Dalam dua hari lagi tahun baru akan menjelma la kan, So ujung2 bulan ni mesti ramai y dah pokai apatah lagi admin y tulis ni haa~
Roadtax pun dah mati, nasib baik ehsan ibubapa tolong jugak barukn balik roadtax..hehe nasib badan. Utk tahu 2012 bermakna Tiera akn bergelar pelajar PISMP Sem 5. Tahun dpn pulak akn berdpn dgn praktikum...brrrr...sebut je dh ketaq.
Credit... |
1. Amalkan Peraturan 10%
So biasanya elaun tak dpt bulan2, tak tau la kalau PTPTN dpt bulan. Seksa ooo kalau dpt bulan. Mcm IPG ni, dia bagi sedebik terus utk satu sem, IPG Tiera la. So simpan la sikit dari duit tu dlm bank, paling sikit 10% ke. Bak kata mak Tiera dia siap bole bg atuk Tiera duit belanja lg tau, dulu elaun mana byk mcm sekarang. Tiera simpan jgk tp x konsisten, utk beli kereta bila dh keje nanti.
2. Wujudkan Dana Kecemasan.
Haa, y ni penting jugak. Mcm Tiera bwk kereta ke kampus so mmg la kena ada duit 'just in case' kan. Tp x buat pon. Kalau rajin buat la. Cuma sekali je Tiera pernah buat, tu pun sbb nk bercuti pnya pasal. Simpan Rm 10 seminggu. Dpt gak Rm100 akhirnya..haha.
3. Amalkan Tabiat Melabur
Melabur ni tak pandai sangat, tp adalah akaun dlm Amanah Saham Malaysia tu. Cuma kalau nk melabur, selidik dulu latar belakang tmpt y korang nk melabur tu. Jgn pergi tmpt y salah sudah.
4. Buat Perbandingan Semasa Membeli Belah
Yang ni kalau perempuan diaorg rajin la. Lelaki agaknya main sambar je kot???? Hehe. Jalan2 dulu jgn tgk berkenan main ambik je, tgk2 tmpat lain tgh sale tak ke frust. Tp kalau Tiera memang kalau dh berkenan main ambik je. Tp tgk jugak kualiti brg y murah tu, tak semua brg murah tahan lama. Bergantung lah pd kemampuan masing2.
5. Potong Kad Kredit anda?
Kad kredit??? Apa kad kredit?? Apakah student pun dh mampu pakai kad kredit? Wahh, hebat la korang.
6. Kurangkan Bil Elektrik
Ni utk pelajar2 y sewa rumah diluar kawasan kampus. Mcm Tiera semua wajib duduk dlm asrama so beres la bab elektrik ni. Bg y tak jimat2 la ye. Jgn la tinggalkan bilik kipas, lampu, laptop semua on. Sesekali padamkan lampu awal, pakai lilin ke. Romantik gak kan? :-P
7. Jadilah Pelajar Yang Bijak
Sbb korang bijak lah korang belajar kat IPT dan IPG kan? So kalau buat tugasan tu bule je kalau nk cetak dua2 belah muka. Pastu beli isian semula dakwat printer bukannya katrij baru terus. Tak salah rasanya n x rosak pun printer korang tu. Kalau dh lama barulah tukar katrij. Y ni Tiera amalkan sirius jimat. Pastu guna kemudahan kampus dgn sebaik mungkin cth macam cybercafe ke, perpustakaan ke dan tempat fotokopi.
8. Guna Kad Pelajar
Kad pelajar memang berguna, tp bg pelajar IPG di Besut tercinta ni, bule pakai ke? Kalau kat KL bula la utk naik LRT ke, beli buku ke, makan ke? Tah la tak tahu byk lg pasl fungsi kad pelajar IPG tp kalau IPT lain mungkin amat berguna.
9. Guna Pengangkutan Awam
Bg y duduk di kawasan y memang byk pengangkutan awam tu memang bagus. Baik pakai bas @ LRT je. Kat IPG Besut ni memang jarang ada bas utk kesana, kemari. Bayang teksi lalu depan kampus pun susah. Byknya 'kereta sapu' je.
10. Guna Internet utk Buat Panggilan
Bagus gak idea ni. Bule la kalu korang chat ngan BF korang kan, rindu nk dgr suara ke. Kan ada kemudahan utk buat online call. Bukan je bole ckp puas2 tp x pyh byr sesen pun.
So? Tunggu apa lagi. Boleh dah mula dr sekarang. Harap2 korang rasa lebih kaya sikit. Tak adalah hujung semester rasa pokai dah ke, nk pinjam malu plak. Karang pinjam susah nk bayar pulak, ada jugak manusia mcm ni. Pinjam bukan main lagi, nk byr pandai2 la ingat takkan nak tunggu org mintak pulak kan malu pulak. Bila mintak emo2 kat kita plak...errr..hehe. Good Luck n Happy New Year (bak kata org barat). Peace~
No comments:
Post a Comment
Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~
Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^