Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Saturday, March 31, 2012

So Sorry, Saya yang Salah~

Salam,
Aduhh, dramatik kan tajuk dia, macam Tiera dah skaitkan banyak hati manusia-manusia di luar sana. Kenapa? Mungkin secara tak langsung, hehe Tiera main teka je. Bukannya apa banyak benda yang Tiera janjikan tapi tak terbuat lagi sebab busy dengan praktikum fasa satu selama sebulan.


Nasib baik budak-budak faham Tiera mengajar tersesat bahasa utara.
Trust me, proses nak jadi cikgu ni bukannya mudah, busy gila. Bila dah kerja nanti ok la sikit. Bukan nak kata bila dah jadi cikgu lagi santai, korang still kena datang latihan sukan petang-petang, datang sekolah malam-malam untuk tuisyen budak secara free. Kalu masih bergelar guru pelatih, maknanya rajin tu kena10 kali ganda dari guru yang dah sah dilantik.

Sekarang dah dua minggu Tiera di SK. Alor Keladi. Syukur sekolah kami sangat bagus dan memahami kami sebagai guru pelatih. Selain kena belajar untuk membuat RPH dan BBM, kami kena jugak terlibat dengan aktiviti sekolah. Kena buat port folio tebal-tebal lagi, mana tahu rezeki dapat cemerlang kan?

Ni baju je yang 'fail' lain ok dah.

Dah lama kenal, budak-budak ni mula naik kepala. Amek kau hari khamis hari tu Tiera dah naik darah, bukan apa cikgu cakap kamu tak nak dengar. Cikgu dah bagi arahan, itupun dah konsider dengan korang, ikut la dulu apa yang cikgu nak. Senyap sekejap, nasib baik tak masuk bab muhasabah diri. Satu lagi tengah tension sebab kelas selepas tu kena observe dengan lecturer. Syukur, sesi P&P berjalan dengan lancar dan ikut seperti yang dirancang, banyak jugak BBM yang Tiera buat, haha tak sedar. Murid tahun 5 M semua bagus-bagus, bagus berlakon haha tapi ok la dengar juga cakap cikgu.

Banyak benda yang diceritakan sebenarnya, banyak bahan nak dibuat entri tapi sirius sibuk, balik sekolah terus membuta, penat ooo. Malam buat RPH dan BBM. Nak kena fikir aktiviti menarik lagi untuk budak-budak, kena capai objektif yang ditetapkan kalu tidak habis.

Jadi baki lagi dua minggu, kena observe sakali lagi dengan lecturer dan dua kali lagi dengan guru pembimbing dan satu sesi pengajaran dengan partner praktikum. Banyak ooo, semua kena prepare.

Jadi nak tanya, apa pendapat korang tentang dunia keguruan? Setakat yang korang tahu, susah ke senang jadi cikgu?

P/S: Soalan wajib ditanya murid kepada guru praktikum "Cikgu nikah tak lagi?" *toink, toink* "Belum lagi sayang oii"

Wednesday, March 21, 2012

Barangan Garnier Untuk Direbut #1 by Pupel Liyana

Salam,

Lama tak join GA ni. sekali lagi tanpa segan silu dan konfidennya Tiera join Pupel Liyana punya GA.


Lama dah Tiera pakai Garnier ni, dekat 5 tahun. Cerah ke? Tak la sangat, macam mana nak cerah, aktiviti main panas selalu je ada. Tapi muka Tiera jarang naik jerawat sejak pakai, cuma kalau pakai Gernier Biru tu je macam letak baja utk jerawat, tak sesuai sangat dan rasa tak bersih mana muka ni. Tiera pun pkai gak eye roll tu tp dah lama tak beli baru. Harap-harap dapat la ye, jimat sikit duit.
Nak Join tekan SINI.

Monday, March 19, 2012

Hari Pertama Mengajar~!!!

