Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, March 8, 2010

New Korean Drama for 2010

Untuk memulakan demam Korea pd tahun 2010 nih, Tira akan suggest korang tengok citer ni best punya!

Creating Destiny

Dia punya poster jer dah nampak menarik kan?

Tira terjumpa citer ni kat MySoju je, rasenye citer ni kuar 2009 kot tp x tayang lg kat TV so sesapa nak tengo sila la lawat MySoju. BEst sume citer Korea, Jepun, Taiwan ada kat sana, click saje.

Apa pun citer Creating Destiny ni menarik sebab teraju utama dia Eugene...lakonan dia memang bagus sebelum ni so tak hairan la kalu drama kali ni pun dia best. Pelakon lelaki pulak muka-muka baru tak begitu popular la kat Malaysia ni tp satu Tira cakap...hensemmmm...

Eugene sebagai Sang Eun

Ki Tae Young sebagai Yeo Joon

Ok, kat sini Tira cite pasal sinopsis dia la..

Cite ni bermula dengan San Eun yang dah lama menetap kat Australia sejak ibu dia meninggal masa dia kecik-kecik. Ayah dia pulak memang kuat memegang tradisi Korea. Ayah dia lebih tak tahan bila Sang Eun bawak balik teman lelaki mat saleh ke rumah dan cakap dia nak kawin dengan lelaki tu. Ayah dan atuk dia ligat fikir cam mana nak halang hubungan pasangan tu dan ayah dia teringat pasal janji yang di abuat ngan kawan lama dia untuk jodohkan anak diaorang. Ayah Sang Eun pun paksa la dia balik korea untuk berjumpa dengan bakal tunang dia Yeo Joon seorang doktor pakar kat hospital. Yeo Joon ni tak dak girlfriend sebab sibuk je memanjang sampai orang kata dia gay. Dia jua terlalu pembersih, terlalu kemas dan suka bekerja. Bila keluarga dia suruh dia kawin ngan Sang Eun dia membantah keras dan diaorang pun memang sama-sama tak suka. Tapi lepas kena paksa n lepas timbul isu Yeo Joon gay ke tak, Yeo Jun dan Sang Eun pun pakat-pakat mengalah tp bersyarat. Sang Eun terpaksa bertahan satu tahun dengan Yeo Jun pastu semuanya akan selesai. Tp masa membuatkan dia jatuh cinta dengan doktor tu. Tp hadir pulak orang ketiga dalam hidup masing-masing. Sang Eun jumpa dengan kawan sekolah lama dia yang jatuh cinta dengan dia. Yeo Joon lak jumpa dengan ex-girlfriend dia balik. So macam mana?

How Sweet...

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^