Pengikut Setiaku, jemput FolloW ^^

Showing posts with label semester. Show all posts
Showing posts with label semester. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Grand Dinner 2013 and Farewell~

Salam,

Akhirnya smpai jugak 17 Oktober 2013, hari dimana y x pernah bersolek ala2 artis melaram sehabis mungkin termasuk tuan puanya belog ini.

Tanggal hari tersebut Tiera dan 10 orang rakan sekelas tlh menghadiri jamuan batch yang meraikan tamat pengajian kami PISMP sem 8 selama 5 tahun  setengah utk bergelar sbg guru. Hadoii berjangut akak tunggu grad ni tau.

Anyway, venue kami adalah di sebuah hotel 5 star iaitu Perdana Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Perghhh makanan dia punya la banya siap ada station2 lg. Station sup and ulam2. Station Nasik and lauk pauk dan tak dilupakan station dessert serta unlimited access of ice cream 6 perisa....muahaha naik la berat badan kau.

Meh kita layan posing-posing tetamu turtamanya tuan belog ni...layannnn~


Moments before sampai red carpet~
First time pkai shawl dgn yakinnya. Shawl dr Zorascarf. Baju hasil consultation mummy I, ce teka beli kat mana kalu ckap mesti terkezut..haha.

jgn main2 ada red carpet ooo, karpet warna merah.....

the venue, cantik2~

Antara makanan yang akak hamek~ hamek kau.
Ada coklat fountain bagai, so apa lg, kek, ice cream kalu bole ngan nasik2 tu nak tadah coklat.

Rakan2 seperjuangan, ada y dah bergelar puan dan bakal puan...hehe
Hanya separuh yang tinggal, separuh lagi bergolek di rumah masing2...:-P
Calon-calonnya...gud bye and will miss you guys~
Begitulah ceritanya, time org nangis2 mengenangkan akan berpisah x lama lagi, kami dua tiga orang lari keluar amek kesempatan tgkp gmbr. Masuk2 buat muka poyo je. Haha, naseb baik x tunggu kalu tidakkk~
Anyway tetap sedih cuma x tunjuk, tunjuk dalam hati je.
 
Dinner itu sgt best sbb bole melawa wif friends...haha
 
Credit gambar to my friends.
 
 

Friday, December 30, 2011

10 Tips Jimat Cermat (Khas Utk Pelajar Kampus)

Salam semua,

Dalam dua hari lagi tahun baru akan menjelma la kan, So ujung2 bulan ni mesti ramai y dah pokai apatah lagi admin y tulis ni haa~

Roadtax pun dah mati, nasib baik ehsan ibubapa tolong jugak barukn balik roadtax..hehe nasib badan. Utk tahu 2012 bermakna Tiera akn bergelar pelajar PISMP Sem 5. Tahun dpn pulak akn berdpn dgn praktikum...brrrr...sebut je dh ketaq.

Credit...
Ok, utk anda2 semua y bakal menadah tangan utk elaun di kampus masing2, tak kiralah PTPTN ke @ elaun IPG ke. Beringatlah dulu ye, ni tips utk korang, harap amalkan~

1. Amalkan Peraturan 10%

So biasanya elaun tak dpt bulan2, tak tau la kalau PTPTN dpt bulan. Seksa ooo kalau dpt bulan. Mcm IPG ni, dia bagi sedebik terus utk satu sem, IPG Tiera la. So simpan la sikit dari duit tu dlm bank, paling sikit 10% ke. Bak kata mak Tiera dia siap bole bg atuk Tiera duit belanja lg tau, dulu elaun mana byk mcm sekarang. Tiera simpan jgk tp x konsisten, utk beli kereta bila dh keje nanti.

2. Wujudkan Dana Kecemasan.

Haa, y ni penting jugak. Mcm Tiera bwk kereta ke kampus so mmg la kena ada duit 'just in case' kan. Tp x buat pon. Kalau rajin buat la. Cuma sekali je Tiera pernah buat, tu pun sbb nk bercuti pnya pasal. Simpan Rm 10 seminggu. Dpt gak Rm100 akhirnya..haha.

3.  Amalkan Tabiat Melabur

Melabur ni tak pandai sangat, tp adalah akaun dlm Amanah Saham Malaysia tu. Cuma kalau nk melabur, selidik dulu latar belakang tmpt y korang nk melabur tu. Jgn pergi tmpt y salah sudah.

