“Tak sabar-sabar nak jemput cik
abang la tu?” Kuat saja suaranya menyebabkan beberapa orang guru lain ketawa.
Julia hanya senyum wajahnya merah sambil menjeling kepada Azi, rakan sekerja
yang hampir sama umur dengannya. Azimah hanya menyambut jelingannya dengan
senyuman. Pasti minah ni yang membawa mulut sehingga habis satu bilik guru tahu pasal hal ni.
“Huh? Oh, Khairul? Pukul 2 kejap
lagi, dua tahun aku tak jumpa dia. Aku akan bagi tahu perkara sebenar?”
Julia nekad sambil bibirnya dimuncungkan. Azi berpaling dan membulatkan matanya.
“Biar betul! Kau nak ikut idea
gila aku tu?” Julia memandang kosong dan mengangguk. Loceng berbunyi, tanpa
sempat Azi membalas, Julia pantas menyandang tas tangannya dan menarik beg
laptop ke bahu. Selepas memberi salam dengan kuatnya di dalam bilik guru itu
dia keluar. Beberapa orang murid memberi salam kepadanya turut terkedu melihat
Julia berjalan pantas kearah kereta.
“Cikgu, cikgu nak kemana?” dua
orang murid perempuan menghampiri kereta. Julia tidak berpaling dan terus
menghidupkan enjin kereta.
“Sorry, cikgu busy.Esok ye hantar
buku tu?” Murid itu menggaru kepala,lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab.
Macam tulah perangai Cikgu Julia mereka, kuat sangat melayan perasaan.
Kereta Suzuki Swift hitam putih
dipanju laju, dan hon pendek diberikan kepada pengawal pagar. Dia mengangkat
tangan. “Cikgu Julia nak menjemput tok laki ke?” guard tua yang digelar pak cik Tam tersengih memperlihatkan barisan gigi yang tidak tersusun. Julia mengangkat tangannya
sekali lagi
Sampai sahaja di lapangan terbang
Julia berlari masuk ke dalam ruang ketibaan.
“Sorry, lambat sikit…lama dah
tunggu…?” Julia melepaskan lelahnya tapi dia kehairanan. Ruang menunggu cuma
ada beberapa orang sahaja dan ianya merupakan penumpang dari flight sebelumnya.
Julia mengeluh dan wajahnya kehairanan. Dia menahan seorang peramugari.
“Cik, penerbangan dari Canada
dah sampai ke belum?”
“Oh, flight pukul 2 ke? Flight tu
ditangguhkan sebab cuaca buruk, jadi dalam sejam lagi sampai lah tu”
Peramugari itu tersenyum. Julia mengucapkan terima kasih. Dia melemparkan tas
tangannya keatas kerusi dan melabuhkan duduknya.
“Perggh, mesej suruh be on time.
Flight delayed pun tak bagi tahu…dah la orang nak cakap sesuatu ni. Kena tunggu
lagi 45 minit lagi la…arghh terseksa betul kena tahan benda ni!” Julia menggaru
kasar rambutnya yang pendek. Pasti Khairul terkejut, dahulu bukan main nak
simpan rambut panjang sekarang di potong pendek dan dilayerkan. Rambut Julia
yang agak ikal itu membuatkan wajahnya yang putih kemerahan itu nampak lebih
muda dan bertenaga. Kaca matanya di perbetulkan diatas hidungnya yang agak mancung.
“Hmmm, agaknya lelaki tu macam
mana ye sakarang? Dah jadi doktor pun dia..elokla doktor kanak-kanak,perangai
pun childish jugak hmmph!” Julia menyilangkan tangannya. Sesekali dia
mengerling jam tangannya. Dia masih ingat lagi...
***
“Lia!, ambil aku kat kolej pukul
2 ni?” sms yang diterimanya membuatkan hatinya panas, bila agaknya dia nak
mengambil lesen kereta. Sejak-sejak diumumkan yang mereka akan ditunangkan
cepat sahaja Khairul mengambil kesempatan keatas Julia. Julia lah yang
menghantar Khairul ke kelas, mengambilnya pulang tetapi….
***
“Banyak ni je kau dapat?!” En.
Hamdan membentak. Sudahlah dihadapan Julia pulak tu dimarahnya Khairul. Khairul
membuat muka. Dia sendiri tahu sikap malas belajarnya itu punca segalanya.
Julia menendang kaki Khairul. Khairul
tersedar yang gadis itu menyuruhnya memberi respon akibat kegagalannya untuk
pas final exam bagi cos medic. Tanpanya dia takkan dapat mana-mana offer dari
hospital pun untuk jadi doctor pelatih.
“Err, papa kan ada hospital
swasta sendiri, bagi Khai kerja situ sajelah, apa ada pada degree kan,
haha…ha?”
