Masa
seolah-olah perlahan. Orang ramai dihadapan pintu 15 seakan-akan memberi laluan
kepada seorang lelaki yang agak tinggi dan berbadan tegap. Lelaki tu berpakaian
kemas dengan slack hitam dipadankan dengan kemeja santai bewarna hitam kot
labuh bewarna coklat. Tie, glove dan kaca mata hitam melengkapkan pemakaiannya.
Dia berjalan dengan penuh gaya dan Julia menatap lelaki itu dengan wajah yang
blur. Lelaki itu menghampirinya dan kemudian berhenti disisi Julia lalu dia
mengetuk kepala Julia.
“Cik adik, dok berangan apa lagi?”
“Huh?”
“Julia?...coming or not?”
“Ermm,oh ok…ermm…Khairul Alief?”
Julia mengerutkan dahinya apabila Khairul menyerahkan bagasinya kepada Julia.
Tangan lelaki itu dimasukkan kedalam poket dan dia berjalan meninggalkan Julia.
Julia mengejar.
“Kejap,awak ni Khairul Alief Bin
Dato’ Azran ke?”
“Do I look like I’m not Khairul?
Take a look?” Khairul berhenti dan menanggalkan kaca mata hitamnya.Wajahnya
didekatkan dengan wajah Julia sehingga Julia menjauhkan sedikit tubuhnya.
“Well,saya tak pernah la tengok
sedekat ni tapi..yela awak Khairul…” dalam hati ‘baru setahun duduk overseas ada hati speaking dengan aku. Nasib baik aku ni cikgu bahasa inggeris.’
“Then, tunggu apa lagi. Jom..”
Khairul berjalan dan beberapa orang peramugari tersengih-sengih kearah Khairul,
dia hanya menganggukkan kepala. Julia merenung dari jauh. Tak salah lagi itu
Khairul, tapi ada sesuatu yang lain,
pakaian? Cara jalan? Manners? Atau auranya? Apa dengan pakaian tu?
“Are you
coming or not?” Khairul mengintai kearah bahunya. Julia menarik bagasi Khairul
dan membontoti lelaki itu. Khairul tersenyum, nasib baik dia tidak tersilap
orang….
***
Lelaki itu merenung pesanan ringkas yang tidak terlalu ringkas di handphonenya. Panjang sms itu menerangkan bagaimana mengenalpasti orang yang perlu ditemuinya nanti. Seorang peramugari meletakkan mengutip gelas jus yang telah
dihidangkan kepada penumpang itu tadi. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum.
“Ada apa-apa lagi encik?” Lelaki
itu mengangkat tangannya seraya mengangguk menandakan dia ok sahaja. Peramugari itu berjalan laju menuju ke kaunter mereka dan
berbisik-bisik. Sampaikan mereka mendarat beberapa pramugari yang turun dari flight yang sama masih bergosip tentang lelaki tersebut.
“Hensemnya, bergaya pulak tu. Aku
dengar dia doctor..”
“Kau ni macam baru kerja kat sini. Banyak je penumpang hensem tapi
aku suka la yang ni..”
Lelaki itu perasan tentang
perbualan mereka namun dia tidak mempedulikan hal itu dan menjawab telefon. “Hello,
dah sampai?”
“Baru mendarat, hmm so how is
your girl?” Lelaki itu mencapai beg sandangnya dan berjalan keluar untuk
mendapatkan bagasinya.
“Sampai saja di ruang menunggu,
abang akan nampak dia. Dia akan nampak blur sikit dan mungkin akan duduk jauh
dari orang lain, dia bukan suka sangat saya balik ni. Ni pun dia dah call saya
banyak kali pasal flight delay…”
Izzat tersenyum. Nasib baik dia
dah tengok gambar gadis yang dimaksudkan itu jadi apabila dia ternampak seorang
gadis berpakaian pastel menunggu agak jauh dari pintu ketibaan dia tahu itulah
Cik Julia. Betul cakap mentinya itu, gadis itu akan terpegun dengan
kehadirannya sebab itu lah dia boleh bersetuju dengan perkahwinan mereka tanpa
berfikir panjang.
Didalam kereta Julia hanya
senyap. Sesekali dia menjeling kearah Khairul.
“Apa? Ada benda pelik ke kat muka
saya?” Julia kembali melihat kehadapan. Pelik. Kali ini Khairul ingin memandu
dan pemaduannya nampaknya agak janggal.
“Err,awak sure ke ni boleh bawak
kereta? Bila awak ambil lesen?” Julia ragu-ragu.
