Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, November 18, 2013

K-Drama : The Master's Sun

Salam,

Musim menganggur adalah musim marathon drama korea. Kali ni seriously the best.

Genre: Romantik-Comedy, Horror


Sinopsis:-
 
Tae Gong Sil a.k.a Tea Yang bermaksud matahari (dilakonkan Gong Hyo Jin) mengalami kemalangan dan selepas dia pulih dia tiba-tiba boleh melihat hantu. Selama dua tahun dia hidup dalam ketakutan dan sering diganggu hantu yang ingin meminta pertolongannya.
 
Sehingga suatu hari dia menumpang sebuah kereta Presiden Syarikat Kingdom Joo Joong Won (dilakonkan So Ji Sub). Sewaktu di dalam kereta dia ditakutkan dengan kehadiran hantu dan tak sengaja memeluk Jong Won. Sejak dari saat itu Tae Yang sedar yang Joong Won boleh menghalau hantu jika dia menyentuh lelaki itu.
 
Joon Won, seorang lelaki yang dingin dan mengalami trauma dengan perempuan sebab dia pernah diculik oleh teman wanitanya sendiri demi duit. Tae Yang pula asyik mencari Joong Won sampai sanggup kerja di Mall Kingdom sebagai tukang cuci demi dekat dengan Joong Won. Dia sayik nak sentuh Joon Won dan Joon Won anggap gadis tu tak betul. (talking about being a stalker)
 
"If you touch me again, I'm going to charge you some money!"
 
Tapi bila Tae Yang menyatakan dia melihat hantu Cha Hee Joo, teman wanita Joong Won yang mati akibat kemalangan semasa menculiknya dulu masih berada disisi Joong Won, Joong Won nekad membenarkan Tae Yang dekat dengannya. Memanggilnya 10 juta won Radar, dia ingin Tae Yang menyatakan kpd hantu Hee Joo betapa dia berasa di khianati dan membenci gadis itu.
 
Sepanjang masa, Joong Won sendiri tanpa sengaja terlibat dengan sesi kejar mengejar Tae Yang dengan hantu dan menyelesaikan masalah hantu-hantu yang meminta pertolongan Tae Yang. Perangai Joong Won juga makin berubah namun dia yakin dia hanya lakukan semua untuk duit (dia memang mata duitan).
 
Hug, hug, hug!
 
The Most Touching Episode!
 
 
 
Episod ni dimana Joong Won cuba selamatkan Tae Yang dari ditikam. Tae Yang nampak sendiri roh Joong Won datang kepadanya bertanya jika dia dah mati. Bayangkan perasaan Tae Yang masa tu dan bila Joong Won cakap dia cintakan Tae Yang, terus Tae Yang menangis kuat-kuat. Sedih-sedih, Tiera pun nangis. Lepas tu Tae Yang terus rasa kebolehan dia macam satu sumpahan sebab last sekali dia lihat hantu orang yang dia sayang.
 
 
 
Keistimewaan:-
 
1. Lain-dari yang lain dan hantu dia menakutkan
2. Hero dia sangat cool, hensem?  Biasa je tapi perangai dia best giler.
3. Perangai Tae Yang yang suka sentuh-sentuh Joong Won memang seronok ditengok, lucky her.
4. Tae Yang sangat cute!
5. Setiap episode tak bosan dan ada saja kes hantu yang Tae Yang nak selesai.
6. Hero dia pun lucu sebenarnya dan dalam cita ni tak ada sangat watak jahat, cukuplah dengan hantu yang asyik muncul tetiba ja.
7. Dalam dunia sebenar pelakon Gong Hye Jin dan So Ji Sub di gossipkan mungkin sedang bercinta. Make it so real. Good Luck untuk couple ni.
 
 
8. Chemistry pelakon utama ni sangat in, hoping they date for real!
 

See How they act off screen. So Ji Sub just ask her out!
 
Good Luck For This Couple!
 
 
 

Monday, November 11, 2013

Menghitung Hari...

Salam,
 
Dikala budak sekolah menghitung hari untuk cuti sekolah, disaat budak lepasan SPM menghitung hari keluar dari alam persekolahan dan di ketika budak-budak junior IPG seluruh Malaysia terutama di IPG Kampus Sultan Mizan ni excited mengalahkan senior cuti...tau la korang habis exam awal!
 
Kami senior sem 8 PISMP hanya menghitung hari, jam dan minit untuk menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah di bumi Besut tercintan ini.
 