Salam,

K, hari ni short entri only. Skrg tengah ketaq gila tunggu 8.50 pagi nak masuk kelas 5 S utk subjek PSK (Sivik). Sirius kot, tak pernah nurvous sampai tahap gaban macam ni. 5S kelas nombor dua tapi ada dua kelas je pun setiap tahap, Tiera amek dua-dua kelas ajar KT dan PSK. Huhu sakit perut pun ada gak ni~ Doakan, budak-budak ni tak buat perangai~

Friday, March 16, 2012

Fat Cat a.k.a Defcon's Girl

Salam,

Cuti ni, Tiera memang terpaut hati dengan lagu-lagu dari seorang pendatang baru dalam dunia nyanyian di Korea. Dia comel sangat dan debut as a solo artis. Kemunculan pertamanya dalam mv seorang artis lain bernama Defcon sebagai artis jemputan. Orang tak kenal dia lagi masa tu dan asik panggil dia Defcon's girl. Rupanya dia suka dipanggil sebagai Fat Cat, kenapa ye nama tu? By the way umurnya..same as mine...wahaha.

Ni la Fat Cat

Akhirnya sebab dia ni terlalu popular walaupun tanpa lagu sendiri dia akhirnya debut dengan lagu My Love, Bad Boy. Kalau nak dengar boleh bukak music player kat atas ye, dua dr lagunya ada kat atas. Lagu pertamanya tak ada mv, maybe baru nak cuba nasib kot, tapi kemunculannya dia memang gempak dengan rambut merah dan tariannya yang sharp.

Untuk kemunculan lagu ke dua Is Pretty Is Everything, kemunculannya dari rock berutukar terus kepada sweet dan comel. Lain sangat sampai tak kenal. Tapi lagu kedua Tiera super-super suka, like a thousand times. Tiera pernah pos pasal mv dia sebelum ni.

Baru je tadi, Tiera jumpa lagu ketiga dia yang berkonsep balada dan penampilan yang sama (sweet and super cute) Like A Dream. Suara dia memang best. Oleh sebab dia artis baru lagi so tak banyak lagi pasal dia, harap nanti dia berlakon pulak, Tiera mesti akan tengok.



 
Kiut kan? Except her makeup, tebal gak tgk. Maybe dia nak bual ala-ala fairytale kot.

Thursday, March 8, 2012

Lelaki suka perempuan cantik je ke?

Salam,

Lama tak buat entri. Mulai minggu depan akan sibuk dengan praktikum. Tiera dah tahu siapa pensyarah pembimbing, huhu nasib baik perempuan, baik pulak tu. Syukur~
Petang tadi siap beli 'hadiah' utk bakal anak-anak murid SK. Alor Keladi, Jerteh. Sabor ye, minggu depan cikgu datang, "kalau korang nakal, cikgu bagi bawang sebagai 'hadiah'"(Che Da, 2012) hehe.

Anyway, take a look at this mv. keep me wondering. Kiut plak tu.


Rambut dia masa pendek adalah super kiut. Love this song.

Sunday, March 4, 2012

1st Segmen:- Jom Review Blog Kami...

[ Ini adalah Sticky Post yang akan bertahan sampai 4 March, scroll ke bawah untuk entri terbaru ]

Segmen Ditutup!
Salam semua,

Hari Tiera teringin nak buat segmen PERTAMA sempena ulang tahun 100 Follower Tiera hehe (kanak-kanak Rebina, nak wat guane gak). Segmen ni ada kelebihannya, Tiera boleh tolong famous kan blog anda and thats mean win to win situation kan?



Apa yang Tiera akan lakukan, Tiera akan buat sticky post yang bertahan selama  seminggu untuk review blog korang. Setiap pos akan paparkan 5 blog (bergantung pada jumlah penyertaan)  dengan 5 kelebihan yang Tiera dapat kesan ok?

Syarat-syaratnya.

1. Wajib Follow Blog ni, tp kalau tak sudi tak pelah~ T_T
2. Copy Banner y Huduh kat atas ni dan buat satu entry bertajuk "1st Segmen:- Jom Review Blog Kami by Tiera " dan link balik ke blog ni.
3. Tag atleast seorang kawan. Ini akan membantu meningkatkan penyertaan dan ramai la y review blog korang. (tapi kalau malas apa bole buat)
4. Peserta lain boleh follow atau BW sesama korang ye. (*tak wajib)
5. Sila tinggalkan url blog kat kotak komen untuk Tiera terjah dan follow korang k?

Senang je kan? Tiera akan listkan blog korang dalam tab Exchange Link untuk peserta lain BW. ok tak?

Hadiah? Haha, follower meningkat je kot hadiahnya, ini hanya segmen, tak berdaya lagi nk buat GA.

P/S:- penyertaan bawah dari 5, automatik segmen ni batal.

Tarikh tutup:- 3 March 2012, pukul 12 tengah hari