Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Thursday, September 13, 2012

Aku Yang Harus Pergi

Julia seorang gadis yang sangat naif dalam hal percintaan. Dia malas memikirkan tentang hal teman lelaki dan pasangan hidup.
 
Namun bertuah baginya, keluarganya mengaturkan perkahwinannya kepada seorang pelajar drop-out medic, Khairul. Akibat perangainya yang suka bertindak tanpa berfikir maka dia termakan umpan keluarganya untuk disatukan dengan Khairul. Namun begitu, setelah mengetahui 'siapa' Khairul yang sebenarnya, dia mula berkira-kira ingin membangkang rancangan antara dua keluarga ini.
 
Baginya lelaki itu serabut, tak matang, sengal dan tak pernah memikirkan masa depan. Oleh sebab keluarga Khairul yang agak berada, dengan menggunakan kabel sikit punya besar, anak mereka itu dapat menyambung pembelajaran di luar negara. Selama dua tahun mereka tak bertemu dan Khairul kembali dengan 'wajah' yang baru. Khairul yang baru berbeza sama sekali dengan Khairul yang lama. Khairul baru lebih kemas, matang, cool dan sangat sopan.Gaya hidup, kegemaran dan cara dia melayan Julia sangat lain.
 
Rancangan Julia untuk memutuskan pertunangan mereka sekembalinya Khairul dari Canada juga terpaksa dilambatkan. Julia hampir memikirkan Khairul, bukanlah Khairul yang sebenar. Jadi siapa Khairul yang berada bersamanya sekarang? Siapa pula Izzat? Apakah rahsia yang disimpan oleh Khairul sebenarnya?
 
Genre:- Romantik komedi, drama

Scoop 1

1 comment:

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^

There was an error in this gadget