Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, April 30, 2012

Yeayy handphone baru...touch screen lagi y'all~

Salam,

Haha sebenarnya dh ketinggalan dh post ni, HP tu dibeli hampir seminggu yang lepas baru sekarang tergedik Tiera nak buat entri psal ni. Ok tau la korang pakai iphone, galaxy note @ ipad. Apalah nak dibandingkan dengan hp Samsung Rm299 ni kan? Haaa ada ke hp touch screen murah macam ni, Samsung lg? Jawapan dia mestilah ada. Ni first time kot Tiera pakai Samsung, bg Tiera Samsung ni mcm high class sikit, hp dia susah gak nk cari yang budget betol2. Tapi sejak keluar CORBY 2 anak kepada CORBY merasa jugak pakai hp touch screen.


Ni la baby Tiera yang baru, kuning bumblebee

Sbnrnya dulu mmg dok usha2 Samsung tapi masa tu rasa macam mahal ngat kan. Bila Sony Ericsson W850i Tiera buat hal masa praktikum dulu terus nekad nak beri baru walaupun lepas tu pokai. My roomate pun pkai corby putih, tp dia beli dulu la, haha pehal pun romate sehati sejiwa, kuang3~

Kelebihan dan kelemahan Corby 2

1. Ada tiga pilihan warna putih, kuning dan pink (satu backcase hitam percuma dgn setiap pembelian) so boleh la tukar2

2. Fully touchscreen

3. Multy front screen, boleh letak macm2 widget kat front screen dia.

4. Game dia best, basic korang akan dpt game Edge dan Parachute Panic. Tiera suka main Edge.

5. Touch scree dia tak best sgt, sebb dia mcm less sensitive. Tp biasalah handset budget, tak adalah teruk sgt yang penting 'tap' ok jgn ketuk2 plak screen dia.

6. Stakat ni Tiera tak jmpa lg hp status mcm aplication dlm sony yg paparkan hayat bateri dsbgnya. Susah nk budget bateri tinggal berapa pratus lg.

7. Tak paparkan alarm clock di front screen, just simbol so korang tak tahu jam loceng mana yang sdg aktif.

8. Bila tangkap gambar selain dr pakai butang touch screen korang tak boleh pakai butang lain, so kalau nk tgkap gambar syok sendiri tu susah la sikit nk cari butang snap.

9. camera 2mp tp kualiti gambar lg less dari sony, sony gmbar dia lg cantik.

10. Last sekali, hp ni mampu milik dan design dia cool.

Saturday, April 28, 2012

1st Segmen: Jom Review Blog Kami Part 4

Salam,

Review blog part 4. Enjoy~
Maaflah lambat but still, Tiera takkan buat-buat lupa~ TQ sebab sudi tunggu and follow~

16th Blog :- Blog Budak Sekolah


~ Blog ni ada status update tentang pemilik blog dia, so korang bley tahu mood dsbg.
~ blog ni lebih kepada diary tuan punya blog
~ penulisan dia macam penceritaan sikit
~ anyway keep it up
~ blaja rerajin jg lupa solat hehe~

17th Blog :- Solehah


~ Ok, ni header lama blog ni, y baru lagi comel so check it out!
~ She is a new blogger, so keep on supporting
~ sorry la lmbat load sikit blog @ my broadband y lambat tp post awk tak load2 so tak leh review banyak
~ Anyway try visit her ok?

18th Blog :- Donia Belog


~ Like her widget yang post gerak2 kat atas tu, senang nk review post menarik
~ Blog ni dh terima 3 award
~ post dia ringkas dan menarik
~ Blog dia pun tak serabut-serabut
~ Visit her..haha
19th Blog :- Yumida



~ Suka stail cartoon dia, menarik. Tengok jelah header dia
~ Post dia menarik dan ringkas
~ Banyak gambar memang layang lah g2
~ Rajin dia join segmen and stuff
~ Visit her~

20th Blog :- Lolipop Cinta


~ Tuannya beru umur 18 tahun
~ Mcm dh lama tak buat post baru, keep on writing
~ Minta maaf la tp kurang suka ejaan 'lew', 'pew' tolong baiki ye, susah nak baca.
~ Rajin join contest and segmen
~ Anyway keep it up k.


Maaf la kalau Tiera tegur pasal blog korang, kita sesama baiki cara penulisan kan? Anyway thanks for supporting!



~

DIY hiasan kasut....

