Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Saturday, April 20, 2013

K- Drama : History of Salaryman

Salam semua,

Another k-drama yang Tiera jd addicted plak, enjoy and hopefully kita bole discuss kalau sapa yang dah tgk. So waht is your opinion for this kind of drama. Ia agak berlainan dari drama lain dan best.Mula-mula mcm bosan sikit ingat mcm cerita dendam, orang kaya dengan duitnya dan konspirasi nk rapas syarikat tapi nampaknya bukan. OST dia best sbb Lee Teuk(miss him) dan Key menyanyi 'Bravo' currently jd ringtone Tiera haha.

Poster dia dramatik gila, haha versi medan perang.

Sinopsisnya

Yoo Bang adalah seorang penganggur yang cuba menebus kesilapannya terhadap keluarga dan cuba membaiki taraf hidup mereka yang susah selepas kematian ayahnya. Namun begitu, dia terjebak dalam satu konspirasi yang cuba menjatuhkan sebuah syarikat ubat Cunha Group dianjurkan oleh Hwang Woo, GM muda dari syarikat lain. Tanpa mengetahui dia hanya dijadikan kambing hitam dia mula bekerja di syarikat itu sabagi spy untuk syarikat lain. Disana dia bertemu dengan Yeo Chi, cucu presiden syarikat yang liar dan hebat menyumpah orang. Hubungan mereka tidak berapa baik apabila dia ditugaskan untuk mendisiplinkan gadis itu atau dia akan di pecat. Dia turut tertarik pada seorang researcher bernama Cha Woo Hee yang turut bekerja di syarakat yang sama.Jadi bermulalah misi Yoo Bang untuk menegakkan keadilan sebagai seorang pekerja yang makan gaji dari dipergunakan oleh orang kaya.

Watak-wataknya (dari kiri) :
Hwang Woo, Woo Hee, Yeo Chi (rambut merah ooo)  dan hero kita Yoo Bang (lama-lama tgk boleh tahan jugak)

Apa yang menarik?

Mula-mula Tiera x letak harapan tinggi pada drama ni, hero dia nak kata hensem...dah tua la sikit, heroin dia biasa-biasa saja. Tapi semakin lama cerita ni makin menarik dan perkembangan dia konsisten dan x bosan sampai ke akhirnya.

1. Wataknya walaupun x muda atau super hensem dan perfect tapi sangat menarik.
2. Watak jahat ke tak jahat ke semua kepala ting-tong, tengah buat jahat pun sempat buat lawak lagi.
3. Korang takkan tahu siapa yang jahat dan baik sampai lah episod terakhir.
4. Hwang Woo membawa motif yang sama iaitu untuk membalas dendam tapi tak nampak la sangat dan masih realistik dan ikut keadaan perkembangan cerita.
5. Kisah cinta? ia tak terlalu jelas dan sederhana, korang takkan tahu Yoo Bang nak kat siapa sampailah beberapa episod akhir.
6. Watak Yeo Chi menjengkelkan macam biasa lah, tapi bukan membuatkan kita menyampah bahkan akan gelak guling-guling dengar dia menyumpah.
7. Yoo Bang, lelaki biasa. x hensem or tak kaya tapi semangat dia dan kejujuran dia dan lawak yang dia buat memang the best!
8. Misteri dan konspirasi memang kita tak sangka siapa yang akan jadi jahat dan siapa yang akan jadi baik.
9. Excited dengan setiap plan yang Yoo Bang buat untuk menegakkan keadilan.
10. Epilog yang dia tayangkan setiap kali habis satu episod memang ditunggu-tunggu. Epilog ni sedutan pendek, konon-konon apa yang berlaku dari sedutan episod tu contohnya...
Ep1 Yoo Bang tunggu gula2 getah rahsia untuk dilekatkan di tepi mangkuk tandas tapi org lain ambik dulu sblm sempat dia makan. Dalam epilog, dia cerita siapa yang lekat benda tu, rupanya gula2 getah tu terjatuh dlm lubang tandas dan dilekatkan jugak kat tepi tandas (kotor gila) nasib baik org lain ambik makan dan bukan Yoo Bang. (Haha gelak gila time ni).

Time ni diaorang buat mcm melodrama ke apa ntah, siap menari-nari kat medan perang. Kononnya Team Yoo Bang dan Team Hwang Woo bertempur lah..
p/s: give me some feedback and selamat menonton!



No comments:

Post a Comment

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^

There was an error in this gadget