Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, November 18, 2013

K-Drama : The Master's Sun

Salam,

Musim menganggur adalah musim marathon drama korea. Kali ni seriously the best.

Genre: Romantik-Comedy, Horror


Sinopsis:-
 
Tae Gong Sil a.k.a Tea Yang bermaksud matahari (dilakonkan Gong Hyo Jin) mengalami kemalangan dan selepas dia pulih dia tiba-tiba boleh melihat hantu. Selama dua tahun dia hidup dalam ketakutan dan sering diganggu hantu yang ingin meminta pertolongannya.
 
Sehingga suatu hari dia menumpang sebuah kereta Presiden Syarikat Kingdom Joo Joong Won (dilakonkan So Ji Sub). Sewaktu di dalam kereta dia ditakutkan dengan kehadiran hantu dan tak sengaja memeluk Jong Won. Sejak dari saat itu Tae Yang sedar yang Joong Won boleh menghalau hantu jika dia menyentuh lelaki itu.
 
Joon Won, seorang lelaki yang dingin dan mengalami trauma dengan perempuan sebab dia pernah diculik oleh teman wanitanya sendiri demi duit. Tae Yang pula asyik mencari Joong Won sampai sanggup kerja di Mall Kingdom sebagai tukang cuci demi dekat dengan Joong Won. Dia sayik nak sentuh Joon Won dan Joon Won anggap gadis tu tak betul. (talking about being a stalker)
 
"If you touch me again, I'm going to charge you some money!"
 
Tapi bila Tae Yang menyatakan dia melihat hantu Cha Hee Joo, teman wanita Joong Won yang mati akibat kemalangan semasa menculiknya dulu masih berada disisi Joong Won, Joong Won nekad membenarkan Tae Yang dekat dengannya. Memanggilnya 10 juta won Radar, dia ingin Tae Yang menyatakan kpd hantu Hee Joo betapa dia berasa di khianati dan membenci gadis itu.
 
Sepanjang masa, Joong Won sendiri tanpa sengaja terlibat dengan sesi kejar mengejar Tae Yang dengan hantu dan menyelesaikan masalah hantu-hantu yang meminta pertolongan Tae Yang. Perangai Joong Won juga makin berubah namun dia yakin dia hanya lakukan semua untuk duit (dia memang mata duitan).
 
Hug, hug, hug!
 
The Most Touching Episode!
 
 
 
Episod ni dimana Joong Won cuba selamatkan Tae Yang dari ditikam. Tae Yang nampak sendiri roh Joong Won datang kepadanya bertanya jika dia dah mati. Bayangkan perasaan Tae Yang masa tu dan bila Joong Won cakap dia cintakan Tae Yang, terus Tae Yang menangis kuat-kuat. Sedih-sedih, Tiera pun nangis. Lepas tu Tae Yang terus rasa kebolehan dia macam satu sumpahan sebab last sekali dia lihat hantu orang yang dia sayang.
 
 
 
Keistimewaan:-
 
1. Lain-dari yang lain dan hantu dia menakutkan
2. Hero dia sangat cool, hensem?  Biasa je tapi perangai dia best giler.
3. Perangai Tae Yang yang suka sentuh-sentuh Joong Won memang seronok ditengok, lucky her.
4. Tae Yang sangat cute!
5. Setiap episode tak bosan dan ada saja kes hantu yang Tae Yang nak selesai.
6. Hero dia pun lucu sebenarnya dan dalam cita ni tak ada sangat watak jahat, cukuplah dengan hantu yang asyik muncul tetiba ja.
7. Dalam dunia sebenar pelakon Gong Hye Jin dan So Ji Sub di gossipkan mungkin sedang bercinta. Make it so real. Good Luck untuk couple ni.
 
 
8. Chemistry pelakon utama ni sangat in, hoping they date for real!
 

See How they act off screen. So Ji Sub just ask her out!
 
Good Luck For This Couple!
 
 
 

2 comments:

  1. Kita nak tengok jugak cerita ni, baru tengok 1st episdo, 1st part. Tapi seram. Haha, tak berani nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram tu sekejap je, mesti suka dgn watak hero tu. Cool. Heroin pulak cute. 65% lawak n 45% seram.

      Delete

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^