Baru-baru ni IPG Tiera ada anjurkan jamuan Hari Raya. Tapi tak best sebab time tu Tiera kena bentang ViVa!
Anyway, tetap jugak curi-curi masa pergi makan jamuan kat dewan besar. Ramai gilerr, so makanan pun cepat habis. Masa masuk dewan kena susun strategi dulu, nak amek makanan apa, nak duduk mana.
Last-last dapat makan bihun sup, satey (amek dgn kebenaran dari booth lecterur..hehe) dan spagethi carbonara...perghh.
Sebab tak puas so balik umah try la buat sendiri. Malangnya, cari sos Prego tak jumpa terpaksa la guna cara manual. So sapa yang nak try sila-sila lah.
Bahan:-
Spaggethi (tapi Tiera pakai macaroni dsbnya)
1sudu besar- Olive oil
2 sudu besar - Mentega
3 cawan - Susu Segar
4 sudu - Serbuk Cheese (2 slice cheese yang biasa tu pun tak pe)
1 Biji - Bawang Holland (potong dadu)
4 atau lebih - Sausage
Secukup rasa - serbuk kasar lada hitam
Hujung sudu kecil - Oregano
1 atau 2 helai - Bay leaf
1 biji - Kiub Ayam Knoor
Bunga Kobis/ Sayur y sesuai
Gula/Garam
Sempat lg tag ViVa ni, haha akhirnya selesai bentang tesis! |
Cara buat:-
1. Rebus macaroni atau spagethi bersama olive oil untuk elak dia melekat. Bila dah masak cepat-cepat bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dapat dihenti dgn segera.
2. Periuk berasingan, tumis bawang Holland bersama mentega sehingga naik bau
3. Tuangkan susu, serbuk cheese yang dah di bancuh dan kiub ayam.
4. Selalu kacau supaya tak berketul.
5. Campur sayur, sausage, oregano, bay leaf dan serbuk lada hitam
6. Tambah garam atau gula secukup rasa.
Dah siap, bole makan panas-panas. Tapi Carbonara ni kalau makan banyak cepat muak so berpada-padalah. Resepi ni Tiera olah, kalau korang suka tambah cendawan or nak buat pedas sikit ke ikut pandai lah. Lain orang, lain rasa. Enjoy.
Mesti sedap. Hehehe
ReplyDeleteSedap. dah try resepi ni. thankyouu
ReplyDelete