“Masa kat sana, sama je kan cuma
tukar lorong je…” tetapi Khairul agak tidak yakin juga. Pada mulanya okey
tetapi sesekali dia tersilap ambil lorong menyebabkan Julia berpaut pada tali
pinggang kereta.
“Mana jalan balik rumah?” Khairul
bertanya. Julia membulatkan matanya. “Aihh, baru setahun lebih duk sana dah
lupa rumah sendiri kat mana?” Julia separuh berbisik. “Err, yelah sebelum ni
awak yang bawak kereta. Saya mana ingat sangat jalan, belok kiri ke?” Khairul
bijak memberi alasan.
“Eh, bukan kanan la!” Julia
menjerit apabila Khairul tiba-tiba menukar signal dan belok kekanan menyebabkan
dia hampir bertembung dengan sebuah motorsikal. Khairul akhirnya berhenti di
sisi jalan, lama mereka termenung, terkejut agaknya.
“Awak ni gila ke? Tengok la kiri kanan dulu baru…”
“Saya tak biasa lagi. Nah ambik,
awak bawak…” Khairul dengan selamba melemparkan kunci ke tangan Julia. Julia
mengeluh. Selalunya Khairul akan melawan bila dia memarahi lelaki itu tapi kali
ni mungkin sebab penat dia menurut sahaja.
***
Dirumah Khairul. Dato' Azran dan
Pn. Husni menyambut kepulangan mereka dengan tangan yang terbuka. Umi dan Abah
Julia juga tiba tidak lama kemudian.
“Haha, bagus la tu tak sia-sia
hantar ke overseas dapat juga status doctor ye Khairul?”
Khairul tersenyum. Julia
memerhati dari tadi, lelaki ini tidak banyak bercakap selain mengiyakan sahaja
apa yang dikatakan oleh kedua ibu bapanya. Khairul sesekali menangkap pandangan
Julia, renungan itu dilarikan dan wajah Julia mula merah.
‘Ishh, kenapa aku malu tengok dia ni? Julia sila sedarkan diri anda!’
Julia berbicara sendirian. Tangannya mengusap pipi sendiri yang merona
kemerahan.
“Eh, jemput makan-makan. Semua ni
Mama yang masak untuk Khai…kegemaran Khairul, kuih bengkang...!”
“Wahh, import dari Pasar Losong sana
ke?” Mereka ketawa beramai-ramai. Khairul kelihatan terkejut, namun dia
mengambil sepotong kuih bengkang itu dan memasukkan kedalam mulut. Mamanya
memerhati.
“Sedap?” Khairul mengunyah
perlahan tapi dari riak wajahnya dia agak tidak menggemari kuih itu. Selepas
menelannya dia menghirup air.
“Telur ke bahan dia ni?”
“Yelah, tu yang sedap tu..kan?”
Khairul tersengih dan menolak pinggan bengkang itu ketengah semula.“Lah, makan
la habis, semua untuk Khairul tu” Ibunya menghulurkan semula namun tangan
Khairul menahan.
“Err, tak pelah, Lagipun tak elok
makan banyak sangat telur ni. Koata sebiji je sehari. Khairul mintak diri naik
ke bilik dulu ye, penat. Assalamualaikum” Khairul sengaja memberi alasan
padahal semua itu hanya mitos sahaja, telur tidak membahayakan kesihatan tapi
dia sendiri yang muak dengan telur, kerana makanan itu yang dihadapnya selama
15 tahun.
Khairul berdiri dan naik ke
tingkat atas. Semua orang terdiam melihat tingkah Khairul namun ia segera
dipecahkan oleh Julia.
“haha, sejak dia balik ni memang perangai
macam doctor kan?...Kita kena makan dengan
sihat ye semua pesakit sekalian!” Julia mengajuk suara Khairul. Komen Julia
membuatkan yang lain ketawa dan bersetuju.
“Baguslah tu, bolehlah si Khairul
jaga pemakanan kamu berdua ni. Senanglah doctor ada dekat kan?”
“Haha, maaflah. Khairul letih
agaknya sebab tu tak berapa berselera. Orang kata sebab peralihan waktu...haa”
Dato' Azran mempertahankan anak lelakinya itu. Puan Husni berpuas hati. “Kalau
macam tu, bolehlah Julia bawa balik lebih sikit untuk family, nanti auntie
bungkuskan ye?”. Julia mengangguk sambil melihat wanita itu berlalu ke dapur.
