Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Monday, February 13, 2012

Korang Pandai Main Recorder tak?

Salam,

Haaa, kelmarin utk subjek muzik a.k.a segmen pemuzik terhebat. Tiera and the geng kena bawak recorded. Korang ingat apa itu recorder? Masa korang sekolah rendah dulu mesti wajib main kan? Tak tau la kalau ada sekolah yang advance pakai piano sorang satu.

Untuk sem lepas kami belajar kibod, terer la kot (*rolling eyes)...tapi lagu kanak-kanak je. Lagu Menghitung Hari tak dan nak khatam pastu lagu Bila Cinta pon setakat intro je haha malas nak berlatih. So bg Tiera recorder lagu penting kot kena kuasai. Ok, kalau korang beli recorder baru jenama YAMAHA sahaja , ia akan bewarna putih ye atau krim. Bak kata lecturer kami yang warna hitam atau koko gelap dah jarang dijumpai atau dijual. Masa time Tiera sekolah dulu macam banyak je kan?

Ni la recorder suprano dari Yamaha

Recorder suprano putih versi baru sikit.

Kesian kat Tiera, pakai yang zaman sekolah rendah je. Siap ada kesan kekoh (gigitan) lagi..haha..malu sih. Malas nak beli baru tapi nasib baik la lecturer Tiera cakap yang hitam (lama punya) bunyi dia lagi sedap lagi dari yang baru. Oh I dont know, sama je bunyinye. Tapi Tiera beli yang baru kot nanti, yang hitam buat spare je. Bagus kau Tiera, tak sangka dulu kena marah sebab tiup sumbang sekarang kau pulak yang kena ajar orang. Haha. So kami akhirnya dalam dua jam berlatih dapat satu lagu, Marry Had A Little Lamb..lalala. Balik je asrama semua pakat recite balik.

Ni Bass Recorder, besar ooo. Lecturer kami je y demo, kami tak main.
Recorder ada banyak jenis, ada bass, alto, suprano dan supranino...ada lagi tapi lupa. Susunan dari yang besau ke kecikkk.
Kelemahan recorder ni, tak boleh cucuk earphone ye macam kibod sem lepas. So kena tahan telinga la dengar akak-akak ni main. Nasib baik la blok B kamilah senior so, adik-adik semua tak boleh marah..muahahaha.

Bila pikir-pikir balik macam mana cikgu melayan kerena Tiera dulu-dulu sekarang Tiera pulak akan rasa benda macam tu. Kalaulah Tiera tahu yang akhirnya Tiera akan jadi cikgu, apa agaknya yang akan jadi ek?

3 comments:

  1. penah main lagu lenggang lenggang kangkung masa darjah 6 :)

    ReplyDelete
  2. ohhh, tu otw ye. Nanti cikgu ajor lgu lain..hehe

    ReplyDelete
  3. sy x pandai tapi mama sy insyaAllah boleh :)

    ReplyDelete

Thanks sudi membaca blog yang tak seberapa ini~

Jangan Segan untuk kritik blog ni, tapi yang membina la ye? BE NICE ^_^

There was an error in this gadget