Sepapan surat khabar dilemparkan
ke kepala Khairul, Khairul menaikkan tangan dan kakinya untuk mengelak, kemudian
tersengih.
“Bertuah punya budak, kau nak
bankrupt kan aku ke? Mati orang ada kau nak tanggung? Kau ingat kita bukak
bisness jual keropok?!” En. Hamdan menjeling tajam.
“Papa tak kira, kau pegi ke
Canada, ada kawan ayah professor kat sana. Dia boleh tolong kau masuk extend
kos medic sampai final exam, kalau kau tak pas jugak…jangan kau balik ke sini.
Ntah-ntah Julia pun tak hingin kawin dengan kau…kan Julia?” Julia tersengih
janggal, padahal dia memang tidak gemar dengan Khairul sejak awal lagi kalau bukan
mulutnya yang celupar tu. Dia masih
ingat….
***
Sekeping gambar ditunjukkan
kepada Julia. Abah dan Umi dan beria-ia sangat dengan jejaka didalam gambar
itu.
“Bakal doctor tu Julia, ayahnya
berkenan sangat dengan kamu..hensem” Abahnya menjual sambil mengharap. Julia
mengeluh, malas lagi dia nak memikirkan soal perkahwinan. Bukan dia tak mahu
tetapi dia baru sahaja bergelar guru, dia ingin membalas jasa abah dan uminya
dahulu.
“Tapi…”
“Assalammualaikum…” belum sempat
dia memberi alasan kepada ayah dan uminya seorang lelaki muncul di pagar rumah
mereka.
Julia
membulatkan mata. Keadaan seolah-olah terhenti. Lelaki yang hadir di muka pintu
pagarnya itu hanya berpakaian ringkas dengan jeans biru dipadankan dengan
design t-shirt hitam putih. Wajahnya yang seperti kacukan melayu cina itu
menarik pandangan sesiapapun. Tubuhnya yang tinggi dan tegap membuatkan hati
Julia berdegup kencang.Dia segera melihat gambar yang ditunjukkan oleh ayahnya
tadi. Itulah jejaka yang menjadi calonnya. Dengan mata yang bersinar-sinar…
“YA! Julia setuju sangat abah!”
Julia separuh berbisik keriangan membuatkan uminya yang sedang menyambut kuih
dari tangan Khairul hampir terlepas ketanah. Julia tersengih namun sengihan itu
tidak lama. Dua hari kemudian Julia rasa seperti nak terjun bangunan. Khairul
hadir ke date pertama mereka dengan pakaian yang cukup selekeh. Rupanya adegan
menghantar kuih di pagar rumah cuma lakonan semata. Inilah rupa sebenar lelaki
macho itu. Jeans lusuh dengan koyak di lutut. T-shirt pagoda dipadankan dengan
jaket jeans dan topi Nike. Julia hanya terkedu memandang dari atas ke bawah.
***
“Awak Khairul ke? Yang datang dua
hari lepas hantar kuih tu?” Lelaki itu mengangguk.
Walaupun masih
mempunyai wajah tampan yang sama, penampilannya seperti seorang yang berumur 17
tahun bukannya 25 tahun. Julia menampar dahinya, kenapa dia cepat sangat setuju
dengan semua ini tanpa berkenalan dengan lebih rapat lagi. Khairul pula hanya
ketawa didalam hati, dia tahu taktiknya akan menjadi, tak ada lagi gadis yang tidak jatuh
didalam perangkapnya. Dia memang sudah lama memerhatikan Julia, maklumlah
keluarga mereka sudah berkawan lama. Tapi apa yang nak dibuat lagi, perangai
kebudak-budakkannya masih berleluasa. Hidup didalam keluarga serba lengkap
membuatkan dirinya lambat berfikiran matang ditambah dengan senangnya dia untuk
mendapatkan gadis kesukaannya. Bagi Julia, Khairul bukan seorang yang
memikirkan masa hadapan apatah lagi berupaya melindunginya, nak ke kolej pun
menumpang Julia.
“Ketibaan penerbangan dari Canada di pintu
15. Kami memohon maaf atas kelewatan penerbangan ini…”
Pengumuman itu
mengejutkan Julia dari mimpi ngeri itu. Julia mengelap air liurnya yang hampir
meleleh, dia tertidur rupanya. Seorang budak tersengih melihat gelagatnya
sehingga Julia sendiri tersipu-sipu malu.
Julia
mencapai tas tangannya dan berjalan perlahan menuju ke pintu 15 yang sudah dibanjiri
orang. Dia menunggu di belakang, malas dia nak beria-ia menyambut lelaki yang
dia langsung tidak cintai itu. Julia menguis sisi begnya dan tiba-tiba matanya
menangkap satu pergerakan. Masa seolah-olah bergerak dengan perlahan, macam dalam iklan tu.....
Bersambung....
Bestnya cerita..
ReplyDeleteok sambung baca..
ReplyDelete