Tiera tengah tanam anggur sekarang, ingat nak part time tapi tak bersungguh pulak. hehe.
Ok, straight to the poin ye? Bagi yang nak isi masa lapang ke, nak tukar selera ke boleh la tengok pada tips Tiera untuk menghias bilik. Dulu bilik Tiera warna ungu, semua ungu, tapi sebab masa rumah ni baru buat ada kebocoran air maka cat ungu tu jadi bertompok tak sekata, huduh la.
Bila, lama sikit, ada duit dah boleh cat kaler lain. yea!
Ok, tiera akan mula dari awal ye, hias dari mula.
1. Cat, warna bilik.
Keep it minimal. Simple lebih baik. Trend sekarang, warna kosong dan ada corak di dinding. Bilik Tiera sekarang warna putih dgn corak rama-rama hijau dan ungu.
Buat sendiri, guna kaedah stencil. |
2. Tema
Tema bilik macam lebih pada warna tema. Kalau macam bilik Tiera warna putih, ungu dan hijau, jadi kebanyakkan prop dalam bilik warna yang sama.
3. Tak perlu prop mahal, boleh kitar semula ikut kreativiti
Kebanyakkan orang ingat nak hias bilik cantik-cantik macam interior designer bagai, memang la mahal. So sebab sedar diri jadi kita kitar semula lagi baik. Macam Tiera, jadi cikgu ni selalu dapat hadiah hari guru dari murid, tak hari guru pun murid-murid nak bagi jugak. Hehehe, tak mintak pun, tapi itu bukti murid suka kita, betul?
So, kalau dapat hadiah, macam mug yang comel-comel ke bole la fikir-fikir kesesuaian dalam bilik.
4. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Bilik Tiera untuk sampai ke tahap yang Tiera puas hati memang lama ambil masa. Nak ikut tema tak semua boleh dapat dalam masa yang terhad. So bila jumpa bekas ke atau apa-apa barang yang warna ungu atau hijau epal, memang Tiera beli untuk haisan.
5. Karpet atau hamparan.
Tiera suka kalau bilik ada carpet tambah yang lembut gitu. nak solat atas karpet tu pun best, hehe. Lagi satu karpet tu akan buat bilik nampak cozy.
sumber en google |
6. Ilusi besar
Bagi bilik yang kecil macam Tiera punya memang susah sebab kawasan minimal sangat. Jadi nak buat ilusi besar? Guna warna bilik yang cerah dan pasang cermin besar. Kalau pakai cermin yang panjang tu pun ok, murah sikit.
sumber en.google |
7. Minimalkan ruang.
Bijak gunakan ruang yang kecil. Contoh banyak baju tapi tak cukup ruang dalam almari? Lipat baju anda kecil akan jimatkan ruang. Pastu boleh la buang atau derma baju yang dah tak boleh atau tak mahu pakai. Guna kotak atau bekas simpan barang untuk lebih kemas. Tak perlu guna meja solek, cukup dengan cermin dinding pastu guna almari buku untuk letak alat-alat solek.
Sengaja susun macam ni sbb atas dia boleh letak barang, jimat tak ruang? |
8. Keep It Clean
Selalu bersihkan bilik. Kalau tak jaga tak cantik jugak bilik tu. Bilik Tiera selalu bersepah bila nak keluar. Hehe biasalah, baju bersepah sebab nak pilih pakai apa.
Ok, tu je.
Selamat mencuba.
Currently watching : Jigoku Shoujo (Hell Girl)
No comments:
Post a Comment
Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~
Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^