Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Wednesday, November 30, 2011

HolidayOverSeas: Pekan Baru, Indonesia 2

Salam semua,
Bapak2 Ibu2~ :-)

Ok utk post kali ni Tiera akn cite hari pertama kami bertolak.

Hari Isnin, kami sekeluarga bertolak dari Terengganu. Percutian kali ni memang bajet terus. Ok kalu nk tips bajet lepas ni la Tiera post plak.

So kami semua bertolak ke KL, Taman Warisan dekat ngan KLIA and stay kat sana sampai hari bertolak 28/11/2011.

Pergi la awal sikit utk check in and jgn segan2 tanya kat org y kerja situ kalau x tahu macam mana nak check-in. Oleh kerana masing2 bwk beg pack and tak tempah kargo so kitaorg terus proceed tu ruang menunggu lepas selesai proses passport dan segala mcm.

Masa kat ruang tunggu tu memang ramai le. Baik korang pergi toilet siap2 sbb dalm flight 1 jam je and most of the time lampu pasang tali pinggang akan bernyala n korang tak leh suka suki je g tandas. Tup2 flight kami delay  la pulak so tak pasal2 kena tunggu 1 jam lagi bertolak lah kami pukul 5. Pasang telinga korang2 baik2 untk pengumuman flight tp kalau korang tak masuk lagi diaorg panggil nama tak ke famous sebntr?

Masa dlm airport Tiera sibuk isi borang departure and arrival y diaedarkan x sdar masa berlalu. Airport Pekan Baru kecik je, sampai2 dai check passport and boarding pass pastu scan beg dah abes, bule keluar.

Oleh sebab abah dah atur dgn Hotel Aston utk dtg ambil kami di airport, nama abah punya besar dia angkat masa kami sampai. So kami naik van la ke hotel Aston. Masa sampai memang layanan best ooo, kalah hotel Malaysia. Pak guard tolong bukak pintu van n pintu hotel. Budak lobby tolong angkat beg kami naik troli. Masa kami tunggu abah check in hotel kami dihidangkan dengan air jus..apa tah, its part of the service.

Hotel Aston ni dekat dengan Mal PekanBaru and Plaza Senapelan. Ada di Mal PekanBaru tp x igat. Mal PekanBaru ni bersetentang dgn hotel so kalu nk pergi korang kena jalan sikit smpai jumpa jejantas le.

Credit

Kami ambil dua bilik (y ada katil Queen sebuah) Rm 160 x 2.

Jus dihidangkn smntara tunggu check-in di Aston Hotel

Abah ambik dua bilik. Tiera duduk bertiga dengan adik-adik, mak ngan abah duk dgn Saiful n Balqis. Bilik dia lawa tp pemandangan kurang lawa infact bilik abah tak ada tingkap pun haha tp ok la bilik dia lawa.

So kami rehat, mandi dan sembahyang pastu lepas isyak abah n mak turun dulu untuk tanya hal pengangkutan untuk esok. Plannya nak sewa van pusing2 Pekan Baru tp mahal la pulak bila nak sewa van Aston biasa la kan. Lepas gagal dpt kata putus n harga lebih murah abah ajak p makan dulu. Kami jalan2 ja spnjang deret hotel n sampai ke Rumah Makan ...err apa tah dh lupa la.

Belum sempat kami order apa2 semua makanan dah terhidang. Berpinggan2 lauk (stack) dua bekas nasi putih, air kosong. Muka semua pakat blur belaka x paham. Rupanya kalau makan nasi campur gini la kan senang. Makan je apa y nak makan y tak mau jgn sentuh, tu gaya masakan padang. Tp best sedap tau, bergedil dia besar gila n kari ayam dia kaw2. Senang la bg org y blur lg cara nk pesan makanan kat sana, duduk je pastu semua diberesin.

Lepas kenyang makan kami pun beransur naik ke bilik balik n berehat. malam tu Tiera tido lambat gak sebab tgok tv indon depa..hehe best n lawak.

Klik...(BERSAMBUNG)...

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^

There was an error in this gadget