Perasaan?
 
Tak ada perasaan, serius tak rasa apa-apa, macam blur je.
Tapi kalau tetiba ada yang start mengimbau kenangan yang tu lain kira la, laju ja nanti empangan pecah.
 
Buat junior, good luck menempuh kehidupan beberapa tahun lagi di sini.
 Kami dah habis!!!!
Kalau fikir balik...haha kesian junior, lambat lagi la korang.
Sori la, nanti korang dah senior korang akan tahu perasaan ni.
 
Anyway, layan la gambar re-creation untuk kelas Kajian Sosial ambilan Jan 2010.
 
Gambar masa muda remaja dan sekarang muda dewasa! Gambar diambil tempat yang sama, dan posing dalam keadaan yang lebih kurang sama.
 
Ce cari mana Tiera!





Harap halal ye kawan2.
Tiera amek risiko tunjuk gambar huduh, tak pe sekarang ok la sikit walaupun tak banyak berubah.
 
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang!
 

Thursday, November 7, 2013

Novel Online!

Salam,
*STICKY POST*
~scroll bwh utk entri terbaru~

Haa, oleh kerana sudah post kan tiga bab untuk novel terbaru online, harap-harap yang dah baca bole bagi feedback ye. Menarik ke, tak menarik. Ada kesalahan atau idea? Bole komen, kalu malas boleh letak kat shout box.
Thanks sebab membaca, komen anda amat bermakna.
 
Kalau y baru nak baca bole klik pada menu kat atas novel online @ klik pada tajuk novel di bawah.
Selamat Membaca dan mengomen.
 
 
Konon Heroin  dan Hero nye..hehe

 

Aku Yang Harus Pergi 4

Scoop 4

                “What we have to do now? The deal is off!” Jeritan didalam rumah itu mengejutkan dia dari tidur. Budak lelaki itu menggosok matanya dan perlahan-lahan mengintai dari pintu bilik. Seorang lelaki dan perempuan sedang bertengkar.
“I’m going to keep him then” perempuan itu bertegas. Satu penampar hinggap kepipi perempuan itu sehingga dia terjatuh kelantai. “I don’t care what you’re going to do just don’t involve me in it” Budak lelaki itu terkejut apabila lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang menakutkan.
***
Khairul meraup wajahnya yang berpeluh. Dia masih lagi termimpi-mimpi peristiwa menakutkan itu. Jam menunjukkan sudah hampir memasuki subuh, Khairul bangun dan menuju ke tandas.

Dia mengambil wuduk dan tidak lama kemudian azan berkumandang. Lama dia berteleku diatas sejadah, doa dipanjatkan kepada Ilahi, syukur dia tidak terus hanyut ke dalam duniannya sendiri.

“Khai sayang, dah bangun?” Mamanya menjenguk. Khairul berpaling dan melihat wajah wanita itu mengintai di sebalik daun pintu. Senyuman terukir, Puan Hasni berpuas hati dengan perubahan yang ditunjukkan Khairul sejak beberapa minggu ini. Kalau dahulu anak lelakinya itu yang terakhir sekali bangun, kini dialah yang pertama.
Selesai mandi, dia menyarungkan kemeja santai bewarna pink pucat dan sepasang slack kelabu. Kot nipis bewarna sepadan di sarungkan diluar. Rambutnya disisir rapi mempamerkan sideburnnya yang kemas. Kumisnya dipotong pendek menyerlahkan wajahnya yang bersih dan cerah. Aroma sarapan pagi yang disediakan mamanya segera memanggil perutnya yang mula terasa lapar. Dia mencapai beg sandangnya dan turun kebawah. Hari ini sudah hampir dua minggu dia memulakan kerjanya di hospital dan semakin sibuk.
“Amboi sekarang ni, anak mama makin segak. Teh ke milo sayang?” Puan Hasni menegur. “Teh je ma, biasa je saya. Sampai hospital nanti semua sama, pakai gaun putih tu” Khairul membalas cuba melawak walaupun dia tidak biasa lagi.
“Khai, apa cerita kamu dengan Julia, bila nak lansung? Ayah dengan ibu dah sedia dah ni” Ayahnya yang kushuk membaca akhbar bersuara di sebaliknya.
 “Err, entah. Semua atas Julia, rasanya dia belum sedia lagi, yelah saya pun baru lagi kerja, busy sikit. Nanti dah lama sikit okey la”.
”Lama lagi? Jadi doctor ni Khai sampai bila pun sibuk, ayah tahu. Pujuk-pujuk la Julia tu, cepatkan ok?” Ayahnya melipat akhbar dan menghirup tehnya. Kairul mengangguk.
***
Sampai di pejabat dia chek in masuk ke pejabatnya, kini genap dua minggu di wad kanak-kanak, dekor pejabatnya mula menunjukkan stailnya yang tersendiri.

