bahunya “Like you can see, jemput awak balik kerja” senyuman terukir membawa makna yang lain. “Haih, tak pernah-pernah awak menjemput saya ni…”. ’Aku jemput kau ada la’ Julia menyambung didalam hatinya.

                Khairul mengerutkan dahinya. “Ye ke? Hmm ok saya kalah. Saya nak tumpang balik kerumah, saya keluar hari ni pakai teksi saja” Bingo! Julia dah agak masih ada sisa Khairul dulu di situ. “Oh, ermm kalau macam tu saya pun ada benda nak cakap dengan awak, kita boleh singgah mana-mana dulu nanti” Julia mengambil peluang membicarakan perkara yang bersarang dihatinya. Sambil menyelam kita pergi minum air..betul ke?.

Azi berdehem di belakang mereka. “Oh ya.  Ni Azimah, rakan sekerja. Awak dah jumpa dia dulu ingat kan? Dia tumpang saya, nanti aku hantar kau balik dulu ye?” Azi mengangguk dan tersenyum kepada Khairul. Khairul menyambut senyuman itu dengan anggukkan, dingin. Azi dapat merasakan lelaki ini tidak melayannya,lain dengan dulu bukan main tersengih-sengih dengan dia sampai dia sendiri rasa kurang selesa.

                “Khairul tak biasa lagi ye bawak kereta di Malaysia?” Azi bertanya Khairul yang berada di seat belakang. Dia ingin memulakan perbualan dengan lelaki itu. Julia membiarkan sahaja, tidak lah sunyi sangat nanti. "Tak.." Suasana kembali senyap. “Kenapa tak ambil lesen kat sini saja?” “Saja, malas” Azi tak puas hati, sepatah ditanya, sepatah dijawab. Julia hanya menjeling. “Kalu nak saya boleh ajarkan?” Soalan itu membuatkan Julia terbreak. “Sorry! Silap tekan break, nak tekan minyak sebenarnya” Hati Julia panas,minah ni apasal? tetiba saja. Seperti dia tidak kenal dengan Azi yang suka mengambil kesempatan, mentang-mentang seang mengambil hati orang jangan sampai hati yang ni pun ingin diambilnya.

“Gurau je, kitaorang la ajar Khairul. Nak?” Azi terus menyucuk.
“Ehh, kejap kenapa libatkan aku pulak?” Julia memperlahankan suara.
“Tak payah, saya ni cepat belajar, rasanya Julia sorang yang ajar saya pun tak pe. Nanti susah pulak nak kena jemput awak” Julia terkedu, nampaknya Khairul mempertahankannya. Tanpa disedari hatinya reda semula dan dia tersenyum. Azi mengangkat keningnya,kalau soalan yang sama diajukan sebelum ini pasti laju saja cadangan dia diterima. Azi akhirnya menyerah,dia kembali bersandar dan memeluk handbagnya. Muncungnya memanjang kalau saja insan berdua dihadapan itu dapat melihatnya. Suasana kembali sunyi dan merangkak kepada suasana janggal.
Selesai menghantar Azi,mereka bergerak ke sebuah restoran kopitiam di pinggir Bandar Kota Bharu, Kelantan.
                “Hmm, ada apa nak cakap ni?” Khairul memanggil waiter.
                “Pesan dulu nanti kita sembang” Julia membelek buku menu dihadapannya. Seorang pelayan perempuan menghampiri sambil meletakkan buku menu.
                “Ye encik nak pesan apa?”
                “Err, bagi saya Prawn Noodles satu dengan Teh C ye?” Julia membuat order dahulu. Gadis itu terus menatap wajah Khairul yang sedang menongkat dagu kearahnya dengan mengangkat kening.

“Awak tak dengar?”

