Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Tuesday, January 3, 2012

Belajar Untuk Memimpin

Salam,

Hari ni first day masuk ke kelas, syukurlah Ketua Unit untuk semester ni kawan baik Tiera sendiri. Bukan kata dia kawan baik so boleh gula-gulakan dia tp kita respect dia n bantu untuk jadi ketua yang baik. Selaku bakal guru ni terpanggil la jugak nak mengulas tentang kes A*** A***, sbb dia turunkan bendera PM masa tengah syiok berdemo.

Bukan nak menyibuk ke apa, tp sekadar memberi pendapat diri sendiri dan tak berniat nak menyinggung siapa pun. Harap-harap Tiera ni tak 'biadap' ye?

Hal Akta Auku. Perkara y di highlightkan adalah kebebasan berpolitik.

Satu perkara yang Tiera nak tanya kepada semua bakal guru dan tak terhad jugak lah pada semua pelajar yang ke IPTA/IPTS?

Korang kesana untuk berpolitik ke atau nak belajar?

Bagi Tiera, masuk ke IPG ni Tiera nak belajar, kekalkan pointer yang best sbb nanti mudah Tiera nak sambung master. Lepas tu Tiera nak kerja sebagai pendidik elok-elok.

Tak salah kalau nak belajar selok-belok berpolitik, mungkin dia nak jd YB ke pas grad, tp berpada-pada lah. Bak kata tuan punya badan y berdemo tu A*** A***, dia kata kedua ibubapanya sokong dia buat macam tu. So tak boleh nak kata apa dah, anak punya pasal kan semua sayang. Tp mana tahu jauh disudut hati kecewa juga, sia-siakan bertahun belajar pastu entah kemana.

Segelintir orang melayu hanya syok sendiri je. Org kata adrinalin tengah naik so macam-macam la yang jadi. Tolong la jangan berlagak sombong biarpun orang yang berdepan dengan kita tu memang pandng rendah dengan kita. Kita bakal guru so kalau nak bidas, bidas berilmiah. Bak kata orang biar orang 'malu alah' dengan kita. Biar dia malu sbb dia tak boleh sampai sama taraf dengan apa yang diri kita telah capai.

Jadi biarlah kita dipihak yang betul baru berani berdiri tinggi, ni nak bantah hal2 belajar, masuk ke kelas pun malas kan? Dia pulak yang sibuk kedepan? Ooopss~

Tiera cakap bedasarkan pengalaman, pernah digula-gulakan oleh pihak tertentu biarpun bukan secara individu.

Orang politik ni, dia suka gunakan kita yang tak berpengalaman sebagai bahan untuk dia naik, jadi kita la kena bijak sendiri kan?

So, bakal guru? Tepuk kepala tanyalah otak. Gud luck untuk sesi pembelajaran 2012.

Monday, January 2, 2012

Happy New Year 2012

Salam semua,

Haha baru je baca pasal Blog Fatin Liyana y tersenarai sebagai 10 Carian Paling Fofular 2011 di Google. Huhu. Blog aku ni, aku sorang je y syiok baca sendiri-sendiri. Tapi tak pe, berkat kerajianan aku y tak seberapa ni meningkat juga trafik blog I. Al-maklumlah tuan blog ni bukannya lawa mana pon (*rolling eyes* menyampah)..hehe

Anyway, sori la aku ni memang lembab sikit bab New Year ni sbb biasanya aku sambut Maal Hijrah...Oooops..haha...betul pa.

Esok Tiera akan bertolak pulang ke Besut. Rindu la nk jumpa kawan-kawan, lepak kat cafe, stalking org...errr~
Apa-apa hal pon benda baru mesti la bersemangat waja. Perjalanan esok sangat lah sunyi so sapa-sapa y nak join bule la temankan utk 1 jam 30 minit dalam kereta ke IPG Kampus Sultan Mizan. Halfway je hot.fm ok pastu mula nak rap-rap, semua penyampai jadi rappers belako, menyampah tul.

Azam tahun ni?

1. Kuruskan badan...macam biasa tegok ja azam nih?
2. Kwn Tiera yang sorang ni tegah mengembangkan jajahan dia, so bilik dia bebas dikunjungi tnpa ada segan silu dgn roomate dia, buleh lepak kerap sikit.
3. Simpan duit beli kereta.
4. Renew half of my wardrobe
5. Indipendent and lebih tekun dlm buat2 kerje ni
6. Jangan bertangguh, especially assingment sbb taun ni praktikum.
7. Be a friendly Teacher! ^_^
8. Hilangkan gugup masa mengajar
9. Lebihkan beribadat pada Allah....amin~
10. Cari BF ???????????????????????????????????????????????????????????????????????????


Hehe, malulah y ke 10 tu...korang macam mana? Hope 2012 menyediakan pelbagai perkara y menarik kepada kita semua...insyaallah.