Mereka ketawa
lagi namun Julia perasan ada sesuatu yang pelik, matanya tertumpu kearah bilik
dimana Khairul menghilang tadi. Di atas Khairul membuka begnya dan mengeluarkan
sekeping gambar. Gelak tawa dibawah membuatkan dia berasa kurang selesa. Dia
sentiasa berasa gementar berada di sekeliling orang yang bergelar ibu dan ayah
ini. Khairul merebahkan badannya diatas katil King di bilik yang agak besar itu.
Jadi inilah bilik Khairul ye? Memang agak keremajaan sikit dengan poster
kumpulan Scorpion, almari besar dengan banyak baju t-shirt dari kemeja dan
sebuah gitar akustik. Gambar tadi ditatap, kelihatan sepasang suami isteri
memangku seorang budak lelaki berusia 5 tahun. Khairul tersenyum dan tanpa dia
sedari dia terlelap.
Pn. Husni
menyusun pinggan mangkuk diatas meja sarapan manakala En. Hamdan sedang
menghirup secawan kopi sambil membaca akhbar hari ini. Khairul berjalan turun
dari tingkat atas dengan penuh bersemangat.
“Selamat pagi
papa,mama.” Dia mencium pipi Papa dan Mamanya. Pn. Husni terkejut. Jam di
dinding menunjukkan pukul 7 pagi.
“Eh, awal kau
bangun, selalu selagi tak pukul 10 kau terperuk lagi dalam bilik?” papanya
menegur. Khairul menyuapkan sekeping roti bakar kedalam mulut.
“Tak elok anak
jantan bangun tengah hari, lagipun saya kena pergi lapor diri di hospital”
Khairul membalas. “haa, eloklah tu sedar pun anak mama ni, bila masuk kerja?”
“Esok, hari ni saya nak ronda-ronda sini dulu”
“Hmm, eloklah tu.Nanti
kau singgah rumah Julia. Dah lama kau tak kesana…” Khairul mengangguk dan
mencapai begnya. Kot nipis disarungkan ke tubuhnya. Tanpa disedarinya papa dan
mamanya sedang memerhatikan tingkahnya, dari hujung kaki sehingga ke hujung
kepala. Khairul mencium tangan kedua ibu bapanya.
“Oh ye, nanti
minta tolong clearkan kotak-kotak kat atas ye? Nak buang semua tu” sempat dia
berpesan. Hilang saja dari pandangan Pn. Husni melabuhkan duduk di tepi
suaminya dan Dato' Azran pula melipat akhbar dan diletakkan di tepi meja. Mata
mereka masih memerhatikan kelibat Khairul menghilang dari pintu hadapan.
“Abang, Ani
tengok anak kita ni lain macam je sejak dia balik. Khairul ke tu abang? Kenapa
dengan ‘saya, saya’. Macam orang luar je”
“Hmm, ntah la,
mungkin belajar luar negara dah mengubah dia kot. Tapi abang tengok dari
perangai, adab haaa apa pulak dengan kot-kot tu? Mana perginya jeans lusuh ngan
t-shirt dia tu?”
Mereka
terdiam, memang diakui sejak ketibaan Khairul kelmarin dia mengesan ada satu
perubahan yang berlaku. Khairul tak banyak bercakap malah kurang juga dia
menyampuk percakapan mereka. Kira mereka mungkin Khairul letih dengan
penerbangan yang berjam-jam lamanya tapi kelihatan hari ini anaknya memang
begitu.
“Ibu, kotak
ini ya yang En. Khairul minta dibuang?”
Pn. Husni
mendongak melihat bibiknya mengeluarkan dua buah kotak yang agak berat dari
bilik Khairul. “Ada apa kat dalam tu?” Dato' Azran bertanya. “Aneh pak, semuanya
barang kegemaran En. Khairul. Baju t-shirt, jeansnya, ada juga buku komik. Ini
kalu mahu dibuang beri saja pada saya, biar dikasi pada anak” Bibik itu
tersengih namun mengharap. Pn. Husni bergegas melihat isi kotak itu. Memang
benar, semua itu barang yang memang Khairul punya dan dia pantang kalau ada
yang menyentuhnya. Mata Pn. Husni melihat kearah Dato' Azran dengan penuh tanda
tanya, suaminya itu tidak mampu menjawab namun naik ke tingkat atas melihat
bilik Khairul. Alangkah terkejutnya bilik itu kelihatan kemas dan tersusun.
Kebanyakkan barang Khairul yang dulu masih ada cuma lebih kemas dari biasa.
“Aishh, anak kita ni dah membesar. Baguslah,
mungkin sejak bergelar doctor ni makin sedar dia tentang tanggungjawab sebagai
seorang anak” Dato' Azran menyedapkan hati isterinya namun dia masih pelik
interesting...
ReplyDelete