“Ya?” Gadis itu bertanya lagi dengan wajah yang merah.
“Awak tak dengar ke tunang saya pesan apa tadi? Saya sama dengan dia” Selamba dia menjawab kearah pelayan itu membuatkan gadis itu mengangguk laju dan tersengih malu. Julia memandang tidak percaya. Khairul memandang semula kearah Julia.
“Dia tengah main mata dengan saya,  awak tak nampak ke? Nanti awak cakap saya curang pulak?”
“Hah?!” Julia mengerutkan dahinya. Perlukah? “Bukan ke teman wanita kena protect teman lelakinya dari kena goda, nasib baik saya ni pandai baca tingkahlaku orang.” Julia ketawa tidak percaya dengan kelantangan Khairul dalam mempersoalkan tindakannya tadi. Muka Khairul selamba sahaja, menjengkelkan. Adakah lelaki ini dalam mood 'perasan' sekarang ni?
“Apa-apa jelah, saya nak…”
“Cik , tambah keropok lekor untuk dua orang ye?” Khairul sibuk menyelak buku menu itu.”Awak tak habis order lagi ke?” Khairul senyap namun buku itu dibuka berkali-kali. “Lama saya tak rasa makanan belah pantai timur ni, sedap ke?” Julia pelik.”Awak ni bukan lahir kat sini ke? Dulu bukan main cakap naik muak tengok keropok,setahun, dua tak makan dah jadi macam ni?” Julia memerli.
“Amboi, awak ni kan? Nampak luar macam lurus orangnya tapi kuat jugak awak membebel” wajah Julia mulai merah. “Apa awak ni, makan jelah!” Julia menggunakan alasan makanan yang baru sampai dari terus diusik Khairul. “Hmm, apa yang awak nak cakap?” Khairul menghabiskan suapan terakhirnya dan bersandar sambil menghirup air tehnya.
“Emmm, sebenarnya dah lama saya nak cakap fasal ni…saya…” Julia resah. Bagaimana dia harus menerangkan tentang hal ini agar ia kelihatan tidak menyalahkan mana-mana pihak? Lama juga Julia berfikir sehingg Khairul sendiri bosan menunggu.
“Awak tak rasa awak ni pentingkan diri sendiri ke?” Khairul memecahkan kesunyian, sudu dan garfu ditangan diletakkan kemas diatas pinggan. Tangannya disilangkan kedada Julia terkedu dengan komen lelaki itu. “Pentingkan diri?”
“Ye, saya tahu awak nak mintak agar lupakan rancangan untuk satukan kita kan? Boleh awak bagikan saya tiga sebab?” Khairul berbicara dengan tenang. “Err..” Julia ligat berfikir.
“…biar saya bagi dulu sebab kenapa awak tak boleh nak bagi sebab kepada saya…faham? Pertama, masa depan awak, saya kan doctor. Kedua, family kita sama-sama setuju dan ketiga, saya…” Julia mengerutkan wajahnya melihat kearah Khairul yang sedang menegakkan badannya. Mata mereka bertentang.

“Sebab saya…sukakan awak…ye jadi sebab tulah. Awak belanja ye?” Khairul bingkas bangun meninggalkan Julia yang terpinga-pinga mendengar jawapan Khairul. Lama juga dia terpaku disitu sehinggalah pelayan tadi menghampiri mejanya.

“Cik, nak bayar ke?” “Oh,ye. Berapa ye?” Julia mengeluarkan dompetnya dan kemudian masuk kedalam kereta. Khairul sedang berbaring disisinya sambil memejamkan mata.

“Lambat... apa yang lama sangat” Ia mengambil masa beberapa saat untuk Julia menyedari yang dia baru sahaja duduk disisi Khairul. Wajahnya merona merah apabila mata mereka bertentang untuk kali kedua. Khairul membetulkan seatnya dan tersenyum melihat wajah Julia yang agak blur itu. “Kenapa?” “Awak tanya kenapa?!” Julia meninggikan suara namun apabila Khairul hanya memandangnya dengan senyuman Julia jadi serba salah,malu dia untuk membangkitkan hal tadi. Khairul menarik tali pinggang dan memasangnya. Wajahnya kembali tenang.

“Hal tu, kita lupakan dulu. Apa kata dari awak buang masa untuk get rid off me. Cuba kenali saya mana tahu,untung awak jatuh cinta dengan saya…” Khairul menjeling sengaja menyucuk fikiran gadis itu.

Julia membulatkan matanya. Wahh, hebat ye kau Khairul, pandai main ayat. Agak-agak  berapa orang perempuan dah cair dengan ayat kau tu. Julia mengeluh dia tak percaya dia gagal. Pentingkan diri?! Hah! Kalau aku kawin dengan kau, agaknya aku lah yang paling merana sekali, tapi sekarang melihatkan Khairul sekarang dia tidak pasti jika itu yang bakal diluahkan dihadapan jejaka itu.

Khairul turun dari kereta dan menjenguk kedalam. Julia masih keras diseatnya.”Jom,teman saya shopping baju baru…” Khairul memasukkan tangannya kedalam poket seperti biasa namun dia berhenti separuh jalan, Julia sedang merenung belakang Khairul.

“Are you coming or not?” Khairul bertanya. Pertanyaan itu seperti sudah selalu disebutnya sebab selalu Julia lambat memberi respon dengan ajakannya. Julia turun dari kereta dengan perlahan dan membetulkan dress labuhnya dan menggalas tas tangannya. Didalam mall, Khairul berjalan dihadapan dan Julia mengikut jauh sedikit dibelakang.