“Hello,hello?” Fahmi menjengah di sebalik pintu pejabat Khairul. Fahmi doctor lama di situ, sudah tiga tahun bekerja di bahagian pesakit luar namun umur mereka hampir sama. Oleh kerana Fahmi juga pernah tinggal sebentar di Canada maka mereka cepat menjadi rakan.
“Tak ada kerja lagi ke?” spontan sahaja dia bertanya.
“Hish, jadi doktor ni mana pernah berhenti kerja Khai, kau amacam dah bole sesuaikan diri?” Fahmi melabuhkan duduknya diatas kerusi empuk dihadapan meja Khairul, kerusi baru. Khairul mengangguk sambil tersenyum.
“Not bad, ok la bagi hospital kerajaan, kemudahan semua ada. Kat sana swasta so problem banyak kan?” Mereka ketawa, faham akan maksud tersirat.
“Your wife amacam?” soalan Khairul menarik minat Fahmi. “Haaa, dia sihat. Nasib baik tak elergik sangat, dah mula mengidam dah” Fahmi teruja. Maklumlah anak sulung, baru dia menerima berita gembira isterinya mengandung bulan lepas dan kini kandungan memasuki bulan ke 4.
“Enough pasal aku, kau tu bukan dah bertunang. Tunang kau kerja besar sangat ke sampai tak ada plan nak kahwin lagi ni?” Jantung Khairul berdegup kencang. Berdebar dia soal kahwin-kahwin ni.
“Err, x de la. Dia cikgu sekolah rendah…” “Haa, susah mana sangat. Jadi masalah apa?” Fahmi memotong.
“Tak susah, just kami ada masalah. Dia macam tawar hati dengan aku, mungkin sebab lama sangat berpisah”
“Kayu tiga?” Khairul melemparkan buku kepada Fahmi tanda tidak bersetuju. “Bukan eh? Habis?” Fahmi mencebik. “Ntah, aku kena pujuk dia dulu” malas dia mereka-reka cerita kepada kawannya itu.
“Dugaan bertunang dan dalam kes kau ni dah lama sangat. Lelaki macam kau ni, hensem. Rugi la kalau dia tak nak kat kau. Dia cantik ke?” Laju saja Fahmi mengomen. Khairul mengangkat bahunya sambil tersenyum.
“Perghh macam cantik je. Dah, nanti lunch sekali aku bawak kau pergi tempat makan baik punya” Fahmi beredar membiarkan Khairul meneruskan tugasnya.

***
Suasana di sekolah tempat Julia bekerja kelihatan tenang, perjalan waktu pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar apabila tiada pergerakan murid di luar kelas berlaku.

“Eh, bukan awak budak yang berhenti sekolah baru-baru ni?” kerani sekolah tekun meneliti satu surat yang diberikan oleh seorang budak lelaki di pejabat sekolah. Kelihatan seperti pelajar sekolah menengah.
Budak itu mengangguk, mengiyakan sahaja. Sekarang waktu sekolah tetapi dia hanya berpakaian biasa sahaja. Selesai kerani itu membaca surat yang diberikan budak itu. Dia menarik satu fail dan menghulurkan kepada pelajar itu.
“Cari nama kamu, nanti saya check sijil UPSR awak tu” kerani membiarkan budak itu membelek senarai nama bagi calon UPSR tahun 2009. Budak itu akhirnya menunjukkan namanya didalam senarai nama tersebut. “Emmm, Ahmad Zaki Bin Aswad. Awak tingkatan 4 sekarang kan? PMR macam mana dulu?”
“Ok, 5A…” pendek Zaki membalas, dia segan. Kalau saja dia tidak perlukan dokumen itu, jangan harap dia akan menjejakkan kakinya ke sekolah ini. Dia malu dengan seseorang.
“Sijil ni untuk awak kerja ni? Muda-muda macam ni dah kena berhenti belajar” kerani itu menghulurkan sijil keputusan UPSR kepada Zaki. Zaki tersenyum tawar, bukan dia minta semua ni.
“Haihh, apa nak jadi. Bukan Cikgu Julia ajar awak ke? Kalau dia tahu..entah la”kerani itu mengeluh lagi. Mujur hanya mereka berdua sahaja didalam pejabat itu, kalau tidak berair telinga Zaki mendengar pelbagai komen-komen kakitangan sekolah yang lain.
“Kenapa? Kenapa dengan saya?” suara itu tiba-tiba membuatkan mereka berdua berpaling dan melihat Julia berdiri sambil membawa beberapa barang BBM, mungkin untuk digunakan semasa kelas nanti. Julia melihat budak lelaki itu dari atas ke bawah. Budah itu tersenyum janggal dan takut-takut. Julia melepaskan BBM nya dan jari telunjuknya ditujah kemuka budak itu.