4. Buat Perbandingan Semasa Membeli Belah

Yang ni kalau perempuan diaorg rajin la. Lelaki agaknya main sambar je kot???? Hehe. Jalan2 dulu jgn tgk berkenan main ambik je, tgk2 tmpat lain tgh sale tak ke frust. Tp kalau Tiera memang kalau dh berkenan main ambik je. Tp tgk jugak kualiti brg y murah tu, tak semua brg murah tahan lama. Bergantung lah pd kemampuan masing2.

5. Potong Kad Kredit anda?

Kad kredit??? Apa kad kredit?? Apakah student pun dh mampu pakai kad kredit? Wahh, hebat la korang.

6. Kurangkan Bil Elektrik

Ni utk pelajar2 y sewa rumah diluar kawasan kampus. Mcm Tiera semua wajib duduk dlm asrama so beres la bab elektrik ni. Bg y tak jimat2 la ye. Jgn la tinggalkan bilik kipas, lampu, laptop semua on. Sesekali padamkan lampu awal, pakai lilin ke. Romantik gak kan? :-P

7. Jadilah Pelajar Yang Bijak

Sbb korang bijak lah korang belajar kat IPT dan IPG kan? So kalau buat tugasan tu bule je kalau nk cetak dua2 belah muka. Pastu beli isian semula dakwat printer bukannya katrij baru terus. Tak salah rasanya n x rosak pun printer korang tu. Kalau dh lama barulah tukar katrij. Y ni Tiera amalkan sirius jimat. Pastu guna kemudahan kampus dgn sebaik mungkin cth macam cybercafe ke, perpustakaan ke dan tempat fotokopi.

8. Guna Kad Pelajar

Kad pelajar memang berguna, tp bg pelajar IPG di Besut tercinta ni, bule pakai ke? Kalau kat KL bula la utk naik LRT ke, beli buku ke, makan ke? Tah la tak tahu byk lg pasl fungsi kad pelajar IPG tp kalau IPT lain mungkin amat berguna.

9. Guna Pengangkutan Awam

Bg y duduk di kawasan y memang byk pengangkutan awam tu memang bagus. Baik pakai bas @ LRT je. Kat IPG Besut ni memang jarang ada bas utk kesana, kemari. Bayang teksi lalu depan kampus pun susah. Byknya 'kereta sapu' je.

10. Guna Internet utk Buat Panggilan

Bagus gak idea ni. Bule la kalu korang chat ngan BF korang kan, rindu nk dgr suara ke. Kan ada kemudahan utk buat online call. Bukan je bole ckp puas2 tp x pyh byr sesen pun.


So? Tunggu apa lagi. Boleh dah mula dr sekarang. Harap2 korang rasa lebih kaya sikit. Tak adalah hujung semester rasa pokai dah ke, nk pinjam malu plak. Karang pinjam susah nk bayar pulak, ada jugak manusia mcm ni. Pinjam bukan main lagi, nk byr pandai2 la ingat takkan nak tunggu org mintak pulak kan malu pulak. Bila mintak emo2 kat kita plak...errr..hehe. Good Luck n Happy New Year (bak kata org barat). Peace~

Wednesday, November 30, 2011

HolidayOverSeas: Pekan Baru, Indonesia 2

Salam semua,
Bapak2 Ibu2~ :-)

Ok utk post kali ni Tiera akn cite hari pertama kami bertolak.

Hari Isnin, kami sekeluarga bertolak dari Terengganu. Percutian kali ni memang bajet terus. Ok kalu nk tips bajet lepas ni la Tiera post plak.

So kami semua bertolak ke KL, Taman Warisan dekat ngan KLIA and stay kat sana sampai hari bertolak 28/11/2011.

Pergi la awal sikit utk check in and jgn segan2 tanya kat org y kerja situ kalau x tahu macam mana nak check-in. Oleh kerana masing2 bwk beg pack and tak tempah kargo so kitaorg terus proceed tu ruang menunggu lepas selesai proses passport dan segala mcm.

Masa kat ruang tunggu tu memang ramai le. Baik korang pergi toilet siap2 sbb dalm flight 1 jam je and most of the time lampu pasang tali pinggang akan bernyala n korang tak leh suka suki je g tandas. Tup2 flight kami delay  la pulak so tak pasal2 kena tunggu 1 jam lagi bertolak lah kami pukul 5. Pasang telinga korang2 baik2 untk pengumuman flight tp kalau korang tak masuk lagi diaorg panggil nama tak ke famous sebntr?

