Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label Lee Teuk. Show all posts
Showing posts with label Lee Teuk. Show all posts

Friday, September 13, 2013

We Got Married : TeukSo Couple 1

Salam,

Siapa kenal dengan pasangan TeukSo dari Season 3 WMG? Anyway bg y tak tahu boleh baca kat sini. Kalu tahu, Tiera nk cerita sikit macam mana pertemuan pertama mereka dalam WMG.

Setiap kali pasangan baru bertemu, crew WMG akan buat gimik dan scene mcm mana diaorang akan berjumpa buat kali pertama. Cth. KhunToria (Nickhun + Victoria) jumpa masa naik Namsan Tower.

Begini Ceritanya....

Lee Teuk mmg excited masa dpt tahu dia akan jadi pengantin lelaki bagi season 3 WMG, jadi dia telah edarkan satu kad jemputan perkahwinan dan nama pengantin perempuan 'Pretty' sbb dia tak tahu siapa pengantin perempuan tu. Semua rakan artis jeles bila dengar LeeTeuk dah 'kahwin'.
 
Pada sebelah malamnya, LeeTeuk dgn pakaian yang habis smart pergi ke sebuah teater utk berjumpa dengan pengantin perempuannya. Tanpa dia sedar, ahli kumpulan Suju yang lain menyorok kat belakang teater utk spy dia. Diaorg jeles sbb LeeTeuk dpt masuk WMG.


Rupanya isteri saya Kang Sora...mesti LeeTeuk pikir cm ni.
 
Sementara menunggu LeeTeuk ditayangkan dengan sedutan beberapa pelakon wanita terkenal spt Lee Da Hea, Kim Tae Hee dan lain-lain. LeeTeuk gementar gila time ni. So pd masa yang sama seorg gadis dgn dress hitam melangkah masuk. Disaat dia masuk ke dalam teater, tayangan berhenti pada seorang pelakon baru bg filem 'Sunny' dan dibintangi oleh Kang Sora!
 
Alamak, lupa nak ajak dia duduk...sian Sora.
 
Bila bertemu muka, diaorg sgt nervous sampai LeeTeuk lupa nak ajak Sora duduk sekali dengan dia. Diaorg sangat janggal sampai tak tahu nak sembang apa. Ahli kumpulan yang tak tahan dengan kejanggalan mereka tetiba menyibuk dan cuba 'ice breaking' pasangan ni. Ahli Suju mmg nakal, diaorg suruh pasangan ni menari, pertandingan merenung dan cari 'pet name'. LeeTeuk panggil Sora (Baby Princess) dan Sora panggil LeeTeuk (Prince) Haha.
 
 
Walaupun masih tak biasa akhirnya mereka ke tapak date mereka yang pertama iaitu disebuah restoran mewah.
 
Disana mereka cuba membuatkan diri selesa antara satu sama lain. First date diaorg dah boleh makan bersuap. LeeTeuk pulak mainkan keyboard khas kepada Sora dan juga lagu gubahan dia sendiri. Walaupun Sora menafikan dia tahu bermain piano tp nampaknya dia mmg lagi terer main piano dari LeeTeuk. Anyway malam tu diaorg sangat romantik + pemalu.

 

Tuesday, September 3, 2013

We Got Married? Apa tu?

Salam semua...

Haa berkenaan dengan tajuk ni Tiera nak jelaskan pada yang tak tahu,sekadar perkongsian sahaja. Rasanya korang tahu kan variety show RUNNING MAN? Tiera tahu and diaorang kata best, tapi Tiera tak tengok sebab takut addicted pulak, udahla episode dia cam banyak gila.
 
Anyway, ada yang tak tahu apa tu rancangan We Got Married (WGM) yang disiarkan oleh MBC. Rancangan ni bermula pada 2008 dan berkonsepkan reality show
rasanya lagi lama dari Running Man.
 
Sumber Google
 

Info ringkas:-

1. Setiap musim atau season, tiga pasangan akan dipilih secara rawak dari kalangan artis di Korea, tak kira la pelakon, penyanyi, penari, pemain gitar asalkan dalam bidang hiburan.

2. Secara berpasangan (lelaki dan perempuan) mereka akan menjalani hidup sebagai pasangan yang berkahwin.

3. Kebanyakkan pasangan tak mengenali atau sekadar rakan sekerja sahaja

4. Selepas mereka dipasangkan kamera WGM ni akan merekodkan saat-saat mereka sebagai pasangan baru berkahwin secara candid

5. Mereka akan menjalankan tugasan yang diberikan atau melakukan sesuatu yang pasangan kekasih atau suami isteri akan lakukan.

6. Pada mulanya mungkin kekok dan hubungan mereka akan berkembang secara natural

7.  Hubungan mereka akan berterusan bergantung kepada pihak MBC dan boleh mencapai masa setahun.

8. Sehingga mereka dimaklumkan bahawa mereka akan menamatkan hubungan WGM mereka akan berpisah secara aman.

9. Setakat ini tak ada lagi pasangan WGM yang betul2 kawin, tapi ramai peminat berharap la kan.

10. Rancangan ni kadang2 mengundang kontroversi sebab ada pasangan yang kelihatan 'berlakon' sewaktu bersama pasanagn WGM mereka.


