Lama Tiera tak post pasal drama korea kan. Kalau drama tu mcm tk berbaloi utk ditonton maka malas la nak menaip di blog ni. Anyway, sempena cuti ni Tiera dah dpt stok cita Tiera dari kawan Tiera, credit tu Cik Ungu~
Tajuk Drama untuk kali ni ialah Arang And The Magistrate.
Drama ni adalah comeback untuk Lee Jun Ki y famous ngan cite My Girl setelah dua tahun berkhidmat dalam tentera. Drama ini juga adalah drama sejarah pertama bagi pelakon jelita Shin Min Ah.
Sinopsis:-
Drama ni mengisahkan Arang (Shin Min Ah) adalah hantu yang merayau selama 3 tahun cuba mencari identitinya sebelum mati. Selama 3 tahun, dia dikejar oleh Grim Reaper, Moo Young dan belajar untuk hidup susah. Oleh kerana dia tidak mempunyai kubur dan percaya mayatnya masih belum dijumpai maka dia tidak mendapat sebarang makanan yang dipersembahkan oleh orang lain (keluarganya). So selama 3 tahun Arang cuba nak pujuk beberapa orang Magistrate (Hakim) di sebuah daerah Miryang tapi semua mati sakit jantung terkejut tgk hantu Arang ni. Suatu hari muncul seorang lelaki bernama Kim Eun Oh (Lee Jun Ki) anak (bangsawan) kepada bekas perdana menteri yang mengembara mencari emaknya yang hilang.
Dia mempunyai kuasa untuk melihat hantu dan menyentuh mereka. Tapi Eun Oh seorang yang malas ambil tahu pasal masalah orang lain so dia pura-pura tak nampak hantu. Tapi akhirnya dia terjerat oleh Arang dan dipaksa menjadi Magistrate daerah tu. Pd mulanya dia tolak tawaran menjadi Magistrate disitu tp apabila dia melihat Arang memiliki cucuk sanggul yang pernah diberikan olehnya kepada ibunya dia akhirnya bersetuju untuk membantu Arang dengan harapan apabila Arang mendapat kembali memorinya dia akan teringat bagaimana dia boleh memiliki cucuk sanggul itu. Dalam proses membantu Arang, dia membongkarkan satu rahsia mistik di kampung itu selain menyelesaikan satu kes pembunuhan besar-besaran gadis daerah itu setiap kali bulan mengambang.
P/S:Seriously! Suka Lee Jun Ki pakai baju seragam Magistrate, smart sangat! Awww~
Banyak lagi nak cerita, kalau nak tahu siapa pelakonnya tunggu....
No comments:
Post a Comment
Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~
Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^