Masa dlm airport Tiera sibuk isi borang departure and arrival y diaedarkan x sdar masa berlalu. Airport Pekan Baru kecik je, sampai2 dai check passport and boarding pass pastu scan beg dah abes, bule keluar.

Oleh sebab abah dah atur dgn Hotel Aston utk dtg ambil kami di airport, nama abah punya besar dia angkat masa kami sampai. So kami naik van la ke hotel Aston. Masa sampai memang layanan best ooo, kalah hotel Malaysia. Pak guard tolong bukak pintu van n pintu hotel. Budak lobby tolong angkat beg kami naik troli. Masa kami tunggu abah check in hotel kami dihidangkan dengan air jus..apa tah, its part of the service.

Hotel Aston ni dekat dengan Mal PekanBaru and Plaza Senapelan. Ada di Mal PekanBaru tp x igat. Mal PekanBaru ni bersetentang dgn hotel so kalu nk pergi korang kena jalan sikit smpai jumpa jejantas le.

Credit

Kami ambil dua bilik (y ada katil Queen sebuah) Rm 160 x 2.

Jus dihidangkn smntara tunggu check-in di Aston Hotel

Abah ambik dua bilik. Tiera duduk bertiga dengan adik-adik, mak ngan abah duk dgn Saiful n Balqis. Bilik dia lawa tp pemandangan kurang lawa infact bilik abah tak ada tingkap pun haha tp ok la bilik dia lawa.

So kami rehat, mandi dan sembahyang pastu lepas isyak abah n mak turun dulu untuk tanya hal pengangkutan untuk esok. Plannya nak sewa van pusing2 Pekan Baru tp mahal la pulak bila nak sewa van Aston biasa la kan. Lepas gagal dpt kata putus n harga lebih murah abah ajak p makan dulu. Kami jalan2 ja spnjang deret hotel n sampai ke Rumah Makan ...err apa tah dh lupa la.

Belum sempat kami order apa2 semua makanan dah terhidang. Berpinggan2 lauk (stack) dua bekas nasi putih, air kosong. Muka semua pakat blur belaka x paham. Rupanya kalau makan nasi campur gini la kan senang. Makan je apa y nak makan y tak mau jgn sentuh, tu gaya masakan padang. Tp best sedap tau, bergedil dia besar gila n kari ayam dia kaw2. Senang la bg org y blur lg cara nk pesan makanan kat sana, duduk je pastu semua diberesin.

Lepas kenyang makan kami pun beransur naik ke bilik balik n berehat. malam tu Tiera tido lambat gak sebab tgok tv indon depa..hehe best n lawak.

Klik...(BERSAMBUNG)...

Wednesday, November 16, 2011

Pra-Semester Holiday.

Salam,
walaupun masa tengah nazak ni jelah cara nk mematikan hasrat utk tido. Udah le stadinya tak seberapa, tido wajib jugak. Exam PJM 3110 baru abis petang td pastu awal pagi esk MZU plak..huhu.

Dalcroze, Kodaly, Orff

Dalcroze dia suka dgn gerakkan, buat improvisasi, nyanyain solfa dgn eurythamic.
Kodaly paling best, teknis solfa, isyarat tangan corwin, teknik notasi simbol/ lidi dll. nynyian lagu rakyat
Orff suka explore, imitasi (peniruan), rekacipta alat muzik, improvisasi.....

haha amacam? Korang rasa best tak aku buat review y x sbrp nih. Siap kena baca not muzik lagi dalm bentuk simbul pastu reka aktiviti pengajaran. Sudahlah dirinya tak berapa nak kreatif mana kan?

Sempena nak pegi Pekan Baru ni sempat lagi aku tapau satu sling beg kat Pasar K. Besut. Rm 20 hinggit je. Ala2 korean beg warna nude pink dgn putih cream. Tp sayang korang tak leh tgok...sebab ...sebab .....huhuhu

T___________________________________________T

Handset SonyEricsson aku sudah ARWAHHHHH!!!!

.............................tapi....................................

Nak handset Samsung Gallaxy plak? Hehe

Gila comel, harga pon comey mau rm1500 @ plus2
Kalau korang nampak lah handset apa y aku tgh pakai skg ni mesti korang rasa nak derma ja handset korang kat aku, siap pakai getah lagi...*Haaaa, ni y line kliearrr (clear) punya ni!* Tiru mami jarum...hehe

Tak sabar nak abis paper dan blah balik ke rumah. Tolonglah jangan pack lemak untuk hibernasi, kau bukan beruang Tirah nak hiebrnate, hibernate plak!