“Yaahhh, Ahmad Zaki!” belum apa-apa lagi budak itu terus melarikan diri. Julia kelam kabut mengumpulkan BBMnya ketepi dan ikut mengejar budak itu. “Berhenti! Berhenti cikgu kata, jangan berlari waktu P&P!”
“Cikgu pun lari jugak!” sempat lagi budak itu menjawab. Zaki tak kira, inilah  orang yang paling dia nak elak, nasib sajalah dia terserempak dengan bekas gurunya itu. Sijil ditangannya digenggam kemas, tak berbaloi kalau tercicir, takkan terlintas dia nak datang semula menebalkan mukanya di sekolah ini. Zaki menghala keluar dari sekolah dengan Julia berlari di belakang. Nasib baik hari ini dia mengajar Pendidikan Jasmani, track suitnya membantu dia berlari dengan sopan lagi santun.
“Kenapa pulak tu?” Beberapa orang kampung yang sibuk melepak di warung kopitiam terganggu dengan bunyi bising itu.
“Aku dengar sekolah ni masuk sekolah cemerlang…” yang mendengar hanya mengamgguk. Mata menjeling, tangan menggerakkan buah dam aji di meja. Ada juga yang leka membincangkan isu-isu semasa, tak pe kita bincang.
“Ooo, kes stress la ni kot” pelayan kedai menyampuk sambil menghidangkan air yang di pesan. Mereka hanya tersenyum.

***

Julia menghela nafasnya panjang, penat dia main kejar-kejar kesana-kemari. Akhirnya, dapat jugak dia menumpaskan budak ni. Matanya menjeling dan bertembung dengan jelingan Zaki.
“Cikgu lepaskan saya” Di kaki Julia, Zaki terduduk dengan tangannya terikat. “Perlukah ikat-ikat macam ni, cikgu? Salah disisi undang-undang" Zaki meronta-ronta namun dia terhenti apabila pandangan tajam Julia memanah tepat ke mukanya.
"Cikgu dah dengar...kenapa kamu berhenti?"

Pertanyaan itu membuatkan Zaki terdiam.

“Kamu duduk dengan kakak kamu sekarang?” Julia bertanya dan Zaki mengangguk. “Hmm nak pulak kakak kamu ambil kamu?” sengaja nadasuaranya di siniskan.
“Tapi dia kakak saya, itu memang tanggungjawab dia”
“Tak jugak, kalau dia nak dia boleh abaikan awak. Awak pernah terfikir kenapa dia masih jaga awak?" sengaja dia membiarkan Zaki berfikir.

"Cikgu bukan suka-suka kejar awak, tapi cikgu kesian, dan sekarang cikgu tak tahu jika cikgu patut kesian pada awk atau kakak awak”
“Ingat, dalam dunia ni pendidikan adalah penyelamat awak. Think about it, ok?” Julia mengebas seluarnya dan berpaling untuk pergi. Hampir-hampir dia terlanggar tubuh seseorang.

“Adoii, siapa pulak ni?”
“Kenapa main kejar-kejar macam orang tak betul ni?” Julia membulatkan mata dan kakinya automatic berundur. Terkelip-kelip matanya melihat Khairul berdiri dihadapannya.
“Siapa tu cikgu?” soalan Zaki membuatkanya tersentak.
“My worst nightmare!” Khairul tersenyum mendengar bisikan itu. Ada unsur sinis disitu.

Tuesday, November 5, 2013

Tips:- Memilih Suits Yang Sesuai Untuk Lelaki

Salam,

Perkongsian sikit untuk lelaki yang berhajat untuk mencari suits yang sesuai dan muat.
 
Harap-harap ilmu ni boleh la pakai bila nak cari suits untuk bakal ehemmm...nanti.
 