Friday, December 30, 2011

10 Tips Jimat Cermat (Khas Utk Pelajar Kampus)

Salam semua,

Dalam dua hari lagi tahun baru akan menjelma la kan, So ujung2 bulan ni mesti ramai y dah pokai apatah lagi admin y tulis ni haa~

Roadtax pun dah mati, nasib baik ehsan ibubapa tolong jugak barukn balik roadtax..hehe nasib badan. Utk tahu 2012 bermakna Tiera akn bergelar pelajar PISMP Sem 5. Tahun dpn pulak akn berdpn dgn praktikum...brrrr...sebut je dh ketaq.

Credit...
Ok, utk anda2 semua y bakal menadah tangan utk elaun di kampus masing2, tak kiralah PTPTN ke @ elaun IPG ke. Beringatlah dulu ye, ni tips utk korang, harap amalkan~

1. Amalkan Peraturan 10%

So biasanya elaun tak dpt bulan2, tak tau la kalau PTPTN dpt bulan. Seksa ooo kalau dpt bulan. Mcm IPG ni, dia bagi sedebik terus utk satu sem, IPG Tiera la. So simpan la sikit dari duit tu dlm bank, paling sikit 10% ke. Bak kata mak Tiera dia siap bole bg atuk Tiera duit belanja lg tau, dulu elaun mana byk mcm sekarang. Tiera simpan jgk tp x konsisten, utk beli kereta bila dh keje nanti.

2. Wujudkan Dana Kecemasan.

Haa, y ni penting jugak. Mcm Tiera bwk kereta ke kampus so mmg la kena ada duit 'just in case' kan. Tp x buat pon. Kalau rajin buat la. Cuma sekali je Tiera pernah buat, tu pun sbb nk bercuti pnya pasal. Simpan Rm 10 seminggu. Dpt gak Rm100 akhirnya..haha.

3.  Amalkan Tabiat Melabur

Melabur ni tak pandai sangat, tp adalah akaun dlm Amanah Saham Malaysia tu. Cuma kalau nk melabur, selidik dulu latar belakang tmpt y korang nk melabur tu. Jgn pergi tmpt y salah sudah.

4. Buat Perbandingan Semasa Membeli Belah

Yang ni kalau perempuan diaorg rajin la. Lelaki agaknya main sambar je kot???? Hehe. Jalan2 dulu jgn tgk berkenan main ambik je, tgk2 tmpat lain tgh sale tak ke frust. Tp kalau Tiera memang kalau dh berkenan main ambik je. Tp tgk jugak kualiti brg y murah tu, tak semua brg murah tahan lama. Bergantung lah pd kemampuan masing2.

5. Potong Kad Kredit anda?

Kad kredit??? Apa kad kredit?? Apakah student pun dh mampu pakai kad kredit? Wahh, hebat la korang.

6. Kurangkan Bil Elektrik

Ni utk pelajar2 y sewa rumah diluar kawasan kampus. Mcm Tiera semua wajib duduk dlm asrama so beres la bab elektrik ni. Bg y tak jimat2 la ye. Jgn la tinggalkan bilik kipas, lampu, laptop semua on. Sesekali padamkan lampu awal, pakai lilin ke. Romantik gak kan? :-P

7. Jadilah Pelajar Yang Bijak

Sbb korang bijak lah korang belajar kat IPT dan IPG kan? So kalau buat tugasan tu bule je kalau nk cetak dua2 belah muka. Pastu beli isian semula dakwat printer bukannya katrij baru terus. Tak salah rasanya n x rosak pun printer korang tu. Kalau dh lama barulah tukar katrij. Y ni Tiera amalkan sirius jimat. Pastu guna kemudahan kampus dgn sebaik mungkin cth macam cybercafe ke, perpustakaan ke dan tempat fotokopi.

8. Guna Kad Pelajar

Kad pelajar memang berguna, tp bg pelajar IPG di Besut tercinta ni, bule pakai ke? Kalau kat KL bula la utk naik LRT ke, beli buku ke, makan ke? Tah la tak tahu byk lg pasl fungsi kad pelajar IPG tp kalau IPT lain mungkin amat berguna.

9. Guna Pengangkutan Awam

Bg y duduk di kawasan y memang byk pengangkutan awam tu memang bagus. Baik pakai bas @ LRT je. Kat IPG Besut ni memang jarang ada bas utk kesana, kemari. Bayang teksi lalu depan kampus pun susah. Byknya 'kereta sapu' je.

10. Guna Internet utk Buat Panggilan

Bagus gak idea ni. Bule la kalu korang chat ngan BF korang kan, rindu nk dgr suara ke. Kan ada kemudahan utk buat online call. Bukan je bole ckp puas2 tp x pyh byr sesen pun.


So? Tunggu apa lagi. Boleh dah mula dr sekarang. Harap2 korang rasa lebih kaya sikit. Tak adalah hujung semester rasa pokai dah ke, nk pinjam malu plak. Karang pinjam susah nk bayar pulak, ada jugak manusia mcm ni. Pinjam bukan main lagi, nk byr pandai2 la ingat takkan nak tunggu org mintak pulak kan malu pulak. Bila mintak emo2 kat kita plak...errr..hehe. Good Luck n Happy New Year (bak kata org barat). Peace~