Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Tuesday, January 3, 2012

Belajar Untuk Memimpin

Salam,

Hari ni first day masuk ke kelas, syukurlah Ketua Unit untuk semester ni kawan baik Tiera sendiri. Bukan kata dia kawan baik so boleh gula-gulakan dia tp kita respect dia n bantu untuk jadi ketua yang baik. Selaku bakal guru ni terpanggil la jugak nak mengulas tentang kes A*** A***, sbb dia turunkan bendera PM masa tengah syiok berdemo.

Bukan nak menyibuk ke apa, tp sekadar memberi pendapat diri sendiri dan tak berniat nak menyinggung siapa pun. Harap-harap Tiera ni tak 'biadap' ye?

Hal Akta Auku. Perkara y di highlightkan adalah kebebasan berpolitik.

Satu perkara yang Tiera nak tanya kepada semua bakal guru dan tak terhad jugak lah pada semua pelajar yang ke IPTA/IPTS?

Korang kesana untuk berpolitik ke atau nak belajar?

Bagi Tiera, masuk ke IPG ni Tiera nak belajar, kekalkan pointer yang best sbb nanti mudah Tiera nak sambung master. Lepas tu Tiera nak kerja sebagai pendidik elok-elok.

Tak salah kalau nak belajar selok-belok berpolitik, mungkin dia nak jd YB ke pas grad, tp berpada-pada lah. Bak kata tuan punya badan y berdemo tu A*** A***, dia kata kedua ibubapanya sokong dia buat macam tu. So tak boleh nak kata apa dah, anak punya pasal kan semua sayang. Tp mana tahu jauh disudut hati kecewa juga, sia-siakan bertahun belajar pastu entah kemana.

Segelintir orang melayu hanya syok sendiri je. Org kata adrinalin tengah naik so macam-macam la yang jadi. Tolong la jangan berlagak sombong biarpun orang yang berdepan dengan kita tu memang pandng rendah dengan kita. Kita bakal guru so kalau nak bidas, bidas berilmiah. Bak kata orang biar orang 'malu alah' dengan kita. Biar dia malu sbb dia tak boleh sampai sama taraf dengan apa yang diri kita telah capai.

Jadi biarlah kita dipihak yang betul baru berani berdiri tinggi, ni nak bantah hal2 belajar, masuk ke kelas pun malas kan? Dia pulak yang sibuk kedepan? Ooopss~

Tiera cakap bedasarkan pengalaman, pernah digula-gulakan oleh pihak tertentu biarpun bukan secara individu.

Orang politik ni, dia suka gunakan kita yang tak berpengalaman sebagai bahan untuk dia naik, jadi kita la kena bijak sendiri kan?

So, bakal guru? Tepuk kepala tanyalah otak. Gud luck untuk sesi pembelajaran 2012.

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^

There was an error in this gadget