“Cik adik,mari la dekat sikit, awak tu kan tour guide saya?” Khairul memanggil dari bahunya.

Julia mencebik dan berjalan laju sehingga dia akhirnya seiringan dengan Khairul.

“Awak nak beli baju kat sini ke? Biasa kedai budle je awak pergi?” Khairul berhenti dan mengangkat keningnya. “Doktor pakai baju bundle ke? Tak kan?” Julia menggeleng laju, terkejut dia apabila Khairul berhenti mengejut,hampir-hampir dia terlanggar bahu lelaki itu.

Khairul masuk ke sebuah kedai di situ. Julia melihat sekeliling kedai itu. Memang eksklusif. Brand baju ini memang Julia pernah kenal, baju-bajunya hasil rekaan pereka fesyen tempatan terkenal tu. Setelah hampir 30 minit mencuba 10 sehelai baju akhirnya Khairul mengambil dua helai kemeja, tiga helai t-shirt dan satu set suit hitam.

                “Semuanya,RM2+++ encik. Suit tu kami akan alter dan encik boleh tinggalkan alamat untuk penghantaran esok.”

                Julia melopong mendengarkan harga yang disebut cashier itu, dia segera menarik lengan baju Khairul.”Pessst, mahal lah. Membazir betul awak ni!” Khairul tersenyum, tangannya digoncangkan agar Julia melepaskan hujung bajunya. Sekeping kad kredit diberikan dan urusan pembayaran diselesaikan. Sepanjang perjalanan pulang, Julia membebel,  lagi.

                “Apa awak nak buat dengan suit tu? Membazir betul. Kalau beli kat Parkson ke boleh murah sikit. Ni nak dekat sama banyak dengan gaji saya sebulan tahu!”

                “Shuuu!” Julia tersenyap apabila Khairul meletakkan jarinya hampir dengan bibir gadis itu. “Dulu awak juga yang cakap, bakal doctor mana boleh pakai bundle,live up to my family namelah, apalah…so?” Khairul mencelah. “Cik adik, saya ni dah berubah.Wheather you like it…or not” Julia bersetuju tapi dia tetap tak puas hati. Shopping orang lelaki mengalahkan perempuan.

***
Suasana didalam kelas 4 Bestari riuh rendah, loceng akan berbunyi tidak lama lagi. Selalunya kelas Julia riuh tetapi riuh kerana sibuk belajar dan membuat aktiviti pembelajaran. Julia berada dihadapan kelas, memandang kosong hasil kerja muridnya. Fikirannya melayang pada hal kelmarin, dia masih bingung dengan kata-kata Khairul. Apa maksudnya dengan sebab ketiga itu?

“Dia suka aku ke?” mulutnya akhirnya bersuara.

“Siapa cikgu?” seorang murid bertanya menyebabkan lamunannya terhenti seketika. “Hisshh, sibuk je awak ni. Murid-murid dah hantar ke semua ni?” Julia akhirnya kembali mengawal kelas itu.
Loceng akhirnya berbunyi, Julia kembali ke bilik guru sambil membelek-belek kertas kerja murid.

“tiga, tiga…sebab ketiga…” Julia terhenti dari berjalan. Dahinya berkerut. ‘Haishh, kenapa teringat sebab ketiga tu, aku tengah check kerja budak” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

 “11 darab 3 sama dengan 33..hmmm. Tiga puluh tiga sebab..sebab ketiga…arghhh Julia!!!” Julia serabut, dia tidak dapat mengeluarkan peristiwa itu dari kepala otaknya. “Kenapa? Kenapa? Why? Sebab dia suka aku so aku tak boleh putuskan pertuanangan ni? Tu masalah dia bukan masalah aku, kenapa dengan kau Julia? kau dah termakan umpan dia ke?”
Serabut dia memikirkan hal semalam. Orang yang disana pula sedang menikmati secawan kopi tiba-tiba tersenyum sendiri. Dia merasakan plannya sudah mula 'merasuk' jiwa gadis itu. Sekali lagi dia menghirup kopi panas dan hampir bersembur air itu kerana terkejut dengan tahap kepanasannya. Itulah suka sangat...
 
 

4 comments:

  1. “11 darab 3 sama dengan 33..hmmm" skrip sama ngan gambar korea tu. memang kreatif :)

    btw, tutorial top komentar dah upload, meh la C&P :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan dalam drama dia berlakon jd cikgu jugak. Suka kalau baca sambil boleh bayangkan situasi.

      Delete

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^