Tiera suka kalau lelaki pakai suits terutamanya kalau ni pakaian kerja dia.
 
Nanti nak En. Hubby yang pakai macam ni lah..haha berangan kuat!
 

 
Kerja apa ye yang hari-hari pakai kemeja + kot bagai...hmmm...
 
 

Menarik :- 7 Sebab Kenapa Pelajar Kolej Disamakan Sebagai Seorang Tua.

Salam,

Sambil-sambil study....


Kebanyakkannya betul, terutamanya sebab 1, 4 dan 7. hehe.

Happy studying!

Sunday, November 3, 2013

Keputusan Final Piala Malaysia 2013:- Kelantan lwn. Pahang

Salam,

Tiera bukanlah peminat bola sepak sangat tapi malam ni di bilik tv penuh kawan-kawan berkumpul untuk tengok bola.
 Saja lepak-lepak.
Nak sokong sapa? Kedah x dak...emm sokong Klantan la, sebab Besut dekat ngan Kelantan.

High hopes gila. Tapi berikut keputusan yang dicapai....................

Pahang menang dengan keputusan 1 gol tidak berbalas.
Gol dimasukkan oleh pemain kelahiran Argentina, Matias Conti kalau tak silap, hensem orangnya.
Gol dimasukkan pada separuh masa kedua.
Beberapa minit terakhir nampak la Kelantan memang serang habis-habisan tapi nasib tak berpihak kepada mereka.
Tahniah buat Pahang.
 
Terkejut jugak diorang kalah, menjerit-jerit kitaorang masa Kelantan serang.
Apa-apa pun adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah.
Ni ulasan dari orang yang tak tahu sepatah habuk pasal dunia bola, tahu sokong jela.
Until next time....
 
GOMO Kelate GOMO!

Friday, November 1, 2013

Meet My Cute Cats!

Salam,
 
Perkenalkan kucing-kucing peliharaan Tiera
 
Dulu suka sgt bela kucing tapi lepas mak Tiera lahirkan dua adik kecil so kena stop bela takut lelah. Jadi skrg diaorg dah besar-besar, abah Tiera beli kucing melalu Mudah.Com. Laman web ni best jugak sbb kita boleh cari macam2 benda dengan harga yang bole nego sbb beli dr org persendirian kan.
 
Hi korang, kite muda lg time ni.
Meet A'tam. kucing baka Domestic Long Hair.
Ayah A'tama baka flat face tapi campur ngan mak dia so x flat face mana jadinya.
Kami beli dengan harga RM100 ++.
Gambar ni masa umur dia dalam 1 tahun.
Sekarang dia umur dlm 5 tahun.
Ekor dia sangat kembang Tiera panggil feather duster, asik tepacak je.
Mata dia sangat bulat dan suka buat mata merayu macam puss in boots tu. geramm~
Tak suka di pegang tapi suka duduk atas riba orang.
 
Apa tengok2? Tau la kite comel pon.
Meet Kembang.
Tiera bagi nama ni sbb dia la yang paling berbulu kembang di kalangan adik-adiknya.
Berjantina perempuan dan yang ni anak A'tam yang kali berapa...err lost count.
She's a complete replica of A'tam (sebijik masa A'tam muda2 dulu)
A'tam pragnent skali lg dan dia dipulaukan A'tam.
Sian dia, isk2~
 
 
Bwekk~!
 
Baru-baru ni lahirlah 3 ekor anak A'tam yang baru.
Lain terus corak dia dari mummy dia.
 Kucing mana la dia jumpa kali ni. huhu.
A'tam sangat suka menjelis lidah nya pada sesiapa dia jumpa.
 
 
 
Baik tak saya? Baik kan? Hehe
 
Akhirnya, Kembang diterima semula oleh A'tam.
Kembang pun jadi kakak yang baik, tolong jaga adik-adik masa mummy dia keluar pergi makan.
 
Kite suka dgn akak kite, jgn jeles. *Roll, roll*
 
Eh, ni mummy ke akak ni. Same je...lantak lah. *roll again*
 
 
Kitten yang putih ni nak bagi nama Awan la, putih bersih gitu.
Suka sangat dia gomol2 ngan akak Kembang dia.
 
We are happy family~
 
Rasanya kitaorg tak larat nak jaga semua anak-anak dia.
So kalau siapa-siapa yang berminat nak beli bole la komen kat bawah.
Tapi kena tunggu dulu besar sikit.