Tiera start tengok WGM masa season apa ntah, time to Jo Kwon (2PM), Young Hwa (CNBlue), Nikhun dan Victoria (fx), LeeTeuk (Suju) dan Sora). Sekarang season 4 sedang berjalan, pasangan seperti yang Tiera cerita dlm post sebelum ni.

Tapi kita tgk WGM ni jgn terbawa-bawa, agama kita melarang kita buat mcam diaorang jadi jangan memandai. Tengok sekadar hiburan tak pe sebab banyak moment y sweet, lepas kawin baru kita buat mcm diaorang.

P/S: En bakal suami, sila take note dan tgk show ni...hehe



Saturday, April 20, 2013

K- Drama : History of Salaryman

Salam semua,

Another k-drama yang Tiera jd addicted plak, enjoy and hopefully kita bole discuss kalau sapa yang dah tgk. So waht is your opinion for this kind of drama. Ia agak berlainan dari drama lain dan best.Mula-mula mcm bosan sikit ingat mcm cerita dendam, orang kaya dengan duitnya dan konspirasi nk rapas syarikat tapi nampaknya bukan. OST dia best sbb Lee Teuk(miss him) dan Key menyanyi 'Bravo' currently jd ringtone Tiera haha.

Poster dia dramatik gila, haha versi medan perang.

Sinopsisnya

Yoo Bang adalah seorang penganggur yang cuba menebus kesilapannya terhadap keluarga dan cuba membaiki taraf hidup mereka yang susah selepas kematian ayahnya. Namun begitu, dia terjebak dalam satu konspirasi yang cuba menjatuhkan sebuah syarikat ubat Cunha Group dianjurkan oleh Hwang Woo, GM muda dari syarikat lain. Tanpa mengetahui dia hanya dijadikan kambing hitam dia mula bekerja di syarikat itu sabagi spy untuk syarikat lain. Disana dia bertemu dengan Yeo Chi, cucu presiden syarikat yang liar dan hebat menyumpah orang. Hubungan mereka tidak berapa baik apabila dia ditugaskan untuk mendisiplinkan gadis itu atau dia akan di pecat. Dia turut tertarik pada seorang researcher bernama Cha Woo Hee yang turut bekerja di syarakat yang sama.Jadi bermulalah misi Yoo Bang untuk menegakkan keadilan sebagai seorang pekerja yang makan gaji dari dipergunakan oleh orang kaya.

Watak-wataknya (dari kiri) :
Hwang Woo, Woo Hee, Yeo Chi (rambut merah ooo)  dan hero kita Yoo Bang (lama-lama tgk boleh tahan jugak)

Apa yang menarik?

Mula-mula Tiera x letak harapan tinggi pada drama ni, hero dia nak kata hensem...dah tua la sikit, heroin dia biasa-biasa saja. Tapi semakin lama cerita ni makin menarik dan perkembangan dia konsisten dan x bosan sampai ke akhirnya.

1. Wataknya walaupun x muda atau super hensem dan perfect tapi sangat menarik.
2. Watak jahat ke tak jahat ke semua kepala ting-tong, tengah buat jahat pun sempat buat lawak lagi.
3. Korang takkan tahu siapa yang jahat dan baik sampai lah episod terakhir.
4. Hwang Woo membawa motif yang sama iaitu untuk membalas dendam tapi tak nampak la sangat dan masih realistik dan ikut keadaan perkembangan cerita.
5. Kisah cinta? ia tak terlalu jelas dan sederhana, korang takkan tahu Yoo Bang nak kat siapa sampailah beberapa episod akhir.
6. Watak Yeo Chi menjengkelkan macam biasa lah, tapi bukan membuatkan kita menyampah bahkan akan gelak guling-guling dengar dia menyumpah.
7. Yoo Bang, lelaki biasa. x hensem or tak kaya tapi semangat dia dan kejujuran dia dan lawak yang dia buat memang the best!
8. Misteri dan konspirasi memang kita tak sangka siapa yang akan jadi jahat dan siapa yang akan jadi baik.
9. Excited dengan setiap plan yang Yoo Bang buat untuk menegakkan keadilan.
10. Epilog yang dia tayangkan setiap kali habis satu episod memang ditunggu-tunggu. Epilog ni sedutan pendek, konon-konon apa yang berlaku dari sedutan episod tu contohnya...
Ep1 Yoo Bang tunggu gula2 getah rahsia untuk dilekatkan di tepi mangkuk tandas tapi org lain ambik dulu sblm sempat dia makan. Dalam epilog, dia cerita siapa yang lekat benda tu, rupanya gula2 getah tu terjatuh dlm lubang tandas dan dilekatkan jugak kat tepi tandas (kotor gila) nasib baik org lain ambik makan dan bukan Yoo Bang. (Haha gelak gila time ni).

Time ni diaorang buat mcm melodrama ke apa ntah, siap menari-nari kat medan perang. Kononnya Team Yoo Bang dan Team Hwang Woo bertempur lah..
p/s: give me some feedback and selamat menonton!