Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Friday, December 16, 2011

HolidayOverSeas: Pekan Baru, Indonesia 3

Salam,
Bertemu kembali...

Haa, utk hari y kedua pagi2 kami sarapan kat lobby hotel. Makanan standart la, nasi goreng, nasi berlauk, roti2 n nasi air a.k.a bubur. Byak jenis ooo rambang mata.

Pastu, abah g sembang2 ngan pak guard depan hotel utk urus psal kenderaan kami. Akhirnya dpt gak sebuah Avanza utk ronda2 seharian. murah lagi dr y hotel nya. Berikut tgk la gambor2 nih~
Sewanya Rm140 sekali ngan minyak n driver. Drivernya cakap no time limit, boleh jalan seharian sampai penat pun tak pe. Tp kami amek sampai petang tu je, malam rehat.
Ni la keta sewa kami


Ni orang panggil Angkut, sibuk je. Bahaya naik ni byk pencopet~

Mall Pekan Baru sbrg jalan Aston Hotel, kami singgah keesokkan harinya.


Ke Muzium Pekan Baru..kami kn org Sejarah :-P

Sejarah2 O_o ????? (honestly, boring ngat~) dan menakutkan.
  
 Lepas ke Muzium PekanBaru kami lapar le. So mula2 driver kami cadangkan tempat makan y best nama apa tah pastu tutup la pulak sebb tengan buat baik pulih. Last2 dia bawak kami ke Rumah Makan Sederhana, mcm popular gak la kat situ. Tp sygnya sama ja mcm malam tu kami makan, masakan padang. So lauk pun sama jelah nothing special. Kami ckp nk tmpt makan y murah, halal dan sedap so dapat gitu jelah. Kalau korang nk spesifikkan lagi permintaan korang kat driver biar dia tahu korang nk rasa makanan y fancy2 cikit, dia akan cadangkan la.

Next, kami menuju ke Pasar Bawah y terletak di utara Pekan Baru dan berhampiran Perlabuhan Sg.Siak. Pasar Bawah ni memang tempat utk shopping la, beli cenderahati dan baju dan kain pasang dan telekung. CUMA, hati2 pandai2 la tawar menawar kadang2 jadi mahal balik tahu. Kami tawar separuh harga dulu baru up2 kan sikit kalau tidak baik balik beli kat Malaysia ja.

 
Kaum lelaki bosan sgt le tunggu kami y perempuan shopping kat Pasar Bawah. Memang syurga beli belah, ni la matlmt dtg Pekan Baru.

Lepas kami kaum perempuan pusing2 selama 2 jam akhirnya adik2 pun bising cakap penat. Kami pun turun dari Pasar Bawah dan menuju ke Masjid Agung An Nur utk sembahyang. Masjid ni paling besar sekali kat Riau dan terletak di Jalan Hang Tuah. Kat sini gak ada Madrasah An-Nur.

Besar tak?

Mal Ciputra Seraya

Bakso ni terkenal gak la, dh di komersilkan. Bakso ala2 moden gitu
Mari makan Bakso di Mal Ciputra!

Hasil bershopping, separuh lagi ada dlm plastik...banyakkan? O_o

Teh Botol versi botol plastik. Memang fames ah kat situ, wajib try~
Malam tu tido sambil tersengih laaaa~


Bersambung next Part 4 ......


No comments:

Post a Comment

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^

There was an error in this gadget