Salam,

Oh...baru je jumpa satu kasut y comel dan selesa and plusss murah. RM 20 je atau lebih tepat RM19.90 haha.
Baru je beli, rupanya...fail~ Cuba tengok gambar kat bawah ape yang kurang?

notice that batu satu hilang?
So, puas la fikir nak pulangkan balik ke tak ke kedai tu? Sebab jauh la pulak nak balik ke kedai tu. Salah Tiera jugak sbb tak tengok betul-betul, stail berkenan amek terus~

Tetiba teringat koleksi riben yang Tiera beli kat popular KB (duit baucer buku). Apa lagi, google cari ikatan riben yang kiut-kiut and then buat. Hasilnya...taraaaa~

Warna kegemaran, baby pink and baby blue..kiut sagt.
Lepas puas mengikat dan menjahit begitulah hasilnya seperti diatas. Lepas tu Tiera gambakan ke kasut dan berikut hasil terakhir....

Cantik tak, comel plak~
Amacam, Tiera kagum plak..haha masuk bakul angkat sendiri. Sekarang ni tengah demam kawen n bertunang. Tiera pun tetiba suka buat craft utk wedding @ tunang...hehe. Latihan, latihan~


Friday, April 13, 2012

Tips Senang Hati Ketika Belajar

Salam,

Pernah tak korang rasa berat hati yang amat dalam perjalanan balik ke asrama atau IPT yang jauh nun disana? Kalau boleh tak mahu bercakap nak layan perasaan sendiri saja sepanjang perjalanan. Perut jadi memulas dan nak mencari tandas je?

Tiera pernah rasa masa duduk sekolah asrama dulu, tapi sebab sekolah tu undang2 sangat ketat so memang tak bebas dan bosan dan byk lagi la hal pelajaran yang membuatkan Tiera tak rela kembali untuk berdepan dengan masalah tu. Tapi sejak masuk ke IPT, lebih bebas dan Tiera boleh menyertai banyak xtiviti utk elak bosan, so tak ada la rasa tak rela sangat. So sebelum membebel lebih banyak lagi korang boleh try tips dibawah.



1. Berfikiran Positif
Bagi pelajar baru mungkin susah nak sesuaikan diri pada peringkat awal berbanding masa sekolah dulu kan? Tapi Tiera rasa lebih ok lagi sebab dekat kampus bebas sikit tak ada dah warden nak kawal kita 24 jam, warden tetap ada cuma yelah....korang dah besar pandai-pandai la. Exam, asigment mungkin akan buat anda stress tapi fikir positif dan pengurusan masa sangat penting.

2. Lakukan Perkara Yang Disukai Setiap Hari
Banyak benda boleh dilakukan di kampus memandangkan selalu dianjurkan pelbagai xtiviti, macam fotoshoot ke, jogging, atau bersukan. Ikut minat anda dan sertai xtiviti yang sepadan dengan minat anda tu, bila ada benda yang boleh buat anda enjoy so anda tak terfikir sangat nak balik rumah sebab kat rumah tak boleh buat benda yang anda suka.

3. Membuat Komitmen Yang Diyakini Mampu Dipenuhi
Contohnya anda gagal memenuhi kehendak pointer atau markah koko yang ditetapkan mesti anda frust kan? Set a small goal dan cuba penuhi sedikit demi sedikit, study lebih sikit dari biasa dan jangan terlebih enjoy. Kadang-kadang orang masuk IPT dia akan stray away dari matlamat utama dia masuk ke IPT jadi awas ye. Fikirkan komitmen utama anda dan cuba sedaya upaya penuhinya sikit-sikit.

4. Hindari Pengaruh Negetif
Hindari dari pelajar yang bersifat negetif contohnya yang suka melepak, mengumpat atau suka buat benda tak baik. Anda akan rasa bahagia ke kalau join group diorang? Silap2 anda yang terjebak dalam kancah gelap diorang, bahagia kan? So apa kata dekatkan diri dengan perkara yang positif macam sertai xtiviti rohani ke.

5. Mencari Sahabat
Sahabat memang penting untuk survive dalam kampus. Fungsinya untuk tolong dalam asignment dan banyak lagi. Macam dalam sabda Rasulullah, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi kita pun akan terpalit dengan kewangiannya tetapi kalau berkawan dengan tukang besit kita akan terbakar dan paling tidak pun akan terlekat bau besi pada pakaian kita. Faham kan? So pandai-pandai la pilih kawan-kawan yang 'wangi'.



Sumber dari